(Kejadian beberapa hari yang lepas..)
Dalam duduk-duduk menikmati juadah tengah hari bersama Nawal, adik bongsu aku.. Mak meletakkan penyepit besi kat atas meja sambil duduk atas kerusi...
Semua dah tahu maknanya if mak buat begitu...
Selesai je makan and basuh pinggan...
"Mak nak akak tolong cari uban ye? hehe"
Mak senyum sambil mengangguk kepala...
Ternyata rambut mak kelihatan berbeza dari sebelum-sebelum nie..
Mungkin kerana peredaran usia...
Sambil-sambil duk mencari tue...
"Mak... boleh akak tanya sikit?"
"Ha apa dia?"
"Akak baru-baru nie ada baca artikal dari iluvislam.com, dia kata kalau kita nak cari pasangan kita, kita kena tengok pada salasilah keluarganya, sama ada baik ataupun tidak.. dan lebih baik andai kita cari keturunan yang baik-baik sebab perangai pak sedara kemungkinan akan jatuh kepada anak kita, atau mungkin perangai ayah akan jatuh kepada anak.. betul ke mak?"
"Sebab tue kita diberikan pilihan, untuk memilih mana yang lebih baik.. dan diberikan akal untuk berfikir.."
"Mak, kita nie keturunan baik-baik ke?"
"Kenapa tidak?"
":).." (Tersenyum..)
"Bagi perempuan, kita kena tengok pada keturunan lelaki... Macam Nurul, tengok pada keturunan ayah.. dan kalau Nurul berkahwin, keturunan Nurul akan ditengok pada belah lelaki pula.."
"Macam tue pula??"
"Mak... macam mana kita nak tahu yang kita dah dapat seseorang yang baik? sebab kadang-kadang bila akak lihat orang tue kuat sembahyang, warak tapi kadang-kadang ada juga sifat yang kurang baik padanya contohnya kuat menipu.. then kalau pada yang agak kurang sikit pada agamanya pula, kasih sayang, kejujuran ada sahaja yang lengkap..yelah manusia itukan tidak sempurna, kalau ada kelebihan pasti juga ada kekurangankan? Tapi macam mana kita nak tahu yang dia adalah yang terbaik buat kita?"
"Kita tak akan dapat menilai seseorang melalui mata kasar, ya mungkin sebelum berkahwin, perwatakan dia yang macam ini, mungkin pula selepas berkahwin perwatakan dia pula macam ini.. Manusia ini mudah berubah Nurul.."
"Mak, orang selalu cakap kita akan dapat pasangan seperti kita juga contohnya macam orang yang baik akan mendapat pasangan yang baik.. dan orang yang jahat akan mendapat pasangan yang jahat.. dan akak bukanlah insan yang baik, akak jahat, jadi salah ke kalau akak juga dambakan insan yang baik mak?
"Sebaiknya carilah seseorang yang boleh jaga solatnya, kerana dengan jaganya solat akan terjaga jugalah tingkah lakunya... Sebaik-baiknya Nurul berdoa sahajalah agar ditemui jodoh yang tepat.."
"Allah takkan mengecewakan hamba-hambaNya, jadi Dia pasti akan temukan kita dengan insan yang tepat pada suatu hari nantikan mak? insyaAllah.. akak yakin..."
Itulah perbualan antara aku dengan mak aku pada hari itu, itu baru je sikit aku tanya, belum lagi soalan-soalan cepuk emas yang lain...
Mak juga pernah cakap "Manusia itu memang diciptakan dari pasir iaitu Nabi Adam, dan kemudian Hawa pula diciptakan dari tulang rusuk Nabi Adam yang bengkok itu, jadi perempuan itu memang sudah sedia kala bengkok, sebab itulah orang cakap lelakilah yang harus meluruskan perempuan itu.."
"Jadi sebab itulah perempuan harus mencari seorang lelaki yang boleh membimbing dirinya kan? kerana perempuan itu memang sedia kala tidak kuat.."
"Haa tahupun, jadi kenapa pula perempuan yang nak membimbing lelaki? Ego lelaki ini lain Nurul, setakat mana sahajalah seorang suami akan mendengar ajaran isteri? Lelaki tetap dengan fikirannya iaitu dialah ketua keluarga, jadi sebolehnya carilah seseorang yang boleh membimbing diri kita.."
Ada benar kata-kata emak... fikiran aku semakin aktif memikirkan tingkah laku orang sekeliling aku, dan terutama insan yang bakal menjadi ketua kepada aku dan anak -anak aku kelak...
