Saturday, May 7, 2011

Sebuah perjalanan yang masih jauh...

Assalamualaikum...

Wah lama sungguh kut tak update blog... sekarang dah masuk bulan 5, entry bulan 4 habis terlepas...
Byk je idea nak bercerita cuma tak tahu bagaimana mahu diolahkan ayat untuk dijadikan sebuah kisah untuk dikenang sbgai simpanan sendiri di blog ini dan dalam masa yang sama ia tidak menyentuh mana-mana hati dalam sedar / tidak sedar.... huhu

Entry kali ini 'Sebuah perjalanan yang masih jauh' berkisahkan tentang langkah baru dalam hidup aku.... Cuma persoalannya skrg adakah ia masih mahu diteruskan atau........... langkah lain menjadi pilihan...?

Kenapa langkah lain?

Kerana aku hampir rebah..........................................................................................

18hb April 2011 - 22hb April 2011

Pada hari pertama tue, reramai ke KL Sentral cuz kumpul reramai dengan pihak PUNB untuk ke Kem Bina Negara Kuala Lipis sebab ada kem induksi dan kem motivasi untuk program siswazah perantis PUNB..

Lokasi disana sangat menarik, cantik.... suke sesangat... setiap kehijauan yang ada, semuanya dipelihara dengan baik.. banyak juga aktiviti-aktiviti yang mencabar minda dan fizikal sepanjang berada disana..

