Monday, November 7, 2011

Musuh Allah . Kekasih Allah...

Assalamualaikum...

Bila rasanak buat MAKSIAT, jangan buat...!!


Bila dah buat, bersedihlah kerana kamu MUSUH Allah...


Segera bertaubat, dan bila dah berTAUBAT, bergembiralah kerana kamu KEKASIH Allah...

-Ustaz Azhar Idrus..



p/s : Terima kasih Farah, atas quotes dia atas..


p/s/s : Sangat rindukan mak dan ayah sekarang :'(, segeralah pulang...~


curhatku,
Nunub's

Saturday, September 17, 2011

...........

Assalamualaikum...

Semakin jauh perjalanan sesebuah perhubungan, semakin pelahan kaki ini untuk terus melangkah...

Kenapa duhai hati?

Kenapa ia semakin samar....

Mana perginya kemanisan dulu..?

Semakin dekat destinasi yang ingin dituju..... semakin tawar rasa hati :'(


curhatku,
Nabilla

Sunday, August 14, 2011

Terima kasih


Assalamualaikum...


Cepat benar masa berlalu..

Ahad tiba lagi... menanti kedatangan esok hari...

Kerja.. kerja.. kerja...

Semenjak mendapat pekerjaan baru ini, terasa kesibukan semakin menghimpit diri..

Walaupun dilanda keletihan, terasa kehidupan ini semakin bermakna..

Lagi-lagi menerima hasil daripada titik peluh sendiri...

Ye, aku makin menyintai pekerjaanku sekarang... cuma kadang-kala ujian sedikit yang menimpa diriku membuatkan ku termenung jauh...

Apakah? ermm~

Mungkin aku harus berkerja lebih keras..

"Bekerja lebih keras untuk mencari sesuap nasi"

Tetapi ku sedar akan sesuatu.. waktu untuk bersama dengan mereka yang tersayang, semakin singkat dek kesibukan yang melanda..

"Bersabar ye duhai hati.."

Setiap hari adalah peluang dan kehidupan baru bagi aku..

Mengharapkan cebisan rahmat dan rezeki dari Yang Maha Agung..

Semoga setiap kerja dan tugasan yang dilakukan dibuat dengan seikhlasnya dan sempurna..

Agar tiada kata-kata yang bakal meruntuhkan semangatku untuk bertahan..

Bertahan untuk terus berdiri di kaki sendiri...

Acap kali sebelum ini aku terjatuh, berdiri semula, terjatuh lagi dan bangkit berdiri lagi..

Moga kali ini, kaki ku akan terus bertahan untuk berdiri, berdiri dan terus berdiri lagi :')

"Terima kasih Ya Allah, atas setiap rezeki yang telah Engkau berikan.."





curhatku,
Nabilla a.k.a Nunub's

Saturday, August 13, 2011

Dia.. Nostalgia lama

Assalamualaikum...

Malam tadi aku bermimpi...

Mimpi tentang seorang insan...

Nostalgia lama...

Ermmm...

Mungkin Allah sengaja ingin mengujiku kan?

Jangan biar luka lama kembali lagi...



j a n g a n p e r n a h u n t u k  m u n c u l k e m b a l i





sakitnya rasa ini



curhatku,
Nurul Nabillah a.k.a Nunub's

Seek and You will Find


Assalamualaikum..


Hari ini aku terlepas sahur, dan tersedar tatkala jam menunjukkan sudah pukul 6.10am..

Satu family terlepas sahur..

"Allahu'akbar.. sahur terlepas.."

"Alhamdulillah.. subuh masih lagi menanti.."

Jam sekarang menunjukkan baru pukul 9.00am, tetapi perut dah mula berbunyi...

"Bertahan ya.."

Selesai subuh tadi.. aku sedar hari ini adalah pemulaan buat aku untuk mulakan sesuatu yang baru..

Peluang baru..

Keinsafan baru..

Kehidupan baru..

Nafas baru.. dan

Iltizam yang baru..

Ini adalah peluang bagi aku....

D o n ' t  g i v e  u p  o k a y . . ?





Curhatku,
Nurul Nabillah a.k.a Nunub's

Friday, August 12, 2011

Laluan keinsafan


Assalamualaikum...


Sekali lagi Dia mengetuk pintu hatiku...

Tak pernah Dia jemu....

Tetapi acap kali ku melakukan kesilapan yang sama...

Engkau tak pernah jemu....

Berterusan Engkau menyedarkan ku...

Aku.... ya aku....

Sering kali terpesong... Sering kali lalai....

Berkali ku memohon keampunan, berkali juga ku melakukan kesilapan...

Tetapi Engkau.... Tetap ada... Ada dengan diriku...

Berkali ku hampir tumbang... dek kelalaian sendiri...

Mampukah aku Ya Tuhan?

Masihkah ada laluan itu..?

Ya Allah........


curhatku,
Nurul Nabillah a.k.a Nunub's

Sunday, July 24, 2011

Kesabaran itu.....

Assalamualaikum....


Doa Penjagaan Diri (Saiyidatina 'Aisyah)

Allahumma inni as-aluka minal-khairi kullihi 'ajilihi wa-ajilihi ma-alimtu minhu wa-ma lam a'lam wa-a'udzu bika minasy-syarri kullihi 'ajilihi wa-'ajilihi ma-'alimtu minhu wa-ma lam a'lam..

"Ya Allah! Aku bermohon dari Engkau segala kebaikan yang segera datangnya atau yang bakal tiba, yang aku ketahui atau yang belum dan aku berlindung dengan Engkau dari segala kejahatan yang segera tibanya atau yang bakal tiba, yang aku mengetahui atau tidak ketahui.."


Doa Penjagaan Diri (Saiyidatina Fatimah)

Ya Haiyu Ya Qaiyum birahmatika la-takilni ila nafsi tarfala 'ainin wa-aslih li sya'ni kulla'u

"Wahai Tuhan! Yang hidup lagi penjaga alam semesta, aku memohon pertolongan belas kasihanMu, janganlah membiarkanku, sekejap mana juapun dan perbaikilah segala urusanku.."





curhatku, 
Nabilla..

Friday, June 24, 2011

Sesuatu yang inginku genggam..

Assalamualaikum...

Semalam adalah sesi terakhir aku berkursus di Subang, sepatutnya aku harus menunggu detik 30hb june 2011 baru boleh berhenti, tetapi dek kerana kesulitan yang sedang dihadapi, aku terpaksa menamatkan sesi kursus perantisku pada 23hb June 2011...

Malam tadi Incik Seseorang datang menjemput untuk pulang ke rumah keluarga di Segambut, Alhamdulillah, segala urusan telahpun dilaksanakan, ada beberapa lagi barang yang masih tertinggal di rumah sewa di Subang, Insyaallah mungkin hari ini ataupun besok baki yang tertinggal akan di ambil...

Pagi tadi mak telahpun bertolak ke Pangkor selama 3 hari dan 2 malam bersama dengan staff PERKIM atas urusan kerja, semoga perjalanan mak ke sana diRahmati dan diBerkati oleh Yang Maha Pelindung..

"Selamat pergi dan Selamat pulang mak... amin"

Pagi tadi, ada berborak dengan mak akan "Sesuatu".... kerana kawan mak sudahpun melaksanakan akan "Sesuatu" itu.. dan aku tahu mak juga inginkan "Sesuatu" itu..
Terdetik di hati ingin bertanya lagi pada pagi itu, Alhamdulillah aku peroleh respon yang sangat baik, rupanya mak dan ayahpun dah rancang akan sesuatu untuk "Sesuatu" itu.... Hati remajaku pun terdetik akannya....
 Saya juga inginkan "Sesuatu" itu.....
Hatiku tersangat berkobar-kobar... Insyaallah tahun depan akan terlaksana...
Memandangkan 1hb July nanti adalah sesi lapor diri dan aku boleh mula berkerja di Petronas Carigali Sdn Bhd, aku berharap sangat agar aku dapat menyimpan dan menyiapkan diri untuk melakukan akan "Sesuatu" itu....

Benar.... sudah lama aku nantikan saat ini....



"Ya Allah, aku mohon padaMu... permudahkanlah segalaNya, buat aku dan keluarga, amin.."


Aku juga ingin menarik Nawal.... tapi tahun depan adalah sesi SPM dia, boleh ke mengambil masanya untuk "Sesuatu" itu... Mungkin boleh, mungkin tidak... Tapi apa yang pasti, segalanya adalah urusan Tuhan, untuk kisah esok hari, adalah jalanNya juga...

Kita sebagai manusia biasa hanya mampu merancang.. dan segala-galanya hanya Allah SWT yang menentukan... Aku dan keluarga hanya boleh berusaha dan bertawakal.. Semoga segala urusan dapat dipermudahkan dan semoga hajat kami akan "Sesuatu" itu dapat dilaksana...

-sayangnya akak terhadap adik, moga Tuhan melembutkan hati mu, amin..-


" Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami perkara yang benar itu 
adalah benar dan pandulah kami supaya mengikutinya, 
dan tunjukkanlah kami perkara yang batil itu 
adalah batil supaya kami meninggalkannya.. 
Amin.."


curhatku,
Nabilla

Monday, June 13, 2011

Mencari persamaan dan memahami perbezaan..

Assalamualaikum..

Kisah dua hati......

Kita diciptakan berpasang-pasangan, itu semuaorg tahu, cepat atau lambat sahaja untuk menemuinya..

Permulaan percintaan terasa indah.... Bagaikan mandi tak basah, makan x kenyang dan tidur x lena.. hehe..

Dan semakin lama perhubungan itu... semakin banyak pancarobanya... semakin banyak terasa hati akan kelakuan pasangan... semakin banyak pertelingkahan berlaku... dan semakin kuat rasa cemburu.. huhuhu~

Ingat tak lagi satu entry yang pernah aku tulis dahulu.. :

"Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku."



Itulah lumrah sebuah percintaan mengenali, memahami dan mencari....


Andai aku buta kan mata
Dapatkah kau mendengarkan jujurnya
Andai engkau tutup telinga
Dapatkah kau melihat keikhlasannya

Aku cinta bukan dibayang mata
Jauh dari bahasa
Dekatkan ertinya
Aku cinta bukannya disengaja
Jauh dari wasangka
Dekatkan hatinya
Memang cinta ada dalam jiwa kita

Andainya cinta itu buta
Dapatkah kau mengubah pesonanya
Andai mengalir air mata
Dapatkah kau membezakan jelingnya


-Cinta ada : Karen Kong, Sheila Majid n Jaclyn Victor


Kadang-kala Allah sengaja temukan kita dengan insan yang salah terlebih dahulu... kerana dia hendak memberi kita yang terbaik dan terindah itu di kemudian harinya...

Jadi.. janganlah gusar ye jika jodoh yang dicari tidak dijumpai.. kerana percayalah, kerana Allah lebih megetahui apa yang terbaik buat kita....

Aku pula..... :)

Dahulu, aku mengagungkan cinta pertamaku, biarpun ramai yang berkata "Kadang-kala 1st love nie tak kekal"... tapi aku tetap dengan pendirianku, cinta pertama ttp harus dipertahankan... dan akhirnya diri sendiri yang menangis tak berlagu.. huhuhu~

"Tuela, org dah kata, bercinta tue biar berpada-pada...."

Masuk cinta kedua, pun tidak menjadi...

dan Akhirnya aku dipertemukan dengan Incik Seseorang... untuk yang ketiga kalinya, Alhamdulillah...

Walaupun perhubungan ini masih dalam persoalan, aku tetap bersyukur....

Setelah banyak air mata yang mengalir, setelah banyak hati terluka, akhirnya ia telah diubati dengan kasih dan ikhlasnya oleh insan yang telah mengetuk pintu hati... dan menghulurkan tangan agar aku terus berdiri dan berjalan bersama menempuhi ranjau kehidupan ini bersama...

Bila kita ikhlas menyayangi seseorang.. orang lain juga turut ikhlas menyayangi diri kita.. Yang pasti hanya diri kita sahaja yang tahu ikhlas ataupun tidak hati kita menerima dan menyayangi seseorang...

Tidak dinafikan, kadang-kala bermacam-macam persoalan berkaitan dengan perhubungan ini bermain dalam kotak fikiran, perlukah begitu?Adat bercinta...mungkin...

Incik Seseorang selalu pesan "walaupun kita masih tidak tahu akan jwapan 'jodoh' kita, tapi yakinlah akan perhubungan ini dan jodoh kita.."

Setiap insan itu diciptakan berbeza, dan tiada yang sempurna...

To Incik Seseorang :~
"Buat awak yang terindah...... Kita mungkin berbeza.... Kita juga mungkin punyai kelemahan masing-masing, awk tak sempurna, begitu juga dengan saya.. 

Saya tahu, setiap masa awk cuba untuk buat yang terbaik dan menjadi terbaik buat diri saya, walaupun kadang-kala agak payahkan? hehe..tapi percayalah saya ketahui niat awak.. dan percayalah, saya juga mahu menjadi yang terbaik buat diri awk...

Awak, hubungan nie baru mencecah 9 bulan, tak lamapun usia hubungan ini, jadi masih banyak lagi perkara yang perlu kita fahami dan pelajari...

Kita mencari persamaan dan memahami perbezaan antara kita ye sayang.....

Terima kasih :)"



.kadangkala.yang.pertama.belum.tentu.yang.terbaik. 

.yang.terbaik.selalunya.yang.terakhir.



-tammat-


curhatku,
Nabilla..

Tuesday, June 7, 2011

Ceritera sebuah kehidupan baru

Assalamualaikum....

Kehidupan seumpama seperti roda... kadang diatas.. kadang dibawah... tiada siapa yang dapat menjangka akan ketentuanNya...

Kata seorang teman pula.. Kehidupan seumpama satu perjudian... kalau kita bernasib baik, kita menang dan kita bolot semua.. kalau kita bernasib malang, kita akan kalah, dan segalanyapun musnah...

Kata mak pula.. Kehidupan seumpama satu pelayaran... kadang2 kita terpaksa berhadapan dengan ombak kecil, dan kadang2 pula kita terpaksa berhadapan dengan ombak besar.. Seperti kehidupan ini juga... kadangkala ada sahaja masalah kecil yang kita hadapi... dan kadangkala pula kita juga terpaksa menghadapi masalah yang besar.... siapa sahaja yang dapat menduga akan masalah tersebut?....

Ceritera kehidupan baru yang  sedang melanda dalam hidup aku... aku juga tidak menjangka akan berada disni dan ini yang terjadi.....

5hb June 2011 (Ahad)

Ahad lalu, segala persiapan terasa sudah lengkap.. pagi tue ayah,mak dan nawal hantar aku ke rumah sewa.. Actually aku sewa bilik je, dalam rumah nie ada 3 bilik, dan setiap bilik mempunyai penyewa yang lain..
tuan rumah tak tinggal bersama.. so rumah tue memang kosong dan memang untuk mereka yang ingin menyewa bilik...

Kepenatan terasa itu yang dapat digambarkan.. Hari tue kebetulan Incik Seseorang tak ada kerana berada di Pangkor, otw balik ke KL...

Siap-siap tanda tangan surat perjanjian antara aku (penyewa) dan tuan rumah, bayar duit sewa, letak-letak barang dalam bilik, then terus ikut fmly pergi carrefour beli barang yang tak ada...

Huhuhu agak sakit sikit cuz duit elaun tak masuk lagi, so terpaksa pinjam dgn mak RM300..  disebabkan duit sewa sebanyak RM150 sebulan, jadi baki kat tangan aku time tue ada dalam RM150 utk beli barangan yang lain.... tup tap tup tap.. anggaran barang yang dibelipun dah mencecah RM200... aiyoyooooo~

Lepas selesai je beli barang, terus ke rumah sewa kembali, letak-letak barang dalam bilik, nie kes belum kemas bilik lg...

Cakap-cakap dengan ayah... minta kebenaran nak balik segambut semula malam nanti Incik Seseorang akan hantar balik ke subang nanti (kebetulan ada beberapa barang yang terlupa nak bawak n masih tertinggal kat rumah (buku2, streka baju dan cerek)..)

Kebetulan malam tue mak.ayah nak buat makan2 kat luar dengan pak ngah,mak ngah dan paksu n maksu.. jadi aku taknak lah ketinggalan, nak juga join makan-makan cedap-cedap...

dan kebetulan juga mak beri cadangan untuk bawak Incik Seseorang sekali dan siap2 beritahu pakngah yang "Boyfriend Nurul" akan join.... huhuhu sebanarnya aku tak berapa suka bila bercakap dengan keluarga atau dengan orang tua menggunakan perkataan "Boyfriend" sebab bagi aku ia tak berapa manissssss didengar... tapi bagi mak pula lain...dan jawapan pak ngah "Baguslah tue boleh kenal-kenal dengan menantu..." huhu.. okay terpaksa ngaku yang aku telah menjadi sangat segannnn....

Kebetulan pak ngah dari Perak (Tronoh) nak ke KL, dan Incik Seseorang pula dari Perak (Pangkor) ke KL... perjalanan time tue sangat-sangat jam, dan kami-kamipun menunggu-menunggu dan terus menunggu hingga kelewat malam...

Itulah untuk kali kedua kali sedara-sedara mengenali Incik Seseorang... dan untuk kali kedua juga Incik Seseorang datang berjumpa dan mengenali family aku dengan lebih dekat.... Semoga perhubungan ini akan terus berkekalan, amin....

Malam tue Incik Seseorng tak dapat hantar aku balik ke tempat sewa cuz faktor kelewatan..

Masa sesi makan-makan.. tengok pada jam kat hp.. dah masuk 12pm lebey.. 6hb june 2011... capai hp dan taip mesej... siap kena tegur dengan Pak Ngah lagi, makan sambil pegang hp... time tue diperhati oleh Incik Seseorang yang duduk berhadapan dengan aku...

"Selamat Ulang Bulan yang ke-9 untuk perhubungan ini sayang... I love you so much...and thanks for everything"

p.s : sangat berat hati nak pindah ke tempat lain dan tinggal sendiri.. dan sangat tak suka berjauhan dengan family... tapi semua ini tetap kena hadapi juga, mungkin ada hikmahnya...

p.s.s : aku tak salahkan takdir atas apa yang telah berlaku dan apa yang harus aku turutkan langkah.. kerana aku tahu.... setiap apa yang berlaku pasti ada kebaikannya... pasti ada sebab....

p.s.s.s : semoga ditempat baru ini kehidupan aku akan makin bertambah baik... Berjauhan dengan sang kekasih.. berjauhan dengan family... moga aku makin dekat denganMu Ya Rabb...

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Melayarkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur Kasih.... Ya Nur Kasih (Cahaya Kasih)

6hb June 2011

Terpaksa beritahu boss akan datang lewat sikit cuz nak pindah barang kat tempat sewa..

Pagi-pagi dah kol Incik Seseorang cuz dia dah janji akan tolong hantarkan aku pergi sana dan makan sama-sama sebelum pergi....

sebelum bertolak, Nawal dah ngadu lapar-lapar.. huhuu rasa berat hati lak nak biarkan dia cam tue sedangkan time tue aku nak g makan ngan Incik Seseorang, aleh-aleh dengan nawal sekali aku angkut g brfst sesama... pastu lepas hantar nawal pulang ke rumah, baru bertolak ke tempat sewa....

