Monday, February 7, 2011

Balik Kampung (CNY)

Salam,

Memandangkan family dapat cuti sempena CNY, semua pakat balik kampung ^_^

Yeehhaaaa..~

3hb Feb. 2011

Lebih kurang dalam pukul 12.45 tengah hari kami bertolak dari Kuala Lumpur ke Perak, Batu Gajah.




Balik kampung~ woo000 Balik kampung....

Hati keriangan usah dikatalah, tengok raut wajah makpun dah tahu.. hehe



Jalan memang agak jem, mungkin sebab ramai yang balik kampung pada hari tersebut kot..

Memandangkan pagi tadi kami sekeluarga tidak sarapan, perut masing2 sudah berbunyi-bunyi berbagai rentak...

Restoran Jejantas Sg.Buloh persinggahan kami..

"Ramainya manusiaaa..."

Huhu mungkin bukan rezeki kami untuk stay kat situ, jadi semua pakat tapau nasi dan makan dalam kereta...huhuu (Jimat masa, leh cepat sampai kampungt^^)

jemput makan, nyumm~ nyum~


Makan.. Punya makan... akhirnyaaa.... Kenyang ^_^, Alhamdulillah..

5.25 petang, selamat kami sampai ke destinasi yang dituju, Alhamdulillah

Salam salam atok.. Salam salam opah..

"Aik mana yang lain? "


"Semua kat rumah Acik Tin" kata mak.

Rupanya keluarga Acik Ali dan Paksu semuanya kat rumah Acik Tin yang tidak berapa jauh dari rumah atok..

"Patutla sunyi.."

Percutian kali ini tak ramai yang pulang ke kampung..

Yang ada pun hanyalah keluarga aku, keluarga Acik Ali, keluarga Paksu dan keluarga Acik Tin^^

Huuu kepenatan....

Kemas- kemas..

Rehat- rehat..

Malam tue baru keluarga Acik Ali dan keluarga Paksu balik rumah atok dan bermalam disitu..

Huhuhu baru teringat, mungkin sebab terlalu excited sangat nak balik kampung, aleh aleh totopun lupa nak bawak..

Sebaik atok ada toto lebih, boleh pinjam hehe^^

Malam tue entah kenapa kepala aku sangat sakit, tambah pula dengan mood yang kurang stabil atas perkara tertentu.

"Pak Unggai, ada penadol tak?"


"Tak ada, cuba kamu tanya opah, nanti kalau opah kata tak ada cakaplah kat aku balik, nanti aku belikan"


"Okay, thanks.."


"Opah.. opah ada panadol tak?"


"Panadol, cuba tanya atok kamu, atok kamu selalu makan panadol.."

Belum sempat nak tanya atok, atok dah hulur panadol dulu..

"Terima kasih atok :)"

Reramai tengok tv kat bawah dan sembang-sembang..

Keriuhannya memang boleh terdengar sampai ke bilik atas..

Aku hanya mampu terbaring kat bilik atas..

Kat kampung agak susah untuk mendapat line, jadi harus bersabar kalau mahu bersms yee..huhu


Huhu~

4hb Feb. 2011

Pagi-pagi kat sini sangat nyaman, mungkin kehijauan semuala jadi yang ada dan bunyi ayam-ayam yang berkokok...

Suasana kampung ^_^

Pagi tue, selepas selesai subuh keadaan agak busy sedikit cuz menolong mak kat dapur untuk sediakan sarapan dan nasi lemak untuk dibawa ke Pantai Telok Batik nanti..

Hari ini kami semua pakat mahu berkelah kat Pantai Telok Batik..

Yang rasa nak mandi-mandi air laut hari tue memang pagi-pagi tak mandilah, manakala yang rasa tak nak mandi-mandi air laut semua pakat mandi pagi-pagi rumah atok..

Memandangkan saki baki mood yang masih lagi kurang stabil ada lagi, jadi aku pilih untuk tidak join mereka mandi-mandi air laut... jadi tugas aku disitu hanyala menangkap gambar mereka hehe (at least ada gak la yang boleh ditangkap dan dibuat kenangan..)


9.10 pagi kami semua bertolak ke Pantai Telok Batik...



Yeaaahhhh leh tenang-tenangkan fikiran ^_^


eh eh asal Cik Nab nie?

Bersama dengan Maksu Sayer ^_^

Keadaan kat pantai tue sangat-sangat sesak.. huhu (tak dapat nak tenangkan fikiran sangat) takat layan kerenah budak-budakpun jadi lerr..

afi dan sayer^_^ hehe.. sepupu paling kecil

mama dan afi hehe (sonoknya 2 beranak nie)

chomeykan afi? aku tunggu giliran aku :p

amir dan amira


Seronok budak-budak nie...

Huhu memang ramai sangat manusia pada hari tue...

Atok




akhirnya tukang tgkp gbr hari ini dpt gak tayang muka ^_^

Acik Lilis belanja bebudak eskem, akupun dapat hehehe

dan Alhamdulillah aku tak join mereka terjun laut hehe, memandangkan ada beberapa toilet perempuan tak ada air, dan kalau adapun beratur sangat panjang...

Selesai je semua..

Kemas-kemas..

