Tuesday, August 31, 2010

Buka puasa bersama..

28hb Ogos 2010

Hari tue, untuk pertama kali aku keluar dengan Seseorang, walaupun dulu time kat kolej sering kali terserempak diluar kelas mahupun di dalam kelas,tapi situasi kali ini memang lain sangat-sangat hahaha... Dia kan dia kan.... sangat tinggiiii, aku just paras bahu dia je kot... waaa sangat tinggi..


"So apa komen awak?"


"ha? hahaha awak nampak kurus dari sebelum nie"


"hahahaha"


"Awak, kenapa awak semakin tinggi ye?"

"Eh saya memang tinggila, awak tue, kenapa semakin rendah?"

"haha saya memang tak tinggi -tinggila"

Ikutkan plan asal nak berbuka kat Time Square, aleh aleh duk berjalan satu bukit bintang tue, akhirnya kami berbuka kat foodcourt Pavilion.

Sepanjang perjumpaan tue kami tak habis-habis duk ketawa, mana tidaknya, topik kami kebanyakkan berkisahkan time study kat kolej dulu... Siapa sangka insan ini yang aku keluar sekarang, kalau di imbaskan kembali, walaupun kami pernah satu kelas time last sem dulu, memang susah gila kitaorang nak bertegur sapa sebab perasaan segan tue kuat... hahaha... aduiyai.... tapi yang membuat kami rapat time belajar dulu adalah melalui YM, and Myspace... hehe kerap berchatting dulu, dalam kelas wat hal dan kepala masing-masing hahaha ;p

Dan siapa sangka, dia jugalah insan yang membuatkan hari - hariku tersenyum kini ^_^

Alhamdulillah untuk perjumpaan itu, dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.. Penat tue jangan cakap la, tersangat la penat tapi...... berbaloi kot hahaha......
 

10.30pm tepat sampai rumah

terasa masa cepat berlalu....

28hb ritu baru keluar dengan awak, dan semalam 30hb awak luahkan perasaan awak n melamar saya sebagai ur gf..... ermmm~

Macam mana ye? macam mana ye?

Ermmm....

Sejujurnya, aku suka dengan hari-hari yang semakin bersinar dalam hidup ini...

Sejujurnya memang benar dia la orang yang sentiasa membuatkan aku tersenyum...

Sejujurnya......................................................................aku takut ;|

Huh'

Masa........... itu yang aku perlukan.............

p/s : "4hb Sept '10, is our 2nd date..... macam mana saya nak berhadapan dengan awak ye kali nie??"







29hb Ogos 2010

Berbuka puasa dengan kakak, abang angkat dan member time kerja kat Oriental World Trade dulu..

huuu serius, aku memang rindu sangat dengan dorang......

Last perjumpaan kami pun time bulan puasa juga tahun lepas... so ikut kalender islam dah setahun tak jumpa....hehehe

Mereka memang best, tapi perjumpaan kali ini hanya 5 orang sahaja, sepatutnya ramai lagi.... yang takde time tue Kak Munirah, abg Sharil, Amin, abg Amnan dan kak Shima....

ermmm tak pe tak pe, len kali insyaallah, ada peluang kita jumpa reramai ye... :)

ermm boleh tak kali nie kalau aku nak cakap gak perkataan masa cepat sangat berlalu??

29hb ritu baru je keluar dan berseronok dengan mereka, dan semalam juga 30hb, salah seorang dari mereka luahkan perasaan juga, ermm "Hai Encik yang bernama Seseorang, nampaknya awak dah ada pesaing..."

Kalau boleh aku tak nak sakitkan hati siapa-siapa... dan dalam penolakan secara baik, aku harap sangat perhubungan persahabatan akan terus berkekalan....

Ermm aku kalau soal hati ini memang capat sangat buntu... jalan penyelesaiannya, aku bertanya pada mak..... senang..! habis citer...! pendapat orang-orang lama nie pun best gak.... sila sila membaca pandangan mak saya yeee ^_^


"Macam mana nie mak?"


"Nurul, kalau nurul tak nak, baik nurul cakap tak nak, tak perlu nak cakap beri masa ke, tersengeh je ke..."


"Tapi, kalau boleh akak tak nak sakitkan hati siapa-siapa"


"Nurul cakap je kat dia, tak boleh maaf sebab saya sedang mengenali seseorang, haa senang.."


"A'ah kan.."


"ish budak nie, tue pun nak mak ajar..!"


"ngeeeeeeee :D"

Sometimes otak nie memang tak aktif bila diri sendiri yang berada dalam situasi nie, jadi ia memerlukan pandangan dan pertolongan luar... lainla kalau orang lain yang berada dalam situasi tue, haa barula otak aku nie aktif memberi pendapat..... aishhh nabila nabila.....

huuu malam beebuka puasa tue, RM40 melayang, dan aku boleh jamah sikit je...

abg ijad cakap:

"nie kena tarik tali pusat budak nie bagi terkeluar isi perut tue then baru leh makan banyak-banyak kot... ish rugi rugi...."


"hahahahaha"

Nampak memang la macam rugi, tapi........ aku tak kisah, soal makan, memang aku makan sikit walaupun aku selalu cakap "saya suka makan" or "saya kuat makan".... huuu hakikatnya, aku memang makan sikit :)

Bak kata Seseorang juga "duit boleh dicari, tapi kenangan? :) "

T A H U T A K P E . . ! !

Aku tak terasa membazir, sebab, nilai perjumpaan dengan mereka n spend time bersama aku rasa lebih berharga... bila lagi nak keluar dan beriadah begini bersama-sama? masing-masingpun busy dengan kerja masing-masing.... ini bukannya selalu.... :)

LOKASI : Restoran Naili's, Sentul


cantik jugala lokasi dia


Kak Shasha dengan husband dia Abg Mat (tshirt hitam) dan Abg Ijad (tshirt pink)
 ^_^
Nabila dan Kak Shasha








Hafiz dan Abg Ijad


Hari tue juga aku jumpa dengan adik lelaki aku, Azroy..... terkejut juga time nampak budak-budak yang aku kenal, aleh aleh mereka sebut Kakak Azroy, hurmmm adik aku ada rupanya.... Pertemuan yang tidak disangka - sangkakan...

Mula- mula aku memang buat tak tahu je dengan aroy walaupun time tue dia tengah angkat tangan dan senyum kat aku... serius, aku memang tengah marah kan dia.... then lepas makan-makan dan duk relaks relaks tue, dia datang ke tempat aku dan salam semua member2 aku...

