Monday, March 21, 2011

Jika ia sebuah cinta..

Salam...

Jika sekali kau dah masuk alam percinta, umpama kau sudah terperangkap dalam lingkaran api yang dingin... Memasukinya mudah, tetapi untuk kembali keluar dari lingkaran itu.... hanya doa yang dipohon kepadaNya sahaja yang dapat menyelamatkan kita, insyaallah...

Aku masih terpinga-pinga soal hati... soal cinta...

Kenapa manusia itu sendiri rela dibuai arus percintaan yang kadang-kala boleh membuatkan hati kita sendiri percaya pada sebuah kebohongan?

Kenapa manusia itu sendiri rela dibuai mimpi yang indah... yang kadang-kala hanya tinggal mimpi sahaja?

Aku mula berbisik pada hati..... "Apa itu cinta sebenarnya?"

Satu perasaan keasyikan yang terbuai-buai?

Satu perasaan nikmat...?

Dari kaca mata aku sebagai seorang kakak dan sebagai seorang pemerhati pada yang lain... melihat adik-adik yang asyik dibuai mimpi indah di siang hari bersama sang kekasih... paling menyedihkan jika cinta itu diperlakukan seperti tiada nilai harganya.. boleh diberi sesuka hati kepada sesiapa pun dengan sekelip mata.. dan kemudian bertukar milik....

Semudah itukah?...

Manakala dari kaca mata aku sebagai seorang AKU dan kekasih... aku meletakkan diri aku sendirian di padang pasir yang kedinginan.... Mencari sedikit air bagi membasah bibir yang mula kekeringan dan melegakan kehausan yang tidak terperi... Mencari pohon-pohon redup untuk berehat seketika sebelum memulakan sebuah perjalanan yang bagiku perjalanan itu masih lagi jauh.... Mencari cahaya tatkala malam mula menyelubungi dunia....

Masihkah aku berpeluang mengecapi satu nikmat yang dapat menemani aku tatkala aku sendirian..? Masihkah aku berpeluang untuk memperoleh pertolongan tatkala aku dalam kesamaran...?
Masihkah aku berpeluang untuk mencari jalan keluar tatkala aku mula berada di tebing kebinasaan..?

Owh Tuhan..... :'(



Jika ia sebuah cinta... ia tidak mendengar namun sentiasa bergetar....
Jika ia sebuah cinta... ia tidak buta namun sentiasa melihat dan merasa....
Jika ia sebuah cinta... ia tidak menyeksa namun sentiasa menguji....
Jika ia sebuah cinta... ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha...
Jika ia sebuah cinta... ia tidak cantik namun sentiasa menarik....
Jika ia sebuah cinta... ia tidak datang dengan kata-kata namun sentiasa menghampiri dengan hati...
Jika ia sebuah cinta... ia tidak terucap dengan kata namun sentiasa hadir dengan sinaran mata...
Jika ia sebuah cinta... ia tidak hanya berjanji namun sentiasa cuba memenangi....
Jika ia sebuah cinta... ia tidak hadir kerana permintaan namun hadir kerana ketentuan....
Jika ia sebuah cinta... ia tidak hadir dengan kebendaan dan kekayaan namun hadir kerana keikhlasan dan kesetiaan....






Cinta bukan melemahkan hati,
bukan membawa putus asa,
bukan menimbulkan tangis sali sedan..

Tetapi cinta menghidupkan penghargaan,
menguatkan hati dalam perjuangan,
menempuh onak dan duri kehidupan...



curhatku,
Nabillah....

No comments:

Post a Comment