Bertolak pulang ke rumah atok..

4.00 petang, selamat sampai ke rumah atok.

Penat sungguh...~


5hb Feb. 2011

Subuh-subuh dah kena siap-siap..

Harus cepat sebab hari ini kena pergi ke Penang sebab rombongan meminang dan pertunangan anak Pak Long iaitu Adam pada tengah hari nanti..

haa tang situla aku duduk n brgayut cz kt sne je yg leh dpt line


sangat geram dengan ini bdk, rasa mau culik saja

8.00 pagi, Selesaikan sarapan nasi goreng pagi tue kami semua bertolak..
 


Lebih kurang 11 lebih tengah hari kami sampai ke rumah Pak Long..

Tolong-tolong Mak Long dan Pak Long angkat dulang-dulang hantaran, semuanya naik kenderaan masing-masing bersama dengan hantaran-hantaran dan terus ke rumah belah perempuan..

(Lokasi rumah belah perempuan tidak dapat diberitahu, kerana masalah saya yang kurang fasih dan tidak cam/ tidak ingat nama lokasi hehehe)

Sampai je kami disana, kami disambut oleh keluarga belah perempuan dengan mesra dan ramahnya ^_^








Selesai je makan-makan, kami semua pakat mengundurkan diri dan pulang terus ke rumah Pak Long.

Selesai je solat zohor di rumah Pak Long, kami semua pakat balik hari itu juga ke rumah atok.

Mengambil masa yang sangat... sangat..sangat lama nak sampai ke Perak dari Penang..

Mungkin sebab keadaan jalan yang agak jem dan sesak...

Waahhh Penang pun jem, ingatkan KL je yang jem huhu..


8.00malam kami tiba ke Perak

Amacam lama tak kami sampai? lamakan? haa dah bagi tahu dah...

Sebelum tiba ke rumah atok, kami singgah dulu ke sebuah gerai yang atok sentiasa kunjung..

Bak kata makcik kedai tue, atok yang akan diutamakan dulu dan layan kerana atok pelanggan tetap gerai tue hehe..

Malam tue kami semua order Mee Udang Special..

Pehh, bukan nak jeleskan koranglah, tp serius.. Mee Udang dia sangat sedap (mahu menangis aku ceritakannya sebab terlalu sedap huhu)

Alhamdulillah, perut kenyang, hati pun senang..haha so selamatlah kami sampai ke rumah atok...

Belom sempat kot nak rehat lelama kat rumah atok, aku, mak,ayah dan nawal pakat hantar Acik Tin dan anak-anak dia ke rumah mereka, jadi lepak sekejap kat rumah acik tin sebelum balik semula ke rumah atok...

6hb Feb. 2011

Selesai je sarapan pagi, kemas-kemas barang..


alahai, terserlah 'kekecikkan' ku



Balik balik


Salam-salam atok..
Salam- salam opah..

11.00 pagi, Huhuhu tiba masa untuk bertolak..

Hari tue Pak Unggai tumpang kereta kami untuk pulang ke asrama dia kat PJ..

Pak Unggai nie pak sedara aku walaupun umo dia sebaya dengan aku hehe :)

Lebih kurang dalam pukul 3.00 petang lebih kami sampai ke asrama Pak Unggai, dan 4.30petang kami tiba kat Segambut...

Rumahku, Syurgaku...

Ahhhh sangat letih (walaupun bukan aku yang drive hehe)

Petang tue Encik Seseorang ajak keluar tengok wayang..

Badan memang sangat letih, tapi takpe kot cuz boleh je rehat-rehat kat panggung wayang nanti sambil tengok movie... waalllaaahhhh^_^

Siap-siap kemas apa yang ptut..

Mandi-mandi..

Solat Asar..

Siap-siap..

Keluar... dadaaaa~

huhuu rindu~ (yee saya sangat rindukan awak..)

Kami hanya ke Tesco Kepong, destinasi yang paling dekat sekali dengan kawasan rumah aku, huhu dah petang sangatpun jadi tak boleh ke tempat jauh-jauh, mahu lambat balik nanti..

Hari tue ingat nak tengok movie Mr. and Mrs. Incredible, tapi memandangkan movie dia akan start pukul 8.00pm jadi terpaksalah batal kan niat nak tengok cerita tue...

The Green Hornet pilihan kami...

Cerita dia sangat best..sape-sape kaki wayang tue, tak rugi korang tengok movie nie hehe ^^

Selesai layan movie, perutpun mula berkeroncong sakan...

Wahh tepat pada masanya pula perut nie berbunyi hehe..

Sebelum pulang dan cari gerai makan, kami pakat beli air minuman Blog..

1 Blog perisa Choclate untuk Nawal
1 Blog perisa Choclate juga untuk Seseorang
1 Blog perisa vanilla untuk AKU hehe..

Selesai je semua kami singgah gerai makan yang berhampiran...

dan menu pilihan kami adalah nasi goreng ayam... fiiweettt...

Jemput makan, jemput makan ye.. Bismillah~

9.00malam sampai rumah...


Penat.. Sangat Penat.. Teramat Penat...

Selamat Malam semua zzZZZ~


-The End-

curhatku,
Nabilla

2 comments: