Thursday, January 13, 2011

Kenapa saya berubah sikap..

Assalamualaikum...

Untuk tatapan kaum hawa dan jawapan kepadamu wahai kamu yang bernama Seseorang..

Aku menjumpai artikal ini di ruang kenalan FB.. Semoga ia memberi manfaat kepada kamu- kamu (hawa) yang mungkin juga seperti aku yang sedang mencari sebuah jawapan...

"Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh Hawa... 

Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam.. Kamu dizalimi... Hak kamu dicerobohi... Kamu ditanam hidup hidup.. Tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam... Tiada nilaian di mata adam... Kamu hanyalah sebagai alat memuaskan hawa nafsu semata-mata..

Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam... Bila sinar islam berkembang... Darjat kamu diangkat.. Dipandang mulia dan Mendapat tempat disisi ALLAH sehingga tiada sebaik hiasan dunia melainkan WANITA SOLEHAH... 

Wahai Hawa... Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman cara islam itu?? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaran-Nya??  Kenapa masih segan mengamalkan isi kandungan-Nya?? Kenapa masih was-was dalam mematuhi perintah-Nya?? Dan Kenapa masih tak mahu menutup aurat..wahai hawa?? 
Wahai Hawa... Tangan yang mengayunkan buaian bisa menggoncang dunia... Sedarkah Hawa, kau bisa mengoncangkan dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni anak yang soleh & solehah... Engkau bisa menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongon pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia... TAPI hawa, jangan sesekali kau cuba menggoncangkan keimanan lelaki dengan lembut tuturmu.. Dengan Ayu wajahmu.. Dengan lenggok tubuhmu.. Jangan engkau menhentak hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.. 

JANGAN HAWA JANGAN...!!

Jangan sesekali cuba menarik pehatian kaum adam yang bukan suamimu, kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH... Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah alat syaitan.. Alat diekploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam............ 

Hawa... Andai Engkau belum berkahwin, janganlah engkau risau akan jodohmu... Ingatlah hawa janji Tuhan kita... Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik... Janganlah menggadaikan maruahmu hanya semata-mata seorang lelaki ajnabi... Jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian atau bertujuan memikat seorang lelaki Ajnabi... Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati.. dan dari pertemuan itu takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai dirimu... 

Hawa... Lelaki yang baik tidak melihat paras rupamu... Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya... Lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya... Kemanjaannya serta kemampuannya mampu mengoncang iman mereka.. Tetapi hawa.. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut untuk memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya.. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan antara lelaki dan wanita.. ADALAH SEBUAH PERKAHWINAN.. 

Oleh itu Hawa... Jagalah pandanganmu.. Awasilah pandanganmu... Awasilah auratmu... Peliharalah akhlakmu... Kuatkanlah pendirianmu.. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu... Cukuplah hanya cinta ALLAH yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu... Biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang beri hangatan kebahagian buat dirimu.. Cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu... 

Hawa.... Cintailah ALLAH dikala susah dan senang kerana kau akan perolehi cinta dari insan yang juga menyintai ALLAH... Cintailah kedua ibubapamu kerana engkau akan perolehi keredhaan ALLAH... Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga.. Hawa.... Ingatan yang terakhir... Biarlah tangan yang mengayun buaian ini bisa mengoncangkan dunia dalam mencapai keredhaan ALLAH.. Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia ini juga mengoncangkan iman lelaki.. KERANA aku sukar menerimanya dan benci setiap kali mendengarnya..."

Sebak.. hiba.. sedih... itu yang aku rasai tiap kali membaca artikal ini, walaupun dibaca berkali-kali agar ingatan itu sentiasa terpahat terus di pelusuk hati...

Tiap kali aku hampir tersilap langkah, Allah cuba tunjukkan jalanNya kembali... Alhamdulillah..

Tapi kadang-kadang terasa terhina dan bodoh kerana sering kali dipermainkan oleh syaitan dan menjadi alatnya..


Aku cuba membuka mata... bukakan hati... tapi aku tetap akui, sering kali tersilap langkah juga... 


Maafkan aku Tuhan.....~


Terima kasih juga pada insan yang telah mengarang artikal tersebut.... Kerana tulisanmu, aku tersedar dari kelalaian duniaku sendiri...


To Encik Seseorang:

"Awak.. sudah cukupkah ini memberi jawapan kenapa setiap kali sikap saya mudah berubah-ubah?

Awak, perlukah saya mengulang kambali kata-kata saya yang awak begitu berharga dalam hidup saya? 

Tiap kali awak bertanyakan pada saya kenapa sikap saya berubah?, kenapa saya lain dari yang dulu?, dan kenapa saya buat kembali perangai lama saya yang mungkin menyebabkan bekas-bekas teman lelaki saya dulu bosan dengan saya dan tinggalkan saya? ='( dan saya tiada jawapan untuk itu.. Tiada kata-kata yang dapat saya ungkapkan...

Tapi awak sangat bijak, tiap kali apa-apa yang berlaku keatas diri saya, awak dapat hidu sama ada saya sedih ke, gembira ke or ada masalah, dan awk akan tetap terus ada dan cuba untuk menyelesaikannya untuk saya...

Tapi sekarang ini, inilah masalah saya... Inilah dia yang cuba saya jelaskan kepada awk... Saya hanya bisa berkata dalam bentuk tulisan, kerana pertuturan agak sukar bagi saya...

Dulu, saya pernah berkata kepada awk, ada tiga perkara yang dapat menjatuhkan lelaki.. Pertama, Harta.. Kedua, Kuasa... dan yang Ketiga, adalah Wanita.....
Dan saya juga pernah berkata pada awak yang saya taknak menjadi wanita yang boleh menjatuhkan awk...

Awak... Bersama dengan awak adalah satu detik yang terindah.. dan kita berada dalam dunia ciptaan kita sendiri... Awak membawa saya terbang.. terbang dan terus terbang... sehingga kadang-kadang saya terlupa, hakikatnya saya berpijak dibumi reality, dan yang terbang itu hanyala satu khayalan yang terindah...

Awak.. tiap kali saya berubah sikap.. tiap itu saya tersedar.... dan tiap kali itu juga saya menjadi keliru...

Awak... Sayangnya saya kepada awak, hanya Allah sahaja yang mengetahui perasaan itu...

Saya tak pernah lupa, mula-mula Allah hadirkan awak dalam hati saya tatkala saya butuh akan pertolongan... Allah mula terbitkan cinta saya terhadap awak tatkala saya jatuh hingga sukar untuk berdiri kerana cinta dahulu saya... Allah juga telah terbitkan cinta di hati awak untuk saya kerana Dia tahu, hanya awak sahaja yang dapat menyintai saya seikhlasnya... Hakikatnya bukan senang untuk saya jatuh hati dan menerima cinta baru secepat itu, tapi ia tetap berlaku disebaliknya, kerana itu kehendakNya... Saya jatuh dahulu kerana cinta lama saya, jadi Dia bagi saya cinta baru dan dari situ saya mula bangkit dan mendapat nafas yang baru.. Allah sentiasa hadirkan awak dalam hidup saya tatkala saya benar-benar dalam kesusahan.. Jadi disitu, boleh awak gambarkan tak betapa saya benar-benar berterima kasih kepada Tuhan, kerana hadirkan diri awak untuk diri saya? dan dari situ juga, saya taknak kecewakan Tuhan dengan sikap dan kelakuan yang boleh mendatangkan kemurkaanNya... Saya takut awak, kerana Dia dah berikan saya satu keindahan, takkan saya nak membalas dengan kedustaan?.. Jadi disini saya juga mengharap pertolongan awak untuk membantu saya...

Saya benar-benar takut akan kekuasaanNya, sebab tue kadang-kadang saya jadi lain dengan awak, dan saya terpaksa cancel date kita... sebab saya benar-benar takut, perlukah saya ulanginya lagi?

Awak.. awak sangat baik... jadi saya tak nak rosakkan awak dengan kelalaian saya mungkin..

Saya takut andai manja saya.. pertuturan saya membuatkan awk dan saya lalai.. maafkan saya awak, saya benar-benar takut andai saya menjadi punca awak jatuh ke lembah kelalaian...

Saya sering kali cuba, cuba dan terus mencuba untuk bertahan kerana saya yakin saya dapat membantu awak ke arah yang lebih baik dan awk juga dapat membantu saya kearah yang lebih baik...

Tapi sedarkah awak, syaitan itu sentiasa ada....

Tolong bantu saya untuk yakin bahawa kita mampu untuk bertahan.. jangan buat sampai saya hilang keyakinan itu... dan sekarang ini saya masih lagi untuk bertahan.... bantu saya ye wak :'(

Mungkin kerana sikap saya tue boleh mendatangkan kebosanan awak dan kebencian awak.. Tapi biarlah awak benci saya dari Allah bencikan awak... sebab saya benar-benar cintakan awak tapi saya juga benar-benar mengharapkan cinta dariNya..

Apa-apa yang berlaku pada hubungan kita... percayala, saya buat semua itu kerana saya sayangkan awak...

Saya seorang muslimah, dilahirkan dalam keluarga Islam.. ibu dan ayah saya juga orang Islam.. begitu juga dengan awak dan keluarga awak... Pertemuan kita, percintaan kita juga adalah ketentuan olehNya.. Jadi bantu saya untuk bercinta secara Islam...

Inilah alasan saya kenapa saya sering kali berubah sikap.... Jadi saya harap sangat untuk awak memahami situasi saya.... "


Seseorang pernah berkata :
"Biarla Tuhan pinjamkan awak lama untuk saya, sebab saya benar-benar menghargai pinjaman dari Tuhan ini....."


Saya sentiasa ingat apa yang awak kata... Sayapun berharap agar awak juga dipinjamkan lama untuk saya..


p/s : Allah S.W.T tak pernah mengecewakan hamba-hambaNya, cuma kadang kala hamba-hambaNya yang sering kali mengecewakan Dia...


Bukan percintaan kita yang sering diuji, 
tapi keIMANan kita sering diuji melalui percintaan





curhatku,
Nurul Nabillah a.k.a Nunub's

2 comments:

  1. akak dulu pun ada membuat kesilapan yg sampai sekarang membuat hati akak sering resah. biarpun sudah bertahun2, pasti hati kita ttp mengenang akan kesalahan kita kerana otak kita masih waras untuk mengenal yang Tuhan itu wujud, dan selagi itulah kita akan takut atas kesalahan-kesalahan yang lalu.

    yang mampu kita buat sekarang hanyalah berdoa agar kesalahan2 yg lalu itu diampunkan tuhan. mungkin ini adalah ujian. hanya umat yang takut akan balasannya saja akan memikirkan baik dan salah yang pernah dilakukan dulu dan hakikatnya akak mengaku akak mmg takut..

    akak cuma berharap ditenangkan hati ini agar memikirkan yang masih ada pintu yang dibuka utk akak walaupun ianya hanyalah sebesar lubang cacing. harap2 nabilla pon begitu..jangan lakukan kesilapan di waktu bercinta ini kerana pasti satu hari nanti kita akan memikirkan kenapa kita melakukan perkara2 itu sedangkan kita wanita yang dihormati..

    ReplyDelete