4hb Sept '10 (Sabtu)
Perjumpaan kali kedua buat aku dan Seseorang...
Hari itu ditemankan oleh adik perempuan aku yang
last minute sibuk- sibuk nak ikut, mana taknya
cuz dia pun nak kuar ngn
boypren dia, tapi kalau dia cakap ngan mak dan ayahpun pasti takkan dapat sebab tue nyibuk nak
follow kakak dia haha... adik adik ;D
Plan asal hari itu, kawan baik aku pun akan
follow berbuka puasa bersama, Cik Asmunira...
Hari itu juga aku di pau oleh Nawal... adehhhh baru 2 helai t-shirt dia je dah RM80 melayang, tang situ je tue.... Banker terbaik tueee..... huh' takpe takpe, ikhlas ikhlas... cuz hari ini (9 sept '10) aku dapat bayaran balik dari ayah RM100...hahahahahaha ;D
Satu Parkson, Sungei Wang dok pusing mencari baju ayah En. Seseorang, tapi tak jumpa jumpa.. hehehe
Cerewet gak En. Seseorang nie yeee ;D hehehe
Takpe takpe,
take your time....
Akhirnya jumpa juga.... sukeeenyaaaa En.Seseorang ;D
Call Ira banyak banyak tetap tak di angkat....
huh handphone berbunyi
"Hello"
"Hello billa..."
"Ye saya... asal aku kol tak angkat?"
"Sorry, aku tak dengar tadi, pastu takder kredit, nie pun aku kat public phone"
"Takpe takpe, so follow kitaorang berbuka tak nie?"
"Sorry sangat, aku rasa tak dapat nak join korang cuz abang aku terus ambik pas berbuka nanti, tue pun dia tgh shopping kat Sogo tue..."
"Dah macam tue pula..."
"Maaf ye, ala kau jangan risau lufy lagi suka kalau aku tak join hahah"
"hahah Banyak la songeh kau.. yela yela..."
"Aku tahu, aku kenal dia hahaha.."
"okay okay, jaga diri bebaik.. Salam"
"Salam..."
So hari itu aku juz berbuka ngn En.Seseorang je kat Nandos, Nawal pula follow pakwe dia berbuka kat Mcd...
Berat hati sebenarnya nak lepaskan Nawal... Tapi dah pakwenya kata akan hantar Nawal sendiri kat aku..... So iyaa kan jela...
Pas berbuka balik semula kat TS, tunggu Si Nawal nie lambat cam Siput..!
Hp lak dah abis bateri.. aiiii....
Setengah jam menunggu, muncul juga dak kecik tue ngan bf dia...
Tunggu monorel........ Menapak dari Monorel ke Jalan Ipoh...
Sampai kat bus stop around 10 pm....
tunggu punya tunggu, tak datang juga U11 nie....
"haish"
"masa tetap berlalu nie, bus tak muncul muncul gak"
11.45pm, tetap tak muncul muncul gak U11...
"ahh 5 minit lagi takda U11, kita naik U7"
"erk, bukan kena jalan ke?"
"Alaa menapak sikit je kot, abis takkan kau nak tunggu lagi?"
Alhamdulillah, U7 tiba...
Sampai je area segambut, bermulala sesi menapak kami terus ke Taman Seri Sinar..
"Kau rasa ayah ada kat rumah ke? "
"Entah, ada kot"
"Kak, cam mana kalau mak tak bagi kita masuk"
"haha kan depan pintu kita ada ruang, kita tidur jela kat situ he3"
"a'a kan ha3"
"Jangan risaula, kalau ye pun mereka marah sebab mereka risaukan kita, balik nie kita cakap sorry banyak - banyak kat mak ayah tau
Pandai-pandaila kita nanti, lagipun bukan salah kita, bus tue yang mengong...
Kalau mereka bising - bising, kita iya kan je.."