Aku tarik dia di satu sudut.... entah, dengan tak sengaja aku menangis sambil berceritakan situasi family.... Azroy sendiri pun hilang kata- kata...... dan aku tahu, dia pun pasti terkejut dengan berita tersebut.....

Tapi sekarang nie, Alhamdulillah.... keadaan family aku dah semakin pulih :)

Ya Allah........ Terima kasih....

Walaupun ia bukan seperti dulu, tapi Alhamdulillah,  keadaan dah semakin pulih :)

p/s : bulan 10 nie, plan bercuti bersama dengan mereka,hope menjadi la :)

Note : huh' Seseorang dah mula minta link blog aku..... hu' harap sangat awak tak baca blog nie sebab saya tau awk tak suka nak baca benda-benda panjang cmnie.... ish harap-harap awak tak baca, kalau awak baca huuuuu tak tahu tang mana nak sorok muka nie bila jumpa awak nanti.... suatu hari nanti, insyaallah... awak akan tahu juga.....



Nurul Nabillah a.k.a Nunub's

Sunday, August 29, 2010

UjianMu~

Keadaan bukan seperti dulu.....

Semua dah berubah......

Dari sudut, keceriaan, ketenangan...................

Andailah dapatku usapkan titisan air mata itu.....

Andailah dapatku hapuskan teriakan jiwamu itu....

dan andailah dapatku meleraikan segala kesulitan ini....

Adakah ketenangan itu akan kembali? ='( 

Allah Hu'Akhbar~

Aku sayangkan keluargaku... Lebih dari segala- galanya.....

"Ku mohon padaMu Tuhan, jangan kau ragut ketenangan ini Ya Robbi~"
Ujian demi ujian.....

Siapa sangka dan siapa yang dapat menduga ujian apa yang Allah akan berikan.......

Aku tak tahu.....

Aku tak tahu.......!

Setiap kali M E R E K A M U L A K A N L A G I ........
Jiwa aku memberontak..... 

Apa yang aku leh cakap....... "Sedey giler dohhhhhh....!"

Memang benar kata orang... Kehidupan ini seperti roda... 

Kadang- kadang kita berada di atas....

dan Kadang-kadang kita berada di bawah....

"Ya Allah, memang benar doa seorang ibu kau makbulkan.."

"Adakah doa seorang anak juga kau makbulkan?"

"Dengarlah rintihanku Ya Allah ='("

"Dada aku semakin sesak Ya Allah..."

"Semakin sukarku bernafas dalam kesesakan ini Ya Allah"

"Tolong lah Ya Allah.."

"Tolong aku Ya Allah ='(.." 

"Pulihkan kembali semuanya ini.."

"Pulihkan lah ='(.." 

Astarfirullah'halazim...... astarfirullah'halazim..... astarfirullah'halazim ='( 

Saya sangat sangat sangat sayang keluarga saya......................


Buat sahabat- sahabat

"Terima kasih, terima kasih kerana sudi luangkan masa mendengar setiap keluhan hati yang semakin menyesakkan, terima kasih kerana tidak jemu-jemu untuk meminjamkan telinga dan mata anda untuk mendengar dan membaca setiap coretan tulisan rintihan hati ini....."

Buat awak yang bernama Seseorang

"Terima kasih juga.... terima kasih kerana awak sentiasa membuatkan saya tersenyum... walaupun awak cuba korek apa yang sedang berlaku dalam kehidupan saya.. maafkan saya..... belum tiba masanya lagi untuk saya terangkan situasi ini"

"Awak yang bernama seseorang............................ Terima kasih lagi sekali, kerana hadir dalam hidup saya tatkala saya butuhkan sokongan, terima kasih wak.." 

Buat keluargaku

"Akak sayang keluarga ini....... akak mohon fahami jugala perasaan kami... " 


Ketenangan~
oOh ketenangan~

Walaupun bukan sekarang....

Suatu hari nanti, akan ku pastikan K A U menjadi milikku yang M U T L A K . . ! !







bungkam bisu.. tiada apa yang satu..
lemah badan aku gila lesu
fikiran melayang buat aku buntu
owh apa kah aku masih seekor kelkatu

rancak menari salsa sampai terpijak kaki
mereka semua tertawa tapi aku tak peduli
aku menari tak henti-henti
suatu hari nanti aku kan pergi
berikanlah aku satu peluang
untuk aku terus terbang
melakar lukisan pelangi indah
untuk kita lakar bersama

curhatku,
A K U ~~

Friday, August 27, 2010

Andai diberi peluang ='(

Andai diberi peluang membuat 1 permintaan........ .
 .
 .

Aku tak nak yang lain...




Aku nak keluarga aku..!!



Aku nak keluarga aku.... ='(



Aku nak keluargaku semula ~


Ya Allah~

:'(


Mana pergi senyuman tue...........????????????????/



Mana pergi keceriaan ituuuuuu.............???????/



Mana pergi...?????????????/




Kenapa ramadhan kali ini begitu sukar buat aku dan keluarga?????




Mak .... Ayah...... please......='(

Tuesday, August 24, 2010

Aroy..

1

2

3

Saya rindu adik lelaki saya :'(

Mohd Azroy Bin Md Yusop.....!

.

.

.

Bukan akak je tau rindukan kau..... mak ayah.. n nawal.....

Semalam mengalir air mata ayah bila bercerita soal kau.....

Tak ke kau tahu ayah rindukan kau :'(

Walaupun ayah tak pernah manjakan kau.... (sebab ayah tak nak kau lembik..!)

Walaupun ayah tak pernah cakap soal kasih sayang dengan kau.....

Tapi rasaila dari setiap tindakannya :'(

nak tahu sumthing? ayah sayangkan kau roy, sayangkan kau.....~

Akak xtahu apa yang sedang kau hadapi........

Kau juz reply msg akak "ibu mengerti,aku sengsara"...? Apa nie?????!

Susah sangat ke nak bercerita......?

Sementara mereka masih hidup....... balik la

Akak tak boleh nak tengok air mata ayah lagi roy :'(

Akak dah tak boleh :'(



curhatku,
ur sis...............

Friday, August 20, 2010

Disebalik jalan cerita-Nya

Bismillah'hirahmanirahim~

Alhamdulillah atas nikmat dari-Nya.....

Aku manusia biasa yang tidak akan lari dari kesilapan dan kelalaian...

"Maafkan hambaMu ini Ya Robbi.."

Kasih sayang-Nya....~ "Alhamdulillah"

Kadang-kadang kita duk terfikir, kenapa Allah kurniakan kita ujian begini?

"Wahai sayang, kenapa mahu mempertikaikan ujian Allah?"

(Kadang-kadang Allah sengaja menguji kita kerana Allah dah sediakan kebahagiaan disebalik semuanya - Epilog Syurga Cinta )

hehehehe~

Benar bukan?

Setiap ujian Allah sebenarnya ada hikmah......

Biarpun sakit kita laluinya...

Biarpun pedih.......~

Janganla kita berputus asa.....

Allah itu Maha Melihat, Maha mendengar dan Maha Mengetahui setiap usaha, kelakuan dan rintihan hamba-hambaNya..... Dia mahu menguji kita,seteguh mananya iman di dalam diri kita, dan seteguh mananya kesabaran hati kita..... dan juga dalam masa yang sama Allah cuba mengajar kita erti ketabahan.... Allhamdulillah~

heheh jalan cerita-Nya terlalu misteri.... kerana kita tidak tahu apa yang bakal berlaku...

Kebahagiaan~

^_^ Alhamdulillah......

Itu yang ku rasai sekarang....

Benar, memang setiap ujian Allah tue, Allah dah sediakan kebahagiaan disebaliknya...

Setiap yang pahit, pasti ada manisnya bukan? hehehe...

Sakitnya dulu rasa itu.....

Pedihnya hati.....

Terlukaku dibuatnya dulu....

Kesalnya tidak terhingga....

Tetapi siapa sangka...... doa, rintihanku telah didengari.... dan doa itu sebenarnya telah dia tukarkan dari dia kepada Seseorang...

Allah Maha Mengetahui bukan? Mengetahui mana yang lebih baik buat diri kita semua :)

Jadi kenapa harus rasa kesal?

Setiap hari, setiap masa dan setiap saat sangat bermakna buat aku....

Kerana kasihnya Ilahi.....

Buat masa ini...... Aku sangat menghargai apa yang sedang berlaku dalam hidupku... Sangat menghargai detik-detik manis yang sedang melanda dalam hidup ini... kerana belum tentu manis ini akan berpanjangan hingga ke esokkan harinya... jadi..... setiap hari adalah bermakna buat aku :)

Ya Allah.... Terima kasih atas kasihMu itu.....

Ku percaya Kau sentiasa disisi....

Mendengar setiap rintihanku....

Melihat setiap usahaku....

dan Mengetahui setiap tingkah laku ku dan hasrat dihati...

Kepedihan lalu telah terubat kini.....

Mungkin kemesraan ini tidak akan kekal lama.....

Tapi untuk detik ini, aku benar-benar menghargainya.....

Doaku moga ia berterusan......

Disebalik jalan cerita-Mu itu ada Kebahagiaan..... "Terima kasih"



Note : "Seseorang : Biar orang buat kita, janji jangan kita buat orang, takpayah nak flashback semua tue, saya kan ada :)" Alhamdulillah.............~

Monday, August 16, 2010

Kepala Pusing..!

Apabila semuanya rasa lain...

Apabila semuanya serba tak kena...

Apabila ada kerja tapi buat-buat tak der kerja... atau mungkin takder kerja tapi buat-buat ada kerja...

Maka terkeluar jugala statement yang aku tak tahu kenapa ada je kat kepala otak nie

"apabila tanda soal (?) dan tanda seru (!) main peranan dalam berkomunikasi.... ermm tnpa bercakap.....k0t... ermm~"

toink..! toink..! (#_#")

K O M U N I K A S I...!!! (sgt sgt penting.. bak kata Wan Azlan...hehehe)

Sunday, August 15, 2010

ukhwah yang terjalin (kalau dah jodoh bersahabat, ia tetap xakan kemana)

13 Ogos 2010 ( Pagi-pagi time bekerja )

buzz..!

"(erk.. ada yang PM aku la )"

Capital Lalan <------ nick name

klik

"capital lalan : salam ramadhan wak"

"ermm nk reply ke x? nk reply ke x? "

"huuu cam tahu-tahu aje aku nak wish perkara yang sama kat farah nanti"

"nak reply ke tak ni??"

"malas lak nak ada kes cam dulu, tp skrg kan bln ramadhan, huu reply jela"

huu nabila niat brbaik hanya kerana Allah Ta'ala, bkn utk apa2 ok....

"nurul nabillah : terima kasih, salam ramadhan juga buat awk, hu2 saya baru ingat nak wish benda yang sama kat fb farah"

"capital lalan : its ok"

"capital lalan : farah selalu bagitahu yang dia ada baca blog awk "

"(capital lalan is typing a message)" -------------> tttittttttttttttt line tenet aku putus..

apa lagi, cuak la aku... tgk dia kata farah dah baca blog aku makin la aku cuak...

line tenet putus sebab bos aku tengah guna line telefon yang bersambung ngn line tenet aku...

erk...

alahai...

serius, tak keruan aku time tue....

"ish lambatnya bos guna line"

"apa yang lan nak bagitahu lagi ha tue?

"erk farah baca blog aku?"

"hopefully dia tak salah faham dengan cerita SESEORANG yang aku tulis kat dalam tue sebab lan juga salah seorang member kolej aku dulu"....

"aduii.. cepatla cepatla... nak kena tanya betul2 nie"

saat apa bila bos aku sudah habis guna line telefon tue....

"huhu"

"nurul nabillah : sorry2 tadi line putus, saya dapat mesej awk sampai farah dah tengok blog saya tue je, then apa dia??"

"nurul nabillah :..................................(masih menunggu utk direply)"

"ish nie tak boleh nie, kang ada gak sesi salah faham lagi, kena tanya farah betul2 nie "

on Facebook

taip nama penuh farah ...... jeng jeng ada juga tuan punya nama nie...

(ini antara perbualan aku dengan farah kat facebook, plus (+) prbualan lan sekali) <--- stok copy paste punya nie hehehe....

AKU


FARAH

LALAN

"hope, akk xtrlmbt wish salam ramadhan buat kamu dan keluarga :)"

"salam ramadhan juge ntuk akak n fmly..=)
n 1 lg,maaf zhir n batin..nt rayer nk duit rayer ye..heheh"


"hehe.. duit raya? erk tuk bdk bawah 5thn je ye leh dpt dr akk..ha3
farah, blh akk tnyakn sesuatu?"


"hehe..tnye pe akak? tnye jela jgn malu2..hehe"

"hehe ok2... jujur dgn akk adakah kamu masih ragu2 lg dgn akk?"

"ishhh..ragu2 ape lg..klau sbb benda yg dulu2 tu..bnda da lepas kak..=(
xde sebab frh nk ragu2 kt akak da kan....hehe=))"

"alhamdulillah.... wokay, so antara kita xmo da slh fhm g k... akk hrgai sgt pngenalan antara kita.. :)"

"Nice...lalans like...sorry kpda kamu berdua k??smua sbb sy,n ksilapan sy..so,ikhlas nak minx maaf..)-;"

"oriteee..!! alhamdulillah..frh pon kak..prkenalan yg xdisangke2..nmpaknye kte mcm ade jodoh brsame ye..haha=)
akak mau smbung stdy ye??" 

"haha for lan... len kali xmo nakai2 ye, awk untung dpt cik adik farah nie hehe xpe, ksh lalu, sy dh lupakan...

for farah.. yup, nk smbung, tp utk prt time stdy je... cop2... kamu bce blog akk yeeeeeeee sbb kt blog je akk tulis nk smbung stdy" 

"Okey kakak..(-;..jnji xnakai2 dah.."

"haha..tau xpe..nakal skali lg frh bg dushhh3x je!!
yelaa kak...alamak,serba salah lak..terbace td..xpe kan??hehe
mau amek course ape??"

"hehe dush je... dlu akk tgk kt msu, akk trtarik ngn kos international business...
n skrg akk tgk kt OU, akk brminat nk ambik business Management.. msu jauh sgt lak... tue yg nk try tgk2 kt OU..."

"owhh..mmg minat bsness la ni..da cnfirm la ye nk g..
lalan...kitowg nk msuk degree da ni...awk tgl sowg2 jela k!hehe"

"haha kurang asam boii itu budak lelaki....xpe.. sy tgh ushala nie, usaha nk smbung stdy.. nk katakan knferm msuk tue blm g, akk juz nk tnya je dlu... mungkin msuk thun nie, n mungkin thun dpn... Allah punya jln cerita,tiada siapa yg thu.. ada rezeki insyaallah akk akn smbung.. kalau xder, mungkin ada rezeki akk yg lain.. siapa thu kn?.. wlopaper pun gud luck utk korg brdua.. blaja rjin2 k... genggam segulung ijazah, ilmu adalah pelita kehidupan :)"
 
"Nabila: open universiti oke lah..boleh keje smbil belajar...
farah: )-; xpe..oh ade kawan baru a.k.a kakak baru"
 
"utk lalan, kitaorg dh lama brkwn k, cme kurang mesra je hahah"
 
"kakak bru?? eh..akak ade adik laki x? leh jd adik ipar..lala"
 
"Owh ic..bgus lah kalau cm tuh..
Eh eh..kakak nabila..see die y notiii la bkn sy har..owh gatai ea farah..haha"
 
"haha.. so apa kata lan lak dush farah hehehehe...."
 
"Xleh..sy xske dush2 wanita ..hehe..nabila tolong dush kan bole..haha..jgn mara har..xD"
 
"hahaha..bak kata akak nabila..Allah punya jln cerita,tiada siapa yg thu..kte just mrancang je..Allah yang mentukan..so ape salahnye sy mrancang nk jd adik ipar kak nabila...hahaha...lalan, klau ade jdoh kte still akan brsame..jgn risau oke?=)"
 
"bgus2. lelaki yg suka dush2 nie dayus..heheh...
he3.. benar kata frh......"
 
"Kalau awk ngan adik nabila..sy cam ner??haha..bak kate nabil..lu pikir la sndri..trima ksih..lala"
 
"hahahahaha..... no comment... tp kalau frh jd adk ipar akk pun best gak... hahaha.. cun tuee, baik lak.. ish ruginya sape yg trlepas... hehe"
 
"Huhu..jgn la puji sgt die..nt die kembang semangkuk..haha..tgk tuh..die da senyum lebar da..."
 
"so pengajarannye skang ni...kte jgn risau tntang jdoh kte...Allah da aturkan sumenye untuk kte...
awk ngan adik saye...leh jd kakak ipar awk..yeay!(adehh,pening2)
bun bun sudah kembang...big booty..."
 
"Haha..
Cik nabila bt yusuf...boleh awk add fb sy??xD"
 
"hehehe.... sy ckp prkara yg jujur, dimana mata seorg lelaki tdk dpt melihatnya.."
 
"ayoyoo ammaaaa..akak pon ape kurangnyee~
 cun n baik dari frh kot...haaaa"
 
"ish xdela.. farah, dh lama akk nk tnya, cmne kamu buat kt wall kamu yg al-quran tue ye? akk brminatla"
 
"Tp mata sy dpt melihatnya dgn jelas..that y la sy pilih dia..thx to allah for sending me you my love(farah nadiah)"
 
"lalan is gedikz..haha..sweet of you..
jap akak..lupe lak cmne..jap ye"
 
"lan : alhmdulillah...
frh : ok"
 
 
"Syg wat kan sy skali..hehe..nak jugak...xD"
 
"ok2 tq, akk wt time sume kuar g solat jumaat r, cz akk ngh kerja nie.. curi2 on hehehe .. tq yeee"
 
"wlcme3..=)"
 
.......................TAMAT..........................................
Apa yang boleh aku nak beritahu adalah..... aku bersyukur atas ke hadrat Ilahi atas perkenalan antara aku, farah dan lan..... walaupun permulaan perkenalan kami ada agak sedikit masalah dan salah faham.... tapi itula dinamakan rencah kehidupan..... 

terserah pada manusia juga sama ada mahu ataupun tidak untuk berbaik....

Hari tue, aku gembira sangat, sebab settle sudah salah faham dulu dan alhamdulillah juga, bertambah lagi member..wink wink ^_^ hahahaha
 
 

Buat Farah : akak share satu ayat buat kamu yer dan terapkan ia dalam hati "Seorang wanita perlu ada impian, jangan biarkan diri seperti alas kaki, dipijak-pijak, kemudian ditinggalkan..." Walauapa pun terima kasih lagi sekali :)




Buat Lalan : hehehe abaikan bunga ros yang lain, yang mungkin lebih indah.... tapi percayala, belum tentu awk akan dapat bunga ros yang sama seperti yang ada dengan awk sekarang.. hargainya :).. tapi sekarang saya nampkla awk semakin berubah dan semakin menghargai si farah.... dan peringatan juga untuk awk... kalau awk sia- siakan farah, saya tak akan teragak-agak ambik dia sebagai calon adik ipar saya cuz saya dah mula berkenan ngn si Farah nie.. haaa jaga2 hahahahha...


