Monday, January 10, 2011

Yang Terindah Itu..

Assalamualaikum....

Okeh okeh, sebenarnya memang dah lama aku nak buat entry nie, tapi tunggu dan tunggu masa yang agak sesuai, kang orang kata aku nie nampak cam dah kempunan pula....

Waaaa aku memang dah kempunan...!!

Ish Nabilla nie... wwuuwuuuu~

Siapa suka budak kecik? pat pat angkat tangan, angkat tangan...!

Yup, aku memang suka sangat dengan budak kecik, tapi kadang-kadang cuak gak, terutama tengok part muka baby nak nangis... haaa time tue confirm aku menjauhkan diri wuuwwuuwuuuu~

Tapi kebanyakkan ramai yang tidak tahu, sebelum mereka mendapat anugerah yang paling terindah itu, mereka mereka akan melalui detik-detik terindah dan fizikal yang terindah yang hanya dalam tempoh SEMENTARA iaitu selama  9 bulan SAHAJA..!

(Tapi mak aku kata, indah memang lah indah, tapi perit tetap perit.. Dengan loyanya, nak pitamnya, dengan badan yang makin berat, kaki sakit, kaki lenguh, dengan ngidamnya.... huhuhuhuh menakutkannn)

"Macam itu sekalikah?"

Encik Seseorang pernah bertanya..

"Kalau awak kan, awak nak berapa orang anak?"

"Saya? Kalau boleh saya nak ramai.. mungkin dalam 5, 6 orang...kut heheh"


"Owhh kalau saya cukupla empat saje, taknak la ramai sangat.."

"Erk.."

"Saya sebenarnya tak kisah dapat berapa, cuz rezeki tue dari Tuhan, jadi kita terima sahaja, tapikan wak, kalau boleh saya teringin sangat nak dapat kembar weeweeeee ^_^"


"Kembar? haa boleh boleh tapi biarla untuk yang kedua atau ketiga.."

"Eh kan bagus kalau yang pertama terus dapat kembar.. alohloh t0meynyaa.."


"Ehh tamau, nanti kesian isteri saya, nanti mesti dia sakit nak lahirkan budak dua kali dalam satu masa.."


"Hahaha.... insyaallah boleh.. Saya tak kisah dapat single ke, twin ke, saya terima.. dah katapun rezeki dari Tuhan, tapi.... keinginan nak dapat kembar tetap ada..wuuwuu"


"Insyaallah... awak.. awak tak takut ke mengandung? nanti perut besar.."


"Eh takderla... saya lagi nak wak.. saya suka... saya suka tengok orang mengandung, inikan pula kalau saya yang mengalaminya.."


"Bukan semua orang perempuan tak suka ke?.."


"Eh takderla, tak semua.. tahu tak, mereka yang dalam keadaan mengandung lebih indah rupanya berbanding kita yang biasa nie... tapi itu dari sudut mata sayala, cuz bagi saya memang perempuan mengandung itu sangat indah sebab.... dalam kandungan itu terdapat sesuatu yang sangat terindah dari hasil hubungan yang terindah" (okeh ini utk hubungan yang halal SAHAJA)


Percayala cakap aku, perempuan yang dalam keadaan mengandung itu sangat terindah..

Si ibu berbicara bersama bayi dari ht ke ht




kasih sayang

satu harapan

satu penantian


Waahhhhh sayu pula rasa di hati ini.... sabar nabilla... sabar~

Anugerah yang terindah.. waaahhh ^_^

Aku akui dari dulu sebenarnya keinginan ini ada.. sumtimes ia membuak-buak...

Pernah satu ketika tue aku bermimpi tentang kelahiran dan menjaganya..

Dan bila terjaga dari mimpi, baru tersedar ia hanya sekadar mimpi, titisan air mata mulai membasah pipi....