Sebaik ada Incik Seseorang, tolong hantar dan tolong angkat barang, kalau tak, tak tahu nak kata apa dah...
Hari tue Incik Seseorang ada bagi ole-ole yang dia beli kat Pangkor ritu... 1 pek makanan dan 1 lagi sumthing yang aku tak sempat nak tgk pagi tue... lepas letak barang2, terus pergi kerja.... huhhhh~

Tepat pukul 1pm aku sampai office, then teman manager sini pergi pejabat pos... pukul 6pm balik....

Bila tiba waktu balik dulu, aku pasti xsabar-sabar, pastu tengok muka mak dan ayah jemput... Tapi kali ini, saat tue tak ada dah... balik bersendirian sambil jalan kaki huhu

p.s : tetiba sebak.... adakah ini rindu? ye aku sangat rindukan saat balik time dulu, melihat wajah mak dan ayah... tapi aku tahu, sekarang lebih baik... kerana tak menyusahkan ayah lagi untuk datang menjemput aku disini... dan akhirnya...sekarang aku mula berdikari...

Seperti aku katakan tadi, berdikari.... huhuhu yup, sangat berdikari sampai banyak barang aku terlupa kena ada n terlupa harus beli.. bila time kemas2 baru sedar banyak barang yang tak lengkap lagi...

Buka je bilik... huhuhu dah terasa keletihan, mana daknya, tambah lagi keletihan bekerja, pastu keletihan berjalan dr tpt kerja hingga ke rumah sewa (mahu 15 - 25 minit berjalan).. pastu tgk pula keadaan bilik yang belum lagi susun barang n kemas...

Time tue umah kosong je, budak2 bilik lain xder kat bilik dorg time tue...

kipas yang baru dibeli masih lagi dalam kotak... kepansan tak terhingga.... berkobar-kobar nie nak pasang kipas sendiri.. aleh2 baru ingt pisau n gunting xder... so dok jenuhla aku duk kupas cellotape yg pjg berjeler dia dok cellotape kat kotak tue...

dr pukul 6 lebey strt buat kerja berhenti pkul 7.30pm, sembahyang mghrib, smbung balik wat kerja.. tepat pukul 10pm lebey baru selesai buat semuanya.. sangat legaaaa bilikk dah kemassss ^_^

buka-buka pemberian ole-ole dari Incik Seseorang, banyak juga makanan dia bagi and aku terima kura2 berpasangat yang bermagnet dan keychain couple... hehehe rasa terhibur sedikit hati ini saat tue.. calling-calling 'Sayang'... "Thank you Sayang.."

Malam tue memang sangat letih.. plus agak seram-seram sejuk sikit time nak tidur.. bila lampu dimatikan sume gelap gelita..hohohohoooo~... Alhamdulillah sebaik semuanya dalam keadaan selamat...

Selalunya tiap-tiap malam sebelum aku dan nawal nak tidur mesti masing-masing beri salam and said "Gud Nite"...

Malam tue aku terasa sunyi... mana tak sunyinya dah duduk dalam bilik sorang2... huhuuh~

p.s : Thanks a lott to My Lover cuz teman saya sepanjang malam semalam (bergayut) hingga terlena, kalau tak mahu fikiran kacau..dahla tidur tempat baru... sunyi pula tue..huhu


p.s.s : lewat malam terjaga, dapat 1 mesej dari nawal "Gud Nite akak, jage diri elok2.. hehe smekom" huhuhu, aku tak tahu macam mana nak gambarkan apa yang aku rasa......... :(




curhatku,
Nurul Nabillah a.k.a Nunub's

Saturday, May 21, 2011

Impian..

Assalamualaikum...

Jam dahpun menunjukkan pukul 2.57am.....

Nak katakan tak ngantuk tue tipulaaa, memang ngantuk tapi tapii tapiii memandangkan balik dari tempat mentor tadi n dapat pula katil yang sangat empuk...fuh'~ terus pengsan... Jadi mata dah takleh nak pejam balik setelah diganggu oleh Incik Seseorang pada pukul 12am td sampai 1.30am....

Waaaaaa Cik Nabila kena tidur sekarang nie, kang besok dalam pawagam mahu tak sedarkan diri....!!

Ok ok, kejap kejap....

Nak citer soal I M P I A N . .

Aku ada impian.....

Aku juga ada satu matlamat....

Aku mahu menjadi seorang usahawan muda hehehe...

Tingginya impianmu wahai Cik Nabila...

huhu, kenala tinggi, takkan nak rendah? (cukupla sekadar ketinggian fizikal saya rendah huhu)

Susah... tapi itu tidak mustahil bukan?

Time study-study dulu cikgu kita ada pesan sesuatuuuuu..

"Nabila, nak mengenggam A itu tidak mudah tapiii itu tidak mustahil, asalkan kita kena rajin belajar, dan rajin berusaha...."

So cayok-cayok....!!

Pe2pun Nabila juga harap uolls pun dapat mengecapi impian dan matlamat uolls kays?...

k k, nk tito dulu... mau ngedate besok... sayonaraaaaa ^_^!!!

curhatku,
Nabilla a.k.a Nunub's

Saturday, May 14, 2011

Satu Matlamat...!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, aku dapat panggilan interview kat Petronas dan semalam adalah sesi interview aku bersama dengan Petronas, sorang lelaki dan sorang perempuan yang interview aku...

Serius interview kali ini sangat-sangat mendebarkan aku, cakappun tergagap-gagap kut...

If aku dapat kerja nie, kontrak aku selama satu tahun, dan lepas habis kontrak ia boleh di renew mengikut prestasi kerja... Mula-mula rasa cam tak best bila dengar soal kerja lebihkan kepada mengikut kontrak tetapi bila dia dahpun terangkan serba sedikit kebaikan yang akan diperolehi bila kerja dengan Petronas, hati menjadi berkobar-kobar nak.. Mak dan ayahpun nampak sangat agar aku dapat kerja nie...

Lepas je sesi interview, serius mood time tue agak down because sesi interview nampak macam tak best, almaklumla ia nampak sangat aku lebih gemuruh + gagap.. wuwuwu...

Petang semalam lak dapat panggilan semula daripada Petronas, Alhamdulillah secara teknikalnya aku telahpun dicadangkan untuk jawatan ini kepada orang atas, jadi hari rabu ataupun khamis nanti akan ada sesi perjumpaan kedua dengan pihak Petronas, jadi kita tunggu jela jawapannya pada hari itu ye? korang-korang doakan kita yeeee....? hehehe

Hari ini, 14hb Mei 2011....... Pagi-pagi online facebook, buka pula PUNB Group, kemudian terbaca 1 post komen dari seorang rakan yang sama-sama sertai kursus Prosper Siswazah PUNB nie..

Muhammad Izzat : 
"salam,kwn2mmg bnyk dugaan nk jd seorg ushawan nie,pertama yg dilalui,kami nk kngsi umh sewa tp last2 kami terpaksa duduk berdua wlupn dah comform nk dok berlima,sy teruskn jua,ujian kedua transport,ujian ke 3 org2 lma,ujian ke 4 kwn2 yg dah berhenti n akn berhenti,sy pn xtaw ape maklamat diaorg??yg ke 5 kewangan, tp apapn nk jd sy akn teruskn wlaupn kami terpaksa berlpar demi mngejar cita2 sebagai ushawan punb,marilah kte beramai2 berdoa agar punb siri 3/2011 agarpesertanya x berkurangan lg....fkirkn wahai tuan2 dan puan2....."

Nabilla (Aku) :
"asalkan semangat keusahawanan tue ttp ada, dan meneruskan cita2 mnjadi knyataan.. gugurnya seseorg di sesuatu medan xbererti dia terus tewas... mungkin ada medan lain utk dia terus berjuang dan merealisasikan cita2 tersebut.. jgn berprasang...ka buruk pd mereka yg gugur, malah kita harus beri sokongan pd mereka2 kerana setiap manusia pasti ada sebabnya tersendiri, percayalah.. jatuhnya seseorg xbererti dia terus tewas/kalah, kerana dr kejatuhan itu akn membuatkan seseorg itu lebih bersemangat dan meneruskan perjuangannya asalkan kita2 semua mnyokong antara 1 sama lain walaupun berlainan medan ttp mempunyai 1 matlamat.."

Aku... cuba nak fahamkan mereka bahawa jika satu pintu tertutup akan pasti ada pintu lain untuk mereka teruskan perjuangan dan matlamat itu.... dan aku juga cuba nak fahamkan mereka bahawa sokongan mereka sangat penting buat mereka2 yang jatuh kerna kita berkongsi matlamat yang sama.... kerana..... aku taknak mereka punyai prasangka buruk terhadap mereka-mereka yg gugur dari PUNB tetapi bukan gugur dengan perjuangan atau matlamat yang hendak dikecapi.... Aku juga antara insan-insan yang kemungkinan gugur dari PUNB....

Tadi ada baca komen-komen dari member yang sama buat program PUNB nie cume mereka berada di kawasan yang berlainan mengikut lokasi mentor masing-masing, saje borak-borak tetapi siapa sangka dalam tak sengaja terluah perkara yang menyentuh emosi....


