Tuesday, December 21, 2010

Jika saya pergi dulu ~~

12.33am

"Jika saya pergi dulu?"

ermm pernah tak soalan ini ditanya kepada korang?

apa yang korang jawabkan?

ermmm...

Malam tadi dapat panggilan dari Seseorang..

dan Seseorang mula tanya....

"Awak.. jika saya pergi dulu, awak rasa apa akan jadi pada awak?"

dan aku ambil masa yang lama untuk menjawab soalan itu...

tetiba aku rasa agak janggal dengan soalan begitu, walaupun kita tahu bahawa kematian itu adalah pasti....

"Saya pun tak tahu, sebab ia tak terjadi lagi.. tapi apa yang saya rasa, mungkin saya akan sedih, dan mengambil masa yang lama untuk hati saya pulih, tapi saya tahu, saya harus juga terima kerana Allah lebih menyayangi awak dari saya..."


"Saya sayang awak.. saya sayang awak... saya sayang awak.. saya sayang awak.. saya sayang awak.."


"Heyyy... ssshhhhhh.... saya pun sayangkan awak juga..."


p/s : Kata-kata mudah dituturkan... hakikatnya saya tidak tahu apa yang akan berlaku ke atas diri saya jika awak pergi dulu.....

p/s/s : Kita juga tidak tahu ajal kita bila dan dimana... Apa yang pasti, kematian itu tetap akan terjadi sayang.... insyaallah saya akan cuba kuat, dan saya harap awak juga akan turut kuat tatkala Allah yang memilih saya dulu dari awak...

p/s/s/s : Next time jangan buka topik tue lagi ye, cuz hakikatnya hati saya sedih bila awak berkata begitu... jika ada sebarang rahsia yang saya tidak tahu, tolong beritahu saya :( kerana rahsia saya sudahpun awak tahu...

Seseorang pesan "jangan biar rindu itu terpadam.."

Tapi aku cukup takut andai rindu kami ini melebihi rindunya kepada Tuhan... sebab.... aku tak pernah berhenti merindukan Seseorang....

Setiap saat.. setiap detik... atau mungkin setiap nafas hanya ada Seseorang saja..

Errmmm...~

Begitu juga dengan setiap saat.. setiap detik.. atau mungkin setiap nafas, aku tak pernah berhenti untuk terus merasa bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah takdirkan kemunculan Seseorang dalam hati ini..

Siapa sangka insan ini dulu la yang sentiasa dilihat di dewan kuliah...

Insan ini jugalah yang dulunya ingin aku jauhi sebab perkara tertentu...

Insan ini jugalah yang pernah berkata "poyo" pada aku seketika dahulu...

"owhh dulu punya kutuk orang.."

"awak la, siapa suruh sombong sangat.. orang nak kenal dengan dia dulu tapi dia buat bodo je, orang geram, orang katala poyo gila minah nie.."

"hahaha, awakpun tahukan dulu saya tak tegur sangat budak-budak lelaki kat kolej tue, yang saya rapatpun budak-budak kelas saya je.."

"hehe saya tahu.. sebab tue saya percayakan awk.."

dan siapa sangka insan ini jugala yang menarik perhatian aku dan merawat luka dihati ini dulu..

"Sayang.. kenapa lambat awak muncul dalam hidup saya?"

"Kalau saya muncul awal, tak akan ada pengalaman - pengalaman untuk dijadikan pengajaran.."




Cinta lahir dengan keikhlasan, 
Cinta menuntut pengorbanan, 
Cinta insan menjadi dambaan, 
Cinta Tuhan tunjang kebahagiaan...

 
2.03am...

curhatku,
Nabilla..

Sunday, December 19, 2010

Kerana aku wanita..

Assalamualaikum..

Dalam duk godek godek artikal dari iluvislam.com terjumpa 1 artikal berjudul "KERANA AKU WANITA" ... dan aku rasa tak salah andai aku berkongsikan artikal di sini... 


kerana aku wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku

kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrah diriku

kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku

kerana aku wanita
air mata teman setiaku

kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN..

kerana aku wanita
aku damba pertolongan darimu Adam

peliharalah bicaramu denganku
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku

kerana aku wanita
akhlakmu ukuran dimataku

peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
takut rosak thiqohmu

kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu

kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku

saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku
meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali

kerana aku wanita
aku memang sangat peka

maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya

WAHAI ADAM,

kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
hakikatnya kau begitu jelek pada pandangan kami.

andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
darjat mu telah jatuh pada pandangan kami

jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami.


curhatku,
Nabilla...

Saturday, December 18, 2010

Terima Kasih kerana kasihmu.. (Ayah , Mak)

3.30am..

Hari dah lewat... mata dah kuyu... tapi masih dalam kebingungan "asallah takmau lelap nie syg(mata)...?"

Dalam duk tenung..tenung dan tenung beberapa pictures... tetiba terasa sebak (aii kebelakangan nie asyik emo je Cik Nunub's nie)...wuwuwu~


Haaa chomey x? chomey x? cakapla chomey~ (sambil membuat mimik muka kesian utk mendapat simpati) hek3...

Inilah picture aku time kecil -kecil... Picture di atas tue mungkin dalam setahun dua begitu...


Picture nie pula..ermm tak pasti bila.... Ini semua kerja mak dan ayah.. spek mata ayah, dan subang mak.. dan beskal tue adalah aku punya ye....hehehe...

Pada mulanya... tersenyum melihat picture-picture time kecil... tapi perasaan tue telah bertukar menjadi 1 perasaan yang sukar untuk aku ungkapkan.....

Aku anak pertama.... jadi aku dapat bayangkan situasi time mula2 mak aku dapat tahu dia mengandungkan anak pertama.. Mesti mak sangat terujakan? hehe.. Then terlahirnya aku di muka bumi nie.. mesti mak dan ayah time tue tak henti-henti mengucapkan rasa syukurnya atas kelahiran anak pertama mereka....

Mak pernah bagitahu aku dulu, time mak kat dalam hospital nak lahirkan aku, ayah temankan mak.. Ayah pegang tangan mak sambil menangis.... Mak kata, ayah sedey tengok keadaan mak menjerit kesakitan time lahirkan aku :'( ... dalam hati ayah time tue mesti tak henti-henti berdoa agar mak dan aku selamatkan? .... 

Dan Alhamdulillah, selamat juga aku dilahirkan.. dan mak juga selamat :)

Aku anak pertama, confirm la aku yang paling mak and ayah sayang, mana tidaknya cuz time tue adik kedua aku pun belum dilahirkan....

Kemudian, tak lama selepas tue, Azroy pula dilahirkan...






Hehehe... Mohd Azroy..... hehe diala teman sepermainan pertama aku... tidur sama2, main sama2, makan sama2, mandi sama2 (time kecil2 je ok :D), dan gaduh pun mesti sama2 haha...

Dah besar-besar macam niepun kami still tak berhenti bergaduh lagi cuma tidak la gaduh seteruk dulu huhu~

Ayah dan mak sampai pening kepala tengok kerenah anak-anak dia...

Ermmm.. bukan senangkan hidup berkeluarga begini? mesti memerlukan kos yang tinggi.. yerla, nak tanggung pakaian, makanan dan tempat perlindungan untuk anak-anak dan diri sendiri...

Selang beberapa tahun, adik bongsu kami pula dilahirkan...

jeng jeng jeng hehehe
Inilah dia si muntal..hahaha Cik Nawal Natasha...

Teringat time sekolah dulu, orang selalu cakap nama adik lagi glamor dari kakak.. wuwuwu~ Sampai hati dorang kan? kan? hehehe~ tak kisah pun, Nurul Nabillah tetap Nurul Nabillah :)

Nawal time kecil-kecil ada iras cam cina sikit cuz ikut darah mak.. Arwah opah aku orang cina, tapi telah diambil sebagai anak angkat oleh keluarga orang melayu.. Atuk pula orang melayu..

Ketul -ketul lengan Nawal time kecil... alohlohloh chomeynya~



Sebagai anak bongsu, confirmla akan diberi perhatian lebih dari yang lain... tapi aku tahu, kasih sayang mak dan ayah pasti tak berbelah bagi antara kami semua....

Kami bertiga selamat dilahirkan dengan sempurna, alhamdulillah.. 

Bukan senang nak senang bukan? dan bukan susah juga untuk susahkan?

Yelah dengan pampers anak-anak.. susu anak-anak...
Keluarga aku bukannya datang dari orang yang senang... kami dari bawah... dan alhamdulillah sekarang nie bukanla nak katakan senang tapi kira alhamdulillah juga sebab cukup makan, cukup pakai...

Dalam temp0h ini mesti mak dan ayah telah banyak berkorban demi kami adik beradik...

Teringat kembali saat kecil, mak dan ayah pernah tak makan satu hari tue sebab nak bagi kami adik beradik makan... dua tiga hari mak dan ayah terpaksa berpuasa...

Sekarang.... anak-anak mak dan ayah dah semakin dewasa...

Nurul Nabillah ( 21 tahun )

Mohd Azroy ( 20 tahun )
Nawal Natasha ( 15 tahun )

Pelajaran kami.. didikan agama.. mak dan ayah dah cuba yang terbaik.... tapi itula, tidak semua itu sempurna bukan?

Kadang-kadang orang luar suka-suka je mereka nak nilaikan sesepekara tue berdasarkan apa yang mereka tengok, sedangkan mereka tahu ke apa yang kami dah lalui? dah buat?

Erm mulut orang, siapala kita untuk tutupkannya...~

Biarla... Yang pasti Allah tahu, kami siapa....
21 tahun aku diberi peluang untuk berpijak di bumi nie, diberi peluang untuk menikmati keindahan ciptaan Ilahi... dan 21 tahun ini juga bermacam-macam dugaan yang aku lihat mak dan ayah terpaksa tanggung... 

Aku bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga ini.... Aku bersyukur mempunyai Nawal dan Azroy sebagai adik-adik aku...
"Tahu tak betapa akak sayang sangatkan kalian?"

Tatkala tatap wajah ayah yang kelesuan.. hati tertanya-tanya, apa yang ayah sedang fikirkan sekarang.. hati juga dibelengu rasa serba salah.... "kerana akak masih tak mampu nak beri apa-apa pada mak dan ayah" :'(

Tatkala melihat wajah mak dalam kesedihan... hati turut terasa pedih... "alangkah baiknya andai dapat akak tanggung kesedihan itu.." :'(

Tatkala senyuman terukir diwajah mak dan ayah.... hati turut merasa keindahan itu.. "alangkah baiknya andai kebahagiaan dan kemesraan ini milik kami buat selamanya.." :)

Aku tahu... mak dan ayah.. dah cuba sebaik mungkin untuk membesarkan kami.... mendidik kami....

Ayah...


"Ayah... andai dapat akak membaca dan memahami isi hati ayah, pasti akan akak selaminya.... Ayah... terima kasih untuk semuanya... terima kasih kerana besarkan kami... Ayah.. :'( mungkin akak tak cukup baik lagi... mungkin akak tak mampu lagi... tapi bagi akak sedikit masa ye... masa untuk akak buktikan yang akak boleh menjadi anak kebanggaan ayah... Ayah.. ingat lagi tak time ayah marah, ayah hempas handphone yang pernah akak bagi kat ayah dulu? beberapa minit lepas tue, ayah panggil akak untuk duduk depan ayah.. air mata ayah banyak mengalir sambil ucap kata maaf :'(.. Ayah tahu tak setitis air mata ayah yang mengalir itu ibarat 10 anak panah menusuk tepat ke hati akak? akak menjadi begitu lemah sekali... Ayah tahu tak bila tiba sahaja hari raya, saat bersalaman adalah saat yang paling akak lemah, akak rasa cukup lemah untuk bersalaman dengan mak dan ayah sebab time tue ayah pasti menangis sambil mengucup dahi anak-anak :'( saat itu juga sgt melemahkan akak :'(... Ayah, walau macam manapun ayah, ayah tetap yang paling terbaik dalam hidup akak... Percayalah, akak sayang sangat kat ayah... lebih dari nyawa akak sendiri... "


Mak...


"Mak... akak tahu mak dah banyak berkorban... akak tahu, dah banyak perkara yang mak dah usahakan demi keluarga ini.... dan akak tahu juga dah banyak air mata mak mengalir atas kekecewaan beberapa perkara.... Mak, akak banyak buat dosa kat mak kan? Jahatnya akak... Maafkan akak mak :'(... Mak.. alangkah baiknya andai akak mampu hentikan tangisan mak.. alangkah baiknya andai setiap kesedihan yang mak rasai itu dapat akak tanggung sedikit... Mak, kerana mak akak masih disini.. terima kasih kerana itu...Mak, sabar ye, beri akak masa untuk membalas jasa mak dan ayah... beri akak masa untuk akak buktikan akak juga boleh memperolehi sesuatu dalam kehidupan akak... Mak, alangkah indahnya andai senyuman mak terukir sentiasa di wajah... percayala, time tue mak la paling terlawa dari Erra Fazira..haha :D ... Maaf atas keterlanjuran kata-kata akak antara sedar ataupun tidak... akak hanya manusia biasa yang tak kan lari dari kesilapan.... Maafkan akak ye mak... Mak, akak sayangkan mak, akak tak dapat nak gambarkan sedalam mana sayangnya akak terhadap mak... Apa yang akak tahu, akak nak buat dan beri yang terbaik untuk mak... Satu pinta akak kepada Tuhan, akak minta agar keceriaan dan kebahagiaan itu akan menjadi milik mak sentiasa kerana akak dah tak mampu melihat air mata mak mengalir lagi... Akak taknak mak menangis dan kecewa lagi.."




p/s : Terima kasih kerana kasihmu Ayah dan Mak..

5.30am  

"ahhh sakitnya belakang aku.."



curhatku,
Nurul Nabillah..

Wednesday, December 15, 2010

duhai hati.. janganla begini~

Macam mana aku nak bercerita..

Boleh tolong ajarkan.......................?

Macam mana aku nak luahkan..

Boleh tolong ajarkan.......................?

Ermmm~

Lagi sekali ia terjadi........

Aku menjadi sangat sunyi.....

Persoalan demi persoalan yang terpaksa aku leraikan sendiri....

Aku cuba menjaga hati semua orang....

dan akhirnya hati aku yang menangis... :'(

Boleh bagitahu aku dengan siapa yang harus aku mengadu..???

Tension..! Serabut..! Buntu...!!!!!!

Boleh bagitahu aku dengan siapa yang harus aku ceritakan semua ini buat masa ini..???

Jawapannya.... tiada siapa-siapa....

Melainkan Dia....

Dia Yang Maha Memahami.. dan Dia juga Yang Maha Mendengar..

Dia pesan Sabar...

Kerana ketenangan dan kejayaan akan sentiasa bersama dengan orang yang sentiasa bersabar...

Jadi buat masa ini.. just duduk diam-diam....

p/s : sabar nabilla....~ (memujuk hati sambil mengesat air mata)

curhatku,
Nabilla....

Monday, December 6, 2010

Tatkala keliru.... berIstikharahla

Dah lama niat nak masukkn entry tentang istikharah dalam blog tapi asyik terbantut je, tapi hari ini betul-betul rasa terpanggil nak buat kerana kebelakangan nie asyik ada masalah sahaja yg timbul dan menyebabkan istikharah sebagai 1 cara untuk kembali tenteram....

Aku bercakap berdasarkan pengalaman....

Dulu sebelum aku mengenali sebuah buku ini..

Aku sering terdengar orang berkata istikharah...

Apa yang aku tahu dulu, istikharah hanyalah untuk mereka yang dah tak sabar nak kahwin and tak sabar nak tahu siapa jodoh mereka...

Lepas tue ada juga unsur-unsur negatif yang timbul dalam pemikiran kalau yang wajibpun terkontang-kanting, inikan pula nak buat yang sunat...

"Astarfirullah'halazim.."

Janganla kamu punyai pemikiran seperti aku dulu.....

Bak kata orang " Tak kenal maka tak cinta..."

Begitu juga dengan situasi aku.. " Tak kenal maka tak tahu.." hehe (blh pakai ke? boleh k0t..)

Sehinggalah satu saat tatkala aku menghadapi satu perasaan yang sangat sedih.. sangat pilu..

Aku menjadi buntu akan keadaan aku... dan tatkala itula emosi menguasai diri, jadi semuanya menjadi serabut...

Saat itu aku mencari satu kekuatan.... mencari satu penyelesaian walaupun terpaksa berdiri dengan sendiri kembali....

Ramai yang berkata time tue tentang buku La Tahzan (Jangan bersedih)...

Lalu aku pun terpanggil untuk membeli buku La Tahzan tue... dan dalam masa yang sama aku terjumpa sebuah lagi buku yang berjudul Panduan Lengkap Sembahyang Sunat.. Hati tertanya-tanya perlukah aku membelinya? dan hati juga mula menyoalkan tentang Solat Sunat, solat sunat manakah yang aku ketahui??...

Kalau hendak di ikutkan time belajar dulu ada juga buat solat sunat hajat, tapi itu semua mengikut kawan... dan sebenar-benarnya AKU TAK TAHU..! (baru tersedar)

Jadi memang wajar andai aku punyai satu buku Panduan Lengkap Sembahyang Sunat ini..

Berdasarkan isi kandungan buku tue, memang terdapat banyak sangat solat sunat.. yang aku tak pernah tahupun kewujudan solat sunat tue pun ada juga.. apa lagi solat sunat yang tak pernah aku dengar..

Jenis- jenis Sembahyang Sunat :

1. Sembahyang Sunat Rawatib
2. Sembahyang Sunat Jumaat
3. Sembahyang Sunat Wuduk
4. Sembahyang Sunat Tahiyatul Masjid
5. Sembahyang Sunat Mutlak
6. Sembahyang Sunat Isyraq
7. Sembahyang Sunat Dhuhaa
8. Sembahyang Sunat Auwabiin
9. Sembahyang Sunat Witir
10. Sembahyang Sunat Tahajjud
11. Sembahyang Sunat Tasbih
12. Sembahyang Sunat Musafir
13. Sembahyang Sunat Taubat
14. Sembahyang Sunat Nikah
15. Sembahyang Sunat Ihram
16. Sembahyang Sunat Tawaf
17. Sembahyang Sunat Istikharah
18. Sembahyang Sunat Hadiah
19. Sembahyang Sunat Hajat
20. Sembahyang Sunat Nisfu Sya'ban
21. Sembahyang Sunat Tarawih
22. Sembahyang Sunat Aidil Fitri
23. Sembahyang Sunat Aidil Adha
24. Sembahyang Sunat Gerhana
25. Sembahyang Sunat Istisqa'
26. Sembahyang Sunat 'Asyuura
27. Sembahyang Sunat Lailatul Qadar
28. Sembahyang Sunat Tolak Bala
29. Sembahyang Sunat Syukur
30. Sembahyang Sunat Perhentian Musafir
31. Sembahyang Sunat Qudum
32. Sembahyang Sunat Untuk Memudahkan Keluarnya Roh



Pada mereka yang mengetahui tentang solat sunat ini, bersyukurlah kalian dengan pengetahuan awal yang telah diberikan kepada kamu, dan jangan lupa amalkanlah ia sekerap yang mungkin.. dan pada mereka yang seperti aku, tidak mengapa.. kita mulakan ia pelahan-pelahan dan yang mudah dahulu ya... Lama-kelamaan insyaallah ia akan menjadi terbiasa buat kita.. Islam itu mudah ^_^ Allah tahu akan niat kita :)

Aku bersyukur sangat memiliki buku ini, dan dari sinilah aku mula mengenali dan m'praktikkannya sedikit demi sedikit....

Dan dari solat sunat ini jugalah aku dapat mencari kekuatan diri... kekuatan untuk berdiri semula... Alhamdulillah...

Banyak kelebihan-kelebihan solat sunat yang terdapat dalam buku panduan ini, tapi apa yang aku cuba nak mempertengahkan disini adalah solat sunat istikharah, mungkin sebab ia mudah dikerjakan bagi mereka yang dalam kekeliruan...