Enam hal pokok yang harus dimiliki 
dalam mengharungi hidup adalah
agama, ilmu, kekayaan, keperibadian yang baik,
kesihatan, dan sikap pemaaf...


 





Thursday, August 12, 2010

Ex Bf - My lil bro - Seseorang

Alhamdulillah, rezeki yang diberi oleh Tuhan pada hari ini.... huhuhu byk sgt lauk hari ini...

Cik Nunub makan manyak manyak rini ^_^... wawawah tak takut ke Cik Nunub's oii???

"hehehehe, nub's takmo gemok ar, nanti susah nak gerak.... asyik penat jeee.."

hehehe terlaksana puasa ku untuk hari kedua ini... Alhamdulillah....

Ex Bf? My Lil Bro? and Seseorang???? huhu apa cer nie??....

Aku tak tahu nak luahkn kt mana, jadi disini sahaja aku coretkan sedikit rntihan hati yang semakin menyesak di dada ini.....

My 2nd Ex Bf 

Dracula... nama yang agak jarang aku sebutkan sekarang ini ataupun memang aku dah tak sebutkan dh pun selepas......................................... kau pergi meninggalkan aku.......

4.45pm (sebelum pulang dari office)

dalam keadaan aku nak bersiap-siap kemaskan meja dan offline YM, tiba-tiba aku nampak satu id ym yang amat ku kenali dulu....


"dracula pm aku?"

"dracula?"

klik...

"dracula : Selamat berpuasa wak"

ermmmmm......

offline... close (x)... shut down PC.... pakai kasut... chowww.......

huuuuu~

"Dracula...... dah lama awk menyepi, kenapa kini awk menjelma?"


Insan yang pernah aku sayang.... pernah bertahta di hati ini... insan yang sentiasa aku rindui.....

Tapi...... itu semua dulu.......

Rasa tue semua dah mati dalam hati ini..... Aku dah tawar hati.....

"Awak... sama ada awk baca ataupun tidak blog saya nie, saya tetap akn luahkan sesuatu.... luahkan sesuatu yang dah lama bersarang dalam ht ini... Saya tak pernah salahkan takdir atas perpisahan hubungan kita, memang benar kata orang... semuanya pasti ada hikmah....."

"Awak... Saya tak reply ur msg kt ym and approve request awk kt fb bukan bermakna saya marah kat awk... dan bukan bermakna saya hendak bermusuh.... apatah lagi berdendam...."

"Cuma saya taknak ketenangan yang baru muncul dalam diri saya ini pergi meninggalkan saya... bukan senang wak saya nak pulih... bukan senang saya nak kembali berdiri semula..."

"Saya tak marahkan awk.. semua dah pun berlaku.... awk pun dah ada pasangankan sekarang... semoga bahagia hendaknya wak.."

"Awk... sekali orang buang saya... mati hidup kembalipun saya tak akan terima.. melainkan terima awk sebagai seorang rakan... itupn tetap hrus diberi masa juga...."

huuuuuuuuuu~ dah la Nabilla...... sudahla~

hatiii.... ohh hatii..... jangan lemah ye........


My Lil Bro

Baru lepas beli makanan untuk berbuka kat pasar malam plus bazar kt area Jalan Kuching..

1 miss call?

Azroy?

Call back...

"Hello, Assalamualaikum"

"Waalaikum'salam, kau kol akk ke tadi?"

"A'ah.. kau buat apa tadi?"

"Beli makanan kat pasar malam jln kuching.. asal ?"

"Owhh dengan siapa? "

"Dengan family la, mak ayah dan nawal.."

"Owh.. tak ada, aku ingat nak berbuka dekat rumah dengan korang tapi transport pula tak ada, tak apa la.."

"Transport tak ada?..owh.."

"Semalam berbuka cam mana kat rumah baru? he3"

"Okay je, alhamdulillah.. kau pula berbuka kat mana?"

"Aroy berbuka kat tempat kerja, kat sinikan ada makanan.. k k la kak, ada orang panggil nie, kirim salam kat semua, assalamualaikum"...

"Orite, w'salam.."

tttiiittttttttttttt..............................................

"Mak, ayh, nawal.... aroy kim salam"

"W'salam"

setakat tue sahaja yang aku ingat perbualan antara aku dengan adik lelakiku petang tadi....

hurm....

entah kenapa....... aku terasa sangat rinduuuuuuuuukan dia...... :"(

Lama benar dah tak jumpa.... sepanjang kami dah berpindah kat area segambut,kl ini dalam bulan 4 ritu.. Azroy tak pernah tidur kat sini... kalau datangpun, sekejap then balik bangsar rumah lama kami sebelum kami pindah sini....

sebak :'(...

serius..... saya sangat rindukan adik lelaki saya yang seorang ini.....

Roy... jaga diri bebaik k..... kami semua sayang dan rindukan kau.... :'(



Seseorang

Awak yang bernama Seseorang..... hehe :)

Thanks~

Wednesday, August 11, 2010

Sambung Study..!!!

Huuuu.......

Saya......

Nak.....

Sambung...

Study...!!!

Kebelakangan nie memang aku duk tengok-tengok tempat yang sesuai untuk aku sambung belajar....
tapi aku nak smbung untuk part time study je sebab aku masih nak bekerja.... huhh"

duit... duit....

serius, aku memang nak sambung :(

cukupla time diploma ritu aku tertinggal sesi konvo.....

Moga, niat aku nak sambung deg dlm jurusan yang aku minat nie adalah keputusan yang betul dan dapat topup kembali sesi konvo yang tertinggal dulu.....

huhuuuuuu, Open Universiti Malaysia cam ok... td duk seach punya search, nmpak satu program "BELAJAR SAMBIL BEKERJA" wawawaaaaaaaaaaaa.... cam best je hehehe ^_^

ermmmm nanti nak ke sana untuk mengetahui lebih lanjut....... yuk2 Nunub's...!

Tuesday, August 10, 2010

RAMADHAN ^_^

Alhamdulillah, ramadhan kembali lagi....
pejam celik pejam celik esok dh puasa.....

Semoga ramadhan kali ini membawa erti yang sangat berharga dalam diri ini.... terlalu banyak kesilapan yang dilakukan, moga ramadhan ini memberi keinsafan buat diriku...

Ya Allah.....
Ku mohon perlindungan dariMu.....

Yuk2, sama2 kita dekatkn diri kepada Yang Maha Pencipta....

Nabila....... akan cuba....... berusaha...... memperbaiki........... kelemahan....... diri..... dan...... memperbetulkan kesilapan.... dan kelalaian lalu....................

Nabilaaaaa.....

Mahuuu.......

Menjadiii......

HambaMu.............

Yanggg.........

Soleha.............

Ya Robbi...............

Permudahkannya, amin~


SALAM RAMADHAN ^_^

Sunday, August 8, 2010

Hari kedua hidup membujang...

6.00am, tepat aku bangun.. huhu kali nie tak leh lambat.. kan ada interview, huhu kena jumpa Ima, depan PUSRAWI.....

huhu.....

Kepala masih denyut-denyut, mata macam susah je nak buka.... alahai~ saya betul2 ngantuk lagi nie.... (-_-')...

huhu tue la, tidur lewat sangat malam tadi kenapa?? dah tahukan kena bangun pagi......

hehehe...

Bukan pe, seronok bersembang dengan member rapat semalam.. hehehe.... cop2, take 5 ok, aku nak cerita tentang seorang yang bernama SAHABAT.....


haaaa niela jejaka melaya yang nak aku cerita kan... amacam? ensem kan? hahaha... isshhhhhh jgn duk gatai nak try2, dah da marka kawan aku nie... hehehe.....

En.Saleh.. En.Saleh..... kita nak cakap sesuatu nie....
terima kasih sebab kawan dengan kita, dan terima kasih sebab care tentang kita ^_^...
Kita dah lama kenal, and alhamdulillah, kita masih kekal bersahabat..... Saya sangat hargai hubungan sahabat ini...... Jangan ada benci antara kita, awak banyak mematangkn diri saya.... Thx again....

haaaa... nie buah hati pengarang jantung En.Saleh.... hehehe..
En. Saleh.. En.Saleh.. kita nak bagitahu  lagi nie... awak kahwin, jgn lupa jemput kita, time tue, insyaallah saya pasti akan datang...

Kakak.. kakak... huhu..... saya harap keakraban kami tidak disalah erti... saya sangat menghormati Saleh, dia saya anggap seperti abang saya sendiri... kalau dengan Saleh saya akrab, dengan akak saya lagi mahu akrab ^_^..
Lepas masing-masing kahwin nanti, boleh la kita buka topik soal anak-anak masing-masing heheh...

huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu ttiitttttttttt (5 minit sudah berlalu)

9.30am, huhuhu baru keluar tunggu bas... huuuuuuu tepat pukul 10.00am baru bas tiba... huuu 1 jam aku tunggu..... lama kan? lama kan? huuu sebaik i penyabar tau..hehehe

Dalam bas~

Tidur.. zzZ
Terjaga..
Tidur.. Zzz
Terjaga...

haaaaa nie yang aku malas, aduiyai..... wahai mata, segarla anda.....!!!!!

Tidur.. zzZ
Terjaga..
Tidur.. Zzz
Terjaga....

Tetiba terlihat mat india......

peh mata diaa..... sedapnya dia memandang awek cina yang seksi duk sebelah dia tgh layan tidur dia... mata dia kan.. mata dia kan... ish, rasa cam nak korek-korek mata dia...... DASAR LELAKI..!!!

huuuuu~ layan pemandangan luar lagi baik.... huuu jauh lagi nak sampai Jalan Ipoh nie....

huuu mata-mata... jangan la mengantok.. sabar nohhh.....

Duk pandang depan balik.. erkkkk

"asal mat india nie pandang aku lak?"

huuuu dah tak senang duduk... ermmmm

mata automatik segar....

"ish...pandang lagi.."

"ada yang terbuka apa-apa ke kat aku nie"

Check..check....

okay je, butang pun kemas je....

erk....

pandang mat india tue sambil bagi signal..... "PEHAL...?!"

huuuuu cepat-cepat dia pandang tempat lain....

huh' ... "giler mamat nie"

Aku tak suka dipandang begitu.... ditenung begitu....

ishhh kurang sopan tau ngakkk????!!

.......................................................................................................
11.00am, baru sampai depan PUSRAWI....

huuuu' penat~

eh eh, ima cantik hari ini.... dia pakai selendang kaler pink ^_^



tunggu punya tunggu.......................................................................


sejam lebih juga kat sini.. aleh-aleh tanya orang dan inila jawapannya...

"Bas ke Kota Damansara tak ada kat sini dik"
"Kena ambik kat Kotaraya ataupun Jusco Kepong.."


erkkk....... sebaik hari ini cuba- cuba pergi sendiri ima.. dan nasib baik, kita cakap ngan Mr.Calvin yang kita gerak sendiri... ini kalau hari pertama kerja baru nak cuba-cuba pegi kerja sendiri, mau mati kutu dibuatnya.....


Ambik bas ke Kotaraya, then ambik bas 99 metro... huuuu menujula kami ke destinasi impian...hahaha.....


Alhamdulillah,selamat sampai,,, Mr.Calvin lak tak sampai-sampai....


Singgah ke toilet shell dulu...............


"alamak, ladies room rosak lak"

"tp lelakinya okay je"

"ima..ima, tolong tengok kan orang yer?"


"bereh kak"


hahah....


" pehhhhhhhhhhhhhhhh....... xleh jadi nie"


blum masuk lagi, dah semerbak harum.....


"ahhh tak jadi... tak jadi"....

"ima, jumla patah balik"

"kotoq, nak mati toilet nie"............................................................


(Sesi interview dengan Mr. Calvin)


bla bla bla bla bla.................................~


"u konferm masuk kerja bila?"


"erm.. awal bulan nie, mungkin "


"ermmmm..."

"tapi Mr.Calvin, bagi saya bincang dengan family saya dulu, sebab pendapat merekapun penting juga"


"bila kamu nak konfermkan dengan saya?"