Kehidupan ini kadang-kala begitu rumit untuk dilalui.... indah hanya pada mata.. hakikatnya ia akan dinilaikan suatu hari kelak....
Memang benar kata-kata emak juga, yang perempuan itu lemah.. dan aku akui, aku juga teramat memerlukan seorang pembimbing yang boleh membimbing aku ke arah yang lebih baik...
Teringat lagi antara perbualan akn dan emak..
"Nurul... Nurul harus fasih Al-Quran, andai mak dan ayah takder kelak, siapa yang akan sedekahkan bacaan Yasin dan Al-Quran kepada roh mak dan ayah nanti?"
Sayup hati mendengar kata-kata emak....
p/s : "Mak... selagi hayat masih ada selagi itu akak akan mencuba mencari dan menuntut ilmu akhirat dan menjaganya sebaik yang mungkin...."
p/s/s : "Mak.. izinkan akak yang pergi dulu sebelum mak... Akak tak boleh hadapi hidup ini sorang-sorang tanpa pembimbing... Andai mak pergi dulu siapa yang akan membimbing akak? :'( , Dunia ini kejam mak, kejam sangat... Akak akan tewas tanpa seseorang di sisi akak yang boleh mempertahan dan membimbing diri akak... Benar, memang benar akak ingin pergi dulu sebab akak tak sanggup nak hadapi hidup ini lagi yang penuh dengan bisikan syaitan dan nafsu... Biarlah akak pergi dulu sebelum mak yang pergi agar terhentilah dosa-dosa akak disitu takat situ sahaja.. akak tak sanggup mak, akak tak sanggup andai akak terus tewas lagi dengan kehidupan dunia ini lagi...."
p/s/s/s : "Mak..... andailah mak ketahui, akak sangat sangat sedey sekarang... akak tak tahu dengan siapa yang harus akak mengadu? dengan siapa akak harus mencari jawapan.... dengan siapa akak nak meluahkan kesedihan yang terbuku dalam jiwa dan hati akak?.......... sampai satu tahap, akak nak sangat hentikan semua ini hanya disini sahaja... akak dah tak sanggup hadapi kehidupan yang penuh dengan tipu muslihat, nafsu, bisikan syaitan dan kejahatan.. akak takut mak, akak takut andai akak snediri tak dapat untuk bertahan.... biarlah suatu hari nanti akak pergi masih lagi dalam keimanan, itu harap akak :'(...."
Hari ini ada terbaca status rakan fb yang membuat aku terpana seketika... dia hiaskan statusnya dengan cebisan lirik lagu dari Raihan yang berjudul kasih sayang...
Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka
Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih tuhan tiada bertepi
sayang Tuhan janjinya pasti
Sayang manusia tiada abadi
Kasih tuhan tiada bertepi
sayang Tuhan janjinya pasti
Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada bakti tiada kemaafan
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada bakti tiada kemaafan
p/s : " Kemaafan dan kasih sayangNya Tuhan, terlalu aku perlukan....."
Kehidupan........ lebih banyak sakit dari keindahan :'(
Teringat kembali kata-kata dari seorang teman...
"Nabila kena tahu, Allah tue sayangkan Nabila, sebab tue Dia sentiasa detikkan rasa kesedaran dalam hati Nabila.... percayalah Allah sayangkan Nabila..."
:'(
s a y a n a k p e r g i j a u h b o l e h ? j a u h d a r i s i n i . .
Doa mohon mati dalam iman (Husnul Khatimah)
"Allahummakhtim lana bi-husnil khati-mah, wa-la takhtim 'alaina bi-su-il khatimah"
' Ya Allah, matikanlah aku dengan mati yang baik (dapat mengusap "LA ILAHA ILLALLAH") dan janganlah matikan aku dengan mati yang buruk (mati tidak beriman).'
(Doa ini hendaklah dibaca setiap kali lepas sembahyang yang lima.)
-TAMMAT-
curhatku,
nabilla a.k.a nunub's
sedeynyer....kita ni mmg harus memikirkan mati, keraa mati itulah yang akan membuka pintu hati kita untuk terus mengingati Allah.
ReplyDeletetapi seharusnya kita tahu juga bahawa, kita harus terus berdoa agak mendapatkan kesempurnaan di hatiNya..
benar kak.. sumtimes sy perlukn mse utk brsndirian n muhasabah kn diri...
ReplyDeletethx ;)