Tuesday, March 29, 2011

Permainan Cinta?

Assalamualaikum...

Aku.... insan yang pernah terluka seketika dahulu....

Aku.... insan yang pernah ditinggalkan seketika dahulu....

Aku juga.... insan yang pernah meraih dan merayu agar diterima kembali sehingga aku terjatuh dan terus terjatuh dengan perasaan yang bermain dalam jiwa.... sehingga aku terlupa akan air muka aku sendiri...

Perasaan apakah itu?....... Cinta....

Adakah benar itu perasaannya?

Manusia..manusia... kadang-kadang terlalu lemah untuk melalui kehidupan ini bila bermain dengan cinta....


Love can be a many splendored thing
Can't deny the joy it brings
A dozen roses, diamond rings
Dreams for sale and fairy tales
It'll make you hear a symphony
And you just want the world to see
But like a drug that makes you blind,
It'll fool you every time

The trouble with love is

It can tear you up inside
Make your heart believe a lie
It's stronger than your pride
The trouble with love is
It doesn't care how fast you fall
And you can't refuse the call
See, you got no say at all

Now I was once a fool, it's true

I played the game by all the rules
But now my world's a deeper blue
I'm sadder, but I'm wiser too
I swore I'd never love again
I swore my heart would never mend
Said love wasn't worth the pain
But then I hear it call my name

Every time I turn around
I think I've got it all figured out
My heart keeps callin' and I keep on fallin'
Over and over again
This sad story always ends the same
Me standin' in the pourin' rain
It seems no matter what I do
It tears my heart in two

(The trouble with love is)
It's in your heart
It's in your soul (doesn't care how fast you fall)
You won't get no control
(and you can't refuse the call)
See, you got no say at all

(petikan dari salah satu lagu kegemaran aku - Kelly Clarkson "The Trouble With Love Is")

Tatkala aku terpaksa gagahkan juga kaki ini untuk berdiri sendiri semula... Tatkala itu aku bertemu dengan insan yang bernama Seseorang....

Seseorang yang kembalikan senyuman dalam diri ini...

Seseorang yang kembalikan semangat aku untuk terus hidup...

Seseorang yang sentiasa membuat senyuman terukir di wajah ini setiap pagi...

dan Seseorang yang buatkan aku melihat pelangi kembali....

Jadi disini... dapatkah kalian menilai betapa aku benar-benar menghargai kehadiran Seseorang dalam hidup aku?..

Itulah permulaan percintaan kami...

Tapi kini...............

Perasaannya masih sama cuma ada sedikit perbezaan....

Pertelingkahan acap kali terjadi... sehingga aku sendiri lemah untuk hadapi situasi tersebut...

Tapi Alhamdulillah kerana pertelingkahan yang wujud tidak pernah berlarutan hingga keesokkan harinya... Hari itu bermasalah, hari itu juga disettlekannya...

Mungkin itulah dinamakan permainan cinta..... If tiada permainan, tidak lah meriah.. begitu ke?

"Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku."


Dulu... bila tercelik mata aku pasti tersenyum terkenangkannya....

Kini... bila tercelik mata aku resah terkenangkannya....

Dulu... sentiasa bertemankan dengan kelembutan....

Kini.... sentiasa bertemankan dengan amarah yang tidak disengajakan...

Dulu.... persefahaman yang sentiasa berpihak antara kita....

Kini... pertelingkahan yang sentiasa ada...................................................


Boleh N.O.K.T.A.H kan semua itu tak?


Aku taknak keresahan yang sentiasa wujud....

Aku taknak bertemankan amarah yang tidak disengajakan ini...

Aku taknak sentiasa bertelingkah dengan dia...

dan aku taknak terus menerus menangis sendirian.... :'(

Kenapalah perempuan terlalu beremosi di dalam percintaan?..

Ini bukan kehendak kami....tapi inilah yang terjadi....

Aku akan cuba untuk bersikap rasional....





p/s : ...saya harap semua nie akan pulih seperti sedia-kala...



curhatku,
Nabilla....

Thursday, March 24, 2011

Teguran biar berpada-pada

Assalamualaikum...

Alhamdulillah kerana aku diberi peluang untuk melalui kehidupan ini lagi..

Alhamdulillah juga kerana aku diberi peluang untuk postkan sesuatu yang aku rasa agak terpanggil untuk menceritakan sesuatu...

Manusia mana yang tidak pernah buat silap, semua pernah... Alhamdulillah juga jika mereka yang pernah buat silap sedar dengan segera, itu menunjukkan betapa Allah sangat mengasihani diri anda kerana itu Allah s.w.t taknak kita terus membuat kesilapan...

Rasulullah SAW juga pernah berkata :"Manusia itu mmg diciptakan sediakala lemah, jadi ia memang mudah melakukan dosa"

Setahun dahulu aku sering anggap postkan sesuatu kat ruang status wall Facebook adalah sesuatu yang sangat remeh temeh... sampaila pada suatu hari tue aku ditegur oleh seorang teman mengenai status wall yang aku post kan itu... Teguran dia terus menerus ke ruang inbox aku... Walaupun teguran dia itu membuatkan aku rasa cukup marah dan benggang, tapi percayalah teguran dia itulah yang aku ingat sampai sekarang dan buatkan aku lebih berhati-hati untuk postkan sesuatu yang aku anggap hanya suka-suka dan kononnya remeh tapi sebenarnya ia mengundang dosa yang kita tidak ketahui...

Seorang teman :
"sy nk komen skit psal wall illa.. apa yg illa postkn 2 ia seperti mmbuka aib seseorang n yg tahu hnya illa seorg shj..bila org baca wall illa mereka yg mngenal illa akan mmbuat pelbagai andaian kpd org yg mereka fikirkan dan yg mngetahuinya hnya illa seorg n siapa yg dimaksudkan..hukumnya adalah berdosa..bayangkan illa post dkt wall n yg baca post illa semua fren illa n mereka semua mmbuat andaian dgn sangkaan masing2, sedangkan hnya illa shj yg tahu agak2nya bnyk xdosa di situ n betapa bsrnya dosa atas perbuatan itu, ia seperti himpunan dosa yg kita harus tanggung..Nurul Nabilla fikirkan kembali... Nabi SAW juga pernah berpesan : "Siapa yang senang membuka aib orang lain, Allah akan menampakkan aibnya sampai mempermalukannya di rumahnya sendiri" (June 23, 2010)

"Jika benar apa yg sy faham mengenai status kamu tu jgn la kamu postkn di wall..secara tdk sedar kamu dh mmbuka aib orang..bukankah itu tdk baik, dan sy dh bg tau kamu kn mengapa kita tdk boleh mmbuka aib org..dan cara yg lebih baik jgn postkn rasa marah kamu di wall..bila kamu postkn walaupn statement yg kamu postkn tdk merujuk pd org yg kamu mksudkn, tetapi bg org yg rapat dgn kamu pastinya dia tahu siapa yg kamu mksudkn dan secara tdk sedar juga disitu kamu telah mmbuka aib org tersebut disebabkn ada org yg tahu siapa yg dimaksudkn...walau mcm mne skali buruk org tu jgn lh kita mmbuka aibnya..biarlah org lain mngetahuinya sendiri..." (August 30, 2010)

Mungkin pada waktu itu sisa baki marah pada org yg aku tulis kat status tue masih lagi ada, dicampurkan pula dengan keegoan yang ada, memangla membangkitkan rasa amarah pada hati bila terus dapat teguran seperti itu...hehe

Tapi akhirnya, teguran itu yang mengajar aku akan sesuatu...

Secara jujurnya aku sendiri tak pandai menegur seseorang seperti mana kawan aku tue menegur aku, itulah yang membuatkan aku sedih because aku tengok kat luar sana ramai yang buat sesuatu kesilapan yang terlepas pandang yang pernah aku buat seketika dahulu..

Sebab itu aku rasa, aku ingin berkongsi dengan korang tetang teguran yang berpada-pada untuk sesiapa yang membaca entry ini...

Aku tak kisah untuk share dengan korang teguran yang aku pernah dapat dahulu, kerana teguran yang aku terima dari seorang kawan itu sangat sangat jelas... hopefully ia boleh diambil ikhtibar kepada korang...

Tapi aku juga manusia, sumtimes aku akui aku juga ada terlepas pandang.... Alhamdulillah atas teguran dari seorang kawan ini...

Kawan aku juga ada tinggalkan aku 2 potong ayat dari surah Al-Hujurat iaitu ayat 11 dan ayat 12..

Pagi nie aku membuka Al-Quran... Membaca dan menghayati maksud tafsiran ayat tersebut.. Buat tatapan dan rujukan sahabat-sahabat yang lain juga...

Al-Hujurat

Bismillaahir'rahmaanir'rahiim....

 11. Wahai orang-oarang yang beriman ! Janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain, (kerana) bolej jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok), dan jangan pula perempuan-perempuan (mengolok-olokkan) perempuan yang lain, (kerana) bolej jadi perempuan (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari perempuan (yang mengolok-olok). Jangan kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) setelah beriman. Dan barang siapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

12. Wahai orang-orang yang beriman ! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada diantara kamu yang menggunjing sebahagian yang lain. Apakah ada diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang.

Amin..


p/s : Nunub's sayang sahabat-sahabat Nunub's, sekali dia dah bersahabat dengan Nunub's, selamanya itu dia akan terus menjadi sahabat Nunub's... Terima kasih buat teguran dari seorang sahabat, Nunub's bersyukur kerana mempunyai sahabat-sahabat yang sering mengingati diri Nunub's tatkala Nunub's terlupa ataupun tidak mengetahui akan sesuatu itu.. Nunub's juga tak mahu, benda yang baik Nunub's terima seorang diri.. Jadi Nunub's kongsi bersama kalian, yang mungkin antara pembaca ini adalah sahabat Nunub's juga.. Nunub's bukan nak tunjuk baik tapi niat Nunub's ikhlas... kerana Nunub's sayang persahabatan yang pernah terjalin antara kita.. Semoga Allah SWT merahmati dirimu sentiasa SAHABAT.... :)


-.A.L.H.A.M.D.U.L.I.L.L.A.H.-

curhatku,
Nabillah a.k.a Nunub's

Tuesday, March 22, 2011

Kami berbicara tentang C.I.N.T.A

Assalamualaikum...

Perbicaraan antara Nunub's dan Rurub's .......





p/s : Cinta satu perasaan yang sukar diungkap melalui kata-kata... Kadang-kadang, orang yang dilamun cinta juga masih terpinga-pinga akan "Apa itu cinta?"... Tapi yang pasti, ia satu perasaan yang dirasai bersama insan yang asing dengan diri kita dan keluarga kita.. Sometimes, cinta juga tidak bererti memiliki.. yang pasti, cinta itu adalah satu rasa yang dianugerahkan oleh Yang Maha Pencipta.. Jika cinta yang kita hulur tidak berbalas.. bersyukurlah kerana kita masih dianugerahkan rasa itu, dari mereka yang punyai hati yang kosong...

p/s/s : Aku suka dilamun cinta... walaupun kadang-kala ada pahitnya...  tapi aku percaya, pahit itu tidak akan selamanya pahit.. kemanisannya akan pasti terbit jua, biarpun lambat, ia tetap akan ada ^^


curhatku,
Nabillah a.k.a Nunub's

Monday, March 21, 2011

Jika ia sebuah cinta..

Salam...

Jika sekali kau dah masuk alam percinta, umpama kau sudah terperangkap dalam lingkaran api yang dingin... Memasukinya mudah, tetapi untuk kembali keluar dari lingkaran itu.... hanya doa yang dipohon kepadaNya sahaja yang dapat menyelamatkan kita, insyaallah...

Aku masih terpinga-pinga soal hati... soal cinta...

Kenapa manusia itu sendiri rela dibuai arus percintaan yang kadang-kala boleh membuatkan hati kita sendiri percaya pada sebuah kebohongan?

Kenapa manusia itu sendiri rela dibuai mimpi yang indah... yang kadang-kala hanya tinggal mimpi sahaja?

Aku mula berbisik pada hati..... "Apa itu cinta sebenarnya?"

Satu perasaan keasyikan yang terbuai-buai?

Satu perasaan nikmat...?

Dari kaca mata aku sebagai seorang kakak dan sebagai seorang pemerhati pada yang lain... melihat adik-adik yang asyik dibuai mimpi indah di siang hari bersama sang kekasih... paling menyedihkan jika cinta itu diperlakukan seperti tiada nilai harganya.. boleh diberi sesuka hati kepada sesiapa pun dengan sekelip mata.. dan kemudian bertukar milik....

Semudah itukah?...

Manakala dari kaca mata aku sebagai seorang AKU dan kekasih... aku meletakkan diri aku sendirian di padang pasir yang kedinginan.... Mencari sedikit air bagi membasah bibir yang mula kekeringan dan melegakan kehausan yang tidak terperi... Mencari pohon-pohon redup untuk berehat seketika sebelum memulakan sebuah perjalanan yang bagiku perjalanan itu masih lagi jauh.... Mencari cahaya tatkala malam mula menyelubungi dunia....

