Saturday, January 15, 2011

Kekeliruan..

Assalamualaikum..

Sekali lagi kekeliruan dalam diri ini melanda... mungkin juga ditujukan khas kepada hati...

Kekeliruan...

Kekeliruan.......

Penatnya aku nak melayan kekeliruan ini...

Kadang-kadang, aku redahkan saja apa yang terjadi hanya kerana malas gila hendak melayan kekeliruan ini....

Jika aku dalam kekeliruan, makin banyak persoalan-persoalan yang muncul, semakin semak kepala aku untuk mencari jawapan....

huh'

Kekeliruan.....

Bantu aku meleraikan kekeliruan ini dan merungkai kembali persoalan-persoalan yang ada...

Mahu sahaja aku semakin tewas dalam kekeliruan ini....

Mahu sahaja aku berputus asa...

Aku semakin penat...........................................................................................................!

Ini ada sedikit perkongsian yang ingin aku berkongsikan bersama dengan kalian...

Diambil dari artikel iluvislam.com..

Hati dan Akal bicara tentang Cinta

Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..

Akal : Assalamualaikum, sahabat.

Hati : Waalaikumussalam...

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati terdiam...

Akal bertanya sekali lagi.

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati : Kurang sihat mungkin.

Akal : Mengapa?   

Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...

Akal : Dia yang mana, sahabatku?

Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..

Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.

Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.

Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.

Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.

Akal : Apa makna cinta?       

Hati : Kasih dan sayang.

Akal : Bagiku cinta itu gila.

Hati : Mengapa pula?

Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?

Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.

Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?

Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.

Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.

Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?

Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Hati terdiam lagi...

Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?

Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?

Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..

Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?

Hati diam dan tertunduk...

Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!

Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...

Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!

Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...


curhatku,
nabilla

Thursday, January 13, 2011

Kenapa saya berubah sikap..

Assalamualaikum...

Untuk tatapan kaum hawa dan jawapan kepadamu wahai kamu yang bernama Seseorang..

Aku menjumpai artikal ini di ruang kenalan FB.. Semoga ia memberi manfaat kepada kamu- kamu (hawa) yang mungkin juga seperti aku yang sedang mencari sebuah jawapan...

"Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh Hawa... 

Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam.. Kamu dizalimi... Hak kamu dicerobohi... Kamu ditanam hidup hidup.. Tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam... Tiada nilaian di mata adam... Kamu hanyalah sebagai alat memuaskan hawa nafsu semata-mata..

Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam... Bila sinar islam berkembang... Darjat kamu diangkat.. Dipandang mulia dan Mendapat tempat disisi ALLAH sehingga tiada sebaik hiasan dunia melainkan WANITA SOLEHAH... 

Wahai Hawa... Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman cara islam itu?? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaran-Nya??  Kenapa masih segan mengamalkan isi kandungan-Nya?? Kenapa masih was-was dalam mematuhi perintah-Nya?? Dan Kenapa masih tak mahu menutup aurat..wahai hawa?? 
Wahai Hawa... Tangan yang mengayunkan buaian bisa menggoncang dunia... Sedarkah Hawa, kau bisa mengoncangkan dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni anak yang soleh & solehah... Engkau bisa menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongon pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia... TAPI hawa, jangan sesekali kau cuba menggoncangkan keimanan lelaki dengan lembut tuturmu.. Dengan Ayu wajahmu.. Dengan lenggok tubuhmu.. Jangan engkau menhentak hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.. 

JANGAN HAWA JANGAN...!!

Jangan sesekali cuba menarik pehatian kaum adam yang bukan suamimu, kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH... Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah alat syaitan.. Alat diekploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam............ 

Hawa... Andai Engkau belum berkahwin, janganlah engkau risau akan jodohmu... Ingatlah hawa janji Tuhan kita... Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik... Janganlah menggadaikan maruahmu hanya semata-mata seorang lelaki ajnabi... Jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian atau bertujuan memikat seorang lelaki Ajnabi... Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati.. dan dari pertemuan itu takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai dirimu... 

Hawa... Lelaki yang baik tidak melihat paras rupamu... Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya... Lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya... Kemanjaannya serta kemampuannya mampu mengoncang iman mereka.. Tetapi hawa.. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut untuk memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya.. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan antara lelaki dan wanita.. ADALAH SEBUAH PERKAHWINAN.. 

