Sambutan PERKIM yang ke 50 tahun telah di adakan di Masjid Wilayah..
Memandangkan mak juga salah seorang staf PERKIM jadi mak la orang paling bz menguruskan hal kerjanya di dalam dewan.
Ayah pula turut serta dalam ekspo PERKIM dgn berniaga kek serta jambu..
Aku, Nawal, Azroy dan Ayah telah bekerjasama bersungguh-sungguh untuk menjayakan ekspo ini...
Penat tue t0ksah citerla tapi sangat berbaloi.... kerana inilah pengalaman yang paling best dalam hidup aku....
Tak pernah terlintas difikiran aku untuk meniaga seperti ini, tapi inilah yang aku buat untuk 3 hari ini iaitu 5hb (Jumaat), 6hb (Sabtu) dan 7hb (Ahad)....
Alhamdulillah..... Satu pengalaman yang menarik ^_^
5hb Nov. '10
Seawal 6am lebey kami satu family bangun pagi untuk bersiap-siap ke Masjid Wilayah.
Inilah kali pertama kami akan berniaga seperti nie.. tp tidak bagi Azroy kerana soal meniaga seperti ini Azroy dah mahir sebab itula soal jualan air jambu dan buah jambu nie ayah beri kepercayaan sepenuhnya kepada dia untuk menguruskannya dari A - Z...
Didepan kediaman kami. Mana satu Aku n mana satu Nawal? hehe |
Kami cadang untuk memakai pakaian yang sama hari tue, tp xsgka pula ia menjadi tarikan peniaga yang lain..hu3, mybe mereka xpernah tgk orang pakai baju sama kut |
Pada mulanya memang agak kekok.. bayangkanla, semua orang disitu sibuk menyiap/ menyediakan perkakas n barangan niaga mereka, kitaorang pula cm orang mati kutu tatau nak buat apa..
Mak ayah kuar g cari alas meja, lebihan meja serta perkakas yang lain.. Azroy pula pergi beli jambu dari pembekal n cari balang air serta buah... huu~ tinggalla aku dan nawal disitu, duduk n tengok orang (n orang pun tengok kitaorng) haha
Keadaan yang xbrapa nak sempurna huk3 |
Tapi alhamdulillah.... bila semua dah berkumpul, barula aku dan Nawal sibuk menguruskan apa yang patut.. tapi dalam hati tetap berdebar
"Macam mana nak cakap dengan orang nanti?"
"Macam mana nak jual?"
huhu~
Serius, mula-mula tue memang cuak, dah katapun takder pengalamankan... tapi ayah pernah kata sebelum menjelang hari ekspo nie..
"Inilah masa untuk kita test market dan tgk permintaan mereka"
dan ini pula kata2 panel juri PUNB yang pernah interview aku hari itu
So... cay0ok N A B I L A . . !!
tak perlu segan-segan n malu-malu ye....
R E D A H je beb..!! huk!!
dengan tunjuk ajar Azroy, Alhamdulillah, semuanya menjadi mudah...
Nawal yang... yang.. yang..begitu ayu hek3 |
hehe aksi Nawal mengupas kulit jambu... |
Ayah dan Azroy |
Kek Choclate yang ditempah dari Kak Ayu |
Selepas bersusah payah menyiapkan segalanya, inila hasilnya.. simplekn? haa simple xsimple, tgk la hasil jualan kami hek3 |
Memandangkan hari itu hari jumaat, so sangatla ramai manusia kaum Adam disitu untuk solat jumaat...
Mula-mula tak ramai orang sangat yang membeli, selepas semua selesai solat jumaat n keluar dari masjid, tak menang tangan aku dan Nawal mnguruskannya.. dengan kekoknya.. aduii bayangkanla..haish...
Tapi Alhamdulillah.. Azroy dan Ayah tiba tepat pada masanya untuk membantu...
Sangat-sangat sibuk hari tue.. dari pagi sampai ke petang...
Alhamdulillah juga untuk hasil jualan yang diperolehi...
Dalam pukul 6pm lebey kami semua bersiap-siap mengemas untuk pulang....
huuuu~ penat.. sangat penat...
p.s : Rezeki datangnya dari Allah SWT... bila-bila masa sahaja dia akan tarik balik rezeki tue jika dia mahukannya.... Jadi sentiasala bersyukur dengan anugerah dan ujian yang diterima, kerana semuanya pasti ada hikmah..
6hb Nov. '10
Seperti biasa, seawal 6am lebey kami bangun.
Waa masing masing bersemangat nak buat yang lebih baik dari semalam...
Memandangkan semalam kami dah pungut sedikit pengalaman meniaga, jadi hari nie tidakla sekekok semalam... Alhamdulillah, semuanya dapat kami atasi, cuma pada hari tue keadaan sedikit kelang kabut atas kelewatan kedatangan Azroy di tempat niaga..
Tapi itula ujian...
Allah pesan S A B A R . .
Alhamdulillah, masalah tue semuanya dapat diatasi...
Hasil jualan pula tidak sebanyak seperti semalam tapi alhamdulillah, rezeki jualan tetap ada..
Mak dan Nawal |
Aku ngh lending lending, nk join? hek3 |
akk ngn adik |
Hari tue hujan, hujan memang rahmat dari Tuhan... dan juga ujian bagi peniaga-peniaga...
"ohh baru nabila tahu.."
Bila angin bertiup kuat, masing-masing pegang khemah dan meja masing-masing sebab takut roboh.. bila ada barangan peniaga yang lain jatuh bertaburan, peniaga lain pasti membantu...
^_^
Nilai positif... saya suka sangat....
Walaupun kami bersaing secara sehat.. tapi nilai prihatin tidak dilupakan buat peniaga-peniaga di situ..
Alhamdulillah~
Seperti biasa dalam pukul 6pm lebey kami siap-siap mengemas dan pulang...
p.s : buat Seseorang - "2 hari nie hubungan kita sangat-sangat dingin.. sakit untuk kita berdua laluinya... Masing-masing makan hati antara satu sama lain.... Alhamdulillah saya punyai awak, kerana awak masih bertahan... hurmm~ sakit juga buat saya, kita sama-sama bertahan ye sayang... dan hehe 2 bulan dah kita bergelar kekasih.... Moga ia terus berkekalan ye..."
7hb Nov. '10
Memandangkan semalam hasil jualan tidakla sebanyak mana, jadi untuk hari yang terakhir nie, kami memang berazam untuk buat yang lebih baik...
Semua berjalan seperti biasa, Alhamdulillah kami dan peniaga-peniaga lain dah mula mesra..
Alhamdulillah, hasil jualan yang kami perolehi hari tue lebih baik dari semalam..
Walaupun tak ramai pelanggan tapi mereka beli dalam kuantiti yang banyak..
Nawal pun dah seronok layan customer, belum sempat kut aku yang buat air n ambik buah untuk customer, aleh-aleh dia yang nak buat.. hekhekhek adik adik....
Ayah pun ada kata yang tak sangka jualan jambu, dan air jambu menjadi...
dan tak sangka juga, cadangan Azroy sangat memuaskan.. kalau bukan kerana dia yang beri tunjuk ajar, benda nie semua takkan menjadi...
Percaya ataupun tidak, jambu yang kami dapat sangat lembut... dan jus yang kami beri sangat sedap, lebih lebih lagi asam cecah yang kami sediakan.... kalau dicampur dengan air, terasa kualitinya yang terbaik.. Asam cecah buatan orang melayu kita lebih baik dari asam cecah hasil orang cina... try la, pasti terliur..hekhekhek...
Alhamdulillah juga, ada seorang customer hulurkan kad bisnes kepada kami.. siapa sangka kan? seperti aku katakan tadi, kalau Tuhan nak tarik rezeki yang dia beri bila-bila masapun boleh.. begitu juga kalau Dia mahu memberi.... Alhamdulillah, 1 pintu telah dibuka untuk kami..
Kebetulan mak ada disitu..
"Dah lama ke berniaga kak?"