"okay-okay hehe"
Memakan masak setengah jam gakla sampai ke kawasan rumah...
Jaga depan umah pun pelik tengok kitaorang berdua baru balik... lewat sangat kot...hehehe
Tengok tengok kat car park...
"Nawal, kereta ayah tak ada, mesti ayah tak ada kat rumah"
"huh selamat la kita.."
Sampai je depan pintu rumah..
"Assalamualaikum.."
"Wa'alaikumsalam.."
Terbeliak gak ar mata aku nampak ayah...
Blurb....
"Ayahhhh ngeeeeee :D"
S E N Y U M S E S W E E T M A N A P U N T E T A P K E N A M A R A H G A K
adeeehhhhhh (#_#")~
12.05am baru smpai rumah
5hb Sept '10 (Ahad)
Pagi tue badan betul-betul rasa sengal....
"ahhh sakitnya badan dan kaki nie"
"banyak berjalan kot"
huh' hari ini ada berbuka puasa dengan member- member kolej...
huuu~ ikutkan penat semalam yang tak hilang hilang tue, rasa cam malas giler giler nak join dorang berbuka... tapi time ginila dapat jumpa dorang balik.... rindu kot~
"ahhh nabila kena kuat, pegi pegi"
Pagi tue check email...
"yeahhhh dapat email picture dari En. Seseorang"
Pic yang ditangkap semalam.. hehehe
malu kot aku.... segan mehhhhhh
Kat dalam email tue pun dia ada text kan sesuatu...
"awk nh. utk awk.. ^^
sy menanti jawapan..c:"
huuuuuuuuuu lalalalalalalla~ ermmm
saya kan saya kan, tak tahu nak cakap apa.....
"Bagi saya masa dulu ye En.Seseorang..."
huuu........
Dapat sms dari ima..
"Kak free tak hari ini?"
"Hari ini akak berbuka dengan mber kolej, kenapa? jumla join berbuka sekali, dak2 kolej akak je nanti"
"owh, takpela, ingat nak jumpa akak je hari ini"
"okay, macam niela, kalau nak jumpa akak, kita jumpa kat TS, akak join dorang time nak berbuka je, yang selebihnya kita spend time sesama k"
"okay, pukul berapa?"
"lepas zohor akak bertolak"
"okay kak, jumpa kat sana ye"
Hari itu Nawal lagi sekali temankan aku pergi TS.
Jumpa Ima..... waaa rindu aku dengan ex-roommate aku nie, dah aku anggap macam adik sendiri..
"Haaaaa nie nak jumpa akak nie mesti ada hal nie :D"
"Mestila laa...."
"Alohh cian dia, takpe takpe, hari ini kita luangkan masa bersama k, nak share citer apa apa, citer aje"
Nabila & Ima
. . . . . S E S I T A L K T A L K H E 3 . . . . .
Nak berbuka baru aku join member- member kolej.... ramai kot..hehehe
waaa masing masing dengan life masing masing sekarang... dan yang tak boleh percayanya kawan aku yang baru kahwin lepas tamat study kat kolej dulu tue kini dah ada anak.... chomel kot ^_^
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik...
Muncungku, muncungmu jua....
Hari tue mungkin rezeki kami la, alhamdulillah makan free, tapi sampai sekarang kitaorang masih tak tahu siapa yang belanja berbuka hari tue... cbe tengok resit kat atas meja tue, panjang kot....
Pada yang belanja malam tue, terima kasih ye... Alhamdulillah kenyang kitaorang hari tue, mana taknya orang belanja heheh
waaa nasib baik aku join dorang malam tue, ish memang rugila sape2 yg tak follow berbuka time tue...
Tapikan, sudut positif yang aku nampak pada segelintir member2 aku ini apa tau... Ada yang dah mula bertudung.... Alhamdulillah.... Cantik mereka bertudung :)
Tengok, kan Nabila dah cakap, siapa yang kata perempuan bertudung tak boleh bergaya???