Aktiviti : seperti terjun dalam sungai yang sgt dalam dan menyeberanginya dengan tali (wahh baru ku tahu yang diri ku ini tidak pandai berenang kehkehkeh) kelakar kot kalau kenangkan balik, siap pegang badan member minta tolong bawak diri and capai tali yang ada...
Aktiviti flying fox, haa part nie mula-mula je aku suka, cuz excited nak terbangggggggg!!! walaupun pada hakikatnya aku tersangatla gayat orangnya... seronok kot tengok setiap peserta terbang,keh3.. ingatkan mudah, aleh-aleh bila turn aku mahu kut aku jerit dari atas, tamau turun, time tue PakTan (petugas) dah tolak2 aku untuk terjun, GILA TAK CUAK??!... then bila terpaksa terjun dan TERBANGGGGGG memangla tersangat gayat, tapi best gilaaaa !!! cume cume cumeee.. tak ku sangka bila dh sampai tempat penghujung and penamat aku boleh menangis and menggigil.. erkk apakah yang terjadi? aku pun tak sedar aku leh melalak cam budak kecik, mungkin kerana aku melepasi ketakutan yang ada then bila dh selamat sampai tue yang menangis kut kehkehkehkhe (-_-")..
Aktiviti 'Sesuap Nasi' haaa sesi nie memang agak mencabar sebab para peserta kena bekerja dan mendapat duit (bkn duit btl, duit palsu) dan fasi pula sebagai majikan, jadi pepandaila nak pohon kerja mana n apa... kena kerja and dapatkan duit kerana duit itu akan dibeli makanan tengah hari untuk makan sesama kumpulan... serius byg sgt dugaan, tapi setiap aktiviti itu ada fasi selitkan maksud yang tersirat.. tapi aktiviti ini benar2 mengeratkan hubungan kami sesama kumpulan dan bersyukur dengan rezeki yang diperolehi, time tue duit yang kami dapat xdapat nak beli makan yang penuh untuk kumpulan kami, dengan berbekalkan nasi 5 pinggan, ikan seekor, sedikit sayur, sesenduk kari daging,dan dua potong buah dikongsikan dengan 9 orang.... Alhamdulillah, dengan rezeki sedikit yang dikongsikan bersama itu benar-benar terasa nikmat :) .....
Aktiviti networking (berjalan dalam hutan simpan mengikut kumpulan tanpa fasi dan petugas dan hanya berbekalkan petunjuk yang dilekat di setiap pokok).. time tue 2 group digabungkan, jadi bilangan dalam group aku untuk sesi aktiviti itu dalam 18 orang dan diketuai seorang ketua.. start masuk hutan dalam pukul 12malam, dengan keadaan baru lepas hujan, jadi ia makin agak sukar cz lecak n licik tambahan dengan gelap dan berbekalkan dengan 2 touch light.. mau kot sepanjang dalam hutan tue aku asyik tergelincir and terjatuh...adeeeehhh (-_-") ... banyak sangat dugaannya.. jari berdarah akibat gigitan serangga, tapak tangan luka-luka akibat berpahat di ranting-ranting and dahan-dahan yang sedia ada dalam hutan itu dan menurun bukit menggunakan tali... dan paling best wiki wiki ^^ pacat dengan kenyangnya telah menghisap darah diperutku dengan seenak-enaknya (okay itu pengalaman pertama aku kena gigit pacat, taktau nak sedey ke or gembira, kahkahkah, sedarpun time dah balik and dalam toilet).. kami sampai ke destinasi penamat dalam pukul 3 lebih macam tue, kami adalah kumpulan kedua yang sampai, ada lagi 3 kumpulan yang belum sampai.. sesudah je kami terus ke toilet dan mandi manda, muka semua stok kepenatan, aku selesai siap2 and mandipun dalam pukul 4 lebey macam tue, pukul 5 pagi ada solat subuh berjemaah, dalam dorm tue semua dah tidur, tinggal aku sahaja yang terjaga, aku taknak tidur cuz takut terlajak (tambahan pula time tue sangat penat) konfermla terlajak kalau aku tidur, jadi sebolehnya aku takmau tidur, cume kekhuatiran berlaku kat aku time tue, kesan gigitan pacat nie, darah takmau berhenti dari terus mengalir, baju yang dipakai pula mahu nak dibuat solat subuh nanti, jadi sangat-sangat buntu, siap tanya member "kalau baju kena darah masih boleh bawak solat ke?" ada yang cakap boleh, ada yang buat muka blur and ada yang cakap tak boleh, jadi aku pilih kalau baju kena darah tak boleh bawak sembahyang.. aku carila tisu tuk menepek kat perut agar darah melekat kat tisu dan bukannya kat baju... 5 pagi dah pun tiba, keadaan masih gelap gelita, dan sunyi (semua tidur and tak bagun-bagun lagi) kejut memberpun dia leh bantai lena balik, nak tak nak kena lah redah sorang-sorang masuk toilet dan ambil wuduk... seram?  toksah citerlah, seram tak seram gak laa tapi kena lawan meeehhhh, kalau tak macam mana nak ambik wuduk, pas ambik wuduk barula sorang member terjaga and ajak teman dia pergi toilet utk dia ambik wuduk, temankan dia.. then makin bangkitla pula 2, 3, 4 orang yang bagun selepas itu... sesi solat berjemaah subuh time tue agak kelam sikit, mungkin sebab org yang ada agak sedikit, dan selesai je solat ada sorang ustaz + fasi nak tunjukkan cara mengkafankan mayat.. tapi memandangkan time tue semua orang muka pakat terlena, jadi fasipun melepaskan kami semua untuk tidur dan rehat, pukul 8.30 pagi baru aktiviti seterusnya dimulakan, dan sesi cara-cara mengkafankan mayat ditangguhkan ke sesi solat subuh akan datang...
Itulah antara aktiviti-aktiviti yang mencabar bagi aku, aktiviti yang lain ada je, kalau nak senarai kat sini mahu kut tak habis aku menamatkan entry nie..wuwuwu...

Sepanjang berada disana dan mengikuti kursus disana memang sangat seronok dan banyak perkara yang aku sedar dan tidak boleh ambil sambil lewa.. antaranya adalah keNegaraan kita, pahlawan-pahlawan dan perjuang-perjuang kita, serta perjuangan kita dalam mencapai sesuatu matlamat... Mereka banyak menekankan kat situ jangan "Gugur syahid" dan teruskan perjuangan....

genap 22hb, semua pakat kemas-kemas barang dan bertolak... Alhamdulillah selamat sampai KL Sentral semula, ayah yang menjemput aku dari KL Sentral terus ke rumah, petang tue aku tersangatlah lapar, dengan keadaan baru pulang, kepenatan, makanan tak ada.. jadi minta izin ayah (yang mahu ke tempat kerja semula) untuk keluar dengan En.Seseorang untuk mencari makan-makan...

Lepas makan-makan dengan En.Seseorang, dia pakat bawak aku pergi tengok wayang, jadi sepanjang wayang itu berlangsung, aku hanya melenakan diri didalam sana.. huhuhu... kesian incik Seseorang.. jadi the moral of this story is "jangan bawak orang yang sangat keletihan jejalan or tgk wayang yee" heheh, tue yang terjadi kes tidur di pawagam tue kuikuikui....