"Eh xderla, ini kali pertama kami berniaga.. Insyaallah, ada rezeki kami akn teruskan"
"Owhh.. kalau saya bagi tempat, nak tak buat?"
"Nak nak" :D
"Nie kad saya, apa-apa hubungi saya"
"Terima kasih"
Alhamdulillah~
Kalau ayh berpuas hati dengan lokasi yang orang itu beri, maknanya ayah dah ada 5 kawasan untuk berniaga jambu nie.
Ayah pernah kata, kalau jualan jambu nie berjaya, ayah akan buat ia sebagai sambilan, at least adalah pendapatan masuk ke kewangan kita..
Ayah juga pernah cakap..
"Kalau Nurul tak ada buat apa-apa hujung minggu, leh tolong jual jambu hehe"
"Hehehe akk tak kisah... akk enjoy sangat buat kerja nie ayah.. "
Buat masa nie aku kerja dengan family cuz family aku baru sahaja buka syarikat pembekal, dan aku ditugaskan untuk uruskan urusan pentadbiran memandangkan aku pernah kerja sebagai kerani pentadbiran di syarikat pembekal sebelum nie..
Jadi kalau tak sibuk uruskan kerja tue, bolehla aku uruskan niaga sambilan ayah nie..hehe :)
Ya Allah, berkati usaha keluargaku ini, Amin~
Hari tue, program PERKIM mak tamat dalam pukul 4 lebey, kerja mak pun tamat dalam 4 lebey. jadi kami sekeluarga pun mengemas dan pulang dalam pukul 4 lebey..
Memandangkan baki kek yang tak terjual masih ada, kami beri 3 bungkus kek kepada peniaga-peniaga lain.. hehe
Salah seorang peniaga..
"jambu jambu, erk gadis jambu"
" ye" aku menoleh ke arah tuan punya suara
"nie ada sedikit kentang goreng, ambik la.."
"heh terima kasih, semoga dimurahkan rezeki,amin"
Yeeeaaa dapat kentang goreng free, Alhamdulillah ^_^
Nawal ^_^ |
Aku ^_^ |
Kawan-kawan mak pun dah tak cam yang mana satu kakak and yang mana satu adik hek3 |
cantik pemandangan di Masjid Wilayah tue |
ngan adik adik akak ^_^. dr kiri : Nawal, Aku dan Azroy |
Bersama ngan My Mummy ngeee ;p |
Mak dan Nawal |
Balik-balik je, mak dan nawal dah pengsan awal-awal, hehe ngantok sangat la tue, ayah pula dengan laptopnya.. aku kalau xder date nie, mahu juga pengsan cam dorg..penat, sakit tangan kut...
Selesai solat asar kat rumah..
Minta izin ayah keluar..
Jumpa En.Seseorang depan apartment..
"Lama sampai?"
"takderla, baru juga, dalam 5 - 10 minit"
"maknanya awak tunggu saya sms jela ye tadi? hehe"
"a'a, hehe"
"Jadi kita nak pergi mana nie? "
"Kita pergi makan kat Kampung Baru, boleh?"
"Boleh.."
.......................................................................................................................
"Sy jge m'yayangi diri awk, oleh e2 sy nk wt yg trbaik n mnjadi yg trbaik buat awk.."
"Syg. Awk ni wat sy cair je kn..huhuhu Terharu ni.. Muuaahhh..!"
"Btl syg.. Sy benar2 mksudknnya.. Sy bkn nk ayt n wt awk cair, bkn.. Sy bknla yg trbaik tp sy akn wt yg trbaik utk awk dan utk fmly sy cz korg yg trpenting skali dlm hdup sy.."
"Syg, Awk jga yg trbaek utk sy. So sy jge ign buat yg trbaek utk org2 yg sy syg. Dan sy jga akn brusaha m'bhagiakan org yg sy sgt syg iaitu awk nabila. I love u so much.."
" Ye syg.. Awk.. Terima kasih ye.."
"Terima kasih dkt awk jga sygku.."
Alhamdulillah~
curhatku,
Nabila.. ^_^
wah.. bagus2... ;) teruskan usaha
ReplyDeletehehe terima kasih ^_^
ReplyDelete