Cuba tengok sekarang, ramai apa perempuan bertudung dapat gayakan tudung dan pakaian mereka ikut style dan keselesaan masing masing..... Islam tue kan mudah...... :)
Hari tue balik rumah tak lewat macam semalam... Alhamdulillah, ayah tak marah lagi :D hehehe
6hb Sept '10
Pagi tue rasa cam malas giler nak pergi kerja... Ya Allah, penat giler badan nie.. letih siottt...
Takpe takpe, minggu nie saja penat, lepas nie dapat cuti lelama ^_^
Start 9hb - 15hb Sept '10.... seminggu tueee waaa :D
Malam tue, En.Seseorang masih bertanyakan lagi soal sesuatu...
huuuu~
"Yela orang tue dah tak nak kan"
"Bukan tak nak, tapi saya...entah... juz perlukan masa kot.. untuk saya benar- benar yakin dengan sebuah perhubungan"
"Habis tue awak tak rasa ke kita nie macam hipokrit je"
"Hipokrit macam mana?"
"Yela, dorang duk tanya awk nie siapa, apa perhubungan kita, pastu kita cakap 'kawan'"
"Laa kenapa? kita kan memang kawan"
"Yela tapi cara kita bukan macam kawan tau, lebih dari seorang kawan, dan bagi saya pun,saya anggap awak lebih dari seorang kawan..
Saya tahu awak pun anggap saya macam tue, dan rasa apa yang saya rasa, cume awak tak cakap je"
"hahahahahha entahla, ye kot"
"Nabila, tolongla jangan buat saya macam nie"
"haha buat macam mana? apa yang saya dah buat? besar sangat ke dosa saya ye Encik Tinggi? he3"
"besar, awak dah buat saya macam nie"
"hehehehehe"
"Cik Nabila, lagi sekali saya tanya, sudi tak awk terima saya?"
"haaa..... ermmm ermmm....."
"Cakap cakap... sudi atau tak?"
"alaaaa saya dah segan nieeeee......"
"Susahnyaaa dia nieeee..."
"hahaha abis awak nak saya cakap apa?"
"mestila sudi..."
"hahahaha... ermmm ermmm ermmmm.......... okay"
"ha?"
"okay :D "
"ha? hahahaha eh betul ke? hahaha rasa cam nak nangis je sekarang nie"
"hahaha sengal, asal nak nangis lak?
"entah..hehehe awak, terima kasih sesangat kerana bagi saya peluang.... Ya Allah terima kasih, Ya Allah terima kasih, doaku termakbul, amin amin amin"
"hahahah amin.. tahu susahkan? haaa dah dapat jaga la bebaik ye?"
"Saya janji Nabila, saya akan jaga awak sebaik mungkin.."
"hehe :) saya pegang kata- kata awak"
"terima kasih awk, sayang awk, sayang awk, sayang awk.."
ahhhhhh apa yang aku rasa nieee??? Bahagia? Alhamdulillah.......
Tuhan, semoga keputusanku tadi bukanla satu kesilapan, amin....
Semoga tiada lagi kekecewaan selepas ini, insyaallah, amin....
7hb Sept '10
huuu hari tue baru aku tersedar yang persiapan untuk raya 0%...
waaa saya tak ada baju raya lagi nie....
hari itu juga, entah macam mana aku boleh tertinggal dompet kat rumah, adehs....
time dalam kereta ayah nk pergi kerja baru sedar dompet tertinggal, itupun selepas mak kol dan beritahu..... amboii gelak besar Nawal kat belakang mak aku tertinggal dompet...
bak kata Seseorang " hahahaha jadi warga indon la awk sekejap"
huuuu gelak la gelak laaa......"kurang asam"
soal barangan raya lak......
huuuuu..... tak kira, tak hari ini, besok kena beli gak pas lek kerja....
ermm En.Seseorang dah mula ajak pergi beli barangan raya utuk diri aku hari ini pas lek kerja...
Rancang punya rancang... dari tengah hari sampaila ke malam dan akhirnya tak jadi... hehehehe
"Maaf ye wak, saya benar benar penat"
8hb Sept '10
Hu.... tekad hari ini kena half day gak, kena beli gak sesuatu untuk raya nanti...
"En.Ashraf, hari ini saya half day ye"
"laa half day pula.., kenapa?"
"Terpaksa, maaf.. sebab saya tak beli apa-apa untuk diri saya raya tahun nie, lagipun malam nie family nak balik kampung.."
"ermm tengok la nanti macam mana, nanti i bagi tahu"
huuuuuu seram sejuk aku nak minta half day.... tapi kalau dia tak bagi agak panas hati gak r...
Sabar Nabilla... Sabar~
Sms shida..
"Salam, free tak hari ini?"
"why?"
"aku ingat nak ajak merendek area jalan tar or masjid jamek, tapi tengok dulu cmne gak ar, aku kena tnya bos aku dulu"
---------------------> menanti sms untuk direply......... menanti, menanti dan terus menanti...
"U nak halfday hari ini kan? nak balik pukul berapa?"
"pukul 1 :)"
"Ok, nanti balik la"
"hehe terima kasih"
Alhamdulillah....
tetiba teringat lak kata Seseorang semalam
"Okay, hari ini awak boleh berehat, tian dia penat.. tapi kalau awak nak pergi sana bagitau saya ye syg"
"hehe okay"
huuuuuuuuuuuuuuuuuu
sms Seseorang
"Awak, hari ini saya halfday tau, nanti nak pergi beli barang raya sikit"
"alaaa nak titot...."
"laa, awak kan kerja.."
"saya pun nak minta halfday rini, sekejap ye"
erkk biar betik dia nie?
"okay awk, nanti jumpa kat TS ye"
"Kalau kita jumpa kat Sogo je boleh tak? awak tau x jalan ke sana?"
"Tahu, okay jumpa kat sana"
erkk hehehe sebaik ada peneman rini....
Lewat sikit aku kuar office hari ini, dalam 1.45pm cuz duk siapkan kerja (lepas nie cuti lama, jadi kena siapkan kesemuaannya )
Sampai je Sogo..... huhhhhh ramainya manusia......
Sementara tunggu Seseorang, aku duk belek - belek pakaian perempuan dekat tingkat 2..kot haha
huuuu mahalnya.... mahalnya....
Bajet baju raya aku hari ini ialah RM100 kebawah... so tak leh mahal mahal..... membazir... juz cari baju kurung yang simple je tapi cantik :)
Ada satu baju kurung nie dah jumpa, cantik... tapiii....... saiz M..... aku lak saiz S...
ala kalau gelebeh cam mana nak pakai? ahh tak nak ar...
Dapat sms dari shida.. (huh' baru nak reply)
"Sori beb aku baru bangun tido, wei aku kerjala, ambik cuti raya nanti"
"hahaha tak pe takpe, kalau kau kata yes pun,aku kata takpayah, dh terlambat, hehe cz aku sekarang kt sogo, ada orang temankan nanti, dah2 sambung tido balik ha3"
"cam tue pula? haha okay2"
Pergi kat tempat kasut lak...
asal hari ini semuanya aku tengok tak cantik ye kasut kasut nie?
ermm....
Panggilan dari Seseorang.
"Awk, awak kat mana sekarang?"
"Saya kat tingkat 2 kot.. hehe saya pun tak pasti, awak kat mana? dan sampai?"
"Saya ada kat dalam sogo nie, kat bawah kot"
"Okay okay, awak tunggu sana, saya datang"
Mencari... mencari....
Jumpa juga buah hati tersayang :)
"Hai"
"Hai"
bermulala sesi pencarian baju raya aku.... adehhh kesiannya aku...
