Hari tue, untuk pertama kali aku keluar dengan Seseorang, walaupun dulu time kat kolej sering kali terserempak diluar kelas mahupun di dalam kelas,tapi situasi kali ini memang lain sangat-sangat hahaha... Dia kan dia kan.... sangat tinggiiii, aku just paras bahu dia je kot... waaa sangat tinggi..
"So apa komen awak?"
"ha? hahaha awak nampak kurus dari sebelum nie"
"hahahaha"
"Awak, kenapa awak semakin tinggi ye?"
"Eh saya memang tinggila, awak tue, kenapa semakin rendah?"
Ikutkan plan asal nak berbuka kat Time Square, aleh aleh duk berjalan satu bukit bintang tue, akhirnya kami berbuka kat foodcourt Pavilion.
Sepanjang perjumpaan tue kami tak habis-habis duk ketawa, mana tidaknya, topik kami kebanyakkan berkisahkan time study kat kolej dulu... Siapa sangka insan ini yang aku keluar sekarang, kalau di imbaskan kembali, walaupun kami pernah satu kelas time last sem dulu, memang susah gila kitaorang nak bertegur sapa sebab perasaan segan tue kuat... hahaha... aduiyai.... tapi yang membuat kami rapat time belajar dulu adalah melalui YM, and Myspace... hehe kerap berchatting dulu, dalam kelas wat hal dan kepala masing-masing hahaha ;p
Dan siapa sangka, dia jugalah insan yang membuatkan hari - hariku tersenyum kini ^_^
Alhamdulillah untuk perjumpaan itu, dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.. Penat tue jangan cakap la, tersangat la penat tapi...... berbaloi kot hahaha......
10.30pm tepat sampai rumah
terasa masa cepat berlalu....
28hb ritu baru keluar dengan awak, dan semalam 30hb awak luahkan perasaan awak n melamar saya sebagai ur gf..... ermmm~
Macam mana ye? macam mana ye?
Ermmm....
Sejujurnya, aku suka dengan hari-hari yang semakin bersinar dalam hidup ini...
Sejujurnya memang benar dia la orang yang sentiasa membuatkan aku tersenyum...
Sejujurnya......................................................................aku takut ;|
Huh'
Masa........... itu yang aku perlukan.............
p/s : "4hb Sept '10, is our 2nd date..... macam mana saya nak berhadapan dengan awak ye kali nie??"
29hb Ogos 2010
Berbuka puasa dengan kakak, abang angkat dan member time kerja kat Oriental World Trade dulu..
huuu serius, aku memang rindu sangat dengan dorang......
Last perjumpaan kami pun time bulan puasa juga tahun lepas... so ikut kalender islam dah setahun tak jumpa....hehehe
Mereka memang best, tapi perjumpaan kali ini hanya 5 orang sahaja, sepatutnya ramai lagi.... yang takde time tue Kak Munirah, abg Sharil, Amin, abg Amnan dan kak Shima....
ermmm tak pe tak pe, len kali insyaallah, ada peluang kita jumpa reramai ye... :)
ermm boleh tak kali nie kalau aku nak cakap gak perkataan masa cepat sangat berlalu??
29hb ritu baru je keluar dan berseronok dengan mereka, dan semalam juga 30hb, salah seorang dari mereka luahkan perasaan juga, ermm "Hai Encik yang bernama Seseorang, nampaknya awak dah ada pesaing..."
Kalau boleh aku tak nak sakitkan hati siapa-siapa... dan dalam penolakan secara baik, aku harap sangat perhubungan persahabatan akan terus berkekalan....
Ermm aku kalau soal hati ini memang capat sangat buntu... jalan penyelesaiannya, aku bertanya pada mak..... senang..! habis citer...! pendapat orang-orang lama nie pun best gak.... sila sila membaca pandangan mak saya yeee ^_^
"Macam mana nie mak?"
"Nurul, kalau nurul tak nak, baik nurul cakap tak nak, tak perlu nak cakap beri masa ke, tersengeh je ke..."
"Tapi, kalau boleh akak tak nak sakitkan hati siapa-siapa"
"Nurul cakap je kat dia, tak boleh maaf sebab saya sedang mengenali seseorang, haa senang.."
"A'ah kan.."
"ish budak nie, tue pun nak mak ajar..!"
"ngeeeeeeee :D"
Sometimes otak nie memang tak aktif bila diri sendiri yang berada dalam situasi nie, jadi ia memerlukan pandangan dan pertolongan luar... lainla kalau orang lain yang berada dalam situasi tue, haa barula otak aku nie aktif memberi pendapat..... aishhh nabila nabila.....
huuu malam beebuka puasa tue, RM40 melayang, dan aku boleh jamah sikit je...
abg ijad cakap:
"nie kena tarik tali pusat budak nie bagi terkeluar isi perut tue then baru leh makan banyak-banyak kot... ish rugi rugi...."
"hahahahaha"
Nampak memang la macam rugi, tapi........ aku tak kisah, soal makan, memang aku makan sikit walaupun aku selalu cakap "saya suka makan" or "saya kuat makan".... huuu hakikatnya, aku memang makan sikit :)
Bak kata Seseorang juga "duit boleh dicari, tapi kenangan? :) "
T A H U T A K P E . . ! !
Aku tak terasa membazir, sebab, nilai perjumpaan dengan mereka n spend time bersama aku rasa lebih berharga... bila lagi nak keluar dan beriadah begini bersama-sama? masing-masingpun busy dengan kerja masing-masing.... ini bukannya selalu.... :)
LOKASI : Restoran Naili's, Sentul
cantik jugala lokasi dia
Kak Shasha dengan husband dia Abg Mat (tshirt hitam) dan Abg Ijad (tshirt pink) |
^_^ |
Nabila dan Kak Shasha
Hafiz dan Abg Ijad |
Hari tue juga aku jumpa dengan adik lelaki aku, Azroy..... terkejut juga time nampak budak-budak yang aku kenal, aleh aleh mereka sebut Kakak Azroy, hurmmm adik aku ada rupanya.... Pertemuan yang tidak disangka - sangkakan...
Mula- mula aku memang buat tak tahu je dengan aroy walaupun time tue dia tengah angkat tangan dan senyum kat aku... serius, aku memang tengah marah kan dia.... then lepas makan-makan dan duk relaks relaks tue, dia datang ke tempat aku dan salam semua member2 aku...
Aku tarik dia di satu sudut.... entah, dengan tak sengaja aku menangis sambil berceritakan situasi family.... Azroy sendiri pun hilang kata- kata...... dan aku tahu, dia pun pasti terkejut dengan berita tersebut.....
Tapi sekarang nie, Alhamdulillah.... keadaan family aku dah semakin pulih :)
Ya Allah........ Terima kasih....
Walaupun ia bukan seperti dulu, tapi Alhamdulillah, keadaan dah semakin pulih :)
p/s : bulan 10 nie, plan bercuti bersama dengan mereka,hope menjadi la :)
Note : huh' Seseorang dah mula minta link blog aku..... hu' harap sangat awak tak baca blog nie sebab saya tau awk tak suka nak baca benda-benda panjang cmnie.... ish harap-harap awak tak baca, kalau awak baca huuuuu tak tahu tang mana nak sorok muka nie bila jumpa awak nanti.... suatu hari nanti, insyaallah... awak akan tahu juga.....
Nurul Nabillah a.k.a Nunub's
bile nak update baru ni cik nabbbbbbbbb, post picture byk2 sikit okayyyyyy :)
ReplyDelete