25hb April 2011

Sesi aku melaporkan diri di tempat mentor.. dan tempat mentor aku adalah di Bandar Pinggiran Subang Shah Alam.. pihak mentor tahu akan ada perantis PUNB akn masuk berkursus ditempatnya tetapi dia tak tahu pada hari itu pula perantis nak masuk.. jadi disitu pembaziran masa dan kekecewaanpun berlaku... tetapi okay-okay aje... 1st day, xbyk sgt benda yang dibelajar, cume tolong pekerja bangla mereka dan indonesi buat kerja (pasang bar kod pada kotak-kotak)... aku lebih banyak mendiamkan diri...

26hb April 2011

2nd day, aku buntu nak buat kerja apa/ atau erti lain, xder langsung tugas untuk aku... memandangkan time tue kerani dia MC, jadi aku hanya duduk ditempatnya dan buka komputer then online kehkehkeh.. di company tue ada 2 orang bos, salah seorangnya adalah mentor aku.. Hari itu memandangkan sesangatlah free jadi mentor aku minta aku buat 2 cawan coffee untuk dia dan bos lagi sorg, then dia suruh aku pergi kedai dan belikan gula dalam 5 kg... okay, aku sangat faham dan akupun membelinya.... dan aku masih xfaham, apa point aku berada disitu.... dan apa sebenarnya perkara yang perlu aku belajar disana.... (relaks nabila, baru masuk hari keduaaaaaaaa - memujuk hati)

selang beberapa jam, panggilan banyak pula masuk, jadi aku hanya handle panggilan... sewaktu sibuk-sibuk online, aku nampak kat dapur cam sesangat busy je, akupun sekadar menyebukkan diri tinjau2 mereka, bertanya dan menolong apa yang patut.. time tue para pekerja iaitu sorang makcik dan sorang wanita sedang sibuk menyiapkan beberapa sample kurma untuk dibuat beberapa perisa untuk dijadikan sample untuk ramdhan dan perayaan nanti... Ada kurma yang dijadikan perisa mint, lemon, dan beberapa lagi yang aku tak berapa ingat perisanya... Excited kut aku tengok, menolong serta tanya macam-macam soalan kat mereka berkaitan dengan kurma... Rupanya kurma ini ada beberapa nama, antaranya kurma Kodri dan kurma Rubiah..kurma-kurma nie telah diimport dari Dubai... Kurma nie akan dijual sedikit di Malaysia, dan selebihnya akan di eksport terus ke Dubai sebab market jualan kurma disana sangat tinggi bebanding dengan market Malaysia...

Seronok aku tengok setiap kurma yang diolah dan dibuat macam-macam rasa dan dicampurkan dengan macam-macam benda lain, contohnya ada kurma yang dicelup dengan coklat susu dan coklat, ada juga kurma yang dijadikan coklat terus, ada kurma yang telah dibuang biji dan dibubuh kacang almond n buah2 yang lain.. ada juga kurma yang dicincang halus dan dibuat bentuk bulat campur dengan kekacang.. dan yang terbaru adalah sample yang tengah aku tengok mereka buat inilah iaitu kurma berperisa mint n lemon... Mereka rendamkan kurma-kurma itu dalam air gula dalam beberapa minit, then rendamkan pula kurma tersbut dalam air yang dicampurkan dengan perisa mint satu, dan satu lagi perisa lemon... beberapa minit dah berlalu, kemudian mereka jemur.. meraka ada bagi aku rasa setiap kurma tue... apa yang aku dapat cakap ialah ia sangat sedap, tak pernah difikir oleh aku kurma yang aku hanya makan time buka puasa dan biasa-biasa je tue, boleh dijadikn bermacam perisa dan sesedap itu... kalau itulah kurma yang terdapat dan dijual setiap penjual di pasar malam konfermla pembeli hari-hari makan kurma itu buat jajan..hahha... tak silap aku, company nie ada je kut jual produk kurma nie di Malaysia, kalau ada yang terasa nak rasa, carilah kat Mydin, jenama kurma adalah "Suraya"...

27hb April 2011

Aku off day cuz nak buat akaun CIMB Islamic sebab elaun bulanan akan masuk dalam acc itu sahaja, lagi-lagi kena buat before hujung bulang april..

