Saat membasuh pinggan, terhenti seketika...
Sambung membasuh kembali, kali ini hampir terduduk dibuatnya sambil menjerit menahan kesakitan..
"Kenapa nie..?" sambil memegang bahagian tersebut...
(Teringat kembali cerita 3R yang popular saat itu, yang pernah 1 episod dia menunjukkan cara untuk check dan memeriksa beberapa bahagian tertentu utk mengenal pasti sesuatu..)
"Mak.. sakit.."
Mak pada mulanya buat tak endah..
"Mak.. sakit..." di ulang lagi
Mak yang pada mulanya sibuk layan tv akhirnya berubah muka apabila tangan beliau aku letakkan di suatu sudut di bahagian tubuh badan aku...
"Mak rasa tak? sini sakit :'( "
"Kena check nie Nurul, nanti kita pergi jumpa doctor ye.."
Tatkala belajar kesakitan itu menyerang..
Tatkala berjalan mahu sahaja terduduk tatkala kesakitan itu datang tanpa diundang..
Masa menghadiri kuliah acapkali hilang fokus, kerana aku hanya mampu menahan..menahan dan terus menahan rasa sakit tue..
Kesakitan tue terasa seperti satu sengatan yang kejap ada kejap takda... Datangnya hanya beberapa minit dan kemudian sakit tue hilang...
Selang berapa hari Hospital Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) telah menjadi tempat yang sering aku kunjungi untuk mebuat medical checkup..
Beberapa kali asyik menerima rawatan yang hampir sama tapi berbeza.
Tiap kali datang ke sana, tiap kali itu juga doctor yang berlainan check aku..
Doctor Lelaki.. Doctor Perempuan..
Ujian darah..
Ujian CBE..
Ujian Core Needle Biopsy..
Dah jadi cam bahan experimen aku dibuatnya...
Doctor ada berkata yang melanda aku sekarang ini mungkin dari faktor keturunan atau makanan berlemak seperti kulit ayam atau asap-asap rokok dan sebagainya..
Tiap kali balik dari hospital, aku akan terus demam..
Mak kata anti body aku tak kuat huhu, jd kena byk mkn ubat antibiotik...
Percayala, saat itu kemurungan dan air mata adalah rakan akrab aku...
dan percaya jugala, sokongan dari insan sekeliling tatkala itu sangat-sangat penting buat aku...
Aku redha dengan ketentuan Ilahi ..
Muhasabahkan diri seketika....
Mungkin ada hikmah disebalik semua yang berlaku..
Mungkin aku pernah tak bersyukur akan soal tubuh badan.. dan tengok, Allah turunkan ujian tentang itu...
Tapi Alhamdulillah, kerana ia bukan kanser...
Selang beberapa minggu, aku dinasihatkan untuk berpuasa, sebab time tue pembedahan akan dijalankan..
Saat detik yang tidak dilupakan... Itulah pengalaman termanis..
Kenapa termanis?
hehe sebab aku dapat masuk bilik pembedahan.. rasa cam dalam drama je.. kuikuikui..
Tak rasa apa sangat, sedar-sedar dah selesai pembedahan tue
"ee cepatnya.."
Dan aku boleh balik hari itu juga, cuma aku diberi MC selama seminggu.. jadi selama seminggu itu jugala aku tidak menghadiri beberapa kelas..
Pembedahan, Alhamdulillah selamat, cuma yang sakitnya selepas pembedahan, biasalah nak kena jaga luka-luka...
Tapi Alhamdulillah, semuanya okay..
cuma kena sentiasa buat medical checkup untuk memastikan tiada lagi tisu-tisu tersebut tumbuh kembali..
dan aku menjadi sangat-sangat menghargai kehidupan aku selepas itu..
