Thursday, December 2, 2010

Antara kami (Aku.. Allah.. dan Seseorang..)

Ingat kembali saat handbag aku hilang kat surau Time Square..
Siapa sangka prkara malang tue akan berlaku...
hehe tiada siapa yang dapat menduga...
Tapi aku percaya... apa yang berlaku pasti ada hikmah...

Kejadian pada 14/11/2010 akan pasti aku kenang...
Bukan kenangkan barang n handbag aku yang hilang tue...
Tapi kenangkan Seseorang yang setia di sisi....

Tanggalkan saje telekung, agak terbeliak gak la mata aku tengok bag aku tiada kat tempat asal...
Bukan takat bag, selendang aku pun 'makhluk' tue angkut...
Jadi boleh bayangkan tak macam mana aku rasa?

Giler tak bengang.. !


Lagi bertambah bengangnya bila aku ingat balik yang dalam handbag tue bukan saje ada benda2 aku, seperti handphone, dompet, duit, IC, ATM Card,tiket wayang huhu tapi kunci motor Seseorang dan kunci loker tempat letak helmet pun ada..


huuuu~


Sebaik ada seorang gadis yang sudi pinjamkan tudung dia sekejap untuk aku jumpa Seseorang kat luar dan pinjam RM10 dekat Seseorang hehe cuz nak beli selendang....


Sewaktu dalam perjalan nak ke surau tue balik cuz nak pulangkan tudung kat gadis tue, Seseorang pesan agar tunggu kat sini cuz dia nak pergi somewhere....


Masuk je balik surau tue, aku dimaklumkan ada lagi sorang budak kehilangan handbag selepas aku..


huuuu~

'Makhluk' nie mesti dah rancang ooo...


Selesai je ucap terima kasih kat seorang gadis and siap2 pakai selendang terus aku ke tempat yang Seseorang maksudkan untuk tunggu dia....


Setengah jam menunggu.... Seseorang masih tak muncul


Dalam otak aku time tue macam-macam difikirkan...


"Dia tinggalkan aku ke?"

"Tapi tak mungkin dia tinggalkan aku dalam keadaan mcm nie je"

"Kalau betul dia tinggalkan aku, aku nak balik cam mana? Sesen pun takder.."

"Ish..Mustahillah dia tinggalkan aku"

"Awak.. mana awak?"


Astarfirullah'halazim...


"Ya Allah, tolong aku" <----------- memejam mata


Buka-buka je mata, nampak bayangan Seseorang...


"Alhamdulillah.."


Aku dapatkan Seseorang, dan Seseorang dapatkan aku...


"Saya ingat awak tinggalkan saya"

"Ish.. Takderla.."

"Kalaulah awak takder saya tak tahu nak buat apa dah, kat saya tak ada apa-apa pun nie"

"Ye... takkanla saya sanggup tinggalkan kekasih saya sorang-sorang kat sini.."

"Ermm :("

"Dah-dah... dah ye sayang, tadi saya ke bawah, buat report"

"Saya betul-betul minta maaf, kerana saya kunci motor awk pun hilang"

"Tak ada apala, sebaik saya ada wat duplicate kunci motor, tapi kat rumah, so kena balik kejap ambik kunci"

"Habis sekarang kita kena balik rumah awk ke?"

"Eh xderla, kita g wat report polis ye, kawan saya nanti datang ambik"

"Okay"

Time tue Tuhan sahaja yang tahu apa yang aku rasa... serba salah sangat..

Pasal barang-barang aku yang hilang tue, takderla aku sedey sangat, yang wat aku sedey iailah aku menyusahkan Seseorang, aku menyusahkan kawan Seseorang...

Sebaik semua tue hilang selepas aku beli barang-barang tuk buat gift tempahan dari customer.. so duit dalam dompet tue xderla byk sangat.. Hasil dari gift-gift yang akan aku buat nie saje cara untuk aku dapatkan balik gantian kerugian untuk kejadian nie...

Sampai saje kawan Seseorang, kami terus wat report polis kat area Dang Wangi...

Pastu terus ke TS balik cuz nak dapatkan barang-barang kat loker...

Haa nie lagi satu masalah..

Rupanya 1 kunci loker tue kitaorang kena ganti dalam RM50..

Bayangkan kalau 2 loker.. jadi semua RM100...

hu~

Apa lagi Seseoranglah terpaksa bayar.. dan menambahkan lagi rasa serba salah aku...

Betul-betul rasa serba salah....

"Sorry awak"

Alhamdulillah semuanya selesai, aku selamat dihantar oleh Seseorang dan Kawan Seseorang depan rumah....

"Terima kasih" :)

Keesokkan harinya Seseorang ambil EL, cuz nak bawak aku pergi buat IC dan ATM Card kat area Maluri cuz cawangan ATM Card aku memang kat sana...

Walaupun aku dah berkeras aku boleh pergi sendiri, dia tetap nak...

"Degilnyaa.."

Selesai je uruskan IC n ATM Card, terus ke KLCC cuz nak buat balik no.maxis aku.. semalam Seseorang dah call pihak maxis untuk blockkan no aku tue.. so hari nie, nak dapat kan balik simcard baru...hehehe...

Semua tue Seseorang yang uruskan cuz aku subline no.maxis dia... jadi agak mudah dia uruskan.. aku duduk sahaja (hehe jadi permaisuri sekejap) ;p

Alhamdulillah, semuanya telah selesai....

Barula dapat kami pergi makan-makan.. dan tengok wayang ngehngehngeh ^_^

p/s : "Awak yang bernama Seseorang.... saya akan sentiasa fikirkan perkara baik yang awk dah buat untuk saya... memang dah banyak awk bantu saya.. walaupun saya dalam keadaan susah, awak tetap di sisi saya dan tak jemu2 menghulurkan bantuan dan meringankan beban hehehe.. Alhamdulillah.. jadi, saya takkan biarkan perasaan cemburu saya nie, n perkara remeh temeh  merosakkan hubungan kita... Sebab saya sayangkan hubungan nie dan saya benar-benar menghargai kehadiran diri awk dalam hidup saya.. dan rasa tue hanya Allah sahaja yang tahu... kerana awakla kurniaan Dia dalam hidup saya yang terindah.. percayalah ia cukup indah.. Awak..awak..awk hehe.. saya nak awak untuk hari ini, esok, lusa dan seterusnya.. sentiasalah dengan saya ye^^?.. Awak..awak..awk hehe, nak tak jadi kekasih gelap, terang, malam, siang, t.hari dan petang saya? hahaha.... sshhhhhh~ bagitahu bila hati awak benar2 inginkan dengan seikhlasnya ye... i miss you lutfi"




btw, terima kasih untuk mereka yang menempah gift and hamper nie ^_^ jgn segan2 untuk tempah lagi ye? ahakz heheheh :)

Nama    : Sabbir
Lokasi   : Ampang
Hadiah  : Hadiah untuk seorang gadis pilihan hatinya...hehehe
Item       :Box, teddy bear couple, Choclate 2pcs, Gelang, Bekas gelang, Perfume Pure 1set(4btl), Dompet, Phone keychain.
Pesanan : Semoga hadiah ini dapat memberi kesan yang bermakna dalam hati gadis itu ^_^ gud luck!
Harga    : RM175.00 (harga asal), RM160.00 (harga diskaun)


Sorryla, kualiti kamera agak teruk hehe





Nama    : Izwan
Lokasi   : Selayang
Hadiah  : Hamper untuk birthday ibu dia yang ke-45
Item       : Bakul, Pingat Emas MOM, Choclate, Mug yang telah diukir ucapan dan nama, Potpourri, Potpourri refill, Candle 2pcs, Kad ucapan (akan dibuat jika ada permintaan)

Pesanan : Semoga awk berpuas hati dengan hamper ini, dan ia dapat memberi kesan yang bermakna untuk ibu awk ^_^ gud luck!
Harga    : RM149.00

Sorryla, kualiti kamera agak teruk hehe



Card



curhatku,
Nabilla...

2 comments: