Aku bercakap berdasarkan pengalaman....
Dulu sebelum aku mengenali sebuah buku ini..
Aku sering terdengar orang berkata istikharah...
Apa yang aku tahu dulu, istikharah hanyalah untuk mereka yang dah tak sabar nak kahwin and tak sabar nak tahu siapa jodoh mereka...
Lepas tue ada juga unsur-unsur negatif yang timbul dalam pemikiran kalau yang wajibpun terkontang-kanting, inikan pula nak buat yang sunat...
"Astarfirullah'halazim.."
Janganla kamu punyai pemikiran seperti aku dulu.....
Bak kata orang " Tak kenal maka tak cinta..."
Begitu juga dengan situasi aku.. " Tak kenal maka tak tahu.." hehe (blh pakai ke? boleh k0t..)
Sehinggalah satu saat tatkala aku menghadapi satu perasaan yang sangat sedih.. sangat pilu..
Aku menjadi buntu akan keadaan aku... dan tatkala itula emosi menguasai diri, jadi semuanya menjadi serabut...
Saat itu aku mencari satu kekuatan.... mencari satu penyelesaian walaupun terpaksa berdiri dengan sendiri kembali....
Ramai yang berkata time tue tentang buku La Tahzan (Jangan bersedih)...
Lalu aku pun terpanggil untuk membeli buku La Tahzan tue... dan dalam masa yang sama aku terjumpa sebuah lagi buku yang berjudul Panduan Lengkap Sembahyang Sunat.. Hati tertanya-tanya perlukah aku membelinya? dan hati juga mula menyoalkan tentang Solat Sunat, solat sunat manakah yang aku ketahui??...
Kalau hendak di ikutkan time belajar dulu ada juga buat solat sunat hajat, tapi itu semua mengikut kawan... dan sebenar-benarnya AKU TAK TAHU..! (baru tersedar)
Jadi memang wajar andai aku punyai satu buku Panduan Lengkap Sembahyang Sunat ini..
Berdasarkan isi kandungan buku tue, memang terdapat banyak sangat solat sunat.. yang aku tak pernah tahupun kewujudan solat sunat tue pun ada juga.. apa lagi solat sunat yang tak pernah aku dengar..
Jenis- jenis Sembahyang Sunat :
1. Sembahyang Sunat Rawatib
2. Sembahyang Sunat Jumaat
3. Sembahyang Sunat Wuduk
4. Sembahyang Sunat Tahiyatul Masjid
5. Sembahyang Sunat Mutlak
6. Sembahyang Sunat Isyraq
7. Sembahyang Sunat Dhuhaa
8. Sembahyang Sunat Auwabiin
9. Sembahyang Sunat Witir
10. Sembahyang Sunat Tahajjud
11. Sembahyang Sunat Tasbih
12. Sembahyang Sunat Musafir
13. Sembahyang Sunat Taubat
14. Sembahyang Sunat Nikah
15. Sembahyang Sunat Ihram
16. Sembahyang Sunat Tawaf
17. Sembahyang Sunat Istikharah
18. Sembahyang Sunat Hadiah
19. Sembahyang Sunat Hajat
20. Sembahyang Sunat Nisfu Sya'ban
21. Sembahyang Sunat Tarawih
22. Sembahyang Sunat Aidil Fitri
23. Sembahyang Sunat Aidil Adha
24. Sembahyang Sunat Gerhana
25. Sembahyang Sunat Istisqa'
26. Sembahyang Sunat 'Asyuura
27. Sembahyang Sunat Lailatul Qadar
28. Sembahyang Sunat Tolak Bala
29. Sembahyang Sunat Syukur
30. Sembahyang Sunat Perhentian Musafir
31. Sembahyang Sunat Qudum
32. Sembahyang Sunat Untuk Memudahkan Keluarnya Roh
Pada mereka yang mengetahui tentang solat sunat ini, bersyukurlah kalian dengan pengetahuan awal yang telah diberikan kepada kamu, dan jangan lupa amalkanlah ia sekerap yang mungkin.. dan pada mereka yang seperti aku, tidak mengapa.. kita mulakan ia pelahan-pelahan dan yang mudah dahulu ya... Lama-kelamaan insyaallah ia akan menjadi terbiasa buat kita.. Islam itu mudah ^_^ Allah tahu akan niat kita :)
Aku bersyukur sangat memiliki buku ini, dan dari sinilah aku mula mengenali dan m'praktikkannya sedikit demi sedikit....