28hb April 2011

Time nie aku banyak menolong para pekerja tue melipat beberapa kotak untuk mengisi kurma.. Jadi disana aku cuba berkomunikasi, bermesra dan mengenali mereka serta kakitangan yang lain dengan lebih dekat.. Mr.Gobi adalah manager kat situ, insan yang berbangsa india warganegara Malaysia, dialah orang penting dalam memantau setiap kerja yang dijalankan dan mengawal serta memerhati para perkerja asing ini.. kebanyakkan pekerja asing yang terdapat disini adalah berbangsa bangladesh dan indonesia... indonesia kebanyakkan pekerja wanita (itupun mereka sering dia tempat production) iaitu tempat pemprosesan kurma.. di tempat aku nie hanya ada ofis dan bilik pemprosesan bungkusan dan reka bentuk setiap bungkusan, jadi di sini pekerja lelaki bangladesh ada, pekerja bangla yang ada 6 orang sahaja.. Sepanjang duduk dan menolong mereka melipat kotak-kotak aku berborak dengan mereka supaya suasana bekerja tidaklah sepi, time tue hanya ada 4 orang pekerja sahaja iaitu Mamun, Zahid, Tofikul dan Torikul... Kebanyakkan dari mereka telahpun punyai bisnes sendiri di negara asal, seperti Mamun ada ternakan sendiri seperti udang galah, kira kat sana dia tokey udang galah lah, sepanjang Mamun ada kat sini keluarga dialah yang uruskan bisnes dia disana.. Zahid pula, ada jual baju-baju dinegara asal, Torikul pula ada jual baju serta ada kebun cili sendiri disana, dan diuruskan keluarga sendiri juga sepanjang penglibatan dia disini.. Tofikul pula, huhu dia sangat senyap, sampai aku taktahu nak korek cerita dari dia, lagipun bahasa Malaysia dia pun tak fasih sangat.. apa yang aku tahu dia buat part time study kat kolej sunway dan umur dia sebaya dengan aku... Kebanyakkan dari mereka mencuba untuk menguasai Bahasa Malaysia, jadi setiap perbualan mereka banyak yang berunsur Bahasa Malaysia.. Ada yang dah bekerja lama disitu... paling lamapun 3tahun, dan paling baru beberapa bulan... Ada dua orang lagi pekerja bangla yang bernama Husin dan Nasir... kebanyyakkan dari mereka beragama islam...

Kebetulan hari itu mereka dapat gaji, jadi urusan gaji diuruskan oleh Ibu Azizah iaitu kerani disitu.. Ibu Azizah umur dalam 56tahun, sebab tue dia suruh aku panggil dia ibu memandangkan mak akupun umur baru 46tahun...

Seronok aku tengok mereka terima gaji, walaupun gaji yang mereka perolehi tidaklah sebanyak mana tetapi senyuman tetap terukir di bibir... Wajah mereka nampak sangat gembira :D...

Cuma yang tak bestnya, apa yang aku dapat berita, time kerja mereka dah habis dan ada dua orang pekerja iaitu Nasir dan Zahid dalam perjalanan pulang, mereka ditahan oleh polis.. Zahid dilepaskan, manakala Nasir pula dibawa pergi, mungkin kebalai.. kebetulan pula Zahid ada beri beberapa duit dia kat Nasir untuk Nasir hantar kat keluarga Zahid kat Bangladesh... Kebanyyakkan kata-kata mereka disini, kadang-kadang ada sahaja polis yang hanya sekadar cari duit kopi, ada pula yang benar2 buat kerja.. kalau yang dapat pada benar-benar buat kerja xpe, cuz duit mereka tak akan di apa-apakan, tetapi kalau dapat pada mereka yang nak duit kopi nie je yang susah....huhu

I don't know... sebagai manusialah dan keperimanusiaan yang ada, aku benar-benar rasa sebak, serius sebak... dengan mata aku sendiri aku melihat mereka berusaha buat kerja, kdg2 ada sampai OT pukul 1am.. dan dengan mata aku sendiri melihat mereka terima gaji dengan gembira dan senyuman yang sntiasa terukir diwajah mereka.. dan xsampai beberapa jam, kena tangkap dengan polis... huhuhu benar-benar hati aku tersentuh.. tapi apa nak buat, mungkin dah nasib dia... Apa yang aku dapat belajar adalah, untuk mencari sedikit rezeki itu sangat susah.. belum tentu rezeki yang diperolehi akan terus berkekalan.. lagi-lagi mereka sebagai seorang perantau ataupun pendatang hanya gara-gara untuk mencari rezeki dan sesuap nasi....