Masihkah aku berpeluang mengecapi satu nikmat yang dapat menemani aku tatkala aku sendirian..? Masihkah aku berpeluang untuk memperoleh pertolongan tatkala aku dalam kesamaran...?
Masihkah aku berpeluang untuk mencari jalan keluar tatkala aku mula berada di tebing kebinasaan..?

Owh Tuhan..... :'(



Jika ia sebuah cinta... ia tidak mendengar namun sentiasa bergetar....
Jika ia sebuah cinta... ia tidak buta namun sentiasa melihat dan merasa....
Jika ia sebuah cinta... ia tidak menyeksa namun sentiasa menguji....
Jika ia sebuah cinta... ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha...
Jika ia sebuah cinta... ia tidak cantik namun sentiasa menarik....
Jika ia sebuah cinta... ia tidak datang dengan kata-kata namun sentiasa menghampiri dengan hati...
Jika ia sebuah cinta... ia tidak terucap dengan kata namun sentiasa hadir dengan sinaran mata...
Jika ia sebuah cinta... ia tidak hanya berjanji namun sentiasa cuba memenangi....
Jika ia sebuah cinta... ia tidak hadir kerana permintaan namun hadir kerana ketentuan....
Jika ia sebuah cinta... ia tidak hadir dengan kebendaan dan kekayaan namun hadir kerana keikhlasan dan kesetiaan....






Cinta bukan melemahkan hati,
bukan membawa putus asa,
bukan menimbulkan tangis sali sedan..

Tetapi cinta menghidupkan penghargaan,
menguatkan hati dalam perjuangan,
menempuh onak dan duri kehidupan...



curhatku,
Nabillah....

Monday, March 14, 2011

Pertunangan Rurub's V.S kenangan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, masuk sudah bulan baru iaitu bulan March...

dan Alhamdulillah juga, genap sudah umur aku 22tahun pada 5hb March hari tue..

Seorang teman ada sms :

"Apa hadiah terbaik tahun nie?"

dan aku hanya mampu membalas :

"Kesihatan yang baik.."

Itulah hadiah yang terbaik :)

Alhamdulillah....

Pagi-pagi dah buatkan hati kecilku berbisik kerinduan...

Apa yang Cik Nunub's rindu nie? huhuhu

Cik Nunub's rindukan sahabat Cik Nunub's...

Cik Nunub's rindukan saat duduk hostel dulu-dulu...

Cik Nunub's rindukan saat bersama-sama dengan kawan-kawan Cik Nunub's..

Cik Nunub's rindukan suasana suka, duka, manja-manja dan gaduh-gaduh dengan housemate + coursemate Cik Nunub's dulu....

wuwuwuuuu~

dan hati Cik Nunub's makin rindu bila tgk album-album kenangan dengan member-member dan album pertunangan sahabat Cik Nunub's sendiri iaitu Cik Rurub's....





Alam kolej, 2 tahun sudah berlalu... jadi kenangan itu pasti menjadi sesgt sweet bila dikenangkan kembali....

Okeh okeh citer sal pertunangan nie dah berlalu sebenarnya, bulan februari hari tue, sesaja updatekan untuk citer bulan march, cuz saya sangat rindukan dia dan bahagia atas kebahagiaan dia sekarang.... Alhamdulillah...

Cik Rurub's a.k.a Ruhil a.k.a Siti Ruhaidah....

Seminggu sebelum majlisnya berlangsung, dia siap2 post kan msg kt inbox masing-masing untuk freekan jadual pada 12hb feb nanti dan datang ke rumahnya di Kuala Selangor...
Tak ku sangka Kuala Selangor tue sangat sangat dan sangat jauh ye kawan-kawan...



Sebaik hari tue Nawal setuju untuk temankan aku pergi kenduri Cik Rurub's, kalau tak, mahu aku tunggu sorang-sorang kt KTM ke Sg.Buloh...
Aku kenakan baju biru dan Nawal baju merah, siapa sangka kami mengikut tema kedua belah pihak, aku tema belah pihak lelaki dan Nawal tema belah pihak perempuan.. huhuhuuu ngengengeee..

Jumpa Cik Herlina dan Cik Raudah di stesyen KTM Sg.Buloh, then barula sesama tunggu bus berdekatan untuk ke Kuala Selangor pula..

Nawal Natasha and Cik Herlina

Me, Cik Raudah dan Cik Herlina

Mahu sakit pungk0k duduk lelama dalam bus dari sg.bul0h ke Kuala Selangor.. wuwuwuuu ganas bebenor driver busnya... (sebaik dh berpakaian ayu time tue, kalau tak mahu driver bus tue dgr ceramah tak rasmi aku yang panjang berjela2 cuz bawak bus cam bawak bus mainan..)

Sampai je kami disana, keluarga Cik Rurub's sambut kami dengan baik, huhu kami ditempatkan di tempat khas, iaitu di bilik Cik Rurub's haha, tempat khas ke? ye la, kira khasla tue, dpt tengok Cik Rurub's...

Mungkin sebab dah lama tak berjumpa, jadi keriuhannya menjadi-jadi haha... Sangat seronok saat itu..


Nunub's and Rurub's

xtahu bila pic nie ditangkap tp inilah buktinya kalau dpt brjumpa he3

Sepanjang ada di dalam bilik tue apa yang aku perasan Cik Rurub's asyik termenung je, sampai bila ditegurpun muka dia still dalam keadaan kegelisahan..

Hahaha mungkin cuak menanti saat di cop as tunangan orang...


Muka cuak Rurub's hahaha

Pic di atas nie saat Cik Rurub's keluar dari bilik nak ke ruang tamu untuk sesi menyarung cincin..

Tengok-tengok, bukti Cik Rurub's dalam kegelisahan hehe... Itu ke perasaan bila tiba saat mahu menjadi milik seseorang??

Dah sama kaler baju aku ngn tema hantaran pihak lelaki

Saat menolong apa yang patut.. hantaran Cik Rurub's banyak dari lelaki..

Kata Cik Rurub's kebanyakkan hantaran ada yang diberi oleh sedara-sedara dan jiran-jiran terdekat.. waahhh murah rezeki Cik Rurub's..

Time saat menolong angkat dulang hantaran dari bilik Cik Rurub's ke ruang tamu, perasan tak hantaran colour biru tue? haa itu hantaran dari belah pihak lelaki... Samakan? samakan ngan colour baju aku? hahaha

Kemudian tibalah saat-saat dinantikan....


jeng jeng jeng... weee saya suka saat nie ^_^


Akhirnya Cik Rurub's telah sah menjadi tunang orang... weee ;)

Inilah tunang Cik Rurub's, iaitu Encik Munir ;)
Bak kata Cik Rurub's, dia agak marah buah hati dia pakai spek mata tp apa nak buat En.Munir dalam keadaan cuak juga, 2 yang pakai spek mata, kurang sikit cuaknya.... katanyala, aku tolong bagitahu je huhu

Cantikkan mereka?... Serasi bersama you...........................

Nawal la yg plg lapar kt situ

 Selesai je urusan Cik Rurub's, kami terus ke meja makan untuk mencari makanan.. lalalala~



Kami nie memang suka tgkap gbr, sebab tue kat sini banyak pic, blm lg korg tgk pic2 yang lain.. kalaula mata korang leh bercakap, dh lama dia cakap jemu sangat asyik tgk muka yang sama je haha


Dengan Cik Herlina... 


Linalah member paling lama bersama ngn aku kalau nak di tengok pada usia perkenalan ngan member2 yang lain...

Kami memang rapat sejak zaman persekolahan lagi..

Okay.. Sesi makan TAHAP SATU, dah selesai... 

Sekarang sesi bergambar... jeng jeng jang, i like....!!!!




Hari tue, Cik Rurub's a.k.a Cik Ruhil sangat cantik...

I belive I can fly.. up up away~ ha3












fuh penat kut berjemur di bawah sinaran matahari, nak bergambor punya pasal kut haha..

Orite, saat yang dinanti... sesi makan TAHAP DUA pulaaa.... makang makang jum makang...!


Hari tue Cik Herlina agak bz cuz dia yang main peranan untuk memastikan setiap gambar diambil untuk dijadikan kenangan...

Sesi memotong kek


Hehehe sepanjang hari kat sini memang banyak makan, buncit kut perut aku haha...

Sesi makan TAHAP DUA nie diwujudkan cuz memberi ruang kepada kami merasa kek, weeeeee kek dia sgt sedap...



