Alhamdulillah kerana aku diberi peluang untuk melalui kehidupan ini lagi..
Alhamdulillah juga kerana aku diberi peluang untuk postkan sesuatu yang aku rasa agak terpanggil untuk menceritakan sesuatu...
Manusia mana yang tidak pernah buat silap, semua pernah... Alhamdulillah juga jika mereka yang pernah buat silap sedar dengan segera, itu menunjukkan betapa Allah sangat mengasihani diri anda kerana itu Allah s.w.t taknak kita terus membuat kesilapan...
Rasulullah SAW juga pernah berkata :"Manusia itu mmg diciptakan sediakala lemah, jadi ia memang mudah melakukan dosa"
Setahun dahulu aku sering anggap postkan sesuatu kat ruang status wall Facebook adalah sesuatu yang sangat remeh temeh... sampaila pada suatu hari tue aku ditegur oleh seorang teman mengenai status wall yang aku post kan itu... Teguran dia terus menerus ke ruang inbox aku... Walaupun teguran dia itu membuatkan aku rasa cukup marah dan benggang, tapi percayalah teguran dia itulah yang aku ingat sampai sekarang dan buatkan aku lebih berhati-hati untuk postkan sesuatu yang aku anggap hanya suka-suka dan kononnya remeh tapi sebenarnya ia mengundang dosa yang kita tidak ketahui...
Seorang teman :
"sy nk komen skit psal wall illa.. apa yg illa postkn 2 ia seperti mmbuka aib seseorang n yg tahu hnya illa seorg shj..bila org baca wall illa mereka yg mngenal illa akan mmbuat pelbagai andaian kpd org yg mereka fikirkan dan yg mngetahuinya hnya illa seorg n siapa yg dimaksudkan..hukumnya adalah berdosa..bayangkan illa post dkt wall n yg baca post illa semua fren illa n mereka semua mmbuat andaian dgn sangkaan masing2, sedangkan hnya illa shj yg tahu agak2nya bnyk xdosa di situ n betapa bsrnya dosa atas perbuatan itu, ia seperti himpunan dosa yg kita harus tanggung..Nurul Nabilla fikirkan kembali... Nabi SAW juga pernah berpesan : "Siapa yang senang membuka aib orang lain, Allah akan menampakkan aibnya sampai mempermalukannya di rumahnya sendiri" (June 23, 2010)
"Jika benar apa yg sy faham mengenai status kamu tu jgn la kamu postkn di wall..secara tdk sedar kamu dh mmbuka aib orang..bukankah itu tdk baik, dan sy dh bg tau kamu kn mengapa kita tdk boleh mmbuka aib org..dan cara yg lebih baik jgn postkn rasa marah kamu di wall..bila kamu postkn walaupn statement yg kamu postkn tdk merujuk pd org yg kamu mksudkn, tetapi bg org yg rapat dgn kamu pastinya dia tahu siapa yg kamu mksudkn dan secara tdk sedar juga disitu kamu telah mmbuka aib org tersebut disebabkn ada org yg tahu siapa yg dimaksudkn...walau mcm mne skali buruk org tu jgn lh kita mmbuka aibnya..biarlah org lain mngetahuinya sendiri..." (August 30, 2010)
Mungkin pada waktu itu sisa baki marah pada org yg aku tulis kat status tue masih lagi ada, dicampurkan pula dengan keegoan yang ada, memangla membangkitkan rasa amarah pada hati bila terus dapat teguran seperti itu...hehe
Tapi akhirnya, teguran itu yang mengajar aku akan sesuatu...
Secara jujurnya aku sendiri tak pandai menegur seseorang seperti mana kawan aku tue menegur aku, itulah yang membuatkan aku sedih because aku tengok kat luar sana ramai yang buat sesuatu kesilapan yang terlepas pandang yang pernah aku buat seketika dahulu..
Sebab itu aku rasa, aku ingin berkongsi dengan korang tetang teguran yang berpada-pada untuk sesiapa yang membaca entry ini...
Aku tak kisah untuk share dengan korang teguran yang aku pernah dapat dahulu, kerana teguran yang aku terima dari seorang kawan itu sangat sangat jelas... hopefully ia boleh diambil ikhtibar kepada korang...
Tapi aku juga manusia, sumtimes aku akui aku juga ada terlepas pandang.... Alhamdulillah atas teguran dari seorang kawan ini...
Kawan aku juga ada tinggalkan aku 2 potong ayat dari surah Al-Hujurat iaitu ayat 11 dan ayat 12..
Pagi nie aku membuka Al-Quran... Membaca dan menghayati maksud tafsiran ayat tersebut.. Buat tatapan dan rujukan sahabat-sahabat yang lain juga...
Al-Hujurat
Bismillaahir'rahmaanir'rahiim....
11. Wahai orang-oarang yang beriman ! Janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain, (kerana) bolej jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok), dan jangan pula perempuan-perempuan (mengolok-olokkan) perempuan yang lain, (kerana) bolej jadi perempuan (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari perempuan (yang mengolok-olok). Jangan kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) setelah beriman. Dan barang siapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
12. Wahai orang-orang yang beriman ! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada diantara kamu yang menggunjing sebahagian yang lain. Apakah ada diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang.
Amin..
p/s : Nunub's sayang sahabat-sahabat Nunub's, sekali dia dah bersahabat dengan Nunub's, selamanya itu dia akan terus menjadi sahabat Nunub's... Terima kasih buat teguran dari seorang sahabat, Nunub's bersyukur kerana mempunyai sahabat-sahabat yang sering mengingati diri Nunub's tatkala Nunub's terlupa ataupun tidak mengetahui akan sesuatu itu.. Nunub's juga tak mahu, benda yang baik Nunub's terima seorang diri.. Jadi Nunub's kongsi bersama kalian, yang mungkin antara pembaca ini adalah sahabat Nunub's juga.. Nunub's bukan nak tunjuk baik tapi niat Nunub's ikhlas... kerana Nunub's sayang persahabatan yang pernah terjalin antara kita.. Semoga Allah SWT merahmati dirimu sentiasa SAHABAT.... :)
-.A.L.H.A.M.D.U.L.I.L.L.A.H.-
curhatku,
Nabillah a.k.a Nunub's
Assalamualaikum..and alhamdulillah,kerana kmu sudah sedar.
ReplyDeletesy nk bg tips skit lh,skdr kongsi2.. =)
apabila kamu mahu lakukn sesuatu,mulaknlh dgn NAMA ALLAH.cth mcm ni > (bismillahirrahmanirrahim).and d hrpkn juga,berfkir sehbis fkir sblum kmu lakukn sesuatu.and then,kalo rase2 ade buat silap,cpt2 mntk maaf.mntk maaf bkn dkt manusia jek.tp,mhon maaf dkt ALLAH juga ye.
sy hrp,ia dpt mmbntu kmu. =)
Yg bek itu dtg dari ALLAH S.W.T
dan yg bruk itu dtgnye dari sy sndri.
w'salam..
ReplyDeleteYe, Alhamdulillah saya sudah sehabis fikir untuk m'postkan entry ini..
dan terima kasih utk prkongsian anda dan pmbetulan yg tlh sy buat..
pengajaran yg membuatkan sy juga berfikir...
ReplyDeletesomething really nice to make my heart feel better!kamsamida!
ReplyDeleteAlhamdulillah :)
ReplyDelete