"paling lewat rabu nie, insyaallah"

"okay"


aduuuuuuuuuuuhhhhhhhhhhhhhhhhh
aku dah tensyen.... tang nie mmg aku dah tensyen....
memangla gaji dia lebih... tapiii... dengan kos transport, kos nie..kos tue... jauh lak tue....


aku kan.. aku kan... buntu tau....


entahla......


kesian lak dengan bos aku sekarang nie....


kerja tempat nie okay je.... walaupun gaji sikit dari yang dioffer, tp gaji bersih yang dapat, aku rasa, sini lagi berbaloi..... sebab pergi balik parents aku jemput... so tang situ, dh jimat...


ahhhh buntu......~!


"Mr.Calvin nak belanja minum kak"


"haaa?"


"ala, Mr.Calvin memang macam tue la kak, dulu 1st2 sy interviewpun dia belanja saya makan"


"owhh okay"


dalam duk panjang-panjang sembang dengan Mr.Calvin nie, ada satu ayat yang aku tangkap.....


"You orang ha, kalau nak cari bf, cari yang cina punya... fikiran, aiyoo sangat baik, bisnes punya fikiran"


aku dengan ima saling pandang memandang antara satu sama lain...... kemudian "hahahahahah"


"sekarang nie, banyak maaa cina dan melayu kahwin campur"


huuu.... rancak betul Mr.Calvin bercakap....


ahhh malas aku nak taip apa yang dia bebel kan.....


titttttttttttttttttt....


aku dan ima, terus balik ke Kotaraya lek....
singgah CM, perkena Bakso sekejap...
huuuu sambil tangkap-tangkap gambar buat kenangan....


hehehe.....


serius, hari ini memang penat sangat, yang tak leh blah, aku asyik ngantuk je dalam bus.... huh' tak tahan... tak tahan....


dalam perjalanan balik... tetiba aku teringatkan seseorang......


huuuuu~


rakan kolej seketika dahulu... huuuuuu "erk.. asal jantung aku berdegup laju??"


ermm nie malas kalau aku fikir pasal dia...... rasa cam lain je perasaan yang baru muncul dalam hati ini......


asal ye????


dulu sekadar minat-minat tengok je...


aiiiiii minat tue tetiba tukar lain......


aku tak tahu, itu perasaan yang mengarut atau pun tidak.... tapi aku rasai sesuatu....


"ahhh nabila... sudah..sudah......"


biarla, at least, perasaan baru yang muncul nie dapat buatkan aku lupakan cinta lalu....


huuuu....


"awak.. awak..... saya tak akan bagitahu apa-apa kat awak, apa yang saya rasa... sebab, saya tak nak awak tahu..... biar saya tanam rasa nie dalam-dalam..... lagipun, awak bukan suka saya.." (gilerkan nunub nie).... ermmm


orang kata, biar kita cari orang yang menyayangi diri kita... dan bukannya yang kita sayang.....


jadi......................... saya tak nak buat silap lagi... cukup la cinta pertama dan kedua saya gagal kerana saya sayang mereka, tp mereka tak pernah sayang saya... kalau cinta pertama tue, yup, leh kata ada jugala sayang suatu ketika dahulu.... cinta kedua... ermm boleh dianggap cinta kedua ke kalau cinta itu hanya ada disebelah pihak sahaja?.... dan sebelah pihak hanya m'anggap, kita sekadar pengganti................................"arhh dahla nabila, cukup..!"

tamat sudah kisah lalu... jangan diungkit lagi.....!!


"huhu.... awak yang bernama SESEORANG..... huuuu jangan bagi saya jatuh hati kat awak ye... saya takut..... saya akan kecewa lagi......... dan saya agak risau sekarang, sebab saya mulai rindu awak..~"

"ahhh apa yang aku rasa nie?????!! giler..! "



9.00pm, tepat sampai rumah.....


huuuuuu penat giler nie.. badan lesu-lesu je.....


Check.. check FB....
Siapkan blog....... and post....
dahhhhhhhhhhh....

"saya rindu family saya... mana dorang niee......."



ahh aku mahu berehat..... penat sungguh nie.....


ada kerja yang harus aku siapkan sebelum besok... huuu besok bos mahu tengok.....


soal kerja baru tue... aku harus fikir masak-masak..... Tuhan, bantula hambaMu ini membuat keputusan... amin~


10.45pm - DONE!

Saturday, August 7, 2010

Suatu hari yang ku lalui tanpa mereka - Ini baru dinamakan hidup bujang..!

Pagi tadi dah terlajak bagun lambat...
Siap..siap..siap.... (sambil tersenyum) hehe entah kenapa duk terbayang komen2 n mesej2 dalam fb semalam... hehhehe

Tepat pukul 9.00am, aiyooo parah... kes lambat lagi..... ish Cik Nunub’s nie....
Kol2 ayah...
“laaa mana ayah ni”
2- 3 kali mencuba hubungi ayah.....
Tetap gagal.....
“Tak leh jadi nie, marah pula En.Ashraf nanti”
“Nak naik bas ke? Teksi?”
“Teksi mahal, bas pula lambat”.
“Ala, bantai jela, jalan jela, apa yang datang dulu, naik je”
15 minit berlalu (berjalan)...............
15 mini lagi berlalu (memnunggu).................
“alahai... driver teksi n bas rini pergi date ke?”
Ada juga teksi....
“Sebaik semalam gaji, ada gak duit wat tambang :D”
Krrriiingggggggggg...........
“Hello... Nurul, kat mana?”
“Akak ada kt dalam teksi”
“Maaf, ayah tertidur dalam kereta”
“hehehehe takpe..takpe”
“Nurul ada duit tambang tak? Selalunya duit tambang teksi mahal?”
“xpe..xpe, akk ada duit, dun wori k”
“Okay la, Nurul halfday rini kan? T.hari nanti ayah jemput yer”
“erkkk takpela ayah, akk rasa balik nanti akk balik sendiri sbb nak singgah kedai buku, nak beli buku”
“Betul nie?, okay, hati-hati yer anak ayah”
“Baik yah, Assalamualaikum”
“W’salam”

Sampai juga lokasinya...
RM10.00 (duit teksi.. huh')

(Buka pintu office)
“Maaf En.Ashraf, saya lambat”
“takpe..takpe “
“(fuh, sebaik xmarah)”.....
Kerja... kerja.... kerja.....
Sibuk... sibuk... sibuk....
(Teringat kat mak dan nawal) ~ alahai, rindunya...........
Sambung kerja balik.....
Huhu curi2 buka fb.....
Erk Sharifah add....
“Ermm nak accept, or ignore?”
“biarkan jela dulu”
Sambung kerja.............................................................
“Huuu asal hati aku rasa lain ini.... ??”
Tengok balik Sharifah punya request... erm “accept?” or “ignore?”
Budak ini manis sangat.... sebab tue syafiq berkenan ...
Abaikan apa yang dirasai oleh hati mu itu Nurul Nabillah.....................
Sambung kerja... sambung kerja.....
..................................................................................................
Balik je kerja, niat di hati nak tengok-tengok beg dan kasut kat sogo, aleh-aleh, yang boleh masuk dalam tue, hanya mereka yang ada membership card sogo.... hhuuuu” its ok, Pustaka Mukmin masih ada (tempat kegemaran) hahaha....
Buku.. buku :D
Excited nyeerrrr......