Sebagai sesama manusia, aku rasa korang pasti faham apa yang cuba aku sampaikan....

pukul 6.00pm masa untuk aku balik... tapi sentiasa sangat menunggu di kedai mamak lama sangat, cuz kadang-kadang ayah sampai pukul 7pm or pukul 8pm....

Shah Alam bukan tempat aku, lagi-lagi area yang sangat asing bagi aku Bandar Pinggiran Subang... huhu.. berada ditempat orang, banyak yang dapat aku perhatikan gerak geri manusia yang ada...

Ada sekeluarga (pada pandangan akula) yang menarik perhatian aku 2 3 hari ini.. setiap petang, aku pasti dapat melihat kelibat mereka dari jauh, perjalanan mereka nak ke kedai mamak nie... lelaki dan perempuan yang anggaran umur dalam 30tahun kebawah dengan memakain t-shirt yang sama (mungkin bekerja ditempat yang sama)... perempuan itu memegang erat tangan dua orang budak lelaki kecik, diikuti pula dengan sorang budak perempuan yang sedikit besar... Sampai je di kedai mamak masing-masing terus dapatkan makanan, lapar sungguh kut.. tetapi si perempuan itu tidak makan sama, dia hanya minum sambil memerhatikan yang lain makan dengan tersenyum.. Apa yang dapat aku gambarkan disini adalah, mereka sangat berjaga-jaga dalam memastikan anak-anaknya berada dalam keadaan selamat.. riak muka perempuan tuepun nampak lega sewaktu melihat anak-anak dia makan... Kasih seorang ibu.. biar diri sendiri xckup makan, asalkan anak-anak kekenyangan....

29hb April 2011

Hari itu aku diberikan tugasan oleh mentor menyediakan 2 sample kurma siap dengan pek untuk dijual di Malaysia.. dan dia mahukan sample itu berada di atas mejanya hari selasa pagi..

Sepanjang penyediaan sample tersebut, Mr.Gobi dan Kak Irma banyak membantu...

Hari tue juga kena hantar report bulanan kat pihak PUNB, tiap-tiap hujung bulan kena hantar report, kalau tak mahu elaun tak masuk..... satu report bulanan perantis, dan satu lagi report bulanan mentor... 

Hari tue time aku tunggu ayah untuk pulang, aku perkenakan roti canai dan milo ais... sangat sedap kut, almaklumlah kelaparan hekhek... Sedar-sedar je makanan aku dahpun dibayar oleh pekerja mentor aku iaitu Torikul.. Mamak kat kedai tuepun dah senyum-senyum... akupun hanya mampu senyum n ucapkan terima kasih je.... (Terima kasih Torikul!)

30hb April - 2hb Mei 2011

Cecuti... waahhh sangat besh....! 3 hari berada di kampungku kat Perak.... makan tak henti-henti kut.... Laksa Siam dan Ketam masak lemak cili padi, sape leh tahan baiii????? sebelum tidur makan, bagun tidurpun makan... dah kenyangpun makan dan terus makan... selang beberapa jam terus makan... makan dan makan... wahhh muncet muncet... Cik Nunub's Muncettt ^^

Makanan sangat suka pada saya.. dan saya pun sangat suka pada makanan... jd ia bukan salah saya kehkehkeh ;D

3hb Mei 2011

Sample yang diminta oleh Mentor aku telahpun disiapkan dan diletakkan diatas meja... cume kurma rubiah tidak secantik rubiah yang beru, jadi, sample tue telah ditukar kurma, jadi byk dibuat pembaharuan dalam sample tue dan alhamdulillah semuanya siap seperti yang dikehendaki..