Hari tue juga kami dihidangkan laksa istimewa dari ibu En.Munir, iaitu tunang Cik Rurub's khas buat kami-kami ( kawan Cik Rurub's) ngengenge...



Kan aku dah cakap, kitaorang asyik makan je hahahaha...
Dalam duk layan makanan sambil berborak.. entah kenapa aku boleh mengalir air mata.. 
Sejujurnya aku memang sangat bahagia jika Cik Rurub's bahagia.. Alhamdulillah.. 
Tapi mungkin sebab kami rapat sangat, jadi ia terasa seperti kehilangan sahabat.. cuz mungkin dia takkan ada masa seperti sebelum nie.. I don't know, mungkin aku yang terlebih emosi kot..

Cik Rurub's and Cik Herlina pun hampir ikut menangis bersama...

Cik Rurub's cakap, walaupun dah dh jadi tunang orang dan walaupun akan jadi isteri orang sekalipun.. dia akan tetap seperti dulu.... Kawan tetap kawan..... takkan dapat cari penggantinya...

Rub's........ Nub's sayang kamu.....

Ini adik kepada Cik Rurub's, Fieza.. tapi aku panggil dia Fieza Lalasinta.... haha cuz itulah nama dia dalam facebook ^_^

Selesai je majlis, aku, lina and raudah tolong kemas-kemas apa yang patut...

Kami dimaklumkan bahawa akan pulang lambat..huhu Cik Rurub's kata belum puas spend time ngan kitaorang lagi... dan kitaorangpun blm puas spend time bersama kamu juga Cik Rurub's...!!

Waktu sesi buka dan bahagikan hantaran, Rurub's suruh kitaorg makan daun sireh... katanya untuk kitaorang cepat bertunang...wuwuwuuuu...

Aku agak kepelikan sikit, yee aku tahu sal makan daun sireh then orang masuk meminang tue, tp xpernah lak aku fikir yang aku akn buat mcm tue juga..

Bila aku tengok Cik Herlina dan Cik Raudah beria-ria makan daun sireh... akupun teringin gak nak cuba...

Tapi agak menyesal gak la aku cuba... kelat kut... eee tak suka, terus aku tak makan lagi.. Biarla, kalau ada rezeki t, bertunangla juga aku nanti.. makan sireh nie xpela, bagila pada mereka yang betul-betul nak cepat bertunang dan berkahwin dulu...

Mak Rurub's ada cakap, makan sireh nie kena ambik senyap-senyap, jangan bagitahu orang.. itula yang kadang-kadang leh menjadi.... tapi kitaorg pula makan sireh nie orang tahu, jadi macam mana tue? adakah akan menjadi? hahaha muka Cik Herlina dan Cik Raudah dah lain...

After Rurub's and Mak Rurub's beredar dari ruang tamu, baru mereka ambik senyap-senyap..haha adehh lucu gak telatah mereka nie... tp itulah yang buatkan aku gelak je sepanjang hari ;)

Persoalannya, betul ke cerita soal makan sireh and orang masuk meminang? ermmmm leh percaya ke? 
Entahla.. bedal kan saja hidup ini... bagi aku, jodoh tue ditangan Tuhan... cepat jodoh aku, insyaallah akan berlangsunglah juga majlis aku.. buat masa nie, biarkan sahaja.. serahkan semuanya kepada Ilahi..

Alhamdulillah, majlis Cik Rurub's berjalan dengan lancar.. Alhamdulillah juga, Cik Rurub's kita telah naik 1 pangkat iaitu tunang orang.. weeee...

dan Alhamdulillah juga, Cik Rurub's offer diri untuk hantar kami dari rumah dia di Kuala Selangor ke stesyen KTM Sungai Buloh....

Alhamdulillah....

Kenangan dulu-dulu (Zaman Belajar)

Sesi buka puasa bersama ngn my housemate




Rurub's n Nunub's

My classmate

Siapkan final project - My Classmate

My Coursemate


Me and Rurub's
wikiki wikiki ^_^
Kenangan berjogging ngn my housemate....

Sangat rindu saat ini..

Kat Tasik Perdana



p/s : Andai korang ditempat aku, adakah korang rasa perasaan rindu yang sama? Inilah alasan kenapa aku suke  tangkap gbr.. because setiap gambar punyai cerita tersendiri.. fahamkah kalian?


-TAMMAT-


curhatku,
Nabilla a.k.a Nunub's