Ternampak hasma online


Nabila (Aku) :
" hasma :syg..... sori x cntct, huhu agk bz, so mcm mana perjuangan? "


Hasma :
" pjuagan diteruskan...ri ni last kt cni...aku akan di post kan ke perlis utk bljaq mrkting...tmpt baru lg..hehe...ang ok kt sana? "


Nabila (Aku) :
" di tempat sy, hari2 dibelanja oleh bangla2 yg baik ht haha, n bila order kedai mamak makanan mesti ada simbol love dorg hiaskan kt makanan aku adeh (-_-").... sy keseorangan disana, xder perantis lain, melayu remajapun xda, mentor buat dek je, always bz ngn hal sndiri n bkn sntiasa ada dlm ofs.. sy diberi tugasan n buat sndiri tnpa tjuk ajr, but i accept tht as positive thing, sy tamau angap prkara itu negative cz ia akn melemahkan smgat sy... sy cube n trus cube...tp kdg2 saya hampir rebah :'( hasmaaaaa.... nabila sedey sgt sebenarnya :'( "

Piji :
" isy..very sad story..bley imagine situasi ko kat saner..tak kan la xde sape2 kat situ yang nabila perlukan nak mintak tolong.. mentor pun di beri elaun setiap bulan u know oleh punb untuk mengajar perantis, tempoh 6 bulan lama lagi hope gunakan semua ruang dan peluang yang ada dengan bijak.. "

Hasma :
" cian nya ang...klu ang x dapat input pape kt sana ang rojer la punb...buang masa 6 bulan wt pa...kt ni nk cri ilmu...klu depa wt cm 2,,truk la kita...ang sabar k...klu x ok...cba cntact punb...klu aku,msti aku cabut dah... "

Nabila (Aku) :
" tempoh saya selama 1 tahun.... Nabila redahkan saje apa yang ada didepan Nabila sekarang, sebab tue bila Nabila dapat interview dari Petronas, Nabila pergi, mak dan ayahpun nak Nabila pergi... Dapat ataupun tidak itu belakang cerita, asalkan Nabila pergi, mana tahu ada ruang lain untuk Nabila.. serius if Nabila dapat Petronas, mungkin Nabila akan ambik Petronas dan berhenti PUNB, tetapi Nabila harap sangat korang jangan salah faham dengan Nabila yang Nabila sudahpu gugur dalam perjuangan untuk menjadi usahawan, cita-cita nabila tetap kuat, cume nabila pilih lain tempat untuk teruskan perjuangan tersebut.. sebab nabila percaya cita-cita untuk menjadi usahawan bukan terletak dalam 1 medan sahaja... Nabila tak boleh berada di tempat yang sentiasa jatuhkan semangat nabila, bagaimana nabila nak bangkit if tiada dahan untuk nabila berpaut? nabila jatuh dan akn terus berdiri sendiri tetapi dgn jalan yang lain... tetapi if Petronas itu bukan rezeki nabila, nabila akn teruskan langkah yg sdia ada sekarang, cume skongan kalian amat diperlukan kerana kita same2 punyai matlamat yg sama.. :( "

Hasma :
" o...ye ke dapat petronas...x pa la wt la yg terbaik...kmi kengkawan sentiasa akan menyokong,,,asma doa nabila akan berjaya dgn apa sj nabila wt yer...kt usaha n berdoa..slgi kt usaha...allah pasti bantu...insyallah...nt klu kat mna pon nabila p....jgn lupa contct2 asma taw... "

Nabila (Aku) :
" Mana mungkin Nabila lupakan Hasma... Hasmalah kawan Nabila yang paling lemah lembut and ayu sekali tetapi tetap otai yang penah nabila ada hehehe... Walaupun berlainan arah, Nabila tetap akan sokong korang semua...*peluk-peluk ;D "

Hasma :
" ha...ok la 2...ayt nabila dah hpy2...x sdih2 kg cm td...cm 2 la...hehe..."

Nabila (Aku) :
" hehe terima kasih... *lega sedikit beban dihati.. "

- T H A N K S A L O T T B U A T M E R E K A Y A N G S E N T I A S A A D A - 


curhatku,
Nabilla a.k.a Nunub's

Monday, May 9, 2011

Kesabaran itu adalah nikmat..


Assalamualaikum..

Hari ini semuanya berjalan seperti biasa…

Tak banyak perkara aku buat hari ini, takat tolong Ibu Azizah sediakan quotation and purchase order sahaja, yang len2, aku banyak mengintai ke bilik En.Gobi kut2 ada benda nak dibuat lagi.. Tolong-tolong si Torikul dan Mamun…

Hari ini ingin sahaja aku tulis surat pada pihak PUNB utk tukar mentor, okay, secara jujurnya memang aku masih tidak boleh biasakan diri dikawasan ini lagi, dengan persekitaran yang asing, orang2 asing and orang2 luar yang lain… dengan aku sendiripun masih tak tahu tugasan sebenar aku disini, apa yang perlu aku belajar and apa yang perlu aku ambil tahu… bila ditengok hasil tugasan perantis sebelum-sebelum ini kat company nie macam banyak benda je mereka lakukan, and bila dibandingkan dengan diri aku pula ahhhh.. berbezanya huuuuhhhh~ hampir sahaja aku mengalah…

Tapi bila difikirkan balik, and selepas berborak dengan En.Gobi seketika tetang perantis2 sebelum nie, and tentang company ini tadi… mungkin aku perlu bertahan sedikit, yela, skrg nie baru sahaja nak masuk minggu ke tiga aku disini, jadi ia masih baru lagi, insyaallah sebulan 2 lagi akan ada perantis seperti aku utk batch yang lain akn buat kursus yang sama disini, jadi tidakla aku terlalu sunyi lagi nanti, at least ada jugala budak kursus seperti aku and mungkin juga tugasan selepas nie akn makin bertambah… jadi buat mse nie Nabila a.k.a Nunub’s kena bertahan yeee…

p/s : Selalunya orang tension because banyak kerja yang dibuat tapi kali ini Cik Nunub’s tension because tak ada kerja yang hendak di buat  waaaaaaaaawuwuwuwu (-_-“)

p/s/s : Cik Nunub’s tak nak jadi seperti mereka-mereka yang banyak songeh and banyak ragam ataupun erti kata lain ngade-ngade…… sebab sekarang nie si Puteri anak Mak dan Ayah nie kena berusaha menjadi seseorang yang lebih berdikari…. Berdikari dengan tugasan/kerja, berdikari di tempat orang lain dan berdikari menguruskan sesuatu dengan sendirinya, jadi….. Cik Nunub’s akan cuba… mencuba dan akan terus mencuba untuk sesuaikan diri dengan perkara baru yang sedang Cik Nunub’s hadapi sekarang, ini kerana Cik Nunub’s percaya untuk mencapai sesuatu kejayaan akan dimulakan dengan sesuatu yang sukar terlebih dahulu… oleh itu kesabaran amat dipelukan tika ini…. Dengan kesabaran akan pasti ada jalan yang terindah buat mereka-mereka yang bersabar kelak… kerana KESABARAN ITU ADALAH NIKMAT ;) bak kata incik Khaleefah hehehe


curhatku,
Nabillah a.k.a Nunub’s

Sunday, May 8, 2011

Kekeliruan itu...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, bilik sewa dahpun dapat, depositpun dah banking kat tuan rumah, insyaallah cukup bulan nanti aku pindah ke sanalah... nampaknya bakal menjadi warga subanglah aku pas nieee..

Berada di tempat orang........ entahlah bagaimana keadaan nanti ek?

Nampaknya banyak perkara harus difikirkan dari sekarang.... hopefully semuanya dipermudahkan oleh Yang Maha Perancang....

Kekeliruan semakin asyik bermain dlm kehidupanku ini.....

Semakin sesak.........

Semoga ku temui jalan keluar kelak, insyaallah........

curhatku,
Nabilla.........

Saturday, May 7, 2011

Sebuah perjalanan yang masih jauh...

Assalamualaikum...

Wah lama sungguh kut tak update blog... sekarang dah masuk bulan 5, entry bulan 4 habis terlepas...
Byk je idea nak bercerita cuma tak tahu bagaimana mahu diolahkan ayat untuk dijadikan sebuah kisah untuk dikenang sbgai simpanan sendiri di blog ini dan dalam masa yang sama ia tidak menyentuh mana-mana hati dalam sedar / tidak sedar.... huhu

Entry kali ini 'Sebuah perjalanan yang masih jauh' berkisahkan tentang langkah baru dalam hidup aku.... Cuma persoalannya skrg adakah ia masih mahu diteruskan atau........... langkah lain menjadi pilihan...?

Kenapa langkah lain?

Kerana aku hampir rebah..........................................................................................

18hb April 2011 - 22hb April 2011

Pada hari pertama tue, reramai ke KL Sentral cuz kumpul reramai dengan pihak PUNB untuk ke Kem Bina Negara Kuala Lipis sebab ada kem induksi dan kem motivasi untuk program siswazah perantis PUNB..

Lokasi disana sangat menarik, cantik.... suke sesangat... setiap kehijauan yang ada, semuanya dipelihara dengan baik.. banyak juga aktiviti-aktiviti yang mencabar minda dan fizikal sepanjang berada disana..

Aktiviti : seperti terjun dalam sungai yang sgt dalam dan menyeberanginya dengan tali (wahh baru ku tahu yang diri ku ini tidak pandai berenang kehkehkeh) kelakar kot kalau kenangkan balik, siap pegang badan member minta tolong bawak diri and capai tali yang ada...
Aktiviti flying fox, haa part nie mula-mula je aku suka, cuz excited nak terbangggggggg!!! walaupun pada hakikatnya aku tersangatla gayat orangnya... seronok kot tengok setiap peserta terbang,keh3.. ingatkan mudah, aleh-aleh bila turn aku mahu kut aku jerit dari atas, tamau turun, time tue PakTan (petugas) dah tolak2 aku untuk terjun, GILA TAK CUAK??!... then bila terpaksa terjun dan TERBANGGGGGG memangla tersangat gayat, tapi best gilaaaa !!! cume cume cumeee.. tak ku sangka bila dh sampai tempat penghujung and penamat aku boleh menangis and menggigil.. erkk apakah yang terjadi? aku pun tak sedar aku leh melalak cam budak kecik, mungkin kerana aku melepasi ketakutan yang ada then bila dh selamat sampai tue yang menangis kut kehkehkehkhe (-_-")..
Aktiviti 'Sesuap Nasi' haaa sesi nie memang agak mencabar sebab para peserta kena bekerja dan mendapat duit (bkn duit btl, duit palsu) dan fasi pula sebagai majikan, jadi pepandaila nak pohon kerja mana n apa... kena kerja and dapatkan duit kerana duit itu akan dibeli makanan tengah hari untuk makan sesama kumpulan... serius byg sgt dugaan, tapi setiap aktiviti itu ada fasi selitkan maksud yang tersirat.. tapi aktiviti ini benar2 mengeratkan hubungan kami sesama kumpulan dan bersyukur dengan rezeki yang diperolehi, time tue duit yang kami dapat xdapat nak beli makan yang penuh untuk kumpulan kami, dengan berbekalkan nasi 5 pinggan, ikan seekor, sedikit sayur, sesenduk kari daging,dan dua potong buah dikongsikan dengan 9 orang.... Alhamdulillah, dengan rezeki sedikit yang dikongsikan bersama itu benar-benar terasa nikmat :) .....
Aktiviti networking (berjalan dalam hutan simpan mengikut kumpulan tanpa fasi dan petugas dan hanya berbekalkan petunjuk yang dilekat di setiap pokok).. time tue 2 group digabungkan, jadi bilangan dalam group aku untuk sesi aktiviti itu dalam 18 orang dan diketuai seorang ketua.. start masuk hutan dalam pukul 12malam, dengan keadaan baru lepas hujan, jadi ia makin agak sukar cz lecak n licik tambahan dengan gelap dan berbekalkan dengan 2 touch light.. mau kot sepanjang dalam hutan tue aku asyik tergelincir and terjatuh...adeeeehhh (-_-") ... banyak sangat dugaannya.. jari berdarah akibat gigitan serangga, tapak tangan luka-luka akibat berpahat di ranting-ranting and dahan-dahan yang sedia ada dalam hutan itu dan menurun bukit menggunakan tali... dan paling best wiki wiki ^^ pacat dengan kenyangnya telah menghisap darah diperutku dengan seenak-enaknya (okay itu pengalaman pertama aku kena gigit pacat, taktau nak sedey ke or gembira, kahkahkah, sedarpun time dah balik and dalam toilet).. kami sampai ke destinasi penamat dalam pukul 3 lebih macam tue, kami adalah kumpulan kedua yang sampai, ada lagi 3 kumpulan yang belum sampai.. sesudah je kami terus ke toilet dan mandi manda, muka semua stok kepenatan, aku selesai siap2 and mandipun dalam pukul 4 lebey macam tue, pukul 5 pagi ada solat subuh berjemaah, dalam dorm tue semua dah tidur, tinggal aku sahaja yang terjaga, aku taknak tidur cuz takut terlajak (tambahan pula time tue sangat penat) konfermla terlajak kalau aku tidur, jadi sebolehnya aku takmau tidur, cume kekhuatiran berlaku kat aku time tue, kesan gigitan pacat nie, darah takmau berhenti dari terus mengalir, baju yang dipakai pula mahu nak dibuat solat subuh nanti, jadi sangat-sangat buntu, siap tanya member "kalau baju kena darah masih boleh bawak solat ke?" ada yang cakap boleh, ada yang buat muka blur and ada yang cakap tak boleh, jadi aku pilih kalau baju kena darah tak boleh bawak sembahyang.. aku carila tisu tuk menepek kat perut agar darah melekat kat tisu dan bukannya kat baju... 5 pagi dah pun tiba, keadaan masih gelap gelita, dan sunyi (semua tidur and tak bagun-bagun lagi) kejut memberpun dia leh bantai lena balik, nak tak nak kena lah redah sorang-sorang masuk toilet dan ambil wuduk... seram?  toksah citerlah, seram tak seram gak laa tapi kena lawan meeehhhh, kalau tak macam mana nak ambik wuduk, pas ambik wuduk barula sorang member terjaga and ajak teman dia pergi toilet utk dia ambik wuduk, temankan dia.. then makin bangkitla pula 2, 3, 4 orang yang bagun selepas itu... sesi solat berjemaah subuh time tue agak kelam sikit, mungkin sebab org yang ada agak sedikit, dan selesai je solat ada sorang ustaz + fasi nak tunjukkan cara mengkafankan mayat.. tapi memandangkan time tue semua orang muka pakat terlena, jadi fasipun melepaskan kami semua untuk tidur dan rehat, pukul 8.30 pagi baru aktiviti seterusnya dimulakan, dan sesi cara-cara mengkafankan mayat ditangguhkan ke sesi solat subuh akan datang...
Itulah antara aktiviti-aktiviti yang mencabar bagi aku, aktiviti yang lain ada je, kalau nak senarai kat sini mahu kut tak habis aku menamatkan entry nie..wuwuwu...

Sepanjang berada disana dan mengikuti kursus disana memang sangat seronok dan banyak perkara yang aku sedar dan tidak boleh ambil sambil lewa.. antaranya adalah keNegaraan kita, pahlawan-pahlawan dan perjuang-perjuang kita, serta perjuangan kita dalam mencapai sesuatu matlamat... Mereka banyak menekankan kat situ jangan "Gugur syahid" dan teruskan perjuangan....

genap 22hb, semua pakat kemas-kemas barang dan bertolak... Alhamdulillah selamat sampai KL Sentral semula, ayah yang menjemput aku dari KL Sentral terus ke rumah, petang tue aku tersangatlah lapar, dengan keadaan baru pulang, kepenatan, makanan tak ada.. jadi minta izin ayah (yang mahu ke tempat kerja semula) untuk keluar dengan En.Seseorang untuk mencari makan-makan...

Lepas makan-makan dengan En.Seseorang, dia pakat bawak aku pergi tengok wayang, jadi sepanjang wayang itu berlangsung, aku hanya melenakan diri didalam sana.. huhuhu... kesian incik Seseorang.. jadi the moral of this story is "jangan bawak orang yang sangat keletihan jejalan or tgk wayang yee" heheh, tue yang terjadi kes tidur di pawagam tue kuikuikui....

25hb April 2011

Sesi aku melaporkan diri di tempat mentor.. dan tempat mentor aku adalah di Bandar Pinggiran Subang Shah Alam.. pihak mentor tahu akan ada perantis PUNB akn masuk berkursus ditempatnya tetapi dia tak tahu pada hari itu pula perantis nak masuk.. jadi disitu pembaziran masa dan kekecewaanpun berlaku... tetapi okay-okay aje... 1st day, xbyk sgt benda yang dibelajar, cume tolong pekerja bangla mereka dan indonesi buat kerja (pasang bar kod pada kotak-kotak)... aku lebih banyak mendiamkan diri...

26hb April 2011

2nd day, aku buntu nak buat kerja apa/ atau erti lain, xder langsung tugas untuk aku... memandangkan time tue kerani dia MC, jadi aku hanya duduk ditempatnya dan buka komputer then online kehkehkeh.. di company tue ada 2 orang bos, salah seorangnya adalah mentor aku.. Hari itu memandangkan sesangatlah free jadi mentor aku minta aku buat 2 cawan coffee untuk dia dan bos lagi sorg, then dia suruh aku pergi kedai dan belikan gula dalam 5 kg... okay, aku sangat faham dan akupun membelinya.... dan aku masih xfaham, apa point aku berada disitu.... dan apa sebenarnya perkara yang perlu aku belajar disana.... (relaks nabila, baru masuk hari keduaaaaaaaa - memujuk hati)

selang beberapa jam, panggilan banyak pula masuk, jadi aku hanya handle panggilan... sewaktu sibuk-sibuk online, aku nampak kat dapur cam sesangat busy je, akupun sekadar menyebukkan diri tinjau2 mereka, bertanya dan menolong apa yang patut.. time tue para pekerja iaitu sorang makcik dan sorang wanita sedang sibuk menyiapkan beberapa sample kurma untuk dibuat beberapa perisa untuk dijadikan sample untuk ramdhan dan perayaan nanti... Ada kurma yang dijadikan perisa mint, lemon, dan beberapa lagi yang aku tak berapa ingat perisanya... Excited kut aku tengok, menolong serta tanya macam-macam soalan kat mereka berkaitan dengan kurma... Rupanya kurma ini ada beberapa nama, antaranya kurma Kodri dan kurma Rubiah..kurma-kurma nie telah diimport dari Dubai... Kurma nie akan dijual sedikit di Malaysia, dan selebihnya akan di eksport terus ke Dubai sebab market jualan kurma disana sangat tinggi bebanding dengan market Malaysia...