Rambang mata nak pilih buku mana yang nak beli........
Akhirnya, 2 buah buku ini juga menarik perhatian ku....


Bayar... bayar.....
RM71.00...... untuk dua buah buku sahaja....
Pehh kalau mak aku tau nie, ada gak panas telinga pas nie....
Hehe tapi serius, puas rasanya.... yeah yeah saya dapat buku :D

Balik... balik.. balik....
Alhamdulillah... tak ramai penumpang dalam bas hari ini, kalau tidak, payah gila nak dapat tmpt duduk....


Waaaa selesa gila dapat duduk....... penatnya~
Huuuuuu fikiranku jauh terbang~ huhu Sharifah add aku.....?? mesti dia terasa aku delete dia dari friend list fb...  

“sori dik, percayala, akk xbenci kamu... Cuma akk inginkn ketenangan, untuk mendapat ketenangan tue adalah dgn cara tiada apa-apa hubungan dengan kamu dan dengan si dia.. walau apa pun, moga kamu berdua bahagia bersama, itu doa akk....”

Mengelamun................................~
Tertidur..... zzZ
Terjaga.....
Tertidur.... ZZz
Terjaga.....
Aduiyai mata nie... asal nie? Sabarla, sikit lagi sampaila kat rumah.....
Kruuuukkkkkkkkkkkkk....~
Erk...... laparnya..... baru aku ingat, dari pagi tak sentuh apa-apa makanan......
Kruukkkkkkk.... waaa semakin dasyat perutku berbunyi.....
Erkkk lapar... lapar.....
Aloh tian pey0t.. lapar yer.... sabar k, t kita singgah mana2 gerai beli makanan.....
Tidur... zzZ
Terjaga...
Tidur... ZZz
Terjaga.....
Huh’ sebaik tak terlajak.....
Dah sampai rumah...... huh’ pukul 4.00pm dah....
Letak barang-barang dulu.....
Pehhhh rumah, selerak.... makanan takder, nak masak..huh malas, sape je yang nak makan? Aku sorang je kut.... huh’
Sunyi...sunyi... sunyi.....~
Singgah restoran mamak....
Erk..... makanan dorang lain laaa...... bantai jela....
RM5.00
Jadila, rezeki untuk hari ini......
Waaa lapar.. lapar....
Makan... makan......
Alhamdulillah, kenyang.......
(Buat apa yang patut)
Selesai semua kerja.....
Time tuk Online FB n YM :D
Huh’ syafiq add aku? Erkkk.....
Betul ke syafiq add aku?
Sharifah pun add aku.... ermmmmmm....
Mereka berdua................................
Apa motif mereka?
“KORANG...... KENAPA YE?...  KORANG BAHAGIAKAN SEKARANG..? JADI KENAPA MESTI NAK ADA KAITAN DENGAN AKU? KORANG CUBA UJI AKU KE?”
“ MUNGKIN NIAT KORANG BAIK, TAPI MAAF........ AKU TERPAKSA IGNORE KORANG..... PERCAYALA, AKU TAK BENCI KORANG, TAKDIR SUDAH MENENTUKAN KORANG BERSAMA, AKU TERIMA DENGAN SEIKHLASNYA, TAPI..... JANGAN RAGUT KETENANGAN YANG BARU MUNCUL DALAM DIRI INI”
“SEMOGA KORANG KEKAL DAN BERBAHAGIA BERSAMA, AMIN”
Asal dengan hati ini??
Wahai hati, kuat la kau... jangan lemah.........
.....................................................................................................................

Ayah balik....
“Nurul tak gosok baju ayah pagi tadi ye?”
“erk terlupa yah, ye ye, akk gosok sekarang”
Ayah mandi... kemas2 diri.....
Dah siap gosok baju ayah....
Huuuuu rindu lak dengan mak dan nawal...
Kol kol......
Gayut – gayut.....
Huhuu gembiranya mereka disana......
Turn ayah gayut dengan mak pula....
Antara kata-kata ayah pada mak “Kaki sakit lagi? Jangan jalan banyak sangat, nanti makin teruk”
Hehehehe, sayang ayah kat mak..... :)
“Nah baju ayah”
“Terima kasih”
“Sama-sama, ayah nak air? Teh? Kopi ‘0?”
“Dua-dua ayah tak nak, ayah nak keluar dah”
“ha? Keluar?”
“Okay, ayah keluar dulu”
Salam... salam....
“Hati-hati ayah”
“Okay, kunci pintu nie Nurul”
“Baik”
Huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
Tak sampai 30 minit ayah kat rumah, ayah dah kuar balik...
Dan...... aku sorang-sorang lagi...........
Erkkkkkkkkkkkkkk sunyinya........!!!!
Huh’ kalau takder laptop nie, mampus gak aku kesunyian.....

Seseorang ^_^ ... hehehehe
Asal ye kebelakangan nie saya suka tengok dia???
Ngenge hati kau dah tertarik yer Cik Nunub’s......?
Ishhh takderla......
Cuma saya suka tengok dia.... dari dulu~ hehe
Time kat kolej dulupun suka tengok dia.....
Sweet-sweet ^_^.......
Huuuuuu bahaya Nub’s oiiiii......
Yerr... saya tahu batas-batas saya.....
Tak salahkan kalau kita suka melihat dan memuji ciptaan Ilahi....?
Cuma ku mohon pada Ilahi, agar hatiku ini kuat... kerana aku tahu... hati dia pada orang lain....
Takkan la aku nak ambil hak orang?
Lagipun..... pintu hati aku ini sekarang biarla terkunci dan tertutup rapat.....
Tak kan ada lagi kekecewaan selepas ini............
Amin~