Friday, June 24, 2011

Sesuatu yang inginku genggam..

Assalamualaikum...

Semalam adalah sesi terakhir aku berkursus di Subang, sepatutnya aku harus menunggu detik 30hb june 2011 baru boleh berhenti, tetapi dek kerana kesulitan yang sedang dihadapi, aku terpaksa menamatkan sesi kursus perantisku pada 23hb June 2011...

Malam tadi Incik Seseorang datang menjemput untuk pulang ke rumah keluarga di Segambut, Alhamdulillah, segala urusan telahpun dilaksanakan, ada beberapa lagi barang yang masih tertinggal di rumah sewa di Subang, Insyaallah mungkin hari ini ataupun besok baki yang tertinggal akan di ambil...

Pagi tadi mak telahpun bertolak ke Pangkor selama 3 hari dan 2 malam bersama dengan staff PERKIM atas urusan kerja, semoga perjalanan mak ke sana diRahmati dan diBerkati oleh Yang Maha Pelindung..

"Selamat pergi dan Selamat pulang mak... amin"

Pagi tadi, ada berborak dengan mak akan "Sesuatu".... kerana kawan mak sudahpun melaksanakan akan "Sesuatu" itu.. dan aku tahu mak juga inginkan "Sesuatu" itu..
Terdetik di hati ingin bertanya lagi pada pagi itu, Alhamdulillah aku peroleh respon yang sangat baik, rupanya mak dan ayahpun dah rancang akan sesuatu untuk "Sesuatu" itu.... Hati remajaku pun terdetik akannya....
 Saya juga inginkan "Sesuatu" itu.....
Hatiku tersangat berkobar-kobar... Insyaallah tahun depan akan terlaksana...
Memandangkan 1hb July nanti adalah sesi lapor diri dan aku boleh mula berkerja di Petronas Carigali Sdn Bhd, aku berharap sangat agar aku dapat menyimpan dan menyiapkan diri untuk melakukan akan "Sesuatu" itu....

Benar.... sudah lama aku nantikan saat ini....



"Ya Allah, aku mohon padaMu... permudahkanlah segalaNya, buat aku dan keluarga, amin.."


Aku juga ingin menarik Nawal.... tapi tahun depan adalah sesi SPM dia, boleh ke mengambil masanya untuk "Sesuatu" itu... Mungkin boleh, mungkin tidak... Tapi apa yang pasti, segalanya adalah urusan Tuhan, untuk kisah esok hari, adalah jalanNya juga...

Kita sebagai manusia biasa hanya mampu merancang.. dan segala-galanya hanya Allah SWT yang menentukan... Aku dan keluarga hanya boleh berusaha dan bertawakal.. Semoga segala urusan dapat dipermudahkan dan semoga hajat kami akan "Sesuatu" itu dapat dilaksana...

-sayangnya akak terhadap adik, moga Tuhan melembutkan hati mu, amin..-


" Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami perkara yang benar itu 
adalah benar dan pandulah kami supaya mengikutinya, 
dan tunjukkanlah kami perkara yang batil itu 
adalah batil supaya kami meninggalkannya.. 
Amin.."


curhatku,
Nabilla

Monday, June 13, 2011

Mencari persamaan dan memahami perbezaan..

Assalamualaikum..

Kisah dua hati......

Kita diciptakan berpasang-pasangan, itu semuaorg tahu, cepat atau lambat sahaja untuk menemuinya..

Permulaan percintaan terasa indah.... Bagaikan mandi tak basah, makan x kenyang dan tidur x lena.. hehe..

Dan semakin lama perhubungan itu... semakin banyak pancarobanya... semakin banyak terasa hati akan kelakuan pasangan... semakin banyak pertelingkahan berlaku... dan semakin kuat rasa cemburu.. huhuhu~

Ingat tak lagi satu entry yang pernah aku tulis dahulu.. :

"Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku."



Itulah lumrah sebuah percintaan mengenali, memahami dan mencari....


Andai aku buta kan mata
Dapatkah kau mendengarkan jujurnya
Andai engkau tutup telinga
Dapatkah kau melihat keikhlasannya

Aku cinta bukan dibayang mata
Jauh dari bahasa
Dekatkan ertinya
Aku cinta bukannya disengaja
Jauh dari wasangka
Dekatkan hatinya
Memang cinta ada dalam jiwa kita

Andainya cinta itu buta
Dapatkah kau mengubah pesonanya
Andai mengalir air mata
Dapatkah kau membezakan jelingnya


-Cinta ada : Karen Kong, Sheila Majid n Jaclyn Victor


Kadang-kala Allah sengaja temukan kita dengan insan yang salah terlebih dahulu... kerana dia hendak memberi kita yang terbaik dan terindah itu di kemudian harinya...

Jadi.. janganlah gusar ye jika jodoh yang dicari tidak dijumpai.. kerana percayalah, kerana Allah lebih megetahui apa yang terbaik buat kita....

Aku pula..... :)

Dahulu, aku mengagungkan cinta pertamaku, biarpun ramai yang berkata "Kadang-kala 1st love nie tak kekal"... tapi aku tetap dengan pendirianku, cinta pertama ttp harus dipertahankan... dan akhirnya diri sendiri yang menangis tak berlagu.. huhuhu~

"Tuela, org dah kata, bercinta tue biar berpada-pada...."

Masuk cinta kedua, pun tidak menjadi...

dan Akhirnya aku dipertemukan dengan Incik Seseorang... untuk yang ketiga kalinya, Alhamdulillah...

Walaupun perhubungan ini masih dalam persoalan, aku tetap bersyukur....

Setelah banyak air mata yang mengalir, setelah banyak hati terluka, akhirnya ia telah diubati dengan kasih dan ikhlasnya oleh insan yang telah mengetuk pintu hati... dan menghulurkan tangan agar aku terus berdiri dan berjalan bersama menempuhi ranjau kehidupan ini bersama...

Bila kita ikhlas menyayangi seseorang.. orang lain juga turut ikhlas menyayangi diri kita.. Yang pasti hanya diri kita sahaja yang tahu ikhlas ataupun tidak hati kita menerima dan menyayangi seseorang...

Tidak dinafikan, kadang-kala bermacam-macam persoalan berkaitan dengan perhubungan ini bermain dalam kotak fikiran, perlukah begitu?Adat bercinta...mungkin...

Incik Seseorang selalu pesan "walaupun kita masih tidak tahu akan jwapan 'jodoh' kita, tapi yakinlah akan perhubungan ini dan jodoh kita.."

Setiap insan itu diciptakan berbeza, dan tiada yang sempurna...

To Incik Seseorang :~
"Buat awak yang terindah...... Kita mungkin berbeza.... Kita juga mungkin punyai kelemahan masing-masing, awk tak sempurna, begitu juga dengan saya.. 

Saya tahu, setiap masa awk cuba untuk buat yang terbaik dan menjadi terbaik buat diri saya, walaupun kadang-kala agak payahkan? hehe..tapi percayalah saya ketahui niat awak.. dan percayalah, saya juga mahu menjadi yang terbaik buat diri awk...

Awak, hubungan nie baru mencecah 9 bulan, tak lamapun usia hubungan ini, jadi masih banyak lagi perkara yang perlu kita fahami dan pelajari...

Kita mencari persamaan dan memahami perbezaan antara kita ye sayang.....

Terima kasih :)"



.kadangkala.yang.pertama.belum.tentu.yang.terbaik. 

.yang.terbaik.selalunya.yang.terakhir.



-tammat-


curhatku,
Nabilla..

Tuesday, June 7, 2011

Ceritera sebuah kehidupan baru

Assalamualaikum....

Kehidupan seumpama seperti roda... kadang diatas.. kadang dibawah... tiada siapa yang dapat menjangka akan ketentuanNya...

Kata seorang teman pula.. Kehidupan seumpama satu perjudian... kalau kita bernasib baik, kita menang dan kita bolot semua.. kalau kita bernasib malang, kita akan kalah, dan segalanyapun musnah...

Kata mak pula.. Kehidupan seumpama satu pelayaran... kadang2 kita terpaksa berhadapan dengan ombak kecil, dan kadang2 pula kita terpaksa berhadapan dengan ombak besar.. Seperti kehidupan ini juga... kadangkala ada sahaja masalah kecil yang kita hadapi... dan kadangkala pula kita juga terpaksa menghadapi masalah yang besar.... siapa sahaja yang dapat menduga akan masalah tersebut?....

Ceritera kehidupan baru yang  sedang melanda dalam hidup aku... aku juga tidak menjangka akan berada disni dan ini yang terjadi.....

5hb June 2011 (Ahad)

Ahad lalu, segala persiapan terasa sudah lengkap.. pagi tue ayah,mak dan nawal hantar aku ke rumah sewa.. Actually aku sewa bilik je, dalam rumah nie ada 3 bilik, dan setiap bilik mempunyai penyewa yang lain..
tuan rumah tak tinggal bersama.. so rumah tue memang kosong dan memang untuk mereka yang ingin menyewa bilik...

Kepenatan terasa itu yang dapat digambarkan.. Hari tue kebetulan Incik Seseorang tak ada kerana berada di Pangkor, otw balik ke KL...

Siap-siap tanda tangan surat perjanjian antara aku (penyewa) dan tuan rumah, bayar duit sewa, letak-letak barang dalam bilik, then terus ikut fmly pergi carrefour beli barang yang tak ada...

Huhuhu agak sakit sikit cuz duit elaun tak masuk lagi, so terpaksa pinjam dgn mak RM300..  disebabkan duit sewa sebanyak RM150 sebulan, jadi baki kat tangan aku time tue ada dalam RM150 utk beli barangan yang lain.... tup tap tup tap.. anggaran barang yang dibelipun dah mencecah RM200... aiyoyooooo~

Lepas selesai je beli barang, terus ke rumah sewa kembali, letak-letak barang dalam bilik, nie kes belum kemas bilik lg...

Cakap-cakap dengan ayah... minta kebenaran nak balik segambut semula malam nanti Incik Seseorang akan hantar balik ke subang nanti (kebetulan ada beberapa barang yang terlupa nak bawak n masih tertinggal kat rumah (buku2, streka baju dan cerek)..)

Kebetulan malam tue mak.ayah nak buat makan2 kat luar dengan pak ngah,mak ngah dan paksu n maksu.. jadi aku taknak lah ketinggalan, nak juga join makan-makan cedap-cedap...

dan kebetulan juga mak beri cadangan untuk bawak Incik Seseorang sekali dan siap2 beritahu pakngah yang "Boyfriend Nurul" akan join.... huhuhu sebanarnya aku tak berapa suka bila bercakap dengan keluarga atau dengan orang tua menggunakan perkataan "Boyfriend" sebab bagi aku ia tak berapa manissssss didengar... tapi bagi mak pula lain...dan jawapan pak ngah "Baguslah tue boleh kenal-kenal dengan menantu..." huhu.. okay terpaksa ngaku yang aku telah menjadi sangat segannnn....

Kebetulan pak ngah dari Perak (Tronoh) nak ke KL, dan Incik Seseorang pula dari Perak (Pangkor) ke KL... perjalanan time tue sangat-sangat jam, dan kami-kamipun menunggu-menunggu dan terus menunggu hingga kelewat malam...

Itulah untuk kali kedua kali sedara-sedara mengenali Incik Seseorang... dan untuk kali kedua juga Incik Seseorang datang berjumpa dan mengenali family aku dengan lebih dekat.... Semoga perhubungan ini akan terus berkekalan, amin....

Malam tue Incik Seseorng tak dapat hantar aku balik ke tempat sewa cuz faktor kelewatan..

Masa sesi makan-makan.. tengok pada jam kat hp.. dah masuk 12pm lebey.. 6hb june 2011... capai hp dan taip mesej... siap kena tegur dengan Pak Ngah lagi, makan sambil pegang hp... time tue diperhati oleh Incik Seseorang yang duduk berhadapan dengan aku...

"Selamat Ulang Bulan yang ke-9 untuk perhubungan ini sayang... I love you so much...and thanks for everything"

p.s : sangat berat hati nak pindah ke tempat lain dan tinggal sendiri.. dan sangat tak suka berjauhan dengan family... tapi semua ini tetap kena hadapi juga, mungkin ada hikmahnya...

p.s.s : aku tak salahkan takdir atas apa yang telah berlaku dan apa yang harus aku turutkan langkah.. kerana aku tahu.... setiap apa yang berlaku pasti ada kebaikannya... pasti ada sebab....

p.s.s.s : semoga ditempat baru ini kehidupan aku akan makin bertambah baik... Berjauhan dengan sang kekasih.. berjauhan dengan family... moga aku makin dekat denganMu Ya Rabb...