Last last minute baru nak cari baju raya...
"Sorry ye awk, kalau menyusahkan"
"ehh takpela, saya memang nak temankan"
heeee sebaik ada awak tau... kalau tak sorang sorang kot......
awak awk...... :)
Hari tue, aku topup balik date semalam yang tertunggak...
"Hari ini kita berbuka kat luar nak? lepas buka baru balik "
"eh tak boleh, malam nie saya dan keluarga balik kampung.."
"cakapla dengan ayah, esok tak leh ke? heheeh"
"tak boleh wak...." :)
Cari punya cari... alhamdulillah dapat gak kesemuaannya...
And paling best sekali, aku dapat baju kurung sepasang, selendang, anak tudung syria dan satu blaus, semuanya dalam RM 100 lebey.... alhamdulillah.... Saving saving....
Raya tahun nie, biarla ringkas dan sederhana... Nikmat syawal tetap terasakan walaupun tak semewah mana? hehehe.. cukupla apa yang ada.....
Yang bestnya, aku dapat beraya dengan Mak, Ayah, Nawal, Aroy.... dan buah hati baru ha3...
Jadi apa lagi yang aku perlukan? semuanyakan dah ada.... Alhamdulillah~
Tengok je hp, ada 3 missed call from Mak....
kol mak..
"Hello, Assalamualaikum mak"
"W'salam"
"Tadi mak kol akk ke?"
"Habis tue? kenapa tak jawab?"
"Maaf, tadi hp dalam handbag, akk tak dengar, kenapa mak?"
"Tak ada la, akak kat mana tue?"
"Kat Jalan M.jamek nie, kenapa? mak nak balik kpg dh ke?"
"Tak ada la, kamu selesaikan dulu hal kamu"
"ok ermm kalau akk berbuka kat luar je nanti boleh?"
"Sukati kamula"
"hehehe, okay, thx.. tata mak, salam"
"w'salam"
ermmmmmm berbuka kat luarrr ngengengeeee....
jadi destinasi kami seterusnya ialah Foodcourt Maju Junction....
huuu tak ramai sangat orang time nie, so tak perlu risau soal tempat....
relaks relaks dulu.... hu~ penatnya....
lama-lama tempat tue makin ramai..mybe mereka dari Sogo or m.jamek....
Hari itu menu aku hanyala nasi ayam.. waa tedap tedap ^_^
Seseorang lak makan nasi campur....
Time nak beli air, aku sedar ada yang memerhati.. entah sebab aku rasa lain.... ada je sekumpulan mendendangkan music raya.... dan aku rasa perhatian tue datang dari sudut sana... entahla... mungkin perasaan aku je kot....
ishh nabila nie... perasan je lebey.... hehehehe
lepas jamah makanan.. rehat jap, Alhamdulillah kenyang....
lepas tue aku perasanla sekumpulan pemuzik pemuzik tadi bergerak dengan alat muzik mereka brdekatan dengan tempat makan aku... beralih arah agaknya....
entah macam mana.... aku ternampak sesuatu.... or mungkin aku cam.....
ermm salah seorang dari kumpulan pemuzik tue adalah..... my 2nd ex-bf...
dia pandang, kemudian dia menjeling.....
ermmm...... serius giler, aku tak tahu apa yang aku rasa time tue...kenapa tangan aku mengigil? jantung aku berdegup laju???/
tapikan sekarang nak dekat raya, bukan sepatutnya dia dah balik Johor ke?
"awak.... ex kedua saya"
"ha? mana?"
"rambut panjang tue, jgn la tengok..."
kemuadia, kumpulan pemuzik tue lalu belakang aku...
Ya Allah, hanya kau sahja yang tahu getaran dalam diri ini.....
entahla.. samada pelanduk dua serupa ke tidak, aku tak pasti.... tapi yang pasti... rupa mamat tue memang macam ex aku... tak mungkin aku xkenal seorg yg pernah aku jumpa, seorag yg pernah bertahtah kat hati nie, dan seseorang yang menghancurkan hati nie juga.... tak mungkin tak mungkin...
"awak, jum kita balik"
"laaa kenapa? saya baru pas makan, duduk la kejap"
"awak, tak boleh, saya rasa cam tak dapat nak nafas kalau duduk sini lama2, saya tak tahu kenapa tangan saya mengeletar, dada saya degup degup laju nie wak... saya tak tahu, jumla wak"
"kalau awk dah tak sayang dia kenapa awak rasa mcm tue?"
"pertama sekali jum kita pergi dari sini, kalau tak, awk nak tengok saya nangis sekarang ke? bila2 sahaja saya boleh nangis nie wak"
nak tak nak, memang kena lalu depan dorg....
hanya Allah sahaja yang tahu setiap detik jantung aku berdegup time tue...
Ya Allah, kuatkan hambamu.....
"awak..."
"maaf awk, saya pun tak tahu kenapa saya tadi.."
"awak cakap awk dan tak ada perasaan kat dia"
"memangla, dan percayala, saya memang dah tak sayang dia... cuma... tadi entah... saya masih kesal dengan perbuatan dia wak.... saya kesal dengan sikap dia terhadap saya dulu"
"jadi yang perasaan bermain ngn saya tadi bukan perasaan sayang, tapi perasaan sakit..., awak takkan faham..... saya ditinggalkan macam tue sahaja... kalaula kitaorg tak kapel dulu, pasti sampai sekarang kitaorg best fren lagi.... tapi, kerana sebuah perhubungan yang silap tuela, yang membuatkan dia bukan lagi best fren saya dan bukan lagi bf saya..."
"maaf ye wak, tapi percayala, saya mmg dah tak ada hati kat dia"
"takpe, saya faham, dan saya percaya cakap awk"
:)
Hari itu... Seseorang temankan aku tunggu bus... lama kot bus nak muncul....
Seseorang.....
Terima kasih sangat sangat..... kesian saya tenggok awk hari tue.... saya tahu awk tak biasa dengan sesak sesak kat m.jamek siang tue... tp awk gagahkan juga.... Sepanjang kita bersamapun awk banyak buat saya tergelak, tersenyumm..... waaaaakkkk thx thx thx
Hari tue, awk betul2 buat saya rasa benar benar dihargai.....
Dengan Nama Allah Yang Maha Mengetahui, saya tak pernah rasa dihargai seperti awk lakukan sebelum nie..... rasa benar benar disayangi seperti yang saya rasa sekarang....
"awak satu je pinta saya, kalau benar awk nak kan saya, setia la wak, jujurla dengan saya... sayangila saya.... saya tak nak punyai ramai lelaki.... saya tak nak saya tak nak....! saya tak nak berganti ganti pasangan dalam hidup saya..... saya nak yang ketiga ini biarla yang terakhir.... dan biarla untuk selamanya..."
Amin~
Hari tue tak jadi balik kampung....
sekarang ini, hari ini 9 Sept '10, insyaallah petang nanti kami akan bertolak ke Perak, kampung mak, huu nampak sangat air muka mak tak sabar sabar nak balik hehe...
Semoga perjalanan kami nanti selamat, insyaallah.. selamat pergi dan selamat pulang, amin...
Kepada para SAHABAT, dan para KENALAN... Selamat Hari Raya Aidilfitri... Semoga Syawal kali ini bermakna buat kalian, insyaallah amin....
Syawal kali nie pun bermakna buat saya... sebab SESEORANG...... saya akan sentiasa sayangkan awk.... :)
Aku sering membina angan.
Membina istana indah.
Dia sebagai raja dan aku sebagai ratu.
Biarpun istana kami hanya sekadar pondok kecil, namun aku tahu...
Dia akan sentiasa di sisi dan mencintaiku selamanya~
With love,
nabilla..