"Aaahhh korang, boleh bagitahu aku tak, itu tandanya apa? adakah benar aku tak sabar-sabar? "

Owhh tidak.. soal masa depanpun harus aku fikirkan juga... Bagaimana mahu berkahwin and melahirkan anak kalau dari sudut kewanganpun belum stabil...

Aku tak mahu bagi anak aku makan pasir.. kesian dorang...

Okeh-okeh, rasanya aku dah ke topik lain lak iaitu topik tak sabar.. haha... Sekarang kita berbalik pada topik asal kita iaitu "Yang Terindah Itu.."

Yup, sangat terindah...

Bila dah melalui detik-detik terindah itu pasti akan mendapat anugerah yang terindah.. Alhamdulillah untuk mereka...

Yang dinantikan..
Anugerah yang terindah..

kasih sayang

Saya sukakannya :')

Setiap ibu-ibu dan ayah-ayah pasti punyai impian bila sudah bergelar ibu dan ayah.. Impian mahu mendidik dan menjadi yang terbaik buat anak-anak mereka..

wuwuwu sebab tue aku agak beremosi sikit kebelakangan nie bila sentuh isu kekeluargaan.. Bagaimana pengharapan aku kelak, pasti ibu dan ayah aku juga punyai pengharapan begitu dahulu terhadap aku dan adik-adik..

Sumtime segunung penyesalanpun ada terhadap ibu dan ayah aku kerana sering menyusahkan mereka..

Jadi..! Buktikan kau boleh menjadi terbaik untuk orang tuamu Nurul Nabillah...!

Yeahhh..!! insyaallah, Moga Allah permudahkannya, amin...

Buat Bakal Suamiku (Sesiapapun dia):
"Cukupla sekadar kau menjadi pendamping yang sangat baik buat aku dan juga bakal anak-anakmu kerna aku juga akan berbuat begitu hanya dengan niat kerna Allah Ta'ala.."

Aku juga turut tumpang gembira dengan kebahagiaan teman-teman seperjuanganku dahulu yang telah bertemu dan memperolehi kebahagiaan mereka sendiri, Alhamdulillah...

Ayien Bahiah





Hazirah


Azura


Yana


Hasmah




Aku hanya boleh komen mereka nampak sangat bahagia apabila melihat raut wajah mereka.. Tapi hakikatnya aku sendiripun tidak tahu apa isi hati mereka yang sudahpun bergelar ibu muda...

So Kak Siti Nazariah, ada apa-apa komen yang sudahpun bergelar ibu hot ini? Adakah ia seindah yang saya gambarkan? ataupun sebaliknya?

haha, okeh-okeh, ini aku nk memperkenalkan lagi sorang baby yang sangat kiut, iaitu anak buah sahabat aku sendiri iaitu Nurshahidah Sharif..

Okeh budak kecik yang kiut miut nie namanya Zulaikha (kalau tak silap saya ye kak CT hehe)



Saya suka sgt tgk keluarga ini ^_^ sgt sweet!
Alhamdulillah~

Aku tahu untuk berkeluarga tanggungjawabnya sangat besar... Kosnya pun mesti besar juga..

Jadi aku kena siap sedia tentang kos kos kosnya cepat cepat cepat...! huhu

Rasanya tak salahkan kalau kita punyai angan-angan untuk memiliki yang terindah itu seawal ini?

Aku akan tunggu saat Yang Terindah Itu dengan penuh kesabaran.. :)

okeh ini sepupuku yang sangat rapat.. Hawa Hashikin namanya... cantikkan? Ye sepupu-sepupuku semuanya sangat-sangat cantik.. 
 
Dia tua setahun dari aku, dulu time masing -masing di alam kanak-kanak, main bersama, mandi bersama, pastu cuci pingganpun sama-sama haha... Aku sangat rindukan saat itu..
 
Sekarang dia sudahpun selamat berkahwin dan sekarang nie dia mengandung dalam 5 ke 6 bulan macam tue, cuba tengok perut dia tue, chomeykan.. haha ritu waktu dia datang KL, terkejut beruk aku tengok perut dia.. waa adakah anda dapat bayangkan betapa aku terlalu EXCITED dengan perut dia?? hahaha.... Rasa sangat tak percaya.. Sepupu yang dulu bersama-sama, kini sudah mahu menjadi ibu budak.. hehe.. walau papepun kau memang leh jadi hot mama bik.. haha and semoga kebahagiaan itu menjadi  milikmu sentiasa, amin...

btw, juz nak citer-citer je.. ritu duk jejalan dengan kawan aku kt Maju Junction, singgah kejap kat F.O.S, niat di hati juz nak temankan je member beli baju.. last-last ini yang aku jumpa... waahhhh sangat kiut kiut.. hati mana tahan maaa, ongkospun macam murah kalau beli tiga helai ma.. so tiga-tiga saya sapu maa... itu macam kah? kehkehkeh...





dekat nawal nie, baju dia agak panjang sikit

Teringat lagi waktu aku keluarkan baju nie kat dalam beg and tunjukkan kat mak, mak kata "alohloh comelnyaa.."

Haha mana tak comelnya, sume kecik-kecik.... Bila orang tanya asal beli baju bayi, aku jawab "saje nak wat hamper untuk kawan-kawan yang bakal nak lahirkan zuriat" tapi kau haaa hambek..! diri sendiri yang nk wat perkasam..huhuhu..

Serius, sangat chomel baju-baju nie... untuk pertama kali aku beli barangan budak kecik, aku rasa sangat lain.. excitednya tak sama seperti aku beli barang untuk buat cenderahati... huhu...

okeh, mungkin korang rasa pelik, terutama kaum lelaki yang mungkin triple kepelikan rasanya..haha

Okeh inilah aku, xleh nak buat apa...

p/s : Encik Seseorang jangan risau ye... tak bermakna saya nak suwuh awk kahwin ngn saya cepat-cepatla.... ini hnya satu impian.. xsalahkn kalau saya nak bermimpi di siang hari untuk memiliki sesuatu yang terindah? hehe

Okeh ini ada sedikit perkongsian buat tatapan sesiapa sahaja yang membaca entry ini:

Menurut Ma'qal bin Yasar, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Berkahwinlah dengan wanita yang penyayang dan melahirkan anak yang ramai. Sesungguhnya aku berbangga memiliki umat yang ramai.." 

 Hadis riwayat Abu Daud.

Sekian
curhatku,
Nabilla a.k.a Nunub's

1 comment:

  1. saya mmg ummi yg sgt hot, hakhakhak...adoiyai, segannya akak dik bila nabilla letk pic itu..memang apa yg difikirkan nabilla tu benar belaka, mengandung mahupun melahirkan merupakan pengalaman yang paling menakjubkan. cuba ajerlah bayangkan kita sebagai wanita mampu melahirkan bayi dari kelangkang yang hanya sebesar 10 inci..huhu. akak plak 6 inci jer, pastu nurse potong guna gunting bagi jadi 10 inci. tiada rasa kesakitan yang kita akan rasa time tu sebab apa yang kita hanya fikir cumalah baby yang sehat dan cumey..

    hanya Tuhan sajalah yang tahu bagaimana akak rasa bersyukur dengan kelahiran ikha, disamping pulak akak telah menunggu selama setahun setengah sebelum benar2 disahkan mengandung. penantian itu 1 penyeksaan dan bila disahkan mengandung, itulah rahmat yang paling terindah buat akak dan abg ijal..

    apapun, akak rasa Nabilla pula dalam proses merindukan sesuatu mungkin juga menginginkan sesuatu..dan benar kata hati nabilla, bersabarlah..kesabaran adalah ujian yang paling baik utk kita...sebab sabarlah, akak boleh mendapat ikha..dengan cara yang paling ajaib dan istimewa...cayolahhh...:)

    ReplyDelete