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Melayarkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur Kasih.... Ya Nur Kasih (Cahaya Kasih)

6hb June 2011

Terpaksa beritahu boss akan datang lewat sikit cuz nak pindah barang kat tempat sewa..

Pagi-pagi dah kol Incik Seseorang cuz dia dah janji akan tolong hantarkan aku pergi sana dan makan sama-sama sebelum pergi....

sebelum bertolak, Nawal dah ngadu lapar-lapar.. huhuu rasa berat hati lak nak biarkan dia cam tue sedangkan time tue aku nak g makan ngan Incik Seseorang, aleh-aleh dengan nawal sekali aku angkut g brfst sesama... pastu lepas hantar nawal pulang ke rumah, baru bertolak ke tempat sewa....

Sebaik ada Incik Seseorang, tolong hantar dan tolong angkat barang, kalau tak, tak tahu nak kata apa dah...
Hari tue Incik Seseorang ada bagi ole-ole yang dia beli kat Pangkor ritu... 1 pek makanan dan 1 lagi sumthing yang aku tak sempat nak tgk pagi tue... lepas letak barang2, terus pergi kerja.... huhhhh~

Tepat pukul 1pm aku sampai office, then teman manager sini pergi pejabat pos... pukul 6pm balik....

Bila tiba waktu balik dulu, aku pasti xsabar-sabar, pastu tengok muka mak dan ayah jemput... Tapi kali ini, saat tue tak ada dah... balik bersendirian sambil jalan kaki huhu

p.s : tetiba sebak.... adakah ini rindu? ye aku sangat rindukan saat balik time dulu, melihat wajah mak dan ayah... tapi aku tahu, sekarang lebih baik... kerana tak menyusahkan ayah lagi untuk datang menjemput aku disini... dan akhirnya...sekarang aku mula berdikari...

Seperti aku katakan tadi, berdikari.... huhuhu yup, sangat berdikari sampai banyak barang aku terlupa kena ada n terlupa harus beli.. bila time kemas2 baru sedar banyak barang yang tak lengkap lagi...

Buka je bilik... huhuhu dah terasa keletihan, mana daknya, tambah lagi keletihan bekerja, pastu keletihan berjalan dr tpt kerja hingga ke rumah sewa (mahu 15 - 25 minit berjalan).. pastu tgk pula keadaan bilik yang belum lagi susun barang n kemas...

Time tue umah kosong je, budak2 bilik lain xder kat bilik dorg time tue...

kipas yang baru dibeli masih lagi dalam kotak... kepansan tak terhingga.... berkobar-kobar nie nak pasang kipas sendiri.. aleh2 baru ingt pisau n gunting xder... so dok jenuhla aku duk kupas cellotape yg pjg berjeler dia dok cellotape kat kotak tue...

dr pukul 6 lebey strt buat kerja berhenti pkul 7.30pm, sembahyang mghrib, smbung balik wat kerja.. tepat pukul 10pm lebey baru selesai buat semuanya.. sangat legaaaa bilikk dah kemassss ^_^

buka-buka pemberian ole-ole dari Incik Seseorang, banyak juga makanan dia bagi and aku terima kura2 berpasangat yang bermagnet dan keychain couple... hehehe rasa terhibur sedikit hati ini saat tue.. calling-calling 'Sayang'... "Thank you Sayang.."

Malam tue memang sangat letih.. plus agak seram-seram sejuk sikit time nak tidur.. bila lampu dimatikan sume gelap gelita..hohohohoooo~... Alhamdulillah sebaik semuanya dalam keadaan selamat...

Selalunya tiap-tiap malam sebelum aku dan nawal nak tidur mesti masing-masing beri salam and said "Gud Nite"...

Malam tue aku terasa sunyi... mana tak sunyinya dah duduk dalam bilik sorang2... huhuuh~

p.s : Thanks a lott to My Lover cuz teman saya sepanjang malam semalam (bergayut) hingga terlena, kalau tak mahu fikiran kacau..dahla tidur tempat baru... sunyi pula tue..huhu


p.s.s : lewat malam terjaga, dapat 1 mesej dari nawal "Gud Nite akak, jage diri elok2.. hehe smekom" huhuhu, aku tak tahu macam mana nak gambarkan apa yang aku rasa......... :(




curhatku,
Nurul Nabillah a.k.a Nunub's