Dan dari solat sunat ini jugalah aku dapat mencari kekuatan diri... kekuatan untuk berdiri semula... Alhamdulillah...
Banyak kelebihan-kelebihan solat sunat yang terdapat dalam buku panduan ini, tapi apa yang aku cuba nak mempertengahkan disini adalah solat sunat istikharah, mungkin sebab ia mudah dikerjakan bagi mereka yang dalam kekeliruan...
Ada yang melakukan solat sunat istikharah ini untuk selama tiga malam berturut-turut atau lebih baik sehingga tujuh malam di samping meletakkan sepenuh keyakinan kepada Allah s.w.t., laksanakanlah dengan yakin perkara yang dirasakan kuat di dalam hati.
Berdasarkan sepotong hadith Rasulullah s.a.w. yang berbunyi : ertinya :
"Diriwayatkan oleh Ibnu Sunni daripada Anas r.a bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Apabila kamu bercita-cita untuk mengerjakan sesuatu, maka hendaklah kamu meminta pilih (sembahyang istikharah) daripada Allah sebanyak tujuh kali. Selepas itu, lihatlah apa yang digerakkan pada hati oleh Allah mendahulukannya, kerana sesungguhnya kebaikan itu ada pada apa yang didahulukan.."
Antara hikmah solat sunat istikharah ialah :
1. Ia menggantikan amalan jahiliyah seperti mengundi nasib sama ada dalam soal perkahwinan atau apa sahaja berkaitan dengannya. Bagi orang yang beriman, cara sedemikian (mengundi nasib) adalah tidak baik, maka sembahyang istikharah menandakan mereka kembali kepada Allah.
2. Ia dapat menghilangkan segala keresahan atau kebingungan dalam menentukan pilihan yang tepat, dengan mengosongkan fikiran dan hati serta menyerahkan segala urusan kepada Allah, kita akan diberi pilihan yang terbaik untuk diri dan agama.
3. Kita tidak akan menyalahkan diri sendiri sekiranya berlaku sesuatu yang tidak baik daripada pilihan kita itu. Kita yakin bahawa itulah kehendak Allah yang mempunyai pelbagai hikmah, kalau tidak di dunia, di akhirat nanti.
4. Ia menandakan keikhlasan seorang hamba terhadap Tuhannya. Dengan melakukan sembahyang ini, dia meniadakan kehendak peribadinya dan menyerahkan diri dan segala urusannya kepada Allah s.w.t.
Ima :
" bila bosan melanda~~~'_' "
Nabilla :
" Carilah sesuatu...."
Ima :
" ah'ha bila sesuatu yang dicari tiada~~"
" ah'ha bila benda yang dicaripun tiada~~"
Nabilla :
" :) awak cari apa? adakah kasih sayang? "
Ima :
" errr???? ermmm??? mungkin atau ya??? sy sendri pun xpasti apa yg sy tercari2...heee"
Nabilla :
" hanya diri kamu sahaja yg tahu apa yg kamu cari... tepuk dada n berbicaralah dgn hatimu..."
Ima :
" hati..ermmm.. "tepuk dada dan berbicaralah dgn hatimu" tp bila kata hati bertentangan dgn kata akal pikiran, mcmana pla ye? "
Nabilla :
" kata hati ikut rasa, kata akal ikut pd tindakan..... membezakan kita dgn haiwan adalah akal, akal adalah anugerah Dia yg terhebat, bgtue juga dgn hati kerana dr hati lahirnya 1 perasaan yg sukar dimengerti oleh manusia lain selain dri kita sndiri.... hnya dri kamu sahaja yg tahu apa yg kamu nk, tp jika akal n ht berbeza pndapat... berIstikharahlah, serahkan segalanya kepada Tuhan..... Dia Maha Mengetahui~ "
Ima :
" tiada kata2 lain lg yg mampu sy ucap... tanks kak "
Nabilla :
" sme2.."
Ruhil :
" kita rindu kamu...."
Nabilla :
" (+^_^+) kita rindu kamu juga..~"
Ruhil :
" -_- ........"
Nabilla :
" aip, pagi2 dh m0ny0k... ada apa2 ke nie..? tenyum tenyum :D "
Ruhil :
" ermmm... thla, pg ni trse sebak, pg td tgh drive nk g kje blh nangis sorg2... hati ni rase sebak, pilu n rse mcm sedih sgt2....."
Nabilla :
"msti ada sbb, mustahil blh trnangis sndirnya.. ada yg kamu fikirkn tue.. fikiran mempengaruhi emosi.."
Ruhil :
" kt pilu, kt xsgp bpish dgnnya... tp ble kt tpkr pe yg dia buat 2bln lepas msih jelas dlm igtn ni.. dgn sndiri air mta deras mglir..."
Nabilla :
" haa kan nub's dh ckp, pasti ada sesuatu yg membuatkn rub's trfkir smpai nangis... Ya Allah rub's, jgn ditngisi prkara yg lepas, ya mungkin ia sgt berat bg kamu.. sebaiknya beristikharah la ye, serahkn segala urusan yg sgt berat bg kamu itu ...kpd Allah, insyaallah Dia pasti membantu, kerana Dialah sebaik2 penolong buat kita.. prcayala ckp nub's, dulupun ht nub's pnh bimbang... istikharah la yg nub's buat.. org kata 3 kali brturut2 istikharah pun dh ckup, tp sebaiknya 7 kali brturut2.. atau mungkin kamu buat smpai ht kamu berasa lega.. rub's tahukn kelebihan istikharah?"
Ruhil :
" =( xtau...mgkin otak skg xblh bfikir n xdpt brfgsi dgn baik, jd sumenya rub's xlh nk tau n focus."
Nabilla :
"jgn biar emosi menguasai diri ye, jgn biar smpai ia brlarutn tkut nanti rub's sakit... ok, biar nub's bgtau slh 1 kebaikan istikharah, fahaminya ok... bler kita beristikharah, ia akn dpt mnghilangkn keresahan/ kebingungan dlm menentukan pil...ihan yg tepat. dgn m'gosongkan fikiran n ht srta m'yerahkan sgla urusan kpd Allah, kita akn diberi pilihan yg trbaik utk diri dan agama.. 1 lg, isitkharah bkn sahaja utk pilihan jdoh tp ia juga sesuai utk sesiapa yg dlm keliru/serabut.. istikharah juga m'bwk mksud mnyerahkan sgala urusan kpd Allah, apabila urusan itu sgt berat buat kita.. angap la mlm istikharah itu adalah malam antara kamu dan Tuhan, mngadulah segalanya kpd Tuhan, insyaallah rub's insyaallah, Dia pasti m'bantu, asalkan kamu percaya akan kuasaNya (nub's brkata bgnie bknnya nk tnjuk baik, nub's sedar nub's blm blh dikatakan baik, tp nub's msh mncari 1 arah kebaikan, rub's lupa ke time kita stdy sesama dulu? same2 pakat nk mncari dan mnjadi trbaik dlm hidup.. same2 juga mahu mnjadi muslimah sejati :), insyaallah blm trlmbat )"
" dah ye ruhil.... kau tahukan aku sntiasa ada... apa2 pun juz cntct aku dlm phone k :)... cay0k2 tenyum2, kau tue tgh bkerja, xbaik tau pg2 m0nyok... sabar ye.. setiap kepahitan psti ada kemanisan juga... :)"
Ruhil :
" rub's igt... terima ksih nub's... mlm ni adlah mlm yg tepat. insyaallah, esok kt da melangkah ke tahun baru, buka lembaran baru... insyaallah."
Nabilla :
" insyaallah ^_^ semoga berjaya ye :)"
Satu lagi solat sunat yang aku ingin berkongsi bersama iaitu Solat Sunat Wuduk
Solat sunat wuduk juga dikenali dengan nama Solat Syukur Wuduk. Ia merupakan solat sunat sebanyak dua rakaat yang dilakukan setiap kali seseorang itu selesai mengambil wuduk. Tidak ada waktu yang ditetapkan, baik pagi, petang, siang ataupun malam.
Ramai daripada kita tidak sedar bahawa amalan sunat seperti sembahyang sunat ini sangat berguna bagi menampung kecacatan ibadah fardhu kita, meningkatkan iman, melipat gandakan pahala serta dapat meningkatkan darjat di syurga.
Begitu pelbagainya manfaatnya, tidak hairanlah mengapa terdapat lebih banyak sembahyang sunat daripada sembahyang fardhu yang lima itu. Ia merupakan peluang yang dibuka seluas-luasnya bagi sesiapa yang hendak merebut segala kelebihan dan ganjaran yang Allah s.w.t. sediakan..
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam, limpahkanlah selawat
dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w. berserta
keluarga, para sahabat dan orang-orang yang mencintainya...
p/s : Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.. InsyaAllah..
curhatku,
Nabilla...
No comments:
Post a Comment