Ada yang melakukan solat sunat istikharah ini untuk selama tiga malam berturut-turut atau lebih baik sehingga tujuh malam di samping meletakkan sepenuh keyakinan kepada Allah s.w.t., laksanakanlah dengan yakin perkara yang dirasakan kuat di dalam hati.

Berdasarkan sepotong hadith Rasulullah s.a.w. yang berbunyi : ertinya :
 "Diriwayatkan oleh Ibnu Sunni daripada Anas r.a bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Apabila kamu bercita-cita untuk mengerjakan sesuatu, maka hendaklah kamu meminta pilih (sembahyang istikharah) daripada Allah sebanyak tujuh kali. Selepas itu, lihatlah apa yang digerakkan pada hati oleh Allah mendahulukannya, kerana sesungguhnya kebaikan itu ada pada apa yang didahulukan.."


Antara hikmah solat sunat istikharah ialah :

1. Ia menggantikan amalan jahiliyah seperti mengundi nasib sama ada dalam soal perkahwinan atau apa sahaja berkaitan dengannya. Bagi orang yang beriman, cara sedemikian (mengundi nasib) adalah tidak baik, maka sembahyang istikharah menandakan mereka kembali kepada Allah.

2. Ia dapat menghilangkan segala keresahan atau kebingungan dalam menentukan pilihan yang tepat, dengan mengosongkan fikiran dan hati serta menyerahkan segala urusan kepada Allah, kita akan diberi pilihan yang terbaik untuk diri dan agama.

3. Kita tidak akan menyalahkan diri sendiri sekiranya berlaku sesuatu yang tidak baik daripada pilihan kita itu. Kita yakin bahawa itulah kehendak Allah yang mempunyai pelbagai hikmah, kalau tidak di dunia, di akhirat nanti.

4. Ia menandakan keikhlasan seorang hamba terhadap Tuhannya. Dengan melakukan sembahyang ini, dia meniadakan kehendak peribadinya dan menyerahkan diri dan segala urusannya kepada Allah s.w.t.

Ima :
" bila bosan melanda~~~'_' "


Nabilla :
" Carilah sesuatu...."


Ima :
" ah'ha bila sesuatu yang dicari tiada~~"
" ah'ha bila benda yang dicaripun tiada~~"


Nabilla :
" :) awak cari apa? adakah kasih sayang? "


Ima :
" errr???? ermmm??? mungkin atau ya??? sy sendri pun xpasti apa yg sy tercari2...heee"

Nabilla :
" hanya diri kamu sahaja yg tahu apa yg kamu cari... tepuk dada n berbicaralah dgn hatimu..."

Ima :
" hati..ermmm.. "tepuk dada dan berbicaralah dgn hatimu" tp bila kata hati bertentangan dgn kata akal pikiran, mcmana pla ye? "


Nabilla :
" kata hati ikut rasa, kata akal ikut pd tindakan..... membezakan kita dgn haiwan adalah akal, akal adalah anugerah Dia yg terhebat, bgtue juga dgn hati kerana dr hati lahirnya 1 perasaan yg sukar dimengerti oleh manusia lain selain dri kita sndiri.... hnya dri kamu sahaja yg tahu apa yg kamu nk, tp jika akal n ht berbeza pndapat... berIstikharahlah, serahkan segalanya kepada Tuhan..... Dia Maha Mengetahui~ "


Ima :
" tiada kata2 lain lg yg mampu sy ucap... tanks kak "


Nabilla :
" sme2.."





Ruhil :
" kita rindu kamu...."

Nabilla :
" (+^_^+) kita rindu kamu juga..~"

Ruhil :
" -_- ........"

Nabilla :
" aip, pagi2 dh m0ny0k... ada apa2 ke nie..? tenyum tenyum :D "

Ruhil :
" ermmm... thla, pg ni trse sebak, pg td tgh drive nk g kje blh nangis sorg2... hati ni rase sebak, pilu n rse mcm sedih sgt2....."

Nabilla :
"msti ada sbb, mustahil blh trnangis sndirnya.. ada yg kamu fikirkn tue.. fikiran mempengaruhi emosi.."

Ruhil :
" kt pilu, kt xsgp bpish dgnnya... tp ble kt tpkr pe yg dia buat 2bln lepas msih jelas dlm igtn ni.. dgn sndiri air mta deras mglir..."

Nabilla :
" haa kan nub's dh ckp, pasti ada sesuatu yg membuatkn rub's trfkir smpai nangis... Ya Allah rub's, jgn ditngisi prkara yg lepas, ya mungkin ia sgt berat bg kamu.. sebaiknya beristikharah la ye, serahkn segala urusan yg sgt berat bg kamu itu ...kpd Allah, insyaallah Dia pasti membantu, kerana Dialah sebaik2 penolong buat kita.. prcayala ckp nub's, dulupun ht nub's pnh bimbang... istikharah la yg nub's buat.. org kata 3 kali brturut2 istikharah pun dh ckup, tp sebaiknya 7 kali brturut2.. atau mungkin kamu buat smpai ht kamu berasa lega.. rub's tahukn kelebihan istikharah?"

Ruhil :
" =( xtau...mgkin otak skg xblh bfikir n xdpt brfgsi dgn baik, jd sumenya rub's xlh nk tau n focus."

Nabilla :
"jgn biar emosi menguasai diri ye, jgn biar smpai ia brlarutn tkut nanti rub's sakit... ok, biar nub's bgtau slh 1 kebaikan istikharah, fahaminya ok... bler kita beristikharah, ia akn dpt mnghilangkn keresahan/ kebingungan dlm menentukan pil...ihan yg tepat. dgn m'gosongkan fikiran n ht srta m'yerahkan sgla urusan kpd Allah, kita akn diberi pilihan yg trbaik utk diri dan agama.. 1 lg, isitkharah bkn sahaja utk pilihan jdoh tp ia juga sesuai utk sesiapa yg dlm keliru/serabut.. istikharah juga m'bwk mksud mnyerahkan sgala urusan kpd Allah, apabila urusan itu sgt berat buat kita.. angap la mlm istikharah itu adalah malam antara kamu dan Tuhan, mngadulah segalanya kpd Tuhan, insyaallah rub's insyaallah, Dia pasti m'bantu, asalkan kamu percaya akan kuasaNya (nub's brkata bgnie bknnya nk tnjuk baik, nub's sedar nub's blm blh dikatakan baik, tp nub's msh mncari 1 arah kebaikan, rub's lupa ke time kita stdy sesama dulu? same2 pakat nk mncari dan mnjadi trbaik dlm hidup.. same2 juga mahu mnjadi muslimah sejati :), insyaallah blm trlmbat )"
" dah ye ruhil.... kau tahukan aku sntiasa ada... apa2 pun juz cntct aku dlm phone k :)... cay0k2 tenyum2, kau tue tgh bkerja, xbaik tau pg2 m0nyok... sabar ye.. setiap kepahitan psti ada kemanisan juga... :)"
Ruhil :
" rub's igt... terima ksih nub's... mlm ni adlah mlm yg tepat. insyaallah, esok kt da melangkah ke tahun baru, buka lembaran baru... insyaallah."
Nabilla :
" insyaallah ^_^ semoga berjaya ye :)"
 


Satu lagi solat sunat yang aku ingin berkongsi bersama iaitu Solat Sunat Wuduk 

Solat sunat wuduk juga dikenali dengan nama Solat Syukur Wuduk. Ia merupakan solat sunat sebanyak dua rakaat yang dilakukan setiap kali seseorang itu selesai mengambil wuduk. Tidak ada waktu yang ditetapkan, baik pagi, petang, siang ataupun malam. 


Ramai daripada kita tidak sedar bahawa amalan sunat seperti sembahyang sunat ini sangat berguna bagi menampung kecacatan ibadah fardhu kita, meningkatkan iman, melipat gandakan pahala serta dapat meningkatkan darjat di syurga. 
Begitu pelbagainya manfaatnya, tidak hairanlah mengapa terdapat lebih banyak sembahyang sunat daripada sembahyang fardhu yang lima itu. Ia merupakan peluang yang dibuka seluas-luasnya bagi sesiapa yang hendak merebut segala kelebihan dan ganjaran yang Allah s.w.t. sediakan..



Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam, limpahkanlah selawat 
dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w. berserta 
keluarga, para sahabat dan orang-orang yang mencintainya...


p/s : Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.. InsyaAllah.. 


curhatku,
Nabilla...

Saturday, December 4, 2010

Saat Romantikalasofa~

Huuuuuuu~
Hari ini masih terasa penat~
Semalam keluar dengan Ima....
Hari ini pula dengan Seseorang.......
Besok? tatau lagi......

To Seseorang :

Huuuu~
Terasa dah lama tak berjumpa kan sayang?
Awak nampak berisi sikit.... opss~ terlepas cakap sudah...hahaha
Apa-apapun awak tetap cute kehkehkeh ;p
Lain kali jangan wat macam tadi ye...
Mula-mula kata nak pergi makan-makan kat Kampung Baru je kan, aleh-aleh ke tempat lain pula...
Sebaik ada Kak Diana and Abg Herry tadi, kalau tak, mahu saya sekeh awak je tadi.. hehehe

Hari ini mesti awak tak makan malam punyakan? hahaha
cuz tadi terpaksa makan subway sandwich saya separuh :D
Maaf sayang, saya kalau tak biasa makan sesuatu tue memang agak kekok.. dan ia tak akan habis ;)

I'm so sorry :( ^_^

Terima kasih sebab belanja saya sandwich nie, dan terima kasih lagi sekali sebab tolong saya habiskan sandwich saya hahaha... Saya tahu awak sangat kasihankan saya bila tengok muka terpaksa saya telan benda nie..hahaha, agak kelakar bila kenangkan situasi kat subway tadi ^_^
Lepas nie kita takyah pergi subway lagi ye sayang, takut membazir lak nanti, awak tahu saya tak akan makankn?.. :)

subway sandwich


Tadi awak teman saya pergi beli ais-krim untuk Nawal...
Balik rumah time nak sediakan ais-krim untuk mak dan ayah saya terkenang sesuatu....~
Iaitu saat kita berdua share ais-krim sesama.... huuu~
Secara jujurnya saya rindu saat itu....
Mula-mula kita keluar buka puasa bersama, awak belanja saya 1 bekas ais-krim..
Terkedu gak saya time tue..

Lokasi : Nando's Bukit Bintang

"Awak tunggu sini sekejap ye"

"Nak pergi mana?"

"Adalah.. kejap je.. kejap"

"Okay, tapi jangan lambat sangat ye, dah nak berbuka nie.."

"okay"

Lebih kurang 15 minit berlalu~

Awak pulang dengan 1 beg plastik
Awak senyum je~

"Nah untuk awak"
 
"Apa nie?"

"Tengoklah"

"Ais-krim ^_^ .. besar nie, macam mana saya nak habiskan?"

"Takpe, kita share ye?"

"Hehehe okay.."

Lepas makan makanan kita, kita share sesama ais-krim tue...
2nd time pun macam tue juga.... tapi yang 2nd tue saya dah tak segan share dengan awak ais-krim..

Percaya tak, kemanisan dalam perhubungan kitapun ada kaitan dengan ais-krim...
Sebab hubungan kita makin erat tatkala kita duduk berdua dan menikmati ais-krim bersama...

Bila saya ternampak ais-krim, confirm saya teringat awak...
Mana tidaknya.. saya teringat saat saya suap ais-krim kat awk, lepas tue awak nak suap saya balik, saya cukup marah bila awak berkeras nak suap juga hahahaha....
Sorry sayang, mybe sebab saya anak sul0ng so agak kekok untuk orang suap saya... :p
Lainla dengan awak, anak b0ngsu, jadi benda2 cam tue mybe awk dah biasa... 
Tapi saya tak kesah.. 
Percayala, sebab saya memang suka manjakan kekasih saya ^_^
Sayang sangat manja, saya suka hehehe :)

"Jangan degil, biar saya suap, sekali je"

"Tak boleh, saya segan.."

"Sekali je wak.. cepat.."

"Takmau, saya tak biasa.."

"Tapi sekarang awak dengan saya, jadi awak kena biasa dengan situasi nie okay?"

"Hehehehe.... tetap tamau.." :)

Tapi sekarang, kita dah jarang makan ais-krim sesama..
Mungkin sebab masa yang terlalu suntuk untuk kita duduk dan menikmati ais-krim bersama...
Or mybe sebab kita dah jarang berjumpa....

Its okay...

Hehehe masing-masing busy dengan hal masing-masing, jadi saya sangat memahaminya....
Kalau nak berjumpa hari-haripun tak boleh juga, ayah marah hahaha..
Ayah kata tak manis keluar/ berjumpa hari-hari... saya kan masih anak dara orang ^_^ hehe~

Sayang... ada masa nanti, kita makan ais-krim bersama ye~
Saya rindu saat tue...
Saat romantikalasofa~ hehehehe


'Sweet'kan pic nie?


"Setiap hari sangat bermakna buat saya.. Setiap pagi adalah kemesraan baru buat kita.. Awak yang terindah antara yang terindah dalam hidup saya.. kerana hanya awak sahaja yang dapat mengetarkan jiwa saya... Percayalah sayang, saya sangat menghargai kehadiran awak dalam hidup saya..dan saya akan pastikan kebahagiaan ini akan menjadi kebahagiaan yang mutlak buat diri saya dan awk 1 hari nanti, asalkan kita terus kekal bersama...
Saya cintakan awak, Ahmad Lutfi..."


"Sayang... Hari-hari saya pun makin indah dan bersinar semenjak kehadiran awak... so jagalah saya dan saya akan jaga awak... Jangan sesekali tinggalkan saya sayang.. Sesungguhnya Tuhan sahaja yang tahu betapa sayangnya saya dekat awak... 
I do love you so much too sayangku Nurul Nabillah..."



with love,
Nabilla...~

Thursday, December 2, 2010

Cik Ain kenakan sayer (-_-")

Dalam duk sedey hari tue, duk mengadu kat Ain tentang perihal situasi yang aku hadapi tue..

Apa lagi, tentula bab cemburu...

Aisey.... Ingatkan nak kenakan dia tentang status dia, aleh-aleh dia lak kenakan kita...

Maceh Cik Ain ^_^




curhatku,
Nabilla..

Antara kami (Aku.. Allah.. dan Seseorang..)

Ingat kembali saat handbag aku hilang kat surau Time Square..
Siapa sangka prkara malang tue akan berlaku...
hehe tiada siapa yang dapat menduga...
Tapi aku percaya... apa yang berlaku pasti ada hikmah...

Kejadian pada 14/11/2010 akan pasti aku kenang...
Bukan kenangkan barang n handbag aku yang hilang tue...
Tapi kenangkan Seseorang yang setia di sisi....

Tanggalkan saje telekung, agak terbeliak gak la mata aku tengok bag aku tiada kat tempat asal...
Bukan takat bag, selendang aku pun 'makhluk' tue angkut...
Jadi boleh bayangkan tak macam mana aku rasa?

Giler tak bengang.. !


Lagi bertambah bengangnya bila aku ingat balik yang dalam handbag tue bukan saje ada benda2 aku, seperti handphone, dompet, duit, IC, ATM Card,tiket wayang huhu tapi kunci motor Seseorang dan kunci loker tempat letak helmet pun ada..


huuuu~


Sebaik ada seorang gadis yang sudi pinjamkan tudung dia sekejap untuk aku jumpa Seseorang kat luar dan pinjam RM10 dekat Seseorang hehe cuz nak beli selendang....


Sewaktu dalam perjalan nak ke surau tue balik cuz nak pulangkan tudung kat gadis tue, Seseorang pesan agar tunggu kat sini cuz dia nak pergi somewhere....


Masuk je balik surau tue, aku dimaklumkan ada lagi sorang budak kehilangan handbag selepas aku..


huuuu~

'Makhluk' nie mesti dah rancang ooo...


Selesai je ucap terima kasih kat seorang gadis and siap2 pakai selendang terus aku ke tempat yang Seseorang maksudkan untuk tunggu dia....


Setengah jam menunggu.... Seseorang masih tak muncul


Dalam otak aku time tue macam-macam difikirkan...


"Dia tinggalkan aku ke?"

"Tapi tak mungkin dia tinggalkan aku dalam keadaan mcm nie je"

"Kalau betul dia tinggalkan aku, aku nak balik cam mana? Sesen pun takder.."

"Ish..Mustahillah dia tinggalkan aku"

"Awak.. mana awak?"


Astarfirullah'halazim...


"Ya Allah, tolong aku" <----------- memejam mata


Buka-buka je mata, nampak bayangan Seseorang...


"Alhamdulillah.."


Aku dapatkan Seseorang, dan Seseorang dapatkan aku...


"Saya ingat awak tinggalkan saya"

"Ish.. Takderla.."

"Kalaulah awak takder saya tak tahu nak buat apa dah, kat saya tak ada apa-apa pun nie"

"Ye... takkanla saya sanggup tinggalkan kekasih saya sorang-sorang kat sini.."

"Ermm :("

"Dah-dah... dah ye sayang, tadi saya ke bawah, buat report"

"Saya betul-betul minta maaf, kerana saya kunci motor awk pun hilang"

"Tak ada apala, sebaik saya ada wat duplicate kunci motor, tapi kat rumah, so kena balik kejap ambik kunci"

"Habis sekarang kita kena balik rumah awk ke?"

"Eh xderla, kita g wat report polis ye, kawan saya nanti datang ambik"

"Okay"

Time tue Tuhan sahaja yang tahu apa yang aku rasa... serba salah sangat..

Pasal barang-barang aku yang hilang tue, takderla aku sedey sangat, yang wat aku sedey iailah aku menyusahkan Seseorang, aku menyusahkan kawan Seseorang...

Sebaik semua tue hilang selepas aku beli barang-barang tuk buat gift tempahan dari customer.. so duit dalam dompet tue xderla byk sangat.. Hasil dari gift-gift yang akan aku buat nie saje cara untuk aku dapatkan balik gantian kerugian untuk kejadian nie...

Sampai saje kawan Seseorang, kami terus wat report polis kat area Dang Wangi...

Pastu terus ke TS balik cuz nak dapatkan barang-barang kat loker...

Haa nie lagi satu masalah..

Rupanya 1 kunci loker tue kitaorang kena ganti dalam RM50..

Bayangkan kalau 2 loker.. jadi semua RM100...

hu~

Apa lagi Seseoranglah terpaksa bayar.. dan menambahkan lagi rasa serba salah aku...

Betul-betul rasa serba salah....

"Sorry awak"

Alhamdulillah semuanya selesai, aku selamat dihantar oleh Seseorang dan Kawan Seseorang depan rumah....

"Terima kasih" :)

Keesokkan harinya Seseorang ambil EL, cuz nak bawak aku pergi buat IC dan ATM Card kat area Maluri cuz cawangan ATM Card aku memang kat sana...

Walaupun aku dah berkeras aku boleh pergi sendiri, dia tetap nak...

"Degilnyaa.."

Selesai je uruskan IC n ATM Card, terus ke KLCC cuz nak buat balik no.maxis aku.. semalam Seseorang dah call pihak maxis untuk blockkan no aku tue.. so hari nie, nak dapat kan balik simcard baru...hehehe...

Semua tue Seseorang yang uruskan cuz aku subline no.maxis dia... jadi agak mudah dia uruskan.. aku duduk sahaja (hehe jadi permaisuri sekejap) ;p

Alhamdulillah, semuanya telah selesai....

Barula dapat kami pergi makan-makan.. dan tengok wayang ngehngehngeh ^_^

p/s : "Awak yang bernama Seseorang.... saya akan sentiasa fikirkan perkara baik yang awk dah buat untuk saya... memang dah banyak awk bantu saya.. walaupun saya dalam keadaan susah, awak tetap di sisi saya dan tak jemu2 menghulurkan bantuan dan meringankan beban hehehe.. Alhamdulillah.. jadi, saya takkan biarkan perasaan cemburu saya nie, n perkara remeh temeh  merosakkan hubungan kita... Sebab saya sayangkan hubungan nie dan saya benar-benar menghargai kehadiran diri awk dalam hidup saya.. dan rasa tue hanya Allah sahaja yang tahu... kerana awakla kurniaan Dia dalam hidup saya yang terindah.. percayalah ia cukup indah.. Awak..awak..awk hehe.. saya nak awak untuk hari ini, esok, lusa dan seterusnya.. sentiasalah dengan saya ye^^?.. Awak..awak..awk hehe, nak tak jadi kekasih gelap, terang, malam, siang, t.hari dan petang saya? hahaha.... sshhhhhh~ bagitahu bila hati awak benar2 inginkan dengan seikhlasnya ye... i miss you lutfi"




btw, terima kasih untuk mereka yang menempah gift and hamper nie ^_^ jgn segan2 untuk tempah lagi ye? ahakz heheheh :)

Nama    : Sabbir
Lokasi   : Ampang
Hadiah  : Hadiah untuk seorang gadis pilihan hatinya...hehehe
Item       :Box, teddy bear couple, Choclate 2pcs, Gelang, Bekas gelang, Perfume Pure 1set(4btl), Dompet, Phone keychain.
Pesanan : Semoga hadiah ini dapat memberi kesan yang bermakna dalam hati gadis itu ^_^ gud luck!
Harga    : RM175.00 (harga asal), RM160.00 (harga diskaun)


Sorryla, kualiti kamera agak teruk hehe





Nama    : Izwan
Lokasi   : Selayang
Hadiah  : Hamper untuk birthday ibu dia yang ke-45
Item       : Bakul, Pingat Emas MOM, Choclate, Mug yang telah diukir ucapan dan nama, Potpourri, Potpourri refill, Candle 2pcs, Kad ucapan (akan dibuat jika ada permintaan)

Pesanan : Semoga awk berpuas hati dengan hamper ini, dan ia dapat memberi kesan yang bermakna untuk ibu awk ^_^ gud luck!
Harga    : RM149.00

Sorryla, kualiti kamera agak teruk hehe



Card



curhatku,
Nabilla...

Wednesday, December 1, 2010

Diam.. lebih baik kut..

Nabila suka diam... kenapa ye?

"Entah"

Nabila kalau da masalah suka diam... kenapa ye?

"Entah"

Nabila nak luahkan rase tue, tp Nabila tetap diam...kenapa ye?

"Entah"

Eeerrmmmmmmm~~

Mungkin itu lebih baik......

Tapi tak akan dapat selesaikan apa-apa...!

Eeerrmmm...~~ (diam)

Tuesday, November 30, 2010

kebimbangan

Tatkala hati berlagu riang..

Tatkala jiwa bernyanyi bersama...

Tatkala fikiran melayankannya...

Tatkala itula hati mula berbisik kebimbangan...

Kenapakah?

Mengapakah?

Ermmmmmmmmmmm ~~

Tatkala fikiran negatif dan positif saling bertelingkahan...

Tatkala itulah jiwa mula menjerit kebimbangan.....!

"jangan biar perasaan kita menguasai diri"

Kamu..! kamu..! kamu..!

Yang sering membuatkan aku bimbang..!

Kamu..! kamu..! kamu...!

Yang sering membuatkan aku dilamun cinta....~

Benarkah aku milikmu?

atau....

Dia milik kamu........?
ahhhhhhhhh kenapa ada negatif jika positif yang sering aku perolehi?

Kenapa ada syak wasangka?

Kenapa ada ketidak percayaan?

Kenapa hatiku mula berdetik kebimbangan............~?

owh Tuhan.......~

Jawapan aku milik dia, atau dia miliknya bukan terletak di tanganku...

Dan bukan terletak ditangan dia... dan juga bukan terletak ditangannya...

Jawapan yang pasti ada denganMu Tuhan...

Perlukah aku ketahui jawapannya sekarang?

atau biar masa yang menentukannya utk ku ketahui jawapan dariMu..?

" Awak sangat baik... Awak banyak membantu... Saya cuba untuk mempercayai awak... saya memang patut mempercayai awk....! jahatkn saya kerana ada perasaan bimbang terhadap awk? kenapa ye? saya pun tak tahu..... Saya percaya awak sayangkan saya.. buktinya awak sentiasa ada tatkala saya kesusahan.. dan saya nak awak tahu, kerana saya sayangkan awkla perasaan bimbang ini muncul.. :'( "

Benarkah antara hubungan ini wujudnya org ketiga?

Atau aku yang fikir bukan-bukan...?

Cemburukah aku..?

Aaahh tak patutnya aku...!

Tapi bagaimana aku nak memujuk hati ini supaya berlembut?

Bagaimana aku nak memujuk hati ini agar abaikan perasaan itu?

Bagaimana aku nak memujuk hati ini dengan mengatakan itu hanya bicara biasa antara kamu dengan dia?

Sedangkan orang yang kau mengambil berat itu adalah insan yang pernah kau sukakan dahulu..?

Memang benar sekarang kamu dengan aku.....

Tapi hatimu...?

Tepuk dadamu, dan bicaralah dengan hati..... 

Benarkah aku insan yang kau sayang :'( ?

Benarkah aku yang kau mahukan..?

Jika kau masih keliru dengan kata-kata hatimu...

Jangan berkata apa-apa...

dan jangan biarkan aku terbang terlalu tinggi..................~


(imbasan)


Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba...

Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup...

Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya...

"Awak.. macam mana saya nak mempercayai awak?"


"Ha? kenapa? awak tak percayakan saya ke?"


"Takderla, saya tanya je"


"Awak tak percayakan saya ye.."


"Kan saya kata saya tanya je.."


"Entah, saya dah buat apa yang termampu untuk awak percayakan saya, kalau saya, saya percayakan pasangan saya 100%"


"Ermm.."


"Awak percayala pada saya.."


"Selagi saya termampu, saya akan mempercayai awk.. tp jangan buat sampai saya tak percayakan awk langsung."




curhatku,
nabilla...

Saturday, November 27, 2010

1 perjalanan | 1 kerinduan

Masih terbayang-bayang lagi percutian hari tue...

Bestnya~ Penatnya~

Cuti-cuti Malaysia Nunubs... walaupun xsemua negeri pergi tapi alhamdulillah untuk ini...

Ini pun saya dah cukup puas....

Alhamdulillah juga selamat kami pergi dan selamat kami pulang....


Sempena Hari Raya Aidil Adha, kami sekeluarga bertolak dari rumah ke kampung halaman iaitu Batu Gajah, Perak pada 16/11/2010..

Jalan jem sangat, mybe ramai sangat pilih hari tue untuk pulang...

Dalam hati tak habis-habis berdoa agar perjalanan itu selamat...

Sebenarnya percutian kali ini mak dah rancang lama dah, niat mak nak bawak at0k jalan-jalan..

Last2 at0k xdapat nak ikut sebab kesihatan opah tidak mengizinkan.. jadi kami hanya bawak atok n opah jejalan ke Lumut,Perak sahaja..

At0k saya tengah berehat


Kampungku hehe, time bersiap2 nk bertolak ke Lumut, xramai yg balik time raya kurban ritu



Muka masing-masing hehe
ayah, atok, opah n Amirul

haha gambar kegemaran aku ^_^, cute kan? hehe
amboi mak.. hehe

entah bila Azroy tgkp pic nie, nie namanya KERINDUAN

"Cepatla balik"

"hehe.. Ye"

3 hari saje tidur kat kampung, ke esokkannya tidur umah Acik Tin sebelum perjalanan kami bermula..

Amir dan Amira

Kat rumah Acik Tin banyak kucing.. tetiba teringat time keluar makan dengan Seseorang kat area Kampung Baru hari tue. 

Seseorang belai kucing, bila Seseorang berhenti belai, kucing tue marah sampai gigit tangan Seseorang, so Seseorangpun belainya...... aisey sampai jeles aku dibuatnya kut... 

eee gediknya kucing tue..!!! 

konferm kucing betina..! takdernya kucing jantan nak dibelai n manja-manja cam tue...

ish nabila nie, ngan kucingpun nak jeles ke??


huhuhu

kucing nie mula-mula ok, time nk tgkap gbr dia lak wt hal, aisey -_-"
dengan Nawal sebelum berangkat

19/11/2010 bermulalah perjalanan kami dari sekitar Perak sampaila ke Kelantan... yang ikut pun hanya Acik Tin dan anak-anak dia

Rupanya Perak tue besar..... dah lama ayah drive tapi masih lagi berada kawasan Perak...

Kesian ayah..hehe

"Video ini telah dirakam setibanya kami ke Masjid nie, dan nama masjid ini ialah Masjid Ubudiah (baru tahu selepas bace sejarah masjid nie..."



ayah sayer ^^

ayah dan mak bergambar depan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar




Semasa perjalanan dr area Gerik,Perak ke Kelantan.. ada satu pemandangan yang tak pernah aku bayangkn wujudnya sungai yang indah ini... kawasan tue Acik Tin cakap namanya ialah Hutan Belum... Percayala, keindahan tempat nie lebih terpancar bila melihat dengan mata sendiri dari lihat dari gambar...

Sepanjang perjalanan dari gunung ke gunung... siapa sangka, disebalik bukit2 n gunung nie terselit keindahan dari Ilahi.... Subhanallah, indah sungguh ^_^

colour air sungai nie biru kehijauan

Tersangat indah, Alhamdulillah untuk hadiah perjalanan ini


Video nie tlh dirakam oleh Azroy, aisey kalau xder pgar tue leh lihat pemandangan tue dgn sejelas2nya...

Walaupun bukan aku yang drive kepenatan tue tetap terasa, apatah lagi ayah aku yang drive, konferm ayah keletihan...

Sepanjang perjalanan juga, anak Acik Tin iaitu Amirul tak habis-habis muntah, fenin' tue.. kesian aku tgk dia.. lembik jadinya....

Kami singgah sebentar di Banjaran Ttitiwangsa di Perak, iaitu puncak tertinggi di Perak tue... kut la, huhu ...


Ayah dan Mak
nub's ^^
Azroy ^^
Nawal

Selepas puas berehat disitu, kami teruskan perjalanan kami ke Kelantan.


Akhirnya....!!! Kelantan...! hehe tak pernah langsung jejak kaki kat sini... apa yang paling excited bila berada kat sini adalah.... aku nak dgr orang sana cakap dgn loghat mereka.... huhu~

Time nak turun bukit..
Segar sangat....


Kami terus gerak ke Kota Bharu, Kelantan untuk mencari tempat penginapan...

Puas dicari akhirnya jumpa juga Medan Selera nie.. mahal beb!!
Yang best kat Kelantan nie ialah org melayu kita dapat hidup tnpa org cina mahupun india..
Siapa kata orang melayu xblh hidup dan bangun sendri tnpa bantuan org cina dan india? Kelantan dah buktikannya.. nah..!!

Semalaman di Kelantan, kepenatan t0ksah nak ceritala, memang penat... 
Malam tue kami tidur lena~ dan mengumpul tenaga untuk perjalanan besok ke Terengganu pula..
20/11/2010 - 21/11/2010


Terengganu...!!! dah lama nak ke sini sebenarnya dan akhirnya.... aku disini ^^

jeng jeng jeng hekhek

dorg ada jual udang besar wat cucuk2 tue.. kt KL xder pun..

oh Mr.Laut.. oh Mr.Pantai~


Aku rindukan suasana begini..... kat KL tak der....~

Tengah bagi Mira Kerang n Siput

Nurul Nabillah ^^
Saya rindukan awak -_-*


Chomey.. nama dia Amira, kalau nak sbut ngn bunyi pelat kitaorg pgl dia Miya...

dah dah..jum2


Selesai je rehat2 di Pantai Batu Buruk nie, semua teruskn perjalanan ke Pahang..

Mak kata mak nak sampai Kemaman time malam2 sebab lampu kat tempat gas tue cantik..

Mula2 aku tak faham sangat.. tapi bila sampai di sana... MasyaAllah... cantik sangat.... dengan api dia.. lampu2 dia.... xsempat nak ambil gambar n rakam video je nie, kalau tak dah lama aku letak kat blog..

Dalam pukul 11 - 12 malam sampai ke Resort Cherating... Resort kami berhampiran ngn pantai ^^.. best sangat... besok pagi2 leh terus mandi2 ^_^

Mak, Ayah dan Acik Tin

Acik Tin "Best giler"

Budak-budak ^^

Mak dan Ayah

Mak, amboii s0noknya dia
Saya suka begini... hubungan kekeluargaan kami pun bertambah erat, alhamdulillah~








Apabila mak budak dan bapak budak menjadi kanak-kanak untuk sementara waktu..hehe Seluar ayah sampai terkoyak ^^

inila nama tempat penginapan saya Ranting Resort
dalam pukul 12 tengah hari kami semua telah mula bertolak ke KL...

hhuuraayyyyy KL!

dalam pukul 3 lebih kami telah selamat sampai ke rumah, alhamdulillah..

Buat masa nie Acik Tin dan anak-anaknya tinggal kat rumah aku untuk beberapa hari...

22/11/2010

Cuti-cuti Malaysia mungkin sudah berakhir buat aku tapi tidak untuk budak-budak ni...

Enjoy ye dik ^^


Amirul dan Amir tgh menikmati McD kat Sogo

Mak dan Amira kat Dataran Merdeka



ahh gbr kegemaranku... chomelkn Mira?

Dengan budak-budak depan Perpustakaan KL

Ke esokkan harinya pula bawak budak-budak nie gi Zoo Negara...

Sonoknya depa.....

Acik Tin n anak-anak hehe

me ngn Acik Tin

itu gajah...

Nawal : "habis cair makeup aku" hahaha


curhatku,
Nabilla..