Oleh itu Hawa... Jagalah pandanganmu.. Awasilah pandanganmu... Awasilah auratmu... Peliharalah akhlakmu... Kuatkanlah pendirianmu.. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu... Cukuplah hanya cinta ALLAH yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu... Biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang beri hangatan kebahagian buat dirimu.. Cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu... 

Hawa.... Cintailah ALLAH dikala susah dan senang kerana kau akan perolehi cinta dari insan yang juga menyintai ALLAH... Cintailah kedua ibubapamu kerana engkau akan perolehi keredhaan ALLAH... Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga.. Hawa.... Ingatan yang terakhir... Biarlah tangan yang mengayun buaian ini bisa mengoncangkan dunia dalam mencapai keredhaan ALLAH.. Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia ini juga mengoncangkan iman lelaki.. KERANA aku sukar menerimanya dan benci setiap kali mendengarnya..."

Sebak.. hiba.. sedih... itu yang aku rasai tiap kali membaca artikal ini, walaupun dibaca berkali-kali agar ingatan itu sentiasa terpahat terus di pelusuk hati...

Tiap kali aku hampir tersilap langkah, Allah cuba tunjukkan jalanNya kembali... Alhamdulillah..

Tapi kadang-kadang terasa terhina dan bodoh kerana sering kali dipermainkan oleh syaitan dan menjadi alatnya..


Aku cuba membuka mata... bukakan hati... tapi aku tetap akui, sering kali tersilap langkah juga... 


Maafkan aku Tuhan.....~


Terima kasih juga pada insan yang telah mengarang artikal tersebut.... Kerana tulisanmu, aku tersedar dari kelalaian duniaku sendiri...


To Encik Seseorang:

"Awak.. sudah cukupkah ini memberi jawapan kenapa setiap kali sikap saya mudah berubah-ubah?

Awak, perlukah saya mengulang kambali kata-kata saya yang awak begitu berharga dalam hidup saya? 

Tiap kali awak bertanyakan pada saya kenapa sikap saya berubah?, kenapa saya lain dari yang dulu?, dan kenapa saya buat kembali perangai lama saya yang mungkin menyebabkan bekas-bekas teman lelaki saya dulu bosan dengan saya dan tinggalkan saya? ='( dan saya tiada jawapan untuk itu.. Tiada kata-kata yang dapat saya ungkapkan...

Tapi awak sangat bijak, tiap kali apa-apa yang berlaku keatas diri saya, awak dapat hidu sama ada saya sedih ke, gembira ke or ada masalah, dan awk akan tetap terus ada dan cuba untuk menyelesaikannya untuk saya...

Tapi sekarang ini, inilah masalah saya... Inilah dia yang cuba saya jelaskan kepada awk... Saya hanya bisa berkata dalam bentuk tulisan, kerana pertuturan agak sukar bagi saya...

Dulu, saya pernah berkata kepada awk, ada tiga perkara yang dapat menjatuhkan lelaki.. Pertama, Harta.. Kedua, Kuasa... dan yang Ketiga, adalah Wanita.....
Dan saya juga pernah berkata pada awak yang saya taknak menjadi wanita yang boleh menjatuhkan awk...

Awak... Bersama dengan awak adalah satu detik yang terindah.. dan kita berada dalam dunia ciptaan kita sendiri... Awak membawa saya terbang.. terbang dan terus terbang... sehingga kadang-kadang saya terlupa, hakikatnya saya berpijak dibumi reality, dan yang terbang itu hanyala satu khayalan yang terindah...

Awak.. tiap kali saya berubah sikap.. tiap itu saya tersedar.... dan tiap kali itu juga saya menjadi keliru...

Awak... Sayangnya saya kepada awak, hanya Allah sahaja yang mengetahui perasaan itu...

Saya tak pernah lupa, mula-mula Allah hadirkan awak dalam hati saya tatkala saya butuh akan pertolongan... Allah mula terbitkan cinta saya terhadap awak tatkala saya jatuh hingga sukar untuk berdiri kerana cinta dahulu saya... Allah juga telah terbitkan cinta di hati awak untuk saya kerana Dia tahu, hanya awak sahaja yang dapat menyintai saya seikhlasnya... Hakikatnya bukan senang untuk saya jatuh hati dan menerima cinta baru secepat itu, tapi ia tetap berlaku disebaliknya, kerana itu kehendakNya... Saya jatuh dahulu kerana cinta lama saya, jadi Dia bagi saya cinta baru dan dari situ saya mula bangkit dan mendapat nafas yang baru.. Allah sentiasa hadirkan awak dalam hidup saya tatkala saya benar-benar dalam kesusahan.. Jadi disitu, boleh awak gambarkan tak betapa saya benar-benar berterima kasih kepada Tuhan, kerana hadirkan diri awak untuk diri saya? dan dari situ juga, saya taknak kecewakan Tuhan dengan sikap dan kelakuan yang boleh mendatangkan kemurkaanNya... Saya takut awak, kerana Dia dah berikan saya satu keindahan, takkan saya nak membalas dengan kedustaan?.. Jadi disini saya juga mengharap pertolongan awak untuk membantu saya...

Saya benar-benar takut akan kekuasaanNya, sebab tue kadang-kadang saya jadi lain dengan awak, dan saya terpaksa cancel date kita... sebab saya benar-benar takut, perlukah saya ulanginya lagi?

Awak.. awak sangat baik... jadi saya tak nak rosakkan awak dengan kelalaian saya mungkin..

Saya takut andai manja saya.. pertuturan saya membuatkan awk dan saya lalai.. maafkan saya awak, saya benar-benar takut andai saya menjadi punca awak jatuh ke lembah kelalaian...

Saya sering kali cuba, cuba dan terus mencuba untuk bertahan kerana saya yakin saya dapat membantu awak ke arah yang lebih baik dan awk juga dapat membantu saya kearah yang lebih baik...

Tapi sedarkah awak, syaitan itu sentiasa ada....

Tolong bantu saya untuk yakin bahawa kita mampu untuk bertahan.. jangan buat sampai saya hilang keyakinan itu... dan sekarang ini saya masih lagi untuk bertahan.... bantu saya ye wak :'(

Mungkin kerana sikap saya tue boleh mendatangkan kebosanan awak dan kebencian awak.. Tapi biarlah awak benci saya dari Allah bencikan awak... sebab saya benar-benar cintakan awak tapi saya juga benar-benar mengharapkan cinta dariNya..

Apa-apa yang berlaku pada hubungan kita... percayala, saya buat semua itu kerana saya sayangkan awak...

Saya seorang muslimah, dilahirkan dalam keluarga Islam.. ibu dan ayah saya juga orang Islam.. begitu juga dengan awak dan keluarga awak... Pertemuan kita, percintaan kita juga adalah ketentuan olehNya.. Jadi bantu saya untuk bercinta secara Islam...

Inilah alasan saya kenapa saya sering kali berubah sikap.... Jadi saya harap sangat untuk awak memahami situasi saya.... "


Seseorang pernah berkata :
"Biarla Tuhan pinjamkan awak lama untuk saya, sebab saya benar-benar menghargai pinjaman dari Tuhan ini....."


Saya sentiasa ingat apa yang awak kata... Sayapun berharap agar awak juga dipinjamkan lama untuk saya..


p/s : Allah S.W.T tak pernah mengecewakan hamba-hambaNya, cuma kadang kala hamba-hambaNya yang sering kali mengecewakan Dia...


Bukan percintaan kita yang sering diuji, 
tapi keIMANan kita sering diuji melalui percintaan





curhatku,
Nurul Nabillah a.k.a Nunub's

Monday, January 10, 2011

Yang Terindah Itu..

Assalamualaikum....

Okeh okeh, sebenarnya memang dah lama aku nak buat entry nie, tapi tunggu dan tunggu masa yang agak sesuai, kang orang kata aku nie nampak cam dah kempunan pula....

Waaaa aku memang dah kempunan...!!

Ish Nabilla nie... wwuuwuuuu~

Siapa suka budak kecik? pat pat angkat tangan, angkat tangan...!

Yup, aku memang suka sangat dengan budak kecik, tapi kadang-kadang cuak gak, terutama tengok part muka baby nak nangis... haaa time tue confirm aku menjauhkan diri wuuwwuuwuuuu~

Tapi kebanyakkan ramai yang tidak tahu, sebelum mereka mendapat anugerah yang paling terindah itu, mereka mereka akan melalui detik-detik terindah dan fizikal yang terindah yang hanya dalam tempoh SEMENTARA iaitu selama  9 bulan SAHAJA..!

(Tapi mak aku kata, indah memang lah indah, tapi perit tetap perit.. Dengan loyanya, nak pitamnya, dengan badan yang makin berat, kaki sakit, kaki lenguh, dengan ngidamnya.... huhuhuhuh menakutkannn)

"Macam itu sekalikah?"

Encik Seseorang pernah bertanya..

"Kalau awak kan, awak nak berapa orang anak?"

"Saya? Kalau boleh saya nak ramai.. mungkin dalam 5, 6 orang...kut heheh"


"Owhh kalau saya cukupla empat saje, taknak la ramai sangat.."

"Erk.."

"Saya sebenarnya tak kisah dapat berapa, cuz rezeki tue dari Tuhan, jadi kita terima sahaja, tapikan wak, kalau boleh saya teringin sangat nak dapat kembar weeweeeee ^_^"


"Kembar? haa boleh boleh tapi biarla untuk yang kedua atau ketiga.."

"Eh kan bagus kalau yang pertama terus dapat kembar.. alohloh t0meynyaa.."


"Ehh tamau, nanti kesian isteri saya, nanti mesti dia sakit nak lahirkan budak dua kali dalam satu masa.."


"Hahaha.... insyaallah boleh.. Saya tak kisah dapat single ke, twin ke, saya terima.. dah katapun rezeki dari Tuhan, tapi.... keinginan nak dapat kembar tetap ada..wuuwuu"


"Insyaallah... awak.. awak tak takut ke mengandung? nanti perut besar.."


"Eh takderla... saya lagi nak wak.. saya suka... saya suka tengok orang mengandung, inikan pula kalau saya yang mengalaminya.."


"Bukan semua orang perempuan tak suka ke?.."


"Eh takderla, tak semua.. tahu tak, mereka yang dalam keadaan mengandung lebih indah rupanya berbanding kita yang biasa nie... tapi itu dari sudut mata sayala, cuz bagi saya memang perempuan mengandung itu sangat indah sebab.... dalam kandungan itu terdapat sesuatu yang sangat terindah dari hasil hubungan yang terindah" (okeh ini utk hubungan yang halal SAHAJA)


Percayala cakap aku, perempuan yang dalam keadaan mengandung itu sangat terindah..

Si ibu berbicara bersama bayi dari ht ke ht




kasih sayang

satu harapan

satu penantian


Waahhhhh sayu pula rasa di hati ini.... sabar nabilla... sabar~

Anugerah yang terindah.. waaahhh ^_^

Aku akui dari dulu sebenarnya keinginan ini ada.. sumtimes ia membuak-buak...

Pernah satu ketika tue aku bermimpi tentang kelahiran dan menjaganya..

Dan bila terjaga dari mimpi, baru tersedar ia hanya sekadar mimpi, titisan air mata mulai membasah pipi....

"Aaahhh korang, boleh bagitahu aku tak, itu tandanya apa? adakah benar aku tak sabar-sabar? "

Owhh tidak.. soal masa depanpun harus aku fikirkan juga... Bagaimana mahu berkahwin and melahirkan anak kalau dari sudut kewanganpun belum stabil...

Aku tak mahu bagi anak aku makan pasir.. kesian dorang...

Okeh-okeh, rasanya aku dah ke topik lain lak iaitu topik tak sabar.. haha... Sekarang kita berbalik pada topik asal kita iaitu "Yang Terindah Itu.."

Yup, sangat terindah...

Bila dah melalui detik-detik terindah itu pasti akan mendapat anugerah yang terindah.. Alhamdulillah untuk mereka...

Yang dinantikan..
Anugerah yang terindah..

kasih sayang

Saya sukakannya :')

Setiap ibu-ibu dan ayah-ayah pasti punyai impian bila sudah bergelar ibu dan ayah.. Impian mahu mendidik dan menjadi yang terbaik buat anak-anak mereka..

wuwuwu sebab tue aku agak beremosi sikit kebelakangan nie bila sentuh isu kekeluargaan.. Bagaimana pengharapan aku kelak, pasti ibu dan ayah aku juga punyai pengharapan begitu dahulu terhadap aku dan adik-adik..

Sumtime segunung penyesalanpun ada terhadap ibu dan ayah aku kerana sering menyusahkan mereka..

Jadi..! Buktikan kau boleh menjadi terbaik untuk orang tuamu Nurul Nabillah...!

Yeahhh..!! insyaallah, Moga Allah permudahkannya, amin...

Buat Bakal Suamiku (Sesiapapun dia):
"Cukupla sekadar kau menjadi pendamping yang sangat baik buat aku dan juga bakal anak-anakmu kerna aku juga akan berbuat begitu hanya dengan niat kerna Allah Ta'ala.."

Aku juga turut tumpang gembira dengan kebahagiaan teman-teman seperjuanganku dahulu yang telah bertemu dan memperolehi kebahagiaan mereka sendiri, Alhamdulillah...

Ayien Bahiah





Hazirah


Azura


Yana


Hasmah




Aku hanya boleh komen mereka nampak sangat bahagia apabila melihat raut wajah mereka.. Tapi hakikatnya aku sendiripun tidak tahu apa isi hati mereka yang sudahpun bergelar ibu muda...

So Kak Siti Nazariah, ada apa-apa komen yang sudahpun bergelar ibu hot ini? Adakah ia seindah yang saya gambarkan? ataupun sebaliknya?

haha, okeh-okeh, ini aku nk memperkenalkan lagi sorang baby yang sangat kiut, iaitu anak buah sahabat aku sendiri iaitu Nurshahidah Sharif..

Okeh budak kecik yang kiut miut nie namanya Zulaikha (kalau tak silap saya ye kak CT hehe)



Saya suka sgt tgk keluarga ini ^_^ sgt sweet!
Alhamdulillah~

Aku tahu untuk berkeluarga tanggungjawabnya sangat besar... Kosnya pun mesti besar juga..

Jadi aku kena siap sedia tentang kos kos kosnya cepat cepat cepat...! huhu

Rasanya tak salahkan kalau kita punyai angan-angan untuk memiliki yang terindah itu seawal ini?

Aku akan tunggu saat Yang Terindah Itu dengan penuh kesabaran.. :)

okeh ini sepupuku yang sangat rapat.. Hawa Hashikin namanya... cantikkan? Ye sepupu-sepupuku semuanya sangat-sangat cantik.. 
 
Dia tua setahun dari aku, dulu time masing -masing di alam kanak-kanak, main bersama, mandi bersama, pastu cuci pingganpun sama-sama haha... Aku sangat rindukan saat itu..
 
Sekarang dia sudahpun selamat berkahwin dan sekarang nie dia mengandung dalam 5 ke 6 bulan macam tue, cuba tengok perut dia tue, chomeykan.. haha ritu waktu dia datang KL, terkejut beruk aku tengok perut dia.. waa adakah anda dapat bayangkan betapa aku terlalu EXCITED dengan perut dia?? hahaha.... Rasa sangat tak percaya.. Sepupu yang dulu bersama-sama, kini sudah mahu menjadi ibu budak.. hehe.. walau papepun kau memang leh jadi hot mama bik.. haha and semoga kebahagiaan itu menjadi  milikmu sentiasa, amin...

btw, juz nak citer-citer je.. ritu duk jejalan dengan kawan aku kt Maju Junction, singgah kejap kat F.O.S, niat di hati juz nak temankan je member beli baju.. last-last ini yang aku jumpa... waahhhh sangat kiut kiut.. hati mana tahan maaa, ongkospun macam murah kalau beli tiga helai ma.. so tiga-tiga saya sapu maa... itu macam kah? kehkehkeh...





dekat nawal nie, baju dia agak panjang sikit

Teringat lagi waktu aku keluarkan baju nie kat dalam beg and tunjukkan kat mak, mak kata "alohloh comelnyaa.."

Haha mana tak comelnya, sume kecik-kecik.... Bila orang tanya asal beli baju bayi, aku jawab "saje nak wat hamper untuk kawan-kawan yang bakal nak lahirkan zuriat" tapi kau haaa hambek..! diri sendiri yang nk wat perkasam..huhuhu..

Serius, sangat chomel baju-baju nie... untuk pertama kali aku beli barangan budak kecik, aku rasa sangat lain.. excitednya tak sama seperti aku beli barang untuk buat cenderahati... huhu...

okeh, mungkin korang rasa pelik, terutama kaum lelaki yang mungkin triple kepelikan rasanya..haha

Okeh inilah aku, xleh nak buat apa...

p/s : Encik Seseorang jangan risau ye... tak bermakna saya nak suwuh awk kahwin ngn saya cepat-cepatla.... ini hnya satu impian.. xsalahkn kalau saya nak bermimpi di siang hari untuk memiliki sesuatu yang terindah? hehe

Okeh ini ada sedikit perkongsian buat tatapan sesiapa sahaja yang membaca entry ini:

Menurut Ma'qal bin Yasar, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Berkahwinlah dengan wanita yang penyayang dan melahirkan anak yang ramai. Sesungguhnya aku berbangga memiliki umat yang ramai.." 

 Hadis riwayat Abu Daud.

Sekian
curhatku,
Nabilla a.k.a Nunub's

Sunday, January 9, 2011

Terus manjakan saya ye ..

Krriinnngggggg....!!!

Teriakan handphone yang mahu diangkat dengan segeranya..

1.35am

"Hello, Assalamualaikum.."

"Hello, Wa'alaikumusalam.."

"Hye sayang, dah tido dah?"

"Heheh, hye.. yeee.."

"Saya dah balik dah, jap-jap saya ada sesuatu untuk awk, jangan tido lagi tau.."

"okey.."

Alunan bunyi gitar mula kedengaran.. bersama dengan nyanyian dari Si Pengarang Jantung Hati Dupdap dupdapku..

Aku hanya mampu mendengar.. tersenyum dan terus tersenyum....

Sinar matamu bagai api menyambar
Haruskah engkau dan aku sama
Bara restu cintamu aku terpandang
Oleh pancaran demi cinta kristal

Kini aku terlontar ke dasar cintamu suci
Kini aku mengenal akan kepastian
Agungnya cintamu
Hangat membakar panas membara

Mentari cintaku ini jangan dipadamkan
Jika terpadam fanalah harapan

Kasih tunjukkan aku murni cintamu kasih
Biar aku ilhamkan akan kesucian
Kasih dan cintamu
Terus memancar terus membara

Jangan padamkan mentari cinta
Jangan padamkan demi cinta kristal
Bawa ku pulang
Bawa ku pulang
Bawa ku pulang.... oohhh nabilla

"muuaahh.. saya cintakan awak nabilla"

Pagi-pagi buta dah dapat panggilan dari Encik Seseorang, siap mainkn gitar n nyanyi lagi tue.. Waaa satu dodoian yang sangat berkesan...hahaha

"Sayang sayang.. hehe"

Hubungan percintaan... kadang kala ada pasang surutnya...
Walaupun hubungan kami dah genap 4 bulan, kami masih lagi dalam proses mengenali dan memahami antara satu sama lain...

"huhu aku ingatkan, tempoh 3 bulan adalah satu tempoh yang cukup untuk mengenali siapa pasangan kita sebenarnya"

Tapi nampaknya aku silap, sebab sampai bebilapun kau akan terkejut dengan setiap gerak geri or perangai sebenar pasangan kau terkeluar...

Kebelakangan nie hubungan aku dengan Encik Seseorangpun kadang-kala ditiup angin yang sempoi2 bahasa gitu, itu maksudnya agak sedikit goyangla.. huhu macam aku cakapkan tadi, kami dalam proses untuk mengenali dan memahami...

Yang bestnya dengan Encik Seseorang nie dia pandai memujuk... see, pagi2 buta dah dapat orang dodoikan free-free gitu...hahaha adeh, Perangai Encik Seseorang memang kadang-kala mencuit hati kecilku ini...

Sebenarnya serba salah juga aku pada Encik Seseorang, aku tahu, kebelakangan nie aku yang cuba buat perangai.. mungkin sebab masalah perempuan kut, ala biasala, paham-pahamkan sahaja bila perempuan OTW nak ke bulan mengambang niekan, so mood dia kadang kala KO sikit... or mungkin KO banyak hohohoho~

To Encik Seseorang : "Awak dah banyak berusaha yang terbaik untuk hubungan ini, ada seketika saya terlepas pandang pada kebaikan itu.. Saya akui saya silap, tapi ha'ha, jangan ingat nak rasa lega tau... kadang kala awak pun ada wat kita terasa (dah muncung sedepa nie).. jahat tau..! huhu.. Proses untuk mengenali, itu yang pasti antara kita... Awak harapkan yang terbaik dalam hubungan ini, begitu juga dengan saya, so just stay with me and teruskan bersabar dengan saya ye sayang hekhekhek ;p.."

"Isu memujuk nak datang depan rumah bagi bunga, teddy bear or trus masuk meminangpun okay juga.. haha (kena bahan dengan ira je tau).. tp pilihan yang terbaik ini sahaja sayang, just stay, playing ur guitar and singing for me... that's enough for me sayang.. awak pandai main gitar sayang, suara awak pun sedap.. (cair dah sy, cair dah.. abes..abes haha)"

"Sayang, lepas kahwin (insyaAllah) nanti, biar saya duduk sebelah sayang sambil baring kat bahu sayang, sayang terus main gitar n bernyanyi untuk saya tau.. saya benar-benar sukakannya.."

"btw, thanks for everything sayang... I love you forever and ever and ever...!! insyaallah.."

p/s : terus manjakan saya dan sayangkan saya ye.. ^_^

curhatku,
Nurul Nabillah a.k.a Nunub's

Thursday, January 6, 2011

Aku juga insan biasa..

Assalamualaikum..

Acap kali aku terlupa memberi salam sebagai pembukaan bicara.. (Jangan dilupa akan itu lagi ya Cik Nnunub's..)  hehe :)

Alhamdulillah~

Jari jemari rancak menaip isi-isi bernas untuk dikongsikan, tetapi acap kali dipadamkan semula...

Bagaimana harus aku bercerita?

Bagaimana harus aku mulakan ayat...?

Akal fikiran ligat mencari ayat yang sesuai, agar perkongsian yang ingin dipertengahkan tidak menguris mana- mana hati dalam ketidak sengajaan (eh betul ke ayat tue? hentam sajalaaaa...)

Sepanjang bergelar Penganggur Terhormat, aku tak mahu masa ini di sia-siakan dengan perkara yang remeh temeh, aku cuba mencari sesuatu, sesuatu yang boleh memperbaiki diri..

Membaca beberapa artikal di ruang iluvislam.com ada sedikit yang membantu tatkala persoalan demi persoalan bermain di ruang kotak ingatan...

Aku insan biasa, yang tidak akan lari dari sebarang kesilapan.. dan juga tidak akan lari dari aspek kelalaian..

Setiap hari ingin aku berubah menjadi baik dan kalau boleh menjadi yang terbaik...

Tapi mampukah aku? huuuuu~

 Ilmu didada tentang islam masih cetek lagi walaupun aku sendiri dilahirkan dalam keluarga yang beragama islam...

Kadang-kadang aku bertanya oada diri sendiri... Bagaimana? dan Bolehkah aku berubah?

Persoalan itu telah terjawab sehingga aku terjumpa artikal dari iluvislam.com di ruang profile fb kawan yang bertajuk "Mustahilkah Untuk Melakukan Perubahan?"

http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/1112-mustahilkah-untuk-melakukan-perubahan.html

Dan sejak itu ruang iluvislam.com sering aku kunjungi untuk mencari jawapan-jawapan lain yang boleh meleraikan persoalan-persoalan dalam diri ini...

Aku akui, kadangkala aku perlukan sedikit bantuan dari sudut luar (orang yg terdekat/ teman-teman mahupun bahan ilmiah)

Aku mencuba mencari satu ruang untuk aku fahami dan dalami istilah Muslimah yang Soleha..

Bukan senang nak senang dan bukan susah pula nak susah.. kadang kala jalan ke arah positif sering kali susah dari jalan ke arah negatif... Aku akui mungkin sebab kelalaian diri sendiri membuatkan aku alpa dengan duniaku... atau mungkin ilmu didada tentang islam masih cetek... "Jadi, tolonglah aku..!"

Kadang-kala, kerana sifat aku yang terlalu mencari erti Islam yang sebenar (dalam situasi yang benar ataupun tidak) boleh mendatangkan kekacauan/ kesedihan dalam diri..

Teringat lagi situasi pergaduhan kecil antara aku dan Seseorang tentang hal ini, kerana semua perkara dalam hidup aku tidak boleh... sehingga membuatkan Sang Kekasih Hati terasa...

Ooohh kadang kala aku keliru.. Bagaimana mahu bercinta dalam Islam..?

Kadang kala terfikir oleh aku perlukah aku mengakhiri hubungan ini untuk memperolehi cahayaNya? Perlukah begitu?

Pada Emak aku mengadu.... dan kata-kata emak :

"Bersederhanala dalam sesuatu perkara, jangan terlalu taksub akan sesuatu, kalau akhiri perhubungan yang sedia ada legakah hati itu...? Berusahala sebaiknya, minta pertolong padaNya, cuba berterus terang pada si dia apa yang Nurul tidak suka, dan jikalau dia pergi meninggalkan Nurul hanya kerana itu, Nurul tidak rugi apa-apa.."

Aku tidak sempurna, begitu juga dengan dirinya... Dulu aku akui, kerana aku yang tidak sekuat mana ini aku dambakan insan yang warak, yang boleh membimbing diri aku...

Tapi kadang kala apa yang kita mahukan itu tidak akan dapat.. Yelah, dalam hidup ini tiada yang mudah, semuanya tetap Allah selitkan ujian buat diri kita, untuk melihat sejauh dan sekuat mana iman kita...

Teringat kembali kata-kata seorang teman.. :

"Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. Permulaan 1 hubungan adalah sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.."

To Seseorang :
Kita sama-sama ye sayang :)

Aku mula bertudung di sekolah pada usia 9 tahun, dan pada usia 12 tahun barula aku mulakan hari dan duniakan dengan bertudung..

Tapi..... aku masih ada kekeliruan dalam aspek bertudung.... begini cara pemakaiannya salah, begitu cara pemakaiannyapun salah... ermmmm.....~

Terpana dan tertarik aku melihat fashion bertudung sekarang...
Tapi aku paling tertarik dengan fashion bertudung Turkish..














Entah kenapa cara pemakaian cara bertudung Turkish ini juga aku tertarik sebab ia unik okeh..haha


Tapi ada yang berkata tudung harus menutupi dada...

Jadi haruskah aku bertudung labuh??

beginikah?
 atau..

begini?


Fashion-fashion muslimah sekarangpun kebanyakkan tidak ada yang labuh.. ermm

Adakah aku bertudung hanya kerana ia fashion?

Ehhh tidak.. tidak... pada mereka yang suka sangat fikir "org perempuan sekarang bertudung sebab fashion je" singkir cepat2 ye, itu namanya syak wasangka dan Allah tidak suka mereka yang sentiasa ada syak wasangka yang buruk-buruk...

Bagi aku, sebagai seorang perempuan/gadis dan wanita, naluri kecantikan dan mahu cantik itu adalah lumrah, kerana aku seorang wanita....

Alhamdulillah juga kerana fashion-fashion bertudung ini telah menampakkan impak yang positif, contohnya mereka yang dahulunya tidak bertudung, sekarang mula bertudung.. kerana ada setengah wanita berfikiran selepas mereka bertudung mereka tidak boleh lagi melawa...

Ermmm...

Ada juga terniat mahu bertudung labuh... tapi aku tak rasa lagi mampu untuk bertudung labuh, mungkin insyaallah satu hari nanti.. dan insyaallah aku akan cuba ia pelan-pelan... Doakan aku ya teman-teman.. Kalau boleh kita sama-sama mencari keredhaanNya... insyaallah..

"Ya Tuhan, hanya Enkau sahaja yang mengetahui apa yang terkandung dalam hati ini, peliharala jiwa dan hati ini, kuatkanlah imanku, Amin..."


cantikkan kartun nie, merekapun bertudung labuh..

Dan satu lagi... hehehe...


Cantikkan baju nie? Nak sangat memilikinya.... Nak ye Cik Nunub's, pegi cari kerja cepat-cepat, dapat duit gi beli ye... heheheh ;)

Aku memang suka berfashion walaupun sebenarnya aku seorg pemakai yang sangat sederhana tapi suke tengok mereka yang bertudung dengan style masing-masing... Tak salahkan kalau kita mahu menjadi muslimah yang solehah sambil mengikuti trend terkini?



curhatku,
Nabillah a.k.a Nunub's