Betul... dan sangat betul... aku lebih mensyukuri nikmat Ilahi, Alhamdulillah~
Selepas kes itu, acap kali aku menjadi kaunter pertanya student-student perempuan yang bertanyakan tanda-tanda sakit/ benjolan/ ketulan yang terdapat pada tubuh badan mereka.. sampai ada soalan yang aku tidak tahu menahupun ditanya juga.. huhu
Itulah kisah aku untuk beberapa tahun yang lepas, saat aku masih menuntut di sebuah kolej swasta..
Pada gegurl.... kesihatan kita sangat penting... tidak kisah tubuh badan kita macam manapun asalkan ia sihat itupun dah cukup untuk kita bersyukur..
Pada yang mengalami sakit-sakit khusus untuk sakit puan, dinasihatkan segerala berjumpa dengan doctor untuk memastikan sakit apa itu, puncanya dan agar ia tidak berlarutan..
Pada perokok-perokok tegar.. Memang benar, kalau Tuhan itu nak bagi kita penyakit, bebilapun dia boleh bagi kita sakit.. Kalau dia nak kita mati, bebilapun kita boleh mati... Tapi ketahuilah, faktor asap yang korang sedut itu mempunyai risiko yang tinggi untuk menerima dan menyebar penyakit-penyakit yang lain... Walaupun kalian tidak ambik kisah soal kesihatan sendiri (walaupun telah dinasihati), fikir-fikirkanla soal orang lain.. Yang tidak isap rokokpun boleh menerima kesan akibat asap rokok tersebut...
Fikir-fikirkanlah~
Besok (9hb Feb 2011) aku ada medical checkup lagi kat tempat yang sama at Surgery Clinic PPUM, just wish me luck okay, hopefully everything is fine :)..
"huhu kalau sebelum sebelum ini ada peneman, besok kenala pandai2 sendiri menghadapi sorang2.."
"wuwuu sape nak temankan? kikiki" (xderla gurau je..)
by the way.. hari itu ada aku tontong rancang Wanita Hari Ini kat TV3 tue, dia ada kata 4hb Feb adalah hari kanser sedunia...(korang tahu xpasal tue?)
Jadi guys, apa kata kita support mereka? walaupun kita tidak menderma mana-mana tabung kebajikan kanser, juz support mereka dari segi mental dan fizikal...
Percayala, sokongan itu sangat-sangat penting, kerana aku tahu dan pernah rasa apa yang mereka rasa...
Mungkin ada yang tahu, dan mungkin juga ada yang tidak tahu...
Raben pink, menandakan sokongan untuk mereka yang mengalami breast cancer..
Aku menceritakan semua ini, bukan tujuan mengaib, atau diaib... ia sekadar perkongsian <3
okay guys, ini ada sedikit tatapan tentang Sakit Puan, actually artikal ini dah lama aku letak dalam notes FB aku, so aku just copy paste kat ruang ini pula...
Pada rasa yang ingin tahu, korang memang perlu tahu.. ia bukan sahaja khusus untuk kaum perempuan, ia juga boleh diambil berat oleh kaum lelaki "korang mesti nak tahu jugakan tahap dan kepentingan kesihatan mak, adik perempuan dan sedara perempuan korangkan?"
So inilah dia artikal yang tidak seberapa tapi padat dgn informasi yang bernas...
Selamat membaca ^_^
Sakit Puan
Tubuh wanita sentiasa mengalami perubahan sejak dari kanak-kanak sehingga akil baligh kerana mereka akan melalui proses-proses seperti mengandung, bersalin sehinggalah putus haid. Terdapat banyak soalan berkaitan sakit puan, kesuburan dan kesihatan seksual. Oleh itu, penting bagi seorang wanita untuk mendapatkan khidmat nasihat dari seorang doktor pakar sakit puan seawal yang mungkin. Wanita yang pernah mengamalkan hubungan seks dan mereka yang mempunyai masalah sakit puan dicadangkan menjalankan pemeriksaan sekurang-kurangnya sekali setahun. Kebanyakan masalah sekit puan yang dikenalpasti diperingkat awal boleh dirawat dan hasilnya amat memberansangkan.
Tujuan pemeriksaan awal adalah untuk mengesan penyakit sebelum merebak. Ini kerana, setelah merebak proses rawatan menjadi semakin rumit. Pemeriksaan tahunan sakit puan termasuk:
1. Tekanan darah
2. Pemeriksaan payudara
3. Imbasan ultrabunyi bagi ovari, uterus dan pelvis
4. Ujian papanikalaou (pap smear0
5. Ujian air kencing untuk mengesan jangkitan diabetes
6. Lain-lain ujian darah termasuk penanda kanser CA-125 (sejenis penanda kanser yang mempunyai kepekatan yang lebih tinggi dalam tubuh yang mengandungi sel kanser)
Masalah sakit puan yang biasa dijumpai:
1. Endometriosis
Ianya bukan kanser. Ia terjadi apabila selaput endometrium berada di luar uterus seperti di ovari,tiub fallopio,pundi kencing dan usus besar. Ianya menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan semasa datang haid. Endometriosis adalah punca utama ketidaksuburan.
2. Fibroid
Fibroid adalah ketumbuhan biasa (bukan kanser) di dalam uterus dan ianya dibina oleh gentian otot. Punca berlakunya fibroid biasanya dikaitkan dengan kombinasi beberapa faktor termasuk genetik, hormon, dan faktor persekitaran. Ia menyerang 20% wanita berusia 50 tahun ke bawah (wanita di peringkat kesuburan) dan ianya merupakan penyebab utama wanita perlu menjalani histerektomi (prosedur untuk membuang rahim). Fibroid dikategorikan berdasarkan lokasinya seperti di bawah;
Fibroid submukus- membesar dari bahagian bawah saluran rahim ke ruangan dalam rahim.
Fibroid intramural- tumbuh di antara otot-otot rahim pada bahagian dindingnya.
Fibrois subserous- tumbuh di bahagian luar dinding rahim
Fibroid pedunculated- tumbuh secara berangkai dari permukaan bahagian rahim atau permukaan bahagian dalam rahim hingga dalam rahim dan boleh merebak ke serviks.
Tanda-tanda fibroid adalah seperti berikut:
- Aliran haid yang banyak disebabkan luas pemukaan yang besar, pertambahan saluran darah dan kelemahan sistem pembekuan darah.
- Ketidakselesaan di bahagian pelvik adalah disebabkan tekanan terhadap uterus disebabkan oleh fibroid yang sedang membesar.
- Berasa senak di bahagian bawah abdomen atau kadang kala dipanggil tekanan pelvik.
- Sakit di bahagian bawah belakang disebabkan oleh tekanan di bahagian belakang yang disebabkan oleh fibroid.
- Kerap keguguran disebabkan kesukaran embrio untuk menempel dan pengecutan uterus.
- Bersalin lebih awal dari jangkaan kerana fibroid menolak kandungan ke bawah.
- Kerap membuang air kecil kerana fibroid menekan pundi kencing.
- Sakit ketika melakukan hubungan seks..
- Rawatan bagi fibroid bergantung kepada tanda yang dialami, umur, saiz keluarga, saiz dan bilangan fibroid yang anda ada dan keinginan untuk mengandung pada masa akan datang. Pilihan rawatan termasuk;
Sekiranya fibroid bersaiz kecil dan tidak menunjukkan sebarang tanda, pemantauan kerap dilakukan melalui imbasan ultrabunyi..
Sekiranya saiz fibroid melebihi 5 cm pembedahan untuk membuang fibroid (myomectomi) mungkin diperlukan. Sekiranya anda telah mempunyai anak, pembuangan uterus dan fibroid (hysterectomy) lebih digalakkan.
Fibroid juga boleh dikecutkan tanpa menjalani pembedahan melalui pengurangan aliran darah kepada fibroid dengan menggunakan kaedah embolisasi. Fibroid mungkin akan berulang lagi.
3. Kanser payudara
Kanser payudara adalah kanser yang paling kerap dijumpai dikalangan wanita di seluruh dunia. Di Malaysia kanser payudara menyerang semua kaum seawal usia 20 tahun (Laporan Jabatan Rekod Kebangsaan 2003) .
4. Kanser sakit puan
(a) Kanser serviks; Ianya tidak terjadi secara mendadak; sel serviks yang normal perlahan-lahan berubah menjadi separa kanser dan akhirnya menjadi kanser. Perubahan sel separa kanser dan peringkat awal kanser serviks boleh dikesan melalui pap smear. Kanser serviks merupakan kanser kedua paling banyak menyerang wanita di Malaysia (Laporan Jabatan Rekod Kebangsaan 2003)
(b) Kanser uterus; Juga dikenali sebagai kanser rahim, biasanya terjadi selepas putus haid. Antara tanda-tanda kanser uterus adalah pendarahan vagina atau pendarahan selepas putus haid. Prosedur (D&C) perlu dijalankan untuk menyokong diagnosis.
(c) Kanser ovari; Biasanya menyerang wanita 50 tahun ke atas. Imbasan ultrabunyi boleh membantu untuk mengesan pada peringkat awal.
5. Sista ovari
Ianya adalah sejenis kantung mengandungi cecair terletak di ovari. Biasanya ia akan hilang dengan sendiri selepas beberapa minggu atau bulan. Walaubagaimanapun, sekiranya ia semakin membesar melebihi 4 cm, ada kemungkinan ia akan pecah dan berdarah atau mungkin boleh membelit ovari menyebabkan kesakitan yang teruk. Pembedahan perlu dijalankan bagi kes sista yang pecah, terbelit, berukuran lebih dari 5 cm dan kelihatan mencurigakan dalam imbasan ultrabunyi.
6. Polip
Polip adalah sejenis tisu yang terbentuk akibat pertumbuhan selaput uterus atau serviks yang terlalu pesat. Ianya kadang-kadang berhaya (kanser) dan kadang-kadang tidak. D&C (dilation and curettage) dilakukan untuk untuk membuang tisu polip dan seterusnya tisu tersebut akan dianalisis untuk menentukan sama ada ianya adalah kanser atau bukan.
7. Penyakit bawaan seks (STD)
STD adalah penyakit yang boleh dipindahkan melalui persentuhan tubuh badan semasa hubungan seksual. Ianya boleh dipindahkan kepada pasangan dan sesetengah STD juga dipindahkan dari ibu kepada anak dalam kandungan. STD adalah disebabkan oleh virus, bakteria dan parasit. Sekurang-kurangnya terdapat 25 mikroorganisma yang boleh menyebabkan STD. Chlamydia, Herpes, HIV dan Gonorrhea adalah antara mikroorganisma yang kerap menyebabkan STD. Kebanyakan STD boleh memberikan kesan jangkamasa panjang dan ada juga yang kekal termasuk ketidaksuburan sekiranya tidak dirawat.
STD selalunya berulang kerana pasangan lelaki biasanya tidak menunjukkan tanda maka mereka tidak dirawat. Mereka berpotensi akan menjangkitkan kembali pasangan wanita yang telah dirawat dan ianya akan berulang. Antara tanda-tanda STDs adalah sakit di bahagian bawah abdomen, cecair vagina yang berbau, berwarna dan menyebabkan gatal. Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda ini sila berjumpa doktor dengan segera atau ia akan menyebabkan tiub fallopio anda tersumbat dan boleh membawa kepada masalah ketidaksuburan.
curhatku,
Nabilla a.k.a Nunub's
awak...baru2 ni.. saya rase ada ketulan di sebelah payudara kanan saya.... sngt takut...untuk jumpa doktor..saya takut saya ada kanser..
ReplyDelete