Seronok aku tengok setiap kurma yang diolah dan dibuat macam-macam rasa dan dicampurkan dengan macam-macam benda lain, contohnya ada kurma yang dicelup dengan coklat susu dan coklat, ada juga kurma yang dijadikan coklat terus, ada kurma yang telah dibuang biji dan dibubuh kacang almond n buah2 yang lain.. ada juga kurma yang dicincang halus dan dibuat bentuk bulat campur dengan kekacang.. dan yang terbaru adalah sample yang tengah aku tengok mereka buat inilah iaitu kurma berperisa mint n lemon... Mereka rendamkan kurma-kurma itu dalam air gula dalam beberapa minit, then rendamkan pula kurma tersbut dalam air yang dicampurkan dengan perisa mint satu, dan satu lagi perisa lemon... beberapa minit dah berlalu, kemudian mereka jemur.. meraka ada bagi aku rasa setiap kurma tue... apa yang aku dapat cakap ialah ia sangat sedap, tak pernah difikir oleh aku kurma yang aku hanya makan time buka puasa dan biasa-biasa je tue, boleh dijadikn bermacam perisa dan sesedap itu... kalau itulah kurma yang terdapat dan dijual setiap penjual di pasar malam konfermla pembeli hari-hari makan kurma itu buat jajan..hahha... tak silap aku, company nie ada je kut jual produk kurma nie di Malaysia, kalau ada yang terasa nak rasa, carilah kat Mydin, jenama kurma adalah "Suraya"...

27hb April 2011

Aku off day cuz nak buat akaun CIMB Islamic sebab elaun bulanan akan masuk dalam acc itu sahaja, lagi-lagi kena buat before hujung bulang april..

28hb April 2011

Time nie aku banyak menolong para pekerja tue melipat beberapa kotak untuk mengisi kurma.. Jadi disana aku cuba berkomunikasi, bermesra dan mengenali mereka serta kakitangan yang lain dengan lebih dekat.. Mr.Gobi adalah manager kat situ, insan yang berbangsa india warganegara Malaysia, dialah orang penting dalam memantau setiap kerja yang dijalankan dan mengawal serta memerhati para perkerja asing ini.. kebanyakkan pekerja asing yang terdapat disini adalah berbangsa bangladesh dan indonesia... indonesia kebanyakkan pekerja wanita (itupun mereka sering dia tempat production) iaitu tempat pemprosesan kurma.. di tempat aku nie hanya ada ofis dan bilik pemprosesan bungkusan dan reka bentuk setiap bungkusan, jadi di sini pekerja lelaki bangladesh ada, pekerja bangla yang ada 6 orang sahaja.. Sepanjang duduk dan menolong mereka melipat kotak-kotak aku berborak dengan mereka supaya suasana bekerja tidaklah sepi, time tue hanya ada 4 orang pekerja sahaja iaitu Mamun, Zahid, Tofikul dan Torikul... Kebanyakkan dari mereka telahpun punyai bisnes sendiri di negara asal, seperti Mamun ada ternakan sendiri seperti udang galah, kira kat sana dia tokey udang galah lah, sepanjang Mamun ada kat sini keluarga dialah yang uruskan bisnes dia disana.. Zahid pula, ada jual baju-baju dinegara asal, Torikul pula ada jual baju serta ada kebun cili sendiri disana, dan diuruskan keluarga sendiri juga sepanjang penglibatan dia disini.. Tofikul pula, huhu dia sangat senyap, sampai aku taktahu nak korek cerita dari dia, lagipun bahasa Malaysia dia pun tak fasih sangat.. apa yang aku tahu dia buat part time study kat kolej sunway dan umur dia sebaya dengan aku... Kebanyakkan dari mereka mencuba untuk menguasai Bahasa Malaysia, jadi setiap perbualan mereka banyak yang berunsur Bahasa Malaysia.. Ada yang dah bekerja lama disitu... paling lamapun 3tahun, dan paling baru beberapa bulan... Ada dua orang lagi pekerja bangla yang bernama Husin dan Nasir... kebanyyakkan dari mereka beragama islam...

Kebetulan hari itu mereka dapat gaji, jadi urusan gaji diuruskan oleh Ibu Azizah iaitu kerani disitu.. Ibu Azizah umur dalam 56tahun, sebab tue dia suruh aku panggil dia ibu memandangkan mak akupun umur baru 46tahun...

Seronok aku tengok mereka terima gaji, walaupun gaji yang mereka perolehi tidaklah sebanyak mana tetapi senyuman tetap terukir di bibir... Wajah mereka nampak sangat gembira :D...

Cuma yang tak bestnya, apa yang aku dapat berita, time kerja mereka dah habis dan ada dua orang pekerja iaitu Nasir dan Zahid dalam perjalanan pulang, mereka ditahan oleh polis.. Zahid dilepaskan, manakala Nasir pula dibawa pergi, mungkin kebalai.. kebetulan pula Zahid ada beri beberapa duit dia kat Nasir untuk Nasir hantar kat keluarga Zahid kat Bangladesh... Kebanyyakkan kata-kata mereka disini, kadang-kadang ada sahaja polis yang hanya sekadar cari duit kopi, ada pula yang benar2 buat kerja.. kalau yang dapat pada benar-benar buat kerja xpe, cuz duit mereka tak akan di apa-apakan, tetapi kalau dapat pada mereka yang nak duit kopi nie je yang susah....huhu

I don't know... sebagai manusialah dan keperimanusiaan yang ada, aku benar-benar rasa sebak, serius sebak... dengan mata aku sendiri aku melihat mereka berusaha buat kerja, kdg2 ada sampai OT pukul 1am.. dan dengan mata aku sendiri melihat mereka terima gaji dengan gembira dan senyuman yang sntiasa terukir diwajah mereka.. dan xsampai beberapa jam, kena tangkap dengan polis... huhuhu benar-benar hati aku tersentuh.. tapi apa nak buat, mungkin dah nasib dia... Apa yang aku dapat belajar adalah, untuk mencari sedikit rezeki itu sangat susah.. belum tentu rezeki yang diperolehi akan terus berkekalan.. lagi-lagi mereka sebagai seorang perantau ataupun pendatang hanya gara-gara untuk mencari rezeki dan sesuap nasi....

Sebagai sesama manusia, aku rasa korang pasti faham apa yang cuba aku sampaikan....

pukul 6.00pm masa untuk aku balik... tapi sentiasa sangat menunggu di kedai mamak lama sangat, cuz kadang-kadang ayah sampai pukul 7pm or pukul 8pm....

Shah Alam bukan tempat aku, lagi-lagi area yang sangat asing bagi aku Bandar Pinggiran Subang... huhu.. berada ditempat orang, banyak yang dapat aku perhatikan gerak geri manusia yang ada...

Ada sekeluarga (pada pandangan akula) yang menarik perhatian aku 2 3 hari ini.. setiap petang, aku pasti dapat melihat kelibat mereka dari jauh, perjalanan mereka nak ke kedai mamak nie... lelaki dan perempuan yang anggaran umur dalam 30tahun kebawah dengan memakain t-shirt yang sama (mungkin bekerja ditempat yang sama)... perempuan itu memegang erat tangan dua orang budak lelaki kecik, diikuti pula dengan sorang budak perempuan yang sedikit besar... Sampai je di kedai mamak masing-masing terus dapatkan makanan, lapar sungguh kut.. tetapi si perempuan itu tidak makan sama, dia hanya minum sambil memerhatikan yang lain makan dengan tersenyum.. Apa yang dapat aku gambarkan disini adalah, mereka sangat berjaga-jaga dalam memastikan anak-anaknya berada dalam keadaan selamat.. riak muka perempuan tuepun nampak lega sewaktu melihat anak-anak dia makan... Kasih seorang ibu.. biar diri sendiri xckup makan, asalkan anak-anak kekenyangan....

29hb April 2011

Hari itu aku diberikan tugasan oleh mentor menyediakan 2 sample kurma siap dengan pek untuk dijual di Malaysia.. dan dia mahukan sample itu berada di atas mejanya hari selasa pagi..

Sepanjang penyediaan sample tersebut, Mr.Gobi dan Kak Irma banyak membantu...

Hari tue juga kena hantar report bulanan kat pihak PUNB, tiap-tiap hujung bulan kena hantar report, kalau tak mahu elaun tak masuk..... satu report bulanan perantis, dan satu lagi report bulanan mentor... 

Hari tue time aku tunggu ayah untuk pulang, aku perkenakan roti canai dan milo ais... sangat sedap kut, almaklumlah kelaparan hekhek... Sedar-sedar je makanan aku dahpun dibayar oleh pekerja mentor aku iaitu Torikul.. Mamak kat kedai tuepun dah senyum-senyum... akupun hanya mampu senyum n ucapkan terima kasih je.... (Terima kasih Torikul!)

30hb April - 2hb Mei 2011

Cecuti... waahhh sangat besh....! 3 hari berada di kampungku kat Perak.... makan tak henti-henti kut.... Laksa Siam dan Ketam masak lemak cili padi, sape leh tahan baiii????? sebelum tidur makan, bagun tidurpun makan... dah kenyangpun makan dan terus makan... selang beberapa jam terus makan... makan dan makan... wahhh muncet muncet... Cik Nunub's Muncettt ^^

Makanan sangat suka pada saya.. dan saya pun sangat suka pada makanan... jd ia bukan salah saya kehkehkeh ;D

3hb Mei 2011

Sample yang diminta oleh Mentor aku telahpun disiapkan dan diletakkan diatas meja... cume kurma rubiah tidak secantik rubiah yang beru, jadi, sample tue telah ditukar kurma, jadi byk dibuat pembaharuan dalam sample tue dan alhamdulillah semuanya siap seperti yang dikehendaki..

Time lunchpun dah tiba.. Mee Goreng Mamak + Ayam Goreng pilihan aku pada t.hari tue... Dapat je makanan yang telah diorder, aku diam seketika.. hiasan dia menarik perhatian seketika... before nie ada gak aku makan mee goreng mamak kat kedai yang sama, tapi tak pernah lak dapat hiasan serupa itu.... Hiasan 2 potongan timun yang dihiasa berbentuk love dan diletakkan sos merah diatasnya.... adeeehhh (-_-") mamak tue menyakat agaknya cuz mamak kat sana dah kenai aku dah.... Aku hanya sekadar makan dan buat dekk..huhu.. selesai je aku makan, nak pergi bayar, aleh2 makanan aku dah pun dibayar, pekerja mentor aku bayarkan, kali nie Mamun yang belanja... hehehee aku hanya tersenyum pelat... berkali dah aku kata xpe, dan aku bertanya berapa harga bayaran tadi cuz aku nak bayar balik, tapi si Mamun tue tetap taknak bagi tahu juga..... Okay kat situ sebenarnya aku dah serba salah sebenarnya... Memang benar aku sangat berterima kasih atas makanan aku 2 hari ini telahpun dibayar oleh orang lain (makan free) tetapi aku jadi sgt serba salah, amna taknya, gaji yang mereka perolehipun tidak la sebanyak mana, lagi2 penat mereka buat kerja, taknak lah aku menyusah kan mereka dengan membayar makanan aku tiap2 hari...

Petang tue, sambil aku tolong mereka selesaikan kerja mereka yang lain, aku cakap soal bayaran makanan dengan mereka agar lepas nie tiada lagi mereka-mereka membayar makanan aku lagi.. bukan tak bersyukur dan bukannya nak tunjuk berlagak tetapi aku taknak menyusahkan orang, aku tahu rasanya betapa sukarnya mencari rezeki, walaupun yang diperolehi tidak seberapa tapi kesyukuran itu tidak terhingga rasanya, jd aku tak mahu mengambil kesempatan.... dan Alhamdulillah mereka memahami...

p/s : Kalau kita buat baik dengan orang, orang lain juga akan berbuat baik dengan kita.. Jadi amalkanlah sikap berbuat baik sesama kita yee (-_^)

4hb Mei 2011

Hari tue aku sangat-sangat takder mood + stress... bukan stress apapun, stress sebab takder benda nak buat.. dari pagi sampaila nak balik, satu kerjapun aku xder buat apa, nak menolong, mereka kata tiada apa yg perlu ditolong... jadi duduklah melolong aku depan PC yang agak sukar untuk mendapatkan line...

Mood aku yang kurang baik time tue pun mungkin sebab perut aku yang dari pagi terasa sakit + kaki terasa kebas dr mula2 nk pergi kerja sampaila nak balik kerja... mybe kesan nak ke bulan kut... hehehe

Sejujurnya, sampai hari tue banyak perkara yang buatkan semangat aku goyah.... hari tuepun hampir aku rebah... banyak perkara yang buatkan aku rasa nak tarik diri dalam perantis nie...

Tempat sewa belum lagi jumpa, ada juga pekerja-pekerja sana yang tolong tengok-tengokkan tempat untuk disewa tapi byk pula risikonya... kat sini ada 2 pilihan.. sama ada sewa rumah kedai ataupun bilik yang ada kat flat-flat yang berdekatan... ada satu rumah kedai nie dipasang papan untuk dijadikan beberapa bilik kecil, ada satu bilik kecil kosong untuk disewa, dan penghuni bilik2 yang lain semuanya dihuni oleh kaum wanita indonesia... Kata Mr.Gobi ckp 'jangan' takut kang ada operasi polis, tak pasai2 aku pun diangkut sama ke balai... Kemudian ibu Azizah pula ckp, jgn menyewa bilik yg penyewanyrumah tue dh berkeluarga, takut kang kalau tak suami penyewa geram mungkin anak lelaki penyewa geram, kang dia 'ngap' baru tahu... huhu jadi disitu menjadi tanda tanya.. dimanakah lagi utk aku mencari bilik sewaaaa.?? (Mood : masih kebuntuan) wawawawa :'( inipun salah satu sebab aku hampir rebah.. lagi-lagi memikirkan ayah yang sentiasa menghantar dan  menjemput aku di Shah Alam... aku sangat kesian tengok ayah (-_-")... dan ada beberapa sebab yang lain yang membuatkan aku hampir rebah...

5hb Mei 2011

Aku MC hari tue.... aku sangat memerlukan masa, semuanya menjadi persoalan... at least hari ini, esok dan lusa aku ada mse untuk fikirkan balik persoalan-persoalan yang wujud nie... haish Nabila, Nabila....

Apa-apapun.... semoga akan datang, aku boleh laluinya dengan baik..............


Beberapa picture yang diambil dari member sepanjang berada di Kem Bina Negara Kuala Lipis (tidak sepenuhnya gambar diambil lagi)..






















Rindunyaaaa...


curhatku,
Nabillah....

Tuesday, March 29, 2011

Permainan Cinta?

Assalamualaikum...

Aku.... insan yang pernah terluka seketika dahulu....

Aku.... insan yang pernah ditinggalkan seketika dahulu....

Aku juga.... insan yang pernah meraih dan merayu agar diterima kembali sehingga aku terjatuh dan terus terjatuh dengan perasaan yang bermain dalam jiwa.... sehingga aku terlupa akan air muka aku sendiri...

Perasaan apakah itu?....... Cinta....

Adakah benar itu perasaannya?

Manusia..manusia... kadang-kadang terlalu lemah untuk melalui kehidupan ini bila bermain dengan cinta....


Love can be a many splendored thing
Can't deny the joy it brings
A dozen roses, diamond rings
Dreams for sale and fairy tales
It'll make you hear a symphony
And you just want the world to see
But like a drug that makes you blind,
It'll fool you every time

The trouble with love is

It can tear you up inside
Make your heart believe a lie
It's stronger than your pride
The trouble with love is
It doesn't care how fast you fall
And you can't refuse the call
See, you got no say at all

Now I was once a fool, it's true

I played the game by all the rules
But now my world's a deeper blue
I'm sadder, but I'm wiser too
I swore I'd never love again
I swore my heart would never mend
Said love wasn't worth the pain
But then I hear it call my name

Every time I turn around
I think I've got it all figured out
My heart keeps callin' and I keep on fallin'
Over and over again
This sad story always ends the same
Me standin' in the pourin' rain
It seems no matter what I do
It tears my heart in two

(The trouble with love is)
It's in your heart
It's in your soul (doesn't care how fast you fall)
You won't get no control
(and you can't refuse the call)
See, you got no say at all

(petikan dari salah satu lagu kegemaran aku - Kelly Clarkson "The Trouble With Love Is")

Tatkala aku terpaksa gagahkan juga kaki ini untuk berdiri sendiri semula... Tatkala itu aku bertemu dengan insan yang bernama Seseorang....

Seseorang yang kembalikan senyuman dalam diri ini...

Seseorang yang kembalikan semangat aku untuk terus hidup...

Seseorang yang sentiasa membuat senyuman terukir di wajah ini setiap pagi...

dan Seseorang yang buatkan aku melihat pelangi kembali....

Jadi disini... dapatkah kalian menilai betapa aku benar-benar menghargai kehadiran Seseorang dalam hidup aku?..

Itulah permulaan percintaan kami...

Tapi kini...............

Perasaannya masih sama cuma ada sedikit perbezaan....

Pertelingkahan acap kali terjadi... sehingga aku sendiri lemah untuk hadapi situasi tersebut...

Tapi Alhamdulillah kerana pertelingkahan yang wujud tidak pernah berlarutan hingga keesokkan harinya... Hari itu bermasalah, hari itu juga disettlekannya...

Mungkin itulah dinamakan permainan cinta..... If tiada permainan, tidak lah meriah.. begitu ke?

"Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku."


Dulu... bila tercelik mata aku pasti tersenyum terkenangkannya....

Kini... bila tercelik mata aku resah terkenangkannya....

Dulu... sentiasa bertemankan dengan kelembutan....

Kini.... sentiasa bertemankan dengan amarah yang tidak disengajakan...

Dulu.... persefahaman yang sentiasa berpihak antara kita....

Kini... pertelingkahan yang sentiasa ada...................................................


Boleh N.O.K.T.A.H kan semua itu tak?


Aku taknak keresahan yang sentiasa wujud....

Aku taknak bertemankan amarah yang tidak disengajakan ini...

Aku taknak sentiasa bertelingkah dengan dia...

dan aku taknak terus menerus menangis sendirian.... :'(

Kenapalah perempuan terlalu beremosi di dalam percintaan?..

Ini bukan kehendak kami....tapi inilah yang terjadi....

Aku akan cuba untuk bersikap rasional....





p/s : ...saya harap semua nie akan pulih seperti sedia-kala...



curhatku,
Nabilla....

Thursday, March 24, 2011

Teguran biar berpada-pada

Assalamualaikum...

Alhamdulillah kerana aku diberi peluang untuk melalui kehidupan ini lagi..

Alhamdulillah juga kerana aku diberi peluang untuk postkan sesuatu yang aku rasa agak terpanggil untuk menceritakan sesuatu...

Manusia mana yang tidak pernah buat silap, semua pernah... Alhamdulillah juga jika mereka yang pernah buat silap sedar dengan segera, itu menunjukkan betapa Allah sangat mengasihani diri anda kerana itu Allah s.w.t taknak kita terus membuat kesilapan...

Rasulullah SAW juga pernah berkata :"Manusia itu mmg diciptakan sediakala lemah, jadi ia memang mudah melakukan dosa"

Setahun dahulu aku sering anggap postkan sesuatu kat ruang status wall Facebook adalah sesuatu yang sangat remeh temeh... sampaila pada suatu hari tue aku ditegur oleh seorang teman mengenai status wall yang aku post kan itu... Teguran dia terus menerus ke ruang inbox aku... Walaupun teguran dia itu membuatkan aku rasa cukup marah dan benggang, tapi percayalah teguran dia itulah yang aku ingat sampai sekarang dan buatkan aku lebih berhati-hati untuk postkan sesuatu yang aku anggap hanya suka-suka dan kononnya remeh tapi sebenarnya ia mengundang dosa yang kita tidak ketahui...

Seorang teman :
"sy nk komen skit psal wall illa.. apa yg illa postkn 2 ia seperti mmbuka aib seseorang n yg tahu hnya illa seorg shj..bila org baca wall illa mereka yg mngenal illa akan mmbuat pelbagai andaian kpd org yg mereka fikirkan dan yg mngetahuinya hnya illa seorg n siapa yg dimaksudkan..hukumnya adalah berdosa..bayangkan illa post dkt wall n yg baca post illa semua fren illa n mereka semua mmbuat andaian dgn sangkaan masing2, sedangkan hnya illa shj yg tahu agak2nya bnyk xdosa di situ n betapa bsrnya dosa atas perbuatan itu, ia seperti himpunan dosa yg kita harus tanggung..Nurul Nabilla fikirkan kembali... Nabi SAW juga pernah berpesan : "Siapa yang senang membuka aib orang lain, Allah akan menampakkan aibnya sampai mempermalukannya di rumahnya sendiri" (June 23, 2010)

"Jika benar apa yg sy faham mengenai status kamu tu jgn la kamu postkn di wall..secara tdk sedar kamu dh mmbuka aib orang..bukankah itu tdk baik, dan sy dh bg tau kamu kn mengapa kita tdk boleh mmbuka aib org..dan cara yg lebih baik jgn postkn rasa marah kamu di wall..bila kamu postkn walaupn statement yg kamu postkn tdk merujuk pd org yg kamu mksudkn, tetapi bg org yg rapat dgn kamu pastinya dia tahu siapa yg kamu mksudkn dan secara tdk sedar juga disitu kamu telah mmbuka aib org tersebut disebabkn ada org yg tahu siapa yg dimaksudkn...walau mcm mne skali buruk org tu jgn lh kita mmbuka aibnya..biarlah org lain mngetahuinya sendiri..." (August 30, 2010)

Mungkin pada waktu itu sisa baki marah pada org yg aku tulis kat status tue masih lagi ada, dicampurkan pula dengan keegoan yang ada, memangla membangkitkan rasa amarah pada hati bila terus dapat teguran seperti itu...hehe

Tapi akhirnya, teguran itu yang mengajar aku akan sesuatu...

Secara jujurnya aku sendiri tak pandai menegur seseorang seperti mana kawan aku tue menegur aku, itulah yang membuatkan aku sedih because aku tengok kat luar sana ramai yang buat sesuatu kesilapan yang terlepas pandang yang pernah aku buat seketika dahulu..

Sebab itu aku rasa, aku ingin berkongsi dengan korang tetang teguran yang berpada-pada untuk sesiapa yang membaca entry ini...

Aku tak kisah untuk share dengan korang teguran yang aku pernah dapat dahulu, kerana teguran yang aku terima dari seorang kawan itu sangat sangat jelas... hopefully ia boleh diambil ikhtibar kepada korang...

Tapi aku juga manusia, sumtimes aku akui aku juga ada terlepas pandang.... Alhamdulillah atas teguran dari seorang kawan ini...

Kawan aku juga ada tinggalkan aku 2 potong ayat dari surah Al-Hujurat iaitu ayat 11 dan ayat 12..

Pagi nie aku membuka Al-Quran... Membaca dan menghayati maksud tafsiran ayat tersebut.. Buat tatapan dan rujukan sahabat-sahabat yang lain juga...

Al-Hujurat

Bismillaahir'rahmaanir'rahiim....

 11. Wahai orang-oarang yang beriman ! Janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain, (kerana) bolej jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok), dan jangan pula perempuan-perempuan (mengolok-olokkan) perempuan yang lain, (kerana) bolej jadi perempuan (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari perempuan (yang mengolok-olok). Jangan kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) setelah beriman. Dan barang siapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

12. Wahai orang-orang yang beriman ! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada diantara kamu yang menggunjing sebahagian yang lain. Apakah ada diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang.

Amin..


p/s : Nunub's sayang sahabat-sahabat Nunub's, sekali dia dah bersahabat dengan Nunub's, selamanya itu dia akan terus menjadi sahabat Nunub's... Terima kasih buat teguran dari seorang sahabat, Nunub's bersyukur kerana mempunyai sahabat-sahabat yang sering mengingati diri Nunub's tatkala Nunub's terlupa ataupun tidak mengetahui akan sesuatu itu.. Nunub's juga tak mahu, benda yang baik Nunub's terima seorang diri.. Jadi Nunub's kongsi bersama kalian, yang mungkin antara pembaca ini adalah sahabat Nunub's juga.. Nunub's bukan nak tunjuk baik tapi niat Nunub's ikhlas... kerana Nunub's sayang persahabatan yang pernah terjalin antara kita.. Semoga Allah SWT merahmati dirimu sentiasa SAHABAT.... :)


-.A.L.H.A.M.D.U.L.I.L.L.A.H.-

curhatku,
Nabillah a.k.a Nunub's

Tuesday, March 22, 2011

Kami berbicara tentang C.I.N.T.A

Assalamualaikum...

Perbicaraan antara Nunub's dan Rurub's .......





p/s : Cinta satu perasaan yang sukar diungkap melalui kata-kata... Kadang-kadang, orang yang dilamun cinta juga masih terpinga-pinga akan "Apa itu cinta?"... Tapi yang pasti, ia satu perasaan yang dirasai bersama insan yang asing dengan diri kita dan keluarga kita.. Sometimes, cinta juga tidak bererti memiliki.. yang pasti, cinta itu adalah satu rasa yang dianugerahkan oleh Yang Maha Pencipta.. Jika cinta yang kita hulur tidak berbalas.. bersyukurlah kerana kita masih dianugerahkan rasa itu, dari mereka yang punyai hati yang kosong...

p/s/s : Aku suka dilamun cinta... walaupun kadang-kala ada pahitnya...  tapi aku percaya, pahit itu tidak akan selamanya pahit.. kemanisannya akan pasti terbit jua, biarpun lambat, ia tetap akan ada ^^


curhatku,
Nabillah a.k.a Nunub's

Monday, March 21, 2011

Jika ia sebuah cinta..

Salam...

Jika sekali kau dah masuk alam percinta, umpama kau sudah terperangkap dalam lingkaran api yang dingin... Memasukinya mudah, tetapi untuk kembali keluar dari lingkaran itu.... hanya doa yang dipohon kepadaNya sahaja yang dapat menyelamatkan kita, insyaallah...

Aku masih terpinga-pinga soal hati... soal cinta...

Kenapa manusia itu sendiri rela dibuai arus percintaan yang kadang-kala boleh membuatkan hati kita sendiri percaya pada sebuah kebohongan?

Kenapa manusia itu sendiri rela dibuai mimpi yang indah... yang kadang-kala hanya tinggal mimpi sahaja?

Aku mula berbisik pada hati..... "Apa itu cinta sebenarnya?"

Satu perasaan keasyikan yang terbuai-buai?

Satu perasaan nikmat...?

Dari kaca mata aku sebagai seorang kakak dan sebagai seorang pemerhati pada yang lain... melihat adik-adik yang asyik dibuai mimpi indah di siang hari bersama sang kekasih... paling menyedihkan jika cinta itu diperlakukan seperti tiada nilai harganya.. boleh diberi sesuka hati kepada sesiapa pun dengan sekelip mata.. dan kemudian bertukar milik....

Semudah itukah?...

Manakala dari kaca mata aku sebagai seorang AKU dan kekasih... aku meletakkan diri aku sendirian di padang pasir yang kedinginan.... Mencari sedikit air bagi membasah bibir yang mula kekeringan dan melegakan kehausan yang tidak terperi... Mencari pohon-pohon redup untuk berehat seketika sebelum memulakan sebuah perjalanan yang bagiku perjalanan itu masih lagi jauh.... Mencari cahaya tatkala malam mula menyelubungi dunia....

Masihkah aku berpeluang mengecapi satu nikmat yang dapat menemani aku tatkala aku sendirian..? Masihkah aku berpeluang untuk memperoleh pertolongan tatkala aku dalam kesamaran...?
Masihkah aku berpeluang untuk mencari jalan keluar tatkala aku mula berada di tebing kebinasaan..?

Owh Tuhan..... :'(



Jika ia sebuah cinta... ia tidak mendengar namun sentiasa bergetar....
Jika ia sebuah cinta... ia tidak buta namun sentiasa melihat dan merasa....
Jika ia sebuah cinta... ia tidak menyeksa namun sentiasa menguji....
Jika ia sebuah cinta... ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha...
Jika ia sebuah cinta... ia tidak cantik namun sentiasa menarik....
Jika ia sebuah cinta... ia tidak datang dengan kata-kata namun sentiasa menghampiri dengan hati...
Jika ia sebuah cinta... ia tidak terucap dengan kata namun sentiasa hadir dengan sinaran mata...
Jika ia sebuah cinta... ia tidak hanya berjanji namun sentiasa cuba memenangi....
Jika ia sebuah cinta... ia tidak hadir kerana permintaan namun hadir kerana ketentuan....
Jika ia sebuah cinta... ia tidak hadir dengan kebendaan dan kekayaan namun hadir kerana keikhlasan dan kesetiaan....






Cinta bukan melemahkan hati,
bukan membawa putus asa,
bukan menimbulkan tangis sali sedan..

Tetapi cinta menghidupkan penghargaan,
menguatkan hati dalam perjuangan,
menempuh onak dan duri kehidupan...



curhatku,
Nabillah....