Assalamualaikum..
Hari ini semuanya berjalan seperti biasa…
Tak banyak perkara aku buat hari ini, takat tolong Ibu Azizah sediakan quotation and purchase order sahaja, yang len2, aku banyak mengintai ke bilik En.Gobi kut2 ada benda nak dibuat lagi.. Tolong-tolong si Torikul dan Mamun…
Hari ini ingin sahaja aku tulis surat pada pihak PUNB utk tukar mentor, okay, secara jujurnya memang aku masih tidak boleh biasakan diri dikawasan ini lagi, dengan persekitaran yang asing, orang2 asing and orang2 luar yang lain… dengan aku sendiripun masih tak tahu tugasan sebenar aku disini, apa yang perlu aku belajar and apa yang perlu aku ambil tahu… bila ditengok hasil tugasan perantis sebelum-sebelum ini kat company nie macam banyak benda je mereka lakukan, and bila dibandingkan dengan diri aku pula ahhhh.. berbezanya huuuuhhhh~ hampir sahaja aku mengalah…
Tapi bila difikirkan balik, and selepas berborak dengan En.Gobi seketika tetang perantis2 sebelum nie, and tentang company ini tadi… mungkin aku perlu bertahan sedikit, yela, skrg nie baru sahaja nak masuk minggu ke tiga aku disini, jadi ia masih baru lagi, insyaallah sebulan 2 lagi akan ada perantis seperti aku utk batch yang lain akn buat kursus yang sama disini, jadi tidakla aku terlalu sunyi lagi nanti, at least ada jugala budak kursus seperti aku and mungkin juga tugasan selepas nie akn makin bertambah… jadi buat mse nie Nabila a.k.a Nunub’s kena bertahan yeee…
p/s : Selalunya orang tension because banyak kerja yang dibuat tapi kali ini Cik Nunub’s tension because tak ada kerja yang hendak di buat waaaaaaaaawuwuwuwu (-_-“)
p/s/s : Cik Nunub’s tak nak jadi seperti mereka-mereka yang banyak songeh and banyak ragam ataupun erti kata lain ngade-ngade…… sebab sekarang nie si Puteri anak Mak dan Ayah nie kena berusaha menjadi seseorang yang lebih berdikari…. Berdikari dengan tugasan/kerja, berdikari di tempat orang lain dan berdikari menguruskan sesuatu dengan sendirinya, jadi….. Cik Nunub’s akan cuba… mencuba dan akan terus mencuba untuk sesuaikan diri dengan perkara baru yang sedang Cik Nunub’s hadapi sekarang, ini kerana Cik Nunub’s percaya untuk mencapai sesuatu kejayaan akan dimulakan dengan sesuatu yang sukar terlebih dahulu… oleh itu kesabaran amat dipelukan tika ini…. Dengan kesabaran akan pasti ada jalan yang terindah buat mereka-mereka yang bersabar kelak… kerana KESABARAN ITU ADALAH NIKMAT ;) bak kata incik Khaleefah hehehe
curhatku,
Nabillah a.k.a Nunub’s
No comments:
Post a Comment