Acap kali aku terlupa memberi salam sebagai pembukaan bicara.. (Jangan dilupa akan itu lagi ya Cik Nnunub's..) hehe :)
Alhamdulillah~
Jari jemari rancak menaip isi-isi bernas untuk dikongsikan, tetapi acap kali dipadamkan semula...
Bagaimana harus aku bercerita?
Bagaimana harus aku mulakan ayat...?
Akal fikiran ligat mencari ayat yang sesuai, agar perkongsian yang ingin dipertengahkan tidak menguris mana- mana hati dalam ketidak sengajaan (eh betul ke ayat tue? hentam sajalaaaa...)
Sepanjang bergelar Penganggur Terhormat, aku tak mahu masa ini di sia-siakan dengan perkara yang remeh temeh, aku cuba mencari sesuatu, sesuatu yang boleh memperbaiki diri..
Membaca beberapa artikal di ruang iluvislam.com ada sedikit yang membantu tatkala persoalan demi persoalan bermain di ruang kotak ingatan...
Aku insan biasa, yang tidak akan lari dari sebarang kesilapan.. dan juga tidak akan lari dari aspek kelalaian..
Setiap hari ingin aku berubah menjadi baik dan kalau boleh menjadi yang terbaik...
Tapi mampukah aku? huuuuu~
Ilmu didada tentang islam masih cetek lagi walaupun aku sendiri dilahirkan dalam keluarga yang beragama islam...
Kadang-kadang aku bertanya oada diri sendiri... Bagaimana? dan Bolehkah aku berubah?
Persoalan itu telah terjawab sehingga aku terjumpa artikal dari iluvislam.com di ruang profile fb kawan yang bertajuk "Mustahilkah Untuk Melakukan Perubahan?"
http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/1112-mustahilkah-untuk-melakukan-perubahan.html
Dan sejak itu ruang iluvislam.com sering aku kunjungi untuk mencari jawapan-jawapan lain yang boleh meleraikan persoalan-persoalan dalam diri ini...
Aku akui, kadangkala aku perlukan sedikit bantuan dari sudut luar (orang yg terdekat/ teman-teman mahupun bahan ilmiah)
Aku mencuba mencari satu ruang untuk aku fahami dan dalami istilah Muslimah yang Soleha..
Bukan senang nak senang dan bukan susah pula nak susah.. kadang kala jalan ke arah positif sering kali susah dari jalan ke arah negatif... Aku akui mungkin sebab kelalaian diri sendiri membuatkan aku alpa dengan duniaku... atau mungkin ilmu didada tentang islam masih cetek... "Jadi, tolonglah aku..!"
Kadang-kala, kerana sifat aku yang terlalu mencari erti Islam yang sebenar (dalam situasi yang benar ataupun tidak) boleh mendatangkan kekacauan/ kesedihan dalam diri..
Teringat lagi situasi pergaduhan kecil antara aku dan Seseorang tentang hal ini, kerana semua perkara dalam hidup aku tidak boleh... sehingga membuatkan Sang Kekasih Hati terasa...
Ooohh kadang kala aku keliru.. Bagaimana mahu bercinta dalam Islam..?
Kadang kala terfikir oleh aku perlukah aku mengakhiri hubungan ini untuk memperolehi cahayaNya? Perlukah begitu?
Pada Emak aku mengadu.... dan kata-kata emak :
"Bersederhanala dalam sesuatu perkara, jangan terlalu taksub akan sesuatu, kalau akhiri perhubungan yang sedia ada legakah hati itu...? Berusahala sebaiknya, minta pertolong padaNya, cuba berterus terang pada si dia apa yang Nurul tidak suka, dan jikalau dia pergi meninggalkan Nurul hanya kerana itu, Nurul tidak rugi apa-apa.."
Aku tidak sempurna, begitu juga dengan dirinya... Dulu aku akui, kerana aku yang tidak sekuat mana ini aku dambakan insan yang warak, yang boleh membimbing diri aku...
Tapi kadang kala apa yang kita mahukan itu tidak akan dapat.. Yelah, dalam hidup ini tiada yang mudah, semuanya tetap Allah selitkan ujian buat diri kita, untuk melihat sejauh dan sekuat mana iman kita...
Teringat kembali kata-kata seorang teman.. :
"Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. Permulaan 1 hubungan adalah sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.."
To Seseorang :
Kita sama-sama ye sayang :)
Aku mula bertudung di sekolah pada usia 9 tahun, dan pada usia 12 tahun barula aku mulakan hari dan duniakan dengan bertudung..
Tapi..... aku masih ada kekeliruan dalam aspek bertudung.... begini cara pemakaiannya salah, begitu cara pemakaiannyapun salah... ermmmm.....~
Terpana dan tertarik aku melihat fashion bertudung sekarang...
Tapi aku paling tertarik dengan fashion bertudung Turkish..
Entah kenapa cara pemakaian cara bertudung Turkish ini juga aku tertarik sebab ia unik okeh..haha
Tapi ada yang berkata tudung harus menutupi dada...
Jadi haruskah aku bertudung labuh??
beginikah? |
atau..
begini? |
Fashion-fashion muslimah sekarangpun kebanyakkan tidak ada yang labuh.. ermm
Adakah aku bertudung hanya kerana ia fashion?
Ehhh tidak.. tidak... pada mereka yang suka sangat fikir "org perempuan sekarang bertudung sebab fashion je" singkir cepat2 ye, itu namanya syak wasangka dan Allah tidak suka mereka yang sentiasa ada syak wasangka yang buruk-buruk...
Bagi aku, sebagai seorang perempuan/gadis dan wanita, naluri kecantikan dan mahu cantik itu adalah lumrah, kerana aku seorang wanita....
Alhamdulillah juga kerana fashion-fashion bertudung ini telah menampakkan impak yang positif, contohnya mereka yang dahulunya tidak bertudung, sekarang mula bertudung.. kerana ada setengah wanita berfikiran selepas mereka bertudung mereka tidak boleh lagi melawa...
Ermmm...
Ada juga terniat mahu bertudung labuh... tapi aku tak rasa lagi mampu untuk bertudung labuh, mungkin insyaallah satu hari nanti.. dan insyaallah aku akan cuba ia pelan-pelan... Doakan aku ya teman-teman.. Kalau boleh kita sama-sama mencari keredhaanNya... insyaallah..
"Ya Tuhan, hanya Enkau sahaja yang mengetahui apa yang terkandung dalam hati ini, peliharala jiwa dan hati ini, kuatkanlah imanku, Amin..."
cantikkan kartun nie, merekapun bertudung labuh.. |
Dan satu lagi... hehehe...
Cantikkan baju nie? Nak sangat memilikinya.... Nak ye Cik Nunub's, pegi cari kerja cepat-cepat, dapat duit gi beli ye... heheheh ;)
Aku memang suka berfashion walaupun sebenarnya aku seorg pemakai yang sangat sederhana tapi suke tengok mereka yang bertudung dengan style masing-masing... Tak salahkan kalau kita mahu menjadi muslimah yang solehah sambil mengikuti trend terkini?
curhatku,
Nabillah a.k.a Nunub's
semua perkara tolak balik terpulang pada diri, jika kita menyimpan niat nak berubah biarlah bukan secara drastik sebab semua tu akan jadi sementara, percayalah!..Selabuh mana tudung dipakai kalau tidak dituntut dengan ilmu agama yang sama lavelnya pasti akan mengundang rasa ragu2..ragu2 kerana apa? ragu2 kerana hati ini sering dibisikkan dengan kata2 yang "tak payahlah pakai tudung labuh dulu, pakai begini pun dah cukup"..iblis mmg pandai bermain dgn kata2. jadi hati kena kuat. Sebab hanya hatilah yang menjadi tunggak kpd segala kemungkinan..
ReplyDeleteSalam kak CT, terima kasih.. ya, sy akui sbgai manusia biasa, bisikan iblis tidak akn lekang dalam diri ini, sntiasa dia mncari peluang untuk cuba menyesat kita yg agak kurang akn ilmu2 agama ini.... niat mahu berubah ada sahaja di ht, tp itula, sme ada ia brsedia ataupun tdk prsoalannya.. sy tkut juga kalau sy trus scre drstik brubah, sy takut ia xlama... insyaallah, bila sy dh brsedia, sama2la memberi sokongan agar ht sy kuat utk trus brtahan :)
ReplyDeleteaminnnnnnnn...insyaAllah..
ReplyDeleteamin.. terima kasih :)
ReplyDeletenice..:)
ReplyDelete