Time lunchpun dah tiba.. Mee Goreng Mamak + Ayam Goreng pilihan aku pada t.hari tue... Dapat je makanan yang telah diorder, aku diam seketika.. hiasan dia menarik perhatian seketika... before nie ada gak aku makan mee goreng mamak kat kedai yang sama, tapi tak pernah lak dapat hiasan serupa itu.... Hiasan 2 potongan timun yang dihiasa berbentuk love dan diletakkan sos merah diatasnya.... adeeehhh (-_-") mamak tue menyakat agaknya cuz mamak kat sana dah kenai aku dah.... Aku hanya sekadar makan dan buat dekk..huhu.. selesai je aku makan, nak pergi bayar, aleh2 makanan aku dah pun dibayar, pekerja mentor aku bayarkan, kali nie Mamun yang belanja... hehehee aku hanya tersenyum pelat... berkali dah aku kata xpe, dan aku bertanya berapa harga bayaran tadi cuz aku nak bayar balik, tapi si Mamun tue tetap taknak bagi tahu juga..... Okay kat situ sebenarnya aku dah serba salah sebenarnya... Memang benar aku sangat berterima kasih atas makanan aku 2 hari ini telahpun dibayar oleh orang lain (makan free) tetapi aku jadi sgt serba salah, amna taknya, gaji yang mereka perolehipun tidak la sebanyak mana, lagi2 penat mereka buat kerja, taknak lah aku menyusah kan mereka dengan membayar makanan aku tiap2 hari...

Petang tue, sambil aku tolong mereka selesaikan kerja mereka yang lain, aku cakap soal bayaran makanan dengan mereka agar lepas nie tiada lagi mereka-mereka membayar makanan aku lagi.. bukan tak bersyukur dan bukannya nak tunjuk berlagak tetapi aku taknak menyusahkan orang, aku tahu rasanya betapa sukarnya mencari rezeki, walaupun yang diperolehi tidak seberapa tapi kesyukuran itu tidak terhingga rasanya, jd aku tak mahu mengambil kesempatan.... dan Alhamdulillah mereka memahami...

p/s : Kalau kita buat baik dengan orang, orang lain juga akan berbuat baik dengan kita.. Jadi amalkanlah sikap berbuat baik sesama kita yee (-_^)

4hb Mei 2011

Hari tue aku sangat-sangat takder mood + stress... bukan stress apapun, stress sebab takder benda nak buat.. dari pagi sampaila nak balik, satu kerjapun aku xder buat apa, nak menolong, mereka kata tiada apa yg perlu ditolong... jadi duduklah melolong aku depan PC yang agak sukar untuk mendapatkan line...

Mood aku yang kurang baik time tue pun mungkin sebab perut aku yang dari pagi terasa sakit + kaki terasa kebas dr mula2 nk pergi kerja sampaila nak balik kerja... mybe kesan nak ke bulan kut... hehehe

Sejujurnya, sampai hari tue banyak perkara yang buatkan semangat aku goyah.... hari tuepun hampir aku rebah... banyak perkara yang buatkan aku rasa nak tarik diri dalam perantis nie...

Tempat sewa belum lagi jumpa, ada juga pekerja-pekerja sana yang tolong tengok-tengokkan tempat untuk disewa tapi byk pula risikonya... kat sini ada 2 pilihan.. sama ada sewa rumah kedai ataupun bilik yang ada kat flat-flat yang berdekatan... ada satu rumah kedai nie dipasang papan untuk dijadikan beberapa bilik kecil, ada satu bilik kecil kosong untuk disewa, dan penghuni bilik2 yang lain semuanya dihuni oleh kaum wanita indonesia... Kata Mr.Gobi ckp 'jangan' takut kang ada operasi polis, tak pasai2 aku pun diangkut sama ke balai... Kemudian ibu Azizah pula ckp, jgn menyewa bilik yg penyewanyrumah tue dh berkeluarga, takut kang kalau tak suami penyewa geram mungkin anak lelaki penyewa geram, kang dia 'ngap' baru tahu... huhu jadi disitu menjadi tanda tanya.. dimanakah lagi utk aku mencari bilik sewaaaa.?? (Mood : masih kebuntuan) wawawawa :'( inipun salah satu sebab aku hampir rebah.. lagi-lagi memikirkan ayah yang sentiasa menghantar dan  menjemput aku di Shah Alam... aku sangat kesian tengok ayah (-_-")... dan ada beberapa sebab yang lain yang membuatkan aku hampir rebah...

5hb Mei 2011

Aku MC hari tue.... aku sangat memerlukan masa, semuanya menjadi persoalan... at least hari ini, esok dan lusa aku ada mse untuk fikirkan balik persoalan-persoalan yang wujud nie... haish Nabila, Nabila....

Apa-apapun.... semoga akan datang, aku boleh laluinya dengan baik..............


Beberapa picture yang diambil dari member sepanjang berada di Kem Bina Negara Kuala Lipis (tidak sepenuhnya gambar diambil lagi)..






















Rindunyaaaa...


curhatku,
Nabillah....

No comments:

Post a Comment