Thursday, November 4, 2010

kawan saya dah bertunang ^_^

Alhamdulillah... Seorang lagi sahabat yang hampir mendirikan sebuah masjid..

Siapa dia ye? heheh .....

Inilah Cik Bainun.. Budak- budak Kolej YPC pasti kenal dia... terutama budak kelas aku... Si Gadis Manis rebutan ramai jejaka...hehehe

Alhamdulillah.... akhirnya selamat dia dan kekasih hatinya bertunang pada 30 oct '10...
Terpancar keceriaan dan 1 pengharapan kebahagiaan diwajahnya untuk hubungan yang lebih serius tersebut.... Alhamdulillah....

Buatmu wahai teman..... Moga hubungan kalian kekal hendaknya.... dan moga kebahagiaan itu milik kamu dan pasangan.... Amin.. ^_^

(Saya pun nak bertunang gak, muleh? hekhekhek....... ) gatainyaaaa nub's nie ;p

Perbualan antara aku dengan Acik Piah time bersantai tepi kolam kt Tiara Beach Resort,PD

"Acik, saya sentiasa fikir, macam mana kita nah tahu yang kita dah bersedia untuk berkahwin?"


"Tengok pada kewangan korang, Nurul kena fikir selepas berkahwin, apa yang Nurul nak buat? samada nak bekerja ataupun tidak.. Tapi sebagai seorang perempuan, kita tak boleh terlalu bergantung sahaja pada suami/ lelaki kelak, at least kita ada income sendiri.."


"A'a Nurul memang ingat selepas berkahwinpun Nurul nak bekerja... Nurul nak capai cita-cita Nurul... tapi betul ke kalau kita dah kahwin, had nak capai cita-cita tue tipis?"


"Itu terpulang pada diri Nurul sendiri dan pada pasangan Nurul..."

"Korang kena ada plan selepas berkahwin, macam mana nak cover balik duit korang yang telah berhabisan kat perkahwinan itu sahaja.. "


"Ermm..." (berfikir)


"Nurul tengah berusaha untuk stabilkan kewangan Nurul, dia pun sama.. Tapi dia tue kerjapun okay so tak jadi masalah buat dia sal kewangan, tapi Nurul... Nurul baru je berhenti kerja, so kena b'kerja keras sikit soal cari duit cuz Nurul pun tak nak bergantung harap dengan dia sahaja soal kewangan.."


"Macam niela, Nurul mantapkan dulu kewangan Nurul, lepas tue kalau dah okay baru fikir soal tue, kalau boleh jangan lama-lama sangat, bertunang ke bercinta ke, takyah lama sebab sekarang dugaan banyak.. macam Acik dulu bercinta baper bulan je, then bertunang, pastu selang beberapa bulan terus nikah.. Kalau betul-betul rasa nak kahwin, haa bertunang dulu.. tunggu bape bulan, terus kahwin.."


"Hahaha saya kalau bolehpun tak nak lama-lama cik, memang banyak dugaan sungguh... biarla yang ketiga ini buat selamanya, saya tak sanggup nak bertukar-tukar pasangan lagi, penat nak mulakan sebuah hubungan tue, kena kenal orang tue betul2 lagi.. tapi tuela, insyaallah.. kewangan okay je, kitaorg terus on... dia pun selalu cakap soal kahwin, hopefully dia benar maksudkannya"


"Habis mak ayah kamu okay dengan dia? "


"Hehe ayah dengan mak okay je, bagi mereka asalkan saya bahagia dengan pilihan saya dan diapun boleh membahagiakan saya, mak dengan ayah setuju je.. tahu tak cik, mak patutnya tak bagitau kalau saya kahwin muda.. tapi tah ritu mak penah cakap dengan saya antara perbualan mak dengan ayah, kata mak "kalau anak kita tue nak kawin sangat, kita kahwinkan je dia, takyah tunggu lelama" hehe"


"Hahaha okayla tue.. Habis pendapat dia tentang keluarga kita okay? kan ritu dia kena sakat time open house kamu"


"Heheh... dia kata okay, dia suka sangat... Alhamdulillah la cuz dia boleh masuk dengan kepala keluarga kita..."


"Hahaha cakap dengan dia kalau nak gelak, gelak je, takyah nak malu-malu gelak.. semua okay je hehe, Nurul dah jumpa keluarga dia?"


"Ha?" blurb...


"Belum, tak pernah pun jumpa lagi"


"Kenapa? dia tak bawa ke?"


"Eh bukan, dia ada je ajak, cumaaaaa... tah... saya xberani lagila.. diapun ada kata kakak ipar dia ajak keluar sama... tapi tuela... tunggu saya benar-benar bersedia kot dan tunggu dia juga bersedia, saya tak rasa dia bersedia sepenuhnya lagi untuk kenalkan saya.."

"Kalau benar dia nak bawak, pergi ajela..."

"Entahla... tengokla macam mana nanti, tapi insyaallah... saya pasti akan jumpa mereka kelak"

huuuuhhuhuhu lalalalaaalllaaaa~


curhatku,
Nabila